Isnin, 29 Disember 2008

HADIAH LUMAYAN DARI DIRANJANG.COM !

Anda hebat diranjang ? Tidak mengapa! Biarlah perkara itu tersimpan menjadi rahsia anda dan pasangan anda…

Namun ini ada satu lagi tawaran menarik dengan hadiah lumayan untuk menguji kehebatan anda ! Tapi bukan diranjang ya ! Bersempena dengan pelancaran laman webnya, Diranjang.com sedang menganjurkan satu cabaran atau pertandingan untuk peserta program affiliatenya.

Mahu tahu apa hadiahnya ?



Nikon DSLR D40 (with AF-S DX Zoom-Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED II)
Untuk setiap 250 jualan terhasil


Nikon COOLPIX S710
Untuk setiap 150 jualan terhasil




Sony Ericsson K320i
Untuk setiap 50 jualan terhasil


Wang Tunai RM50
Untuk setiap 20 jualan terhasil

Tidakkah hadiah-hadiah di atas ‘memberahikan’ anda ? Apa lagi, jom sertai pertandingan ini ramai-ramai. Anda boleh mendaftar sebagai peserta affiliate di sini. Pertandingan akan berlangsung selama 2 bulan, iaitu dari 29/12/2008, hingga 1/3/2009.

Kalau tidak menang pun tidak mengapa. Anda masih lagi berpeluang untuk mendapatkan komisen bagi setiap jualan yang berjaya anda hasilkan. Selamat mencuba !

(Psst! Kalau anda mempunyai masalah diranjang, terutamanya di dalam soal-soal pancutan pramatang, saya menasihatkan anda mencuba kaedah-kaedah yang disyorkan di dalam ebook berikut…)

Rabu, 24 Disember 2008

BENGKEL RAHSIA BLOGGER POPULAR


Di dalam pos yang terdahulu, saya telah menwar-warkan mengenai kursus pembinaan laman web yang menggunakan kaedah Joomla!, yang dianjurkan oleh KursusLamanWeb.com.

Hari ini, khususnya kepada anda yang berminat untuk menceburi arena blogging, saya memaklumkan pula satu bengkel yang diberi nama ‘Bengkel Rahsia Blogger Popular’.

Bengkel sehari ini akan dianjurkan oleh Bloglac.com, yang diterajui oleh saudara Aree Hanifiah. Berikut adalah maklumat mengenai bengkel tersebut :


BENGKEL RAHSIA BLOGGER POPULAR

Tempat :
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak

Tarikh :
Ahad, 18 Januari, 2009 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Ahad, 15 Februari, 2009 (9.00 pagi – 5.00 petang)
(Sila pilih salah satu tarikh sahaja)

Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang untuksetiap sessi.


Diantara tawaran menarik yang disediakan oleh pehak penganjur ialah Domain dan Hosting percuma untuk blog yang bakal anda bina nanti. Lain-lain tawaran, anda boleh lihat sendiri di laman web penganjur.

Jika anda merasakan kaedah pembelajaran secara praktikal melalui bengkel atau seumpamanya, adalah lebih berkesan dari sekadar membaca ebook, maka inilah masanya untuk anda menghadirkan diri.

Selamat berbengkel !

Isnin, 22 Disember 2008

KURSUS MEMBINA LAMAN WEB BERASASKAN JOOMLA!


Berita baik untuk anda yang ingin menambah ilmu, khususnya kepada anda yang berhajat ingin membina laman web anda sendiri. Yesbos Resource bakal mengadakan satu kursus membina laman web yang menggunakan kaedah Joomla!, suatu Sistem Pengurusan Kandungan atau Content Management System (CMS). Sistem ini mengandungi pelbagai fungsi yang membolehkan anda membina blog, laman web video, galeri foto, laman web sosial dan sebagainya. Joomla! mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun saya bukanlah orangnya yang layak untuk menceritakan hal itu.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai kursus tersebut :

KURSUS LAMAN WEB BERASASKAN JOOMLA

Hari dan Tarikh Kursus :
Ahad (25 Januari 2009)
** Tarikh tertakhluk kepada pindaan.
Tempoh Masa :
1 hari ( 9 Pagi hingga 5 Petang )
Lokasi Kursus :
No 22-B, Jalan 3/69,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Belakang Petronas Fasa 3

Kepada anda yang berminat, sila langsung sahaja ke laman web penganjur di KursusLamanWeb.com.


Rabu, 17 Disember 2008

PROMOSI AKHIR TAHUN DARI MASTERELOAD!

Saya telah menulis kira-kira 8 tajuk pos dalam siri Selangkah Ke Alam Perkahwinan sebelum ini. Mudah-mudahan ianya telah membantu anda dalam mendapatkan maklumat mengenai perkara yang berkaitan. Mulai hari ini, penulisan di dalam siri tersebut saya tangguhkan buat sementara waktu, untuk memberi ruang kepada perkembangan produk-produk, dan peluang-peluang yang lain pula.

Khusus kepada anda yang ingin mencari pendapatan tambahan, perniagaan prepaid secara sms dan online Mastereload sedang membuat promosi hujung tahunnya. Promosi ini terbahagi kepada dua :

Promosi Pertama : Promosi Pendaftaran RM15.00.

Untuk mendaftar menjadi ahli diluar tempoh promosi terdapat dua pakej, iaitu RM58 dan RM88. Untuk kedua-dua pakej ini anda perlu membayar kepada pehak syarikat sebanyak RM42.00 sebagai Yuran pengurusan, manakala selebihnya akan dipulangkan kembali kepada anda sebagai Modal Permulaan. Ini bermakna, dengan menyertai Mastereload di dalam waktu promosi ini, anda telah berjimat sebanyak RM27.00 (RM42.00 – RM15.00 = RM27.00). Walau bagaimana pun, anda tidak akan mendapat sebarang Modal Permulaan untuk pakej promosi ini.

Promosi Kedua : Web Replika Untuk Promosi Online percuma !

Website replika ini dinamakan WebME4u.com. Ianya dibangunkan oleh pehak Mastereload sendiri untuk membantu ahli-ahli Mastereload mencari/menambah ahli/downline secara online. Yang menariknya, WebME4u sendiri turut menawarkan pendapatan sampingan secara berasingan dengan Masterelod.com. Ini bermakna, melalui Mastereload anda boleh buat duit, dengan WebME4u pun anda boleh menjana pendapatan.

Melalui WebME4u, anda akan diberi insentif penajaan sebanyak 50 sen bagi setiap referral, sehingga ke level 2. Mulai level 3 hingga 10 pula, insentif penajaan menjadi semakin menarik iaitu sebanyak RM1.00 untuk setiap ahli yang mendaftar di dalam organisasi anda. Sebagai motivasi untuk anda; jika setiap level anda mempunyai 5 orang ahli, sehingga ke level 9, anda berpeluang untuk menjana sehingga RM1,953,125.00. Walau bagaimana pun, itu hanyalah teori di atas kertas sahaja. Tetapi tidak juga mustahil untuk menjadi kenyataan. Segalanya bergantung kepada daya usaha anda sendiri.

WebME4u kini diberikan secara percuma untuk tempoh bulan Disember ini sahaja. (Didalam tempoh promosi percuma ini, insentif penajaan tidak diberikan kepada anda !). Selepas ini nanti, ianya dijual pada harga RM16.00 (seumur hidup) untuk kos pengurusan. Ini bermakna untuk kedua-dua promosi di atas, anda telah berjimat sebanyak RM43.00. Oleh itu, janganlah disia-siakan peluang yang menarik ini. Sila klik pada url berikut untuk melihat replika WebME4u tersebut :

http://www.WebME4u.com/DARMAKIFAYAH
http://www.WebME4u.com/ROZITA

Untuk mendaftar, sila klik pada button SIGN UP NOW yang berada di bahagian bawah halaman utama WebME4u.com. Anda akan di bawa ke borang pendaftaran online.

Kepada anda yang sudah sedia menjadi ahli Mastereload, anda juga boleh mendaftar menjadi ahli WebME4u. Pastikan anda mengisi nombor HP yang sama dengan HP perniagaan Mastereload anda di dalam ruangan yang ditetapkan. Selain dari menerima satu web replika percuma untuk promosi online, tiada apa yang akan berubah. Sebaliknya ruang dan peluang untuk anda menambah ahli akan semakin terbuka luas.

Cepat ! Rebut segera peluang ini sementara ianya masih percuma !

Khamis, 11 Disember 2008

JEMPUTAN CARA SMS ?

Anda pernah menerima jemputan kenduri melalui sms ? Atau jemputan untuk acara lainnya seperti rumah terbuka hari raya, sambutan hari jadi atau kenduri arwah ? Ianya sudah pasti dari kawan terdekat, saudara-mara atau lain-lain orang yang anda kenali. Apakah perasaan anda ketika menerima jemputan itu ? Merasa kecil hati atau tersinggung kerana mereka tidak menjemput anda secara lisan ?

Saya rasa anda tidak akan bersikap begitu. Ianya seakan sudah diterima pakai sebagai suatu budaya zaman kini. Kehidupan yang pantas dan mengejar masa. Kita tidak lagi mampu melakukan seperti orang di zaman dahulu, menjemput dari rumah ke rumah, sedangkan sasaran yang ingin kita jemput itu mungkin tinggal berserakan di mana-mana.

Anda mungkin merasakan bahawa menghantar jemputan melalui kad jemputan adalah cara yang terbaik dan lebih bersopan, namun penggunaan sms juga boleh dijadikan sebagai pilihan untuk menghantar peringatan kepada orang yang sudah dijemput, terutama kepada orang-orang yang sangat diharapkan kehadirannya, agar tidak lupa akan tarikh majlis perkahwinan anda itu. Kad jemputan mungkin boleh dihantar sebulan lebih awal, agar ianya dapat sampai ke destinasinya pada waktu yang diharapkan. Sementara peringatan melalui sms pula dihantar beberapa itu sebelum tarikh perkahwinan anda itu. Ini juga dapat membantu kalau-kalau kad jemputan yang dihantar tidak sampai pada penerimanya.

Kini kaedah menghantar sms tidak hanya sekadar melalui alat handphone semata-mata. Dengan teknologi semasa, sms boleh dihantar melalui komputer dan medium internet. Kalau dahulu, kemudahan seumpama ini hanya boleh dimiliki oleh syarikat-syarikat besar, tapi kini tidak lagi. Kemudahan seumpama ini sudah boleh digunakan oleh individu-individu pada kadar yang sangat berpatutan.

Ada beberapa kebaikannya menggunakan sms melalui internet ini :

1. Bagi orang yang malas hendak menggodek butang HP seperti saya ini, menggunakan satu jari, terpaksa menaip butang yang berkongsi tiga huruf, ianya adalah sesuatu yang melecehkan. Tetapi menghantar sms melalui internet menggunakan papan kekunci dimana urusan menaip akan menjadi lebih cepat, walau pun saya sendiri tidak mampu menggunakan sepuluh jari.

2. Sms melalui internet boleh dihantar pada skala yang lebih besar, dimana ianya mampu menyimpan nombor-nombor HP yang lebih banyak.

3. Khidmat sms melalui internet juga menyediakan kemudahan untuk menggunakan ‘sender ID’ sendiri, dimana anda boleh menggunakan nama-nama pilihan anda sebagai identiti penghantar. Anda mungkin pernah menerima sms yang tidak memaparkan nombor HP sebagai penghantar, sebaliknya nama syarikat atau jenama produk bukan ? Kini anda boleh melakukannya untuk diri anda sendiri.

Itu hanyalah beberapa kelebihan yang dapat saya nyatakan di sini menurut rasional saya sendiri. Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik yang ditawarkan. Ianya bergantung kepada syarikat yang membekalkan perkhidmatan serta harga yang anda mampu bayar.

Jika anda berhajat untuk menggunakan kaedah sms secara internet ini, JOMSMS.NET sedang menawarkan pakej yang menarik untuk anda. Saya katakan ianya menarik kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi. Ini diakui sendiri oleh mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan seumpama ini sebelum ini, dan membuat perbandingan.

Penggunaan perkhidmatan sms secara pukal ini tentulah tidak terhad untuk jemputan perkahwinan seperti yang telah saya nyatakan tadi. Jika anda adalah leader kepada kumpulan Pemasaran Pelbagai Aras (MLM), jika anda adalah pengerusi atau setiausaha kepada sesuatu kelab, pertubuhan, persatuan, masjid atau seumpamanya, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar sebarang hebahan, jemputan dan sebagainya, kepada khalayak anda. Dan jika anda seorang ahli perniagaan, mungkin perkhidmatan ini boleh membantu mengembangkan lagi perniagaan anda sebagai satu medium promosi yang berkesan. Segalanya terletak kepada kreativiti anda sendiri.

Sekiranya anda berminat dengan produk ini, jom ke JOMSMS.NET untuk mendapatkan maklumat lanjut...


Rabu, 3 Disember 2008

KAD JEMPUTAN DIY ?

Penulisan saya hari ini masih lagi di dalam tema ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan. Namun hari ini saya ingin kembali ke proses pra perkahwinan semula. Di dalam proses merancang majlis perkahwinan anda. Ini kerana, saya baru sahaja menemui satu produk yang mungkin menarik minat anda.

Menggunakan kad jemputan sebagai medium pengundang tetamu ke majlis perkahwinan seperti sudah pun menjadi kebiasaan kepada kita. Sejak bila budaya ini bermula, tidaklah saya ketahui. Walau pun proses menjemput secara lisan sama ada secara bersemuka atau sekadar melalui telefon dirasakan lebih wajar, tidaklah pula ada pehak yang membantah akan penggunaan kad jemputan ini. Struktur masyarakat sudah berubah. Yang hendak dijemput tidak lagi sekadar saudara mara atau sekadar jiran yang tinggal sekampung. Saiz keluarga juga sudah membesar, dan berselerak di seluruh negara, bahkan mungkin juga sepelusuk alam. Maka itu, penggunaan kad jemputan dirasakan sangat relevan dengan suasana semasa.

Kad jemputan kahwin kini telah hadir dengan pelbagai rupa dan kadangkala melambangkan betapa prestijnya majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Namun tidak semua orang mampu menyediakan kad jemputan yang bergaya. Lagi pula tidak semua orang berfikiran dan bersikap ingin berlumba-lumba di dalam mengadakan majlis perkahwinan yang hebat dan gah di mata masyarakat. Bukan itu ukurannya kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Kepada anda yang mempunyai bajet yang kecil dan tidak mahu berhutang hanya untuk majlis perkahwinan, atau kepada anda yang inginkan kesederhanaan walaupun anda mampu berbelanja lebih, ini ada kaedah mudah dan pilihan yang dirasakan bijak untuk anda !

Pakej Easy Kad Kahwin mungkin solusi yang terbaik untuk ikhtiar anda ! Pakej ini mengandungi himpunan yang lengkap dengan rekabentuk yang eksklusif, kata-kata indah dan doa-doa yang berkaitan. Koleksi rekabentuk di dalam pakej ini disediakan dalam format PSD dan AI, dimana anda boleh merubah kembali design yang sedia ada kepada design yang anda suka mengikut citarasa anda sendiri. Ini bermakna, dengan kreativiti anda, anda boleh menjadikan design kad kahwin anda lain dari yang lain.

Selain daripada itu, pemilik produk ini, saudara Ridzuan Jamal, turut menyediakan panduan bagaimana boleh berjimat dengan menyediakan kad kahwin sehingga serendah 10 sen kosnya untuk sekeping kad kahwin.

Kepada anda yang ingin berjimat, mungkin ini pilihan yang terbaik buat anda. Berjimat bukanlah bermakna anda kedekut. Berjimat juga bukan bermaksud anda miskin. Tetapi berjimat menunjukkan anda seorang yang berhemat dan bersyukur !

Jumaat, 28 November 2008

EBOOK SENSASI : PANCUTKAN ISTERI ?

Di dalam pos yang lalu, saya telah mengkongsikan dengan anda beberapa produk yang berkaitan dengan aktiviti hubungan intim di antara suami isteri. Ianya hanyalah untuk mereka yang memerlukannya sahaja. Samada mereka yang mempunyai masalah dalam hal tersebut, atau pun kepada anda yang berhajat untuk menambahnilai kepada ‘keupayaan’ diri anda.

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk lagi. Kali ini bukanlah berbentuk bahan ransangan yang bersifat fizikal. Ia lebih kepada pengetahuan. Saya sering menyatakan di blog ini, dan anda pasti bersetuju mengenainya, bahawa apa pun pekerjaan yang ingin kita lakukan, hasilnya akan pasti lebih cemerlang jika kita melakukannya di dalam keadaan yang berilmu. Ini tidak terkecuali di dalam hal hubungan asmara atau atau sanggama.

Oleh itu untuk kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menyorot mengenai perkara tersebut. Ebook tersebut berjudul ‘Pancutkan Isteri’. Melihat kepada judulnya sahaja, saya sendiri telah berfikir beberapa kali untuk menyiarkannya di sini. Saya khuatir ada di kalangan anda yang merasa tersinggung dengan maksud judulnya yang sangat berterus terang.

Walau bagaimana pun, saya merasakan di dalam membicarakan soal hubungan mesra suami isteri ini, memang kita tidak dapat lari untuk bersikap berterus terang. Cumanya, jika di dalam keadaan dan suasana yang terbuka, maka kita haruslah menggunakan bahasa yang sedikit bersopan. Namun, jika anda membaca maklumat yang diberikan di laman web penulis ini, tidaklah keterlaluan sangat. Begitu juga bahasa yang digunakan di dalam ebook tersebut. Cuma judulnya sahaja yang agak sensasi bunyinya. Mungkin salah satu dari strategi perniagaan beliau agaknya!.

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kandungan ebook ini. Lagi pula saya bukanlah pakar mengenainya. Jika anda berminat, sila dapatkan maklumat lanjut langsung dari laman web penulisnya : PancutkanIsteri.com

Ebook ini khabarnya, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mungkinkah ianya ebook berbahasa Melayu yang paling laris di Malaysia untuk tahun 2008 ini ?

Jika anda ingin menambah ilmu, dan jika anda inginkan kelainan yang ketara dari malam-malam yang sebelumnya, dapatkanlah segera ebook ini ! Mudah-mudahan kasih sayang anda suami-isteri semakin erat...


Ahad, 23 November 2008

MANTAPKAN PERSEDIAAN BATIN ANDA !

Saya telah menulis dan berkongsi maklumat dengan anda dengan pelbagai bentuk persediaan kepada yang bakal mendirikan rumahtangga. Sebenarnya tidaklah terkecuali kepada anda yang sudah pun berumahtangga. Ini kerana, ada di antara produk-produk yang saya perkenalkan di sini masih lagi relevan untuk anda yang sudah pun berumahtangga.

Setiap orang yang mendirikan rumahtangga itu, berkemungkinan dengan niat dan tujuan yang berbeza. Ada orang yang berkahwin bertujuan untuk mencari ketenangan hidup, memantapkan ibadah, mengejar keredhaan Allah, dan mencontohi sunnah Rasulullah. Ada pula yang berkahwin untuk menyempurnakan perasaan cinta, kasih dan sayang pada pasangan kekasihnya. Tidak kurang juga ada yang berkahwin untuk tujuan melampiaskan dorongan syahwatnya.

Semua sebab di atas adalah sebab yang wajar untuk seseorang itu berumahtangga. Namun, adalah lebih beruntung menyatukan kesemua tujuan tersebut untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

Perkahwinan di atas tujuan untuk menyempurnakan kehendak nafsu syahwat mungkin boleh dianggap sebagai sebab yang sangat sempit. Namun ianya adalah lebih baik dari melakukannya diluar kehendak agama. Aktiviti seksual sesama suami isteri adalah merupakan rahmat dan nikmat kurniaan Allah ke atas hambanya. Ianya mampu menjadi pengerat kasih sayang di antara suami dan isteri. Oleh itu, janganlah dikesampingkan, atau diremehkan keperluan ini. Akan tetapi, saya pasti, tidak ada pasangan suami isteri yang mengenepikan perkara ini. Jika ada orang yang sanggup berzina untuk menikmati kesedapan yang amat abstrak ini, kenapa pula kita yang sudah pun berada pada landasan yang halal ?

Apa yang menjadi persoalan, mungkinkah aktiviti seksualiti anda bersama pasangan anda sudah mencapai tahap kualiti yang tertinggi ? Atau, sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ sahaja ? Kata pepatah; ‘menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Melakukan sesuatu itu, biarlah dengan bersungguh-sungguh, dan kita akan mendapat kepuasan yang maksima dari apa yang kita kerjakan.

Atas tujuan itu, bersama-sama tulisan saya pada pos kali ini saya ada menyelitkan beberapa produk yang mungkin boleh membantu menyempurnakan keperluan anda. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai produk-produk tersebut. Anda sendirilah yang membuat penilaian dan keputusan. Klik sahaja pada imej produk, dan anda akan di bawa ke laman web yang berkaitan.

Ahad, 16 November 2008

HADIAH ISTIMEWA BUAT SANG ISTERI...

Telah menjadi satu kelaziman di dalam musim kenduri perkahwinan, ialah amalan saling memberi hadiah di antara satu sama lain. Para tetamu datang dengan hadiah yang pelbagai rupa, atau sekurang-kurangnya dengan unjukan sejumlah wang, sebagai meraikan kegembiraan tuan rumah. Sementara tuan rumah pula, tidak akan membiarkan para undangannya pulang dengan tangan kosong. Sedikit sebanyak, akan dibekalkan dengan bunga telur, atau cenderamata lainnya sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang.

Begitu juga halnya dari pihak kedua belah pengantin. Istilah yang selalu didengar untuk pemberian seumpama ini dinamakan sebagai ‘hantaran’. Diantara perkara yang menjadi kelaziman sebagai isian dulang hantaran itu ialah persalinan pakaian, barangan kemas, atau pun makanan.

Kenapa tidak, didalam mencari kelainan, dan didalam menyatakan perasaan kasih dan sayang kepada bakal isteri, kita keluar sedikit dari kebiasaan itu. Kasih sayang tidak seharusnya diukur dengan nilai kebendaan semata-mata. Ketenteraman rohani, adalah asas yang lebih kukuh di dalam memastikan kebahagian rumahtangga. Dan didalam mencapai keteguhan rohani itu, ibadah yang sempurna adalah akarnya. Sementara ibadah yang sempurna pula memerlukan ilmu yang secukupnya.

Buku “Hadiah Buat Muslimah : Panduan Asas Fiqah Wanita” mungkin hadiah atau ‘hantaran’ yang terbaik buat bakal isteri anda, disamping barang-barang hantaran yang sedia ada. Jika anda secara peribadi mengakui hakikat diri, bahawa anda tidak mampu membimbing bakal isteri anda, walau pun sekadar di dalam perkara-perkara asas ibadah harian, maka mengapa tidak menjadikan buku ini sebagai hadiah pertama buat bakal isteri anda.

Buku ini disusun oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang pendakwah bebas yang terkemuka, serta dibantu oleh Ida Ezyani Othman. Ianya mengandungi sebanyak 11 bab semuanya, yang mencakupi : Islam dan Wanita, Wanita dan Bersuci, Wanita dan Solat, Wanita dan Puasa, Wanita dan Zakat, Wanita dan Haji, Wanita dan Perkahwinan, Wanita dan Pergaulan, Wanita dan Perhiasan, Wanita dan Kewajipan Dalam Islam, dan Perbezaan Wanita Islam dan Agama Lain.

Jika dilihat pada judul-judul bab di atas, ianya sudah amat mencukupi sebagai keperluan asas (fardhu ain) untuk melakukan ibadah bagi seseorang muslimah. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur, dan tidak mengira apa pun status anda, sama ada anda seorang remaja, isteri, ibu, mahu pun nenek. Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai teman setia untuk dibawa kemana-mana, sepanjang perjalanan, dan di sepanjang kehidupan.

Kepada anda yang berminat untuk memiliki buku ini, ianya boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka, atau untuk lebih mudah, pesan sahaja secara online di AdikBijak.com

Isnin, 10 November 2008

CENDERAMATA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Telah menjadi resam kepada rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan masyarakat Melayu, memberikan cenderamata sebagai buahtangan untuk dibawa pulang kepada tetamu yang hadir di majlis kenduri perkahwinan mereka. Bunga Telur adalah merupakan cenderamata yang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Namun begitu, peredaran masa dan kreativiti manusia, serta keinginan untuk melihat majlis perkahwinan mereka dilihat lain dari yang lain, maka pemberian alangan ini telah dipelbagaikan. Maka timbullah pelbagai produk baru seperti bunga sabun, bunga lilin, ‘towel gift set’, kek cawan, dan seumpamanya. Pemberian-pemberian yang seumpama ini bukan sahaja menarik, malah ianya juga boleh digunakan kembali sebagai hiasan rumah, atau sebagai koleksi peribadi bagi mereka yang suka mengumpul barangan cenderamata.

Untuk pos kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi bentuk cenderamata yang tidak kurang menariknya iaitu dari produk tembikar. Ianya bukanlah sesuatu yang baru, kerana tembikar telah melalui sejarah yang panjang di negara kita ini. Namun fungsi dan keperluan kepada produk tembikar ini sudah pastinya berbeza jika dibandingkan di antara zaman dahulu dan kini.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tembikar sebagai cenderamata perkahwinan, sila klik pada foto di bawah. Mudah-mudahan pemaparan ini akan memberikan anda lebih pilihan untuk anda membuat keputusan.



Produk-produk tembikar yang saya perkenalkan di sini adalah hasil usaha anak tempatan, khususnya dari kalangan usahawan desa. Ianya kini boleh didapati secara online melalui laman web Dunia Seramik.

Selain dari memberi kelainan kepada majlis perkahwinan anda, adalah diharapkan juga mudah-mudahan, pemilihan anda kepada produk ini akan dapat membantu memajukan lagi industri desa negara kita.

Rabu, 5 November 2008

BAGAIMANA MELANCARKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANDA ?

Anda masih seorang teruna atau dara, yang bercita-cita untuk mendirikan rumahtangga ? Alhamdulillah, ianya adalah hasrat yang baik dan menepati fitrah kejadian. Saya katakan begitu kerana di akhir zaman ini terdapat ramai lelaki dan wanita yang keliru dengan identiti semulajadinya sendiri. Yang lelaki tidak menyedari bahawa dia adalah lelaki, sementara yang wanita pula malu menerima hakikat kejadiannya.

Untuk mendirikan rumahtangga sudah pastilah perlu kepada persediaannya. Apatah lagi kerana yang hendak ber‘kahwin’ itu adalah manusia, maka tentulah beban tanggungjawabnya adalah lebih berat berbanding dengan makhluk ‘mamalia’ yang lain. Ini kerana kita manusia dikurniakan akal, dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dunia ini.

Sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi saat itu, dan tanggungjawab itu ? Di dalam tulisan saya yang pertama dalam siri Selangkah Ke Alam Perkahwinan ini, saya telah menyorot kembali ebook Mas Kahwin Yang Hilang. Kandungan ebook ini adalah panduan mengatur perbelanjaan dan menjana pendapatan khusus untuk persediaan perkahwinan.

Menyediakan dana yang mencukupi untuk majlis perkahwinan adalah usaha yang baik dan sangat wajar, kerana untuk melangsungkan perkahwinan memerlukan belanja yang bukan sedikit.

Namun persiapan untuk perkahwinan dan alam rumahtangga bukanlah sekadar pada kekukuhan kewangan semata-mata. Jika itu menjadi sikap anda, saya rasa ianya bukanlah satu pandangan yang waras. Banyak perkara yang perlu disiapsiagakan. Jika anda seorang lelaki, maka persiapannya tentulah lebih lagi kerana tanggungjawab yang bakal anda pikul, kesannya bukannya sekadar di dunia ini, bahkan akan melangkaui ke alam lain nanti. Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, mempunyai anak-anak yang sihat, pintar dan berakhlak. Anak-anak adalah merupakan aset, yang bukan sahaja bakal menjaga kita di hari tua, bahkan juga yang bakal mendoakan kita, dan menghantar pahala kepada kita apabila kita sudah tidak berupaya menjana pahala kita sendiri.

Jika anda seorang yang akrab dengan masjid dan surau, dan sering menghadiri kuliah-kuliah agama, alhamdulillah, itu adalah merupakan persediaan dan pelaburan yang sangat bernilai. Namun jika sekiranya anda tidak berada di dalam kategori ini, sesuatu anjakan perlulah dilakukan. Mungkin anda tiada kesempatan masa, lantaran kesibukan urusan kehidupan, atau mungkin sememangnya anda sengaja mengelakkan diri dari program-program seumpama ini. Haruslah diingat, bahawa sebarang kebaikan yang kita harapkan dari orang lain, ianya harus bermula dari diri kita sendiri. Begitulah halnya, jika kita mengharapkan seorang isteri, dan anak-anak yang cemerlang, maka ianya harus bermula dari kita sebagai akar, atau sebagai idola kepada mereka.

Sebaik-baik kaedah menuntut ilmu adalah melalui proses berguru atau menghadiri kelas. Namun bagi sesetengah pihak, ianya mungkin menyulitkan. Satu pilihan lain yang boleh diusahakan, ialah melalui pembacaan. Ada banyak sumber bacaan yang boleh anda perolehi.

Sesuai dengan siri penulisan saya yang bertemakan ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan’ ini, saya ingin mencadangkan satu bahan bacaan yang khusus mengenai perkahwinan. Ianya di dalam format ebook, berjudul Rahsia Mudah Akad Nikah. Ebook ini telah disusun oleh saudara Meor Shukri.

Di antara kandungan menarik ebook ini ialah perancangan awal bermula 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda lagi. Perkara-perkara yang perlu anda lakukan di dalam tempoh enam bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Dengan senarai semak ini, mudah-mudahan tidak ada lagi perkara-perkara yang terlepas dari pantauan anda yang mana mungkin akan mencacatkan majlis yang sangat bermakna itu.

Satu lagi isi yang sangat menarik dari ebook ini, yang menjadikan ianya masih relevan kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di dalam waktu yang terdekat ini, ialah tips bagaimana menghadapi saat-saat yang mendebarkan kepada bakal pengantin lelaki, iaitu majlis akad nikah. Rasanya, ianya adalah igauan kedua bagi seorang lelaki selepas pengalaman berkhatan sewaktu kecil dahulu !

Penulis memperincikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengantin lelaki, agar kesilapan yang sama tidak anda ulangi, disamping tip-tip berharga yang bakal membantu kelancaran anda. Selain itu, penulisnya juga memberi jaminan bahawa terdapat tip-tip yang dikongsikan beliau di dalam ebook ini yang tidak anda perolehi dari mana-mana kursus pra-perkahwinan !



Isnin, 3 November 2008

BAGAIMANA MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA ?

Saya amat pasti anda akan bersetuju bahawa, sesuatu perkerjaan yang dilakukan secara terancang itu, akan memberikan hasil yang lebih baik dan sempurna, berbanding jika sekiranya ianya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Maka begitu juga halnya di dalam melangsungkan majlis perkahwinan. Anda pastinya tidak mahu melihat majlis yang sangat istimewa bagi pasangan pengantin itu tercemar akibat dari ketidaktelitian anda merancang majlis.

Anda mungkin boleh mengambil jalan mudah bagi memastikan majlis perkahwinan ini terancang rapi dengan melantik perunding majlis perkahwinan. Namun ianya sudah pasti akan menuntut sejumlah perbelanjaan yang besar juga, sesuai dengan nilai kepakaran mereka.

Ada juga yang menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada ibubapa dan keluarga. Ini juga bukanlah sesuatu yang baik pada hemat saya. Perkongsian tugas itu mungkin wajar. Ianya boleh mengurangkan bebanan kita. Namun biarlah kita turut terlibat dalam merancang aktiviti ini, mudah-mudahan proses ini akan dapat membantu mematangkan kita.

Di zaman dahulu, jiran sekampung turut membantu menjayakan sesuatu majlis perkahwinan itu. Ianya bermula dari peringkat awal lagi. Permuafakatan diadakan bagi memastikan majlis berjalan lancar. Namun, perubahan cara gaya hidup masa kini, tidak memungkinkan nostalgia seumpama itu akan kembali.

Bagaimana untuk menjadikan majlis perkahwinan anda itu gilang gemilang pada kadar belanjawan yang anda mampu ?

Ebook Majlis Perkahwinan Impian mungkin jawapan yang tepat di dalam membantu merealisasikan impian anda. Ebook ini ditulis oleh Amalia Roslan, dari MajlisImpian.com.

Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang sederhana, tetapi masih menginginkan impak yang cemerlang dan gemilang. Beliau menjanjikan dengan menuruti 10 langkah praktikal yang beliau cadangkan, anda akan mendapat hasil yang sangat membanggakan untuk Majlis Perkahwinan anda.

Tidak sekadar itu, bersama ebook ini, anda akan turut mendapat beberapa pemberian lain lagi yang sangat membantu perancangan perkahwinan anda. Bonus yang dimaksudkan itu ialah; Buku Gerak Kerja, Pengurus Bajet, dan Pengurus Tetamu.

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan semua ini secara kendiri, dengan penuh rapi dan bersistematik ? Anda boleh !



Selasa, 28 Oktober 2008

RANCANGI PERKAHWINAN ANDA !

Tidak berapa lama sahaja lagi, kira-kira pada pertengahan bulan November ini nanti, akan menjelanglah musim cuti persekolahan yang menandakan akan berakhirnya sessi persekolahan bagi tahun 2008 ini.

Perkara yang sangat sinonim dengan dengan musim cuti persekolahan di Malaysia ini ialah majlis perkahwinan. Saya pasti, kad-kad jemputan sedang rancak diedarkan oleh mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan ini. Bakal-bakal raja sehari seisi keluarga, tentunya sedang giat mengatur persiapan terakhir sebelum menjelangnya hari yang sangat istimewa ini.

Melihat kepada pasangan pengantin yang berpakaian indah, dengan majlis perkahwinan yang meriah dan penuh warna-warni, tentunya sedikit sebanyak, akan meransang dan memotivasikan mereka yang masih bujang ini untuk tidak sabar-sabar lagi mendirikan rumah tangga.

Namun apa kan daya. Kemampuan setiap orang tidaklah sama. Angan-angan akan tetap indah selamanya, akan tetapi ianya tidak berpijak di bumi nyata. Untuk menzahirkan impian bagi menjadikan sesuatu majlis perkahwinan itu istimewa dan menjadi kenangan manis sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun begitu, perancangan haruslah ada. Sesuatu yang tidak dapat lari dalam menganjurkan majlis keraian, tentulah pada faktor kewangannya. Semakin besar bajet anda, tentulah semakin meriah majlis itu boleh dibuat. Saya tidak bermaksud untuk menagajak anda membazir. Namun untuk menganjurkan majlis yang sederhana atau kecil sekali pun, ianya tetap memerlukan sumber kewangan. Jika kita tidak bijak merancang, maka impian akan kekal menjadi angan-angan.

Perancangan kewangan adalah amat perlu di dalam mengurus kehidupan. Apa tah lagi di dalam keadaan ekonomi yang penuh kegawatan ini. Mengawal atur urusan kewangan, walaupun hanya sekadar untuk keperluan peribadi mempunyai ilmunya yang tersendiri. Mungkin angka-angka yang hendak diuruskan tidaklah begitu besar, namun angka yang kecil inilah yang memerlukan kebijaksanaan untuk diseliakan agar mudah-mudahan ianya akan serba mencukupi.

Ebook ‘Maskahwin Yang Hilang adalah merupakan buku panduan yang mungkin dapat membantu anda mentadbir urusan kewangan anda sendiri. Ebook ini ditulis khusus untuk mereka yang ingin mengumpul belanja perkahwinan. Namun, jika ilmu di dalam ebook ini dipraktikkan, berkemungkinan besar ianya akan memberikan kesan yang lebih jauh daripada itu. Kita akan menjadi seorang yang lebih berhemat dalam berbelanja dan menguruskan perbendaharaan rumahtangga. InsyaAllah !

Ebook ini sebenarnya telah pun saya perkenalkan di blog ini beberapa ketika dahulu. Anda boleh merujuk kembali tulisan saya di sini. Namun, ebook ini telah pun dikemaskinikan dengan beberapa penambahan dan dengan ecover yang berwajah baru. Maka kerana itu, dan bersesuaian dengan siri penulisan saya yang bertemakan ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan’ ini, ebook ini kembali saya highlightkan di sini.

Ahad, 19 Oktober 2008

BELAJAR BINA LAMAN WEB SECARA BENGKEL


Sebelum ini, saya telah beberapa kali memperkenalkan beberapa produk yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai pembinaan laman web. Kebanyakan produk tersebut adalah di dalam bentuk ebook, video tutorial, atau kombinasi di antara keduanya. Paling terkini, ialah ebook ‘Manual E-Dagang’.

Hari ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi ruang atau pilihan buat anda. Kepada anda yang merasakan tidak selesa, atau tidak mampu mendisiplinkan diri untuk belajar secara kendiri, ini mungkin satu pilihan yang baik untuk anda. Apa yang saya maksudkan ialah dengan menghadiri bengkel pembinaan laman web. Berguru secara terus dari mereka yang pakar mengenainya.

Anda akan diasuh bagaimana untuk membina sebuah laman web perniagaan secara peribadi, dimana segala kemusykilan boleh ditanya-jawab secara bersemuka dan langsung. Bengkel yang saya maksudkan ini dianjurkan oleh BengkelWebsite.com, dibawah bimbingan saudara Zaki Yusof.

Bengkel ini akan berlangsung selama dua hari. Jika dinisbahkan kepada jumlah yuran yang dikenakan, ianya boleh dikatakan pada kadar yang sangat murah dan amat berbaloi dengan nilai wang anda. Apa tah lagi jika hendak dibandingkan seandainya anda menempah laman web anda dengan jurubina laman web profesional. Dengan menyertai bengkel ini anda bukan sahaja mampu membina laman anda sendiri, bahkan juga mungkin anda adalah bakal menjadi seorang jurubina laman web profesional yang baru !

Disamping bimbingan dan latihan secara bengkel ini, anda juga turut akan dibekalkan dengan video tutorial sebagai alat bantu untuk anda mengulangkaji di rumah. Disamping itu juga, terdapat pelbagai lagi bonus tambahan, yang mampu menambahnilaikan lagi pelaburan anda.

Kepada anda yang berhajat, sila rujuk maklumat lanjut dan terkini mengenai bengkel yang bakal dilangsungkan di laman web berikut : BengkelWebsite.com

Khamis, 9 Oktober 2008

DUIT RAYA LAGI !


Harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung setia blog saya ini. Kita masih lagi di dalam ‘mood’ raya, walau pun pada hakikatnya hari raya idil fitri yang dianugerahkan Allah kepada kita hanyalah satu hari sahaja, iaitu pada 1 haribulan Syawal.

Nak tak nak, walau bagaimana pun kita berusaha untuk berjimat, perbelanjaan untuk hari raya tentunya amat sukar untuk dikawal. Apa tah lagi dengan kenaikan harga bahan api, dan barang keperluan. Maka, tentunya, sedikit sebanyak, hari raya ini telah ‘merabakkan’ poket anda. Namun begitu, usahlah gusar. Jika anda berhasrat untuk melakukan sesuatu untuk menampung kembali kerabakan itu, saya ingin memberikan jalan untuk anda !

Di dalam pos yang lalu, saya ada memperkenalkan satu program Affiliate atau lebih khusus dinamakan sebagai program Pay Per Lead, yang dianjurkan oleh Justin Michie melalui laman web beliau Lemonadehere.com.

Kali ini, Russell Brunson pula membuat tawaran menarik untuk anda ! Beliau melalui laman webnya Dotcom Secrets, sedang menganjurkan peraduan yang dinamakan ‘Zero to 100 Million Dollar Challenge’. Ada dua peluang yang boleh anda ‘sambar’ di sini. Pertama, menyertai peraduan tersebut dengan tawaran hadiah yang sangat lumayan, antaranya kereta sport Corvetto, TV plasma 42”, dan banyak lagi. Kedua, anda ajak teman-teman untuk menyertai peraduan ini, dan anda anda akan mendapat USD$1.00 (+/- RM3.50) untuk setiap nama yang mendaftarkan diri. Anda boleh menyertai salah satu program ini, atau kedua-duanya sekali (Peraduan & Program Affiliate). Segalanya terpulang kepada anda.

Mengenai Program Affiliate Pay Per Lead (PPL) ini, saya telah pun memperkenalkan beberapa kali di blog ini sebelum ini. Malah beberapa usahawan internet tempatan juga telah mengorak langkah menggunakan kaedah ini untuk mengumpulkan ‘list’ mereka. Russell Brunson sendiri sebelum ini turut telah menganjurkan program PPL ini sebelum ini melalui Lapuran Percuma beliau “The IM-Myth”. Russell Brunson bukanlah nama baru di dalam bidang perniagaan internet ini, dan ramai di antara IM tempatan kita yang telah menikmati komisyen dari program PPL ‘The IM-Myth’ tersebut.

Bagi mempermudahkan anda untuk mendaftarkan diri untuk program affiliate, mahu pun peraduan tersebut, berikut ini saya perturunkan sedikit panduan untuk anda :

1) Pergi ke laman web berikut : Dotcom Secrets $100 Million Dollar Challenge

2) Masukkan Nama, Email, Username dan Password pilihan anda, ke dalam borang yang disediakan di sebelah kanan halaman. Masukkan kod yang diberikan ke dalam ruangan kosong yang diberikan. Kemudian klik pada butang “Enter Contest Now >>>”

3) Anda akan dibawa ke halaman yang menawarkan jualan produk pada harga istimewa. Abaikan sahaja halaman ini jika anda tidak berminat, dengan ‘scroll’ sehingga ke bahagian bawah halam dan klik pada butang warna kelabu “NO ! Continue to a member area” Perkara seperrti ini akan berulang sebanyak tiga kali. Lakukan sahaja langkah yang sama jika anda tidak berminat dengan produk tersebut.

4) Anda akan di bawa ke Wilayah Keahlian (Member Area) Penuhkan maklumat yang diminta. Selesai mendaftar dan mendapat akaun keahlian, satu email yang mengandungi Username dan Password akan dihantar ke email anda secara automatik.

5) Klik pada perkataan << Click Here To Update Account Now >>

6) Satu window baru akan dibuka, masukkan alamat email akaun Paypal anda, dan klik butang “Add Paypal Email Address”. Wang komisyen referral akan dibayar ke akaun Paypal anda ini.

Selepas ini, apa yang perlu anda lakukan hanyalah mempromosikan link affiliate yang telah diberikan di Affiliate Information, di halaman keahlian anda. Harap anda tidak akan melakukan kaedah ‘spam’ di dalam usaha promosi anda. Ini akan merugikan anda sendiri nanti.
Mudah-mudahan program ini dapat ‘memulihkan’ sedikit situasi kewangan kita yang sedikit ‘tergoyah’ selepas hari raya ini. Selamat mencuba !

Jumaat, 19 September 2008

LAPURAN PERCUMA & PELUANG BUAT DUIT RAYA !

Justin Michie telah menghasilkan satu laporan bertajuk "Traffic Tips Report". Ianya memberitahu anda 247 cara bagaimana anda boleh meningkatkan traffic ke website anda. Bukan mudah untuk mendapatkan panduan sebanyak itu!

Lapuran ini sebenarnya bernilai USD17.00 (RM57.80). Namun untuk sementara waktu ini, Justin akan memberikannya secara percuma kepada anda. Sudahlah begitu, Justin juga menawarkan tawaran yang agak lumayan jika anda membantu beliau menyebarkan lapuran ini.

Anda akan dibayar US$1.00 atau RM3.40 bagi setiap report jika anda membantu Justin menyebarkan report percuma ni. Banyak tu ! Bagaimana jika 10 orang memuatturun ebook ini melalui link affiliate anda ? Bagaimana kalau lebih banyak dari itu ? Akan beraya sakanlah anda nanti !

Program seumpama ini dinamakan Pay Per Lead (PPL). Anda tidak perlu menjual, tetapi cukup sekadar mengedarnya secara percuma sahaja. Tentu tidak sukar untuk menghadiahkan secara percuma, berbanding kena bayar kan ? Program seperti ini telah banyak kali saya perkenalkan kepada anda sebelum ini di blog ini. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang aneh, atau tidak masuk akal.

Apa yang ditunggu lagi ? Program dan tawaran seperti ini biasanya adalah sementara sahaja. Selepas suatu tempoh yang telah ditetapkan, penganjur akan menghentikan tawaran, dan mula membuat pembayaran. Harga bagi ebook ini juga akan kembali kepada harga asal (USD$7.00). Jika anda tidak percaya, sila kunjungi laman web ini : TrafficTipsReport.com

Ayuh ! Mulakan sekarang sebelum terlambat. Daftar dan download segera di : LemonadeHere.com

__________________________________________________________

Anda perlukan akaun paypal untuk menerima bayaran dari Justin. Jika belum ada, sila buka akaun paypal secara percuma di http://simurl.com/DaftarPaypal

Rabu, 10 September 2008

MANUAL E-DAGANG

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk yang boleh membantu anda memulakan perniagaan internet anda. Sebelum ini saya telah memperkenalkan beberapa pilihan. Namun saya tidak mahu untuk taksub kepada sesuatu produk sahaja. Ini kerana setiap produk itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri, yang mungkin dapat memenuhi kehendak dan citarasa anda yang berbeza juga. Fungsi saya di sini hanyalah sekadar memperkenal dan mencadangkan sahaja. Sebagai sumber tempat anda merujuk mengenai produk-produk yang terdapat di pasaran internet. Andalah yang menentukan untuk membuat pilihan.

Produk yang saya maksudkan ini ialah ebook yang berjudul, ‘Manual E-Dagang, yang diselenggarakan oleh saudara Abdul Rashid Basar, dari ARB Dagang.com. Boleh dikatakan segala panduan yang ditulis di dalam ebook ini hampir memenuhi segala keperluan untuk membina sebuah laman web perniagaan, khususnya untuk sebuah laman web mini. Diantara panduan yang diberikan ialah; panduan pendaftaran domain dan hosting, panduan pemasangan sistem pembayaran, sistem penerimaan pesanan, sistem khidmat pelanggan, sistem autoresponder dan juga sistem affiliate. Semua sistem di atas adalah merupakan keperluan asas bagi sebuah laman web perniagaan. Kini anda tidak perlu mengupah orang lain lagi.

Tidak tahu untuk merekabentuk laman web ? Jangan gusar ! Kerana ARB Dagang turut menghadiahkan anda sebanyak 40 template website yang menarik. Anda tidak tidak perlu lagi merasa gundah kerana tidak mampu untuk merekabentuk laman web anda. Turut diajar, ialah bagaimana untuk mempromosikan laman web anda dengan menggunakan wadah enjin carian.

Ebook ini tidak menyediakan pakej panduan berbentuk video. Ianya mungkin menampakkan sedikit kekurangan pada produk ini. Namun sebenarnya, ebook ini amat sarat dengan gambar-gambar, yang boleh membantu mempermudahkan pemahaman anda. Dari 256 jumlah mukassurat ebook ini, 222 darinya penuh dengan gambar-gambar ‘screen shot’ panduan langkah demi langkah. Bayangkan! Anda tidak perlu untuk banyak membaca, atau terpaksa menonton video terlebih dahulu. Sebaliknya terus melakukannya secara praktikal dengan menjejaki langkah demi langkah panduan bergambar ini.

Nah ! Jika dilihat pada senarai panduan dan kemudahan di atas, ebook ini sudah amat memadai untuk anda mempelajari asas untuk memulakan perniagaan internet.

Ada satu masalah lagi! Produk! Ya, produk! Mungkin masalah utama untuk anda memulakan perniagaan internet ialah ketiadaan produk untuk dijual. Disinilah, satu-satunya kelebihan ebook ‘Manual E-Dagang’ ini jika hendak dibandingkan produk lain yang seumpama dengannya. Disamping membeli ebook ini, anda turut diberikan lesen Hak Jualan Semula, dimana anda berhak untuk menjual semula produk ini, dan keuntungannya adalah seratus peratus milik anda juga!


__________________________________________________________
Lain-lain produk panduan membina laman web perniagaan :

Pakej Lengkap Perniagaan Internet.
Sistem Kedai Online.
Panduan Web Advance Edition.

Jumaat, 5 September 2008

AUTOPILOTKAN PERNIAGAAN INTERNET ANDA !

Saya pernah menulis serba sedikit pengenalan kepada Paypal di blog ini sebelum ini. Di awal kewujudan blog ini. Namun pada waktu, terdapat sedikit masalah untuk rakyat Malaysia mengenai Paypal. Kita, warga Malaysia, boleh membuka akaun Paypal, dan dibenarkan untuk menerima bayaran. Namun, begitu kita dihalang untuk mengeluarkan simpanan kita di Paypal itu melalui bank di negara kita. Itu bukan halangan yang kecil sebenarnya. Tidak guna kita mempunyai simpanan yang banyak tetapi tidak boleh mengeluarkannya. Memang terdapat beberapa alternatif, namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah juga.

Namun kini tidak lagi ! Masalah dan halangan seumpama itu sudah lama berlalu. Kini rakyat Malaysia sudah bebas menggunakan Paypal sepertimana warganegara lain.

Hari ini saya ingin melanjutkan kembali penulisan mengenai Paypal ini. Paypal bukan sahaja berfungsi sebagai medium penerimaan pembayaran secara online. Apa yang menariknya, Paypal mampu menjadikan urusniaga anda di internet berlaku secara autopilot, boleh dijalankan secara automatik tanpa memerlukan anda mengawasinya sepanjang masa.

Ramai otai IM luar negara yang telah berjaya membuat ribuan serta jutaan dollar setiap bulan dengan perniagaan internet. Akan tetapi tahukah anda sebenarnya hampir kesemua perniagaan internet mereka dilakukan secara autopilot sahaja tanpa memerlukan mereka mengadap komputer setiap saat untuk memastikan perniagaan mereka berjalan lancar. Ya, kebanyakan IM menggunakan sistem ini kerana memudahkan mereka menumpukan kepada marketing semata daripada menghabiskan masa untuk menghantar download link kepada pelanggan. Inilah kelebihannya perniagaan internet !

Jika mereka mampu mengaut sebanyak itu secara autopilot dengan bisnes internet mereka, mengapa tidak anda?

Siapa yang tidak inginkan perniagaan yang boleh berjalan secara automatik dan memberikan pendapatan pasif setiap hari serta setiap bulan. Siapa yang tidak mahu menambah pendapatan setiap bulan dengan cara sebegini? Saya amat yakin bahawa semua orang mahukannya!

Akan tetapi bagaimanakah caranya untuk anda menyediakan perniagaan internet anda menjadi sebuah perniagaan yang autopilot?

Sebenarnya terdapat banyak cara, malahan kos yang diperlukan untuk menjadikan perniagaan internet anda beroperasi secara automatik ini juga boleh bermula daripada RM0 (PERCUMA!) sehinggalah USD xxxx.

Jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi, anda sebenarnya masih boleh menyediakan perniagaan internet anda beroperasi secara autopilot. Ini kerana dengan Paypal, anda boleh menjadikan perniagaan internet anda diuruskan secara automatik tanpa memerlukan sebarang kos. Ya, tiada sebarang bayaran dikenakan kerana ianya adalah percuma.

Persoalannya di sini ialah bagaimanakah caranya untuk jadikan perniagaan internet anda diurus secara automatik dengan Paypal?

Sahabat saya, yang juga merupakan seorang usahawan internet iaitu Ahmad Adnin telah menyediakan panduan berbentuk video yang lengkap, menerangkan langkah demi langkah dalam Bahasa Melayu untuk anda belajar cara bagaimana untuk
menjadikan perniagaan internet anda beroperasi secara autopilot dengan menggunakan Paypal ini. Oleh itu, anda tidak perlu lagi teraba-raba memahami panduan yang disediakan oleh Paypal itu sendiri, atau terangkak-rangkak melalui kaedah try & error.

Terdapat 5 Video Khas Yang Merangkumi:

Video 1-:Pengenalan Paypal
Video 2-:Pengenalan Akaun Dan Panduan Pendaftaran
Video 3-:Panduan Butang Pembayaran
Video 4-:Panduan Profile
Video 5-:Panduan Extra (mengandungi beberapa nasihat penting)

Set Video Panduan Belajar Paypal ini pasti dapat membantu anda merealisasikan impian anda untuk menyediakan sebuah perniagaan internet yang automatik serta dapat membantu anda meningkatkan pendapatan pasif setiap bulan melalui perniagaan ini!

Anda boleh mendapatkannya di: BelajarPaypal.com

Isnin, 1 September 2008

SALAM RAMADHAN 1429 !

Alhamdulillah ! Akhirnya sampai juga usia kita ke Ramadhan kali ini. Ramadhan di tahun lalu sudah tidak mungkin lagi akan datang kembali. Apa yang telah kita usahakan dan kita kumpulkan pada Ramadhan yang lepas, itulah hasilnya yang akan kita bawa ke akhirat nanti. Jika kita merasakan pencapaian di tahun lalu tidak begitu baik dan tidak memberansangkan, maka janganlah disia-siakan Ramadhan yang mendatang ini sementara kesempatan masih diberi oleh Allah s.w.t.

Semalam, kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kemerdekaan dari penjajahan pemerintahan negara telah pun 51 tahun berlalu. Namun janganlah disempitkan makna merdeka itu pada penjajahan fizikal semata-mata. Tidak ada maknanya kita merdeka dari sudut pemerintahan, sedangkan jiwa dan minda kita masih terbelenggu dengan budaya dan watak mereka.

Makanya, saya merasakan Ramadhan ini adalah merupakan bulan yang amat sesuai untuk mendidik dan membebaskan diri dari kekangan nafsu dan tingkah laku yang tidak beradab itu.

Tulisan ini sebenarnya lebih untuk mengingati diri sendiri. Namun, mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan ini, saya ingin menghadiahkan ebook percuma kepada anda. Ebook ini berjudul ‘Risalah Ramadhan, yang disusun oleh Imam Sutrisno. Saya hanyalah sekadar memanjangkan usaha dan amal jariah yang telah beliau lakukan. Kepada anda yang berminat untuk membaca ebook ini, sila muatturun di sini.

Selamat beribadah !

Sabtu, 30 Ogos 2008

SALAM KEMERDEKAAN BUAT MALAYSIA !

31hb. Ogos, 2008


Beberapa jam lagi dari saat ini, akan bergemalah seisi Malaysia dengan laungan kata keramat; MERDEKA !. Saya juga turut ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada pembaca blog ini.

Namun, mudah-mudahan pengisian sambutan kemederkaan ini tidak sekadar nyanyian, tarian dan kegemerlapan cahaya bunga api semata. Apakah ini lambang kesyukuran kita terhadap kemerdekaan ini ? Apakah ini yang akan kita warisi untuk generasi kemudian hari ? Sama-samalah kita menghayati dan memuhasabah diri… merdekakah kita ?

Khamis, 21 Ogos 2008

‘PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET’ KINI DALAM VERSI DVD


Setahun yang lalu, saya pernah menulis dan memperkenalkan produk ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’ kepada anda di blog ini. Kini, setelah setahun berlalu, penerbit produk ini, saudara Mohd Najib Kasimin telah mengemaskinikan pakej ini kembali dengan mengeluarkannya dalam bentuk dvd pula.

Di antara kelainan dan kelebihan pakej ini di dalam versi dvd ialah, anda boleh belajar setiap modul dari pakej ini di mana sahaja yang anda inginkan walau pun tanpa talian internet. Ada kalanya tutorial secara online mempunyai masalah tersendiri seperti kelajuan yang tidak mencukupi, dan ini akan mengganggu situasi dan keselesaan pembelajaran anda. Atas kesedaran itulah barangkali, saudara Mohd Najib menerbitkan kembali produk ini dalam bentuk dvd pula.

Kepada anda yang suka menyimpan bahan-bahan ilmiah sebagai koleksi, versi dvd ini mungkin dapat menambahkan lagi arkib pustaka anda selain dari memanfaatkan ilmunya.

Anda boleh mendapatkan dvd ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’ ini di Monakas.com.

Ahad, 17 Ogos 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA USAHAWAN INTERNET

Jika anda masih merasa ragu-ragu atau tidak percaya bahawa internet boleh dijadikan medan penghasilan pendapatan, ebook ini mungkin mampu meningkatkan keyakinan anda. Dan jika anda sememangnya sudah yakin dengan keupayaan internet menjadi magnet rezeki kepada anda, rasanya ebook ini juga boleh meningkatkan lagi motivasi kepada anda untuk lebih giat berusaha.

Ebook yang saya maksudkan ini ialah Rahsia Usahawan Internet, satu lagi buah tangan dari AmmarZahar. Ebook ini diedarkan secara percuma sahaja. Oleh itu tiada alasan untuk anda tidak memilikinya. Sebelum ini AmmarZahar turut telah mengedarkan ebook percuma berjudul “Rahsia Squeeze Page”.

Ebook Rahsia Usahawan Internet adalah merupakan himpunan catatan interview saudara Ammar dengan beberapa orang usahawan internet tempatan, yang sudah boleh dianggap terbilang di dalam bidangnya. Mereka yang dimaksudkan itu ialah; Yusry, SmartZul, Amirol, Shuth, Erawan, dan Abooain. Jika anda merasakan masih belum begitu mesra dengan nama-nama ini, wajar benarlah anda membacanya. Selami dan telusurilah pengalaman mereka ini bagaimana langkah pertama mereka bermula, sehinggalah ke tahap terkini, mereka mula dikenali.

Ah ! Tidak perlulah saya menulis panjang mengenainya. Download sahaja secara percuma di PerniagaanInternet.com.

Mudah-mudahan, segala pengalaman, jerih perih dan suka duka yang dikongsikan oleh tokoh-tokoh ini, akan memberikan anda semangat dan sumber inspirasi untuk memulakan langkah pertama anda...

Selasa, 12 Ogos 2008

APA ITU BIDVERTISER ?

Pernahkah anda mendengar nama Bidvertiser ?

Sememangnya nama ini agak kurang mesra dengan para Bloggers dari negara kita. Namun begitu, tidaklah bermakna ianya langsung tidak dikenali. Saya sendiri pernah menulis secara sepintas lalu mengenainya di dalam salah satu pos saya sebelum ini. Anda boleh merujuk kepada pos saya yang berjudul “Buat Duit Dengan Blog”.

Secara mudahnya, Bidvertiser adalah merupakan salah satu dari peneraju bidang pengiklanan di internet yang seakan Google Adsense. Namun begitu, seperti yang telah dikatakan di awal tadi, di Malaysia ini, khususnya di kalangan para Bloggers agak kurang berminat untuk menyertai Program Bidvertiser ini berbanding Google Adsense. Sudah tentu ada sebab yang kukuh kenapa ini berlaku. Namun saya bukanlah seorang pakar, mahu pun seorang penglibat yang aktif di dalam kedua-dua program ini untuk menyenaraikan sebab dan alasan tersebut. Namun antara sebab yang didengari ialah kesukaran mendapatkan iklan, khususnya untuk blog berbahasa Melayu.

Walau bagai mana pun, seorang aktivis muda program pendapatan berasaskan PPC, saudara Khairul Anwar (aka Yakuza666) telah membuat kajian terperinci mengenai Bidvertiser ini, dengan harapan dapat menjadikannya alternatif terbaik selain Google Adsense. Hasil dari kajian beliau itu, maka lahirlah ebook yang berjudul, ‘Raja Bidvertiser : Lipat Gandakan Pendapatan PPC Anda’.

Beliau tidak bersendirian di dalam menjalankan kajiannya itu, tetapi mendapat kerjasama dari beberapa orang ‘newbie’ sebagai subjek kajian, malah mendapat kerjasama yang baik dari pehak Bidvertiser sendiri. Hasil dari kajian beliau itu, saudara Anwar telah berjaya menemukan 11 teknik yang telah membantunya menjana pendapatan yang berkesan dan berterusan. 11 teknik inilah yang bakal dikongsikan oleh Anwar lewat ebooknya ini.

Di antara yang menarik mengenai Program Bidvertiser ini berbanding Google Adsense, ialah jumlah minima untuk mengeluarkan pendapatan anda hanyalah serendah USD$10.00 sahaja. Sedangkan untuk Google Adsense, anda perlu menunggu pendapatan anda mencecah USD100.00, barulah anda boleh mengeluarkannya. Satu angka yang amat perit untuk dicapai, terutamanya di kalangan para newbie.

Iklan Bidvertiser juga sebenarnya boleh diletakkan bersekali dengan Google Adsense di dalam blog atau laman web yang sama, asalkan anda mematuhi beberapa peraturan tertentu. Ini satu hal yang sangat baik dan menarik. Anda tidak perlu untuk ber‘talaq-bain’ dengan Google Adsense hanya semata-mata untuk mendekati Bidvertiser, melainkan anda sememangnya sudah erpatah hati dengan Google Adsense.

Kepada anda yang berminat untuk merisik-risik mengenai ebook Raja Bidvertiser ini, boleh langsung sahaja ke laman web RajaBidvertiser.com.

Jumaat, 1 Ogos 2008

BAGAIMANA MENDAPATKAN $1000 SEBULAN MELALUI INTERNET?


Apakah mustahil menjana pendapatan USD$1000 sebulan melalui internet.?

Saya sendiri sebenarnya masih belum berupaya mecapai pendapatan sebanyak itu setakat ini. Sesuailah dengan status saya sendiri yang masih di taraf newbie lagi, dan ruang masa yang tidak begitu mengizinkan saya untuk melangkah lebih deras. Namun, saya sentiasa merasa yakin dan optimis, bahawa jumlah sebanyak itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, terutamanya kepada generasi muda yang mempunyai banyak masa dan tenaga.

Namun ini bukanlah cerita mengarut !

Buktinya, telah ramai usahawan internet yang berjaya. Tidak perlulah kita pergi ke luar negara untuk mencari contoh. Irfan Khairi misalnya telah pun mencapai taraf jutawan hanya dengan berdagang di internet. Saudara Labanon, telah mula menjana pendapatan dari internet sejak di bangku sekolah lagi. Begitu juga dengan Zamri Nanyan, Samsuriyadi, Amirul Faisyal, Sabri & Syazwan, Shuth, Zul Smartusaha dan ramai lagi. Sekadar menyebut beberapa nama yang sudah pun terbilang di dalam bidangnya. Saya yakin, selain nama-nama yang tersebut, terdapat ramai lagi usahawan-usahawan yang tidak menonjolkan diri kerana mereka tidak merasa perlu untuk berbuat demikian.

Penjanaan pendapatan dari internet juga tidaklah terbatas di legar perniagaan jual beli produk digital dan fizikal sahaja. Ada banyak lagi bidang yang boleh diceburi seperti perkhidmatan, pengiklanan, saham online, MLM internet, urusniaga matawang, serta pelbagai lagi idea perniagaan yang boleh dikembangkan mengikut kreativiti masing-masing. Terpulanglah kepada anda untuk memulakan model perniagaan internet yang bagaimana, bergantung kepada minat dan kebolehan diri sendiri.

Jika anda masih lagi tercari-cari arah tujuan, Pakej Lengkap “Teknik $1000 Sebulan mungkin adalah apa yang anda perlukan sekarang ini. Pakej ini telah di hasilkan oleh saudara Ariff Mustaffa. Sebelum ini saudara Ariff pernah menghasilkan pakej “7 Hari Mahir Adsense”nya. ‘Teknik $1000 Sebulan’ ini dihasilkan bertujuan untuk membantu orang-orang baru yang masih belum mampu hasilkan sebarang pendapatan dari internet. Ia merupakan pakej lengkap dengan manual, video tutorial camtasia, day-to-day plan, customized template dan beberapa bonus menarik.Jika pada sesetengah ebook menunjuk ajar hanya di dalam seseuatu bidang sahaja, maka pakej ini agak menarik. Produk ini menggunakan dua bidang sekali gus, iaitu Adsense dan Clickbank sebagai sumber pendapatan.

Tambah menarik lagi ialah ianya didatangkan dengan langkah harian untuk di buat setiap hari, dari buat blog sampai cari trafik, ada panduan yang terperinci..ini memang bagus untuk orang baru yang kerap hilang 'punca' dan akhirnya tidak berjaya sebab tiada plan yang betul dari awal. Sesuatu yang saya suka tentang produk ini ialah template blogger yang sudah diubahsuai dengan adsense di atas, di tengah dan di bawah pos serta ruangan banner untuk program affiliate. Ini betul-betul dapat jimatkan masa anda, tidak perlu lagi nak ubahsuai sendiri template blogger tersebut. Saya sendiri pun sebenarnya tidak pandai nak ubah template blogger ni.

Jika anda masih ragu-ragu untuk mengeluarkan modal yang besar untuk pelaburan internet anda (maklumlah, belum ada pengalaman!), produk ini amat sesuai untuk anda. Ini kerana, kaedah yang diperkenalkan oleh saudara Ariff ini tidak memerlukan anda berbuat demikian. Semua ‘tools’ yang diperlukan, boleh diperolehi dari sumber percuma sahaja.

Tentu sahaja saudara Ariff Mustaffa menulis dan menyusun produk ini hasil dari pengalaman peribadi beliau sendiri. Makanya, jikalau beliau boleh, kenapa tidak kita ? Malah, kita sebenarnya lebih bertuah kerana jalan yang kita lalui ini adalah lebih mudah kerana telah dirintis oleh mereka yang terdahulu. Beliau juga tidak menjanjikan produk ini seumpama lampu ajaib yang boleh menjadikan anda kaya di dalam sekelip mata. Ianya hanyalah sekadar panduan kepada mereka yang ingin berusaha. Panduan yang amat tersusun dan bersistematik.



Selasa, 29 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : 20 CARA JIMAT MINYAK KERETA

Di dalam beberapa pos yang terdahulu, saya telah menulis mengenai beberapa produk untuk membantu menjimatkan perbelanjaan anda. Produk yang saya maksudkan itu ialah alat untuk menjimatkan tenaga elektrik serta produk yang boleh menjimatkan petrol atau diesel anda. Sememangnya untuk mendapatkan produk tersebut, memerlukan sedikit pelaburan. Jika memikirkan jangka pendek, tentulah ianya agak membebankan. Namun jika anda berpandangan jauh, ianya adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan. Namun, walau apa pun, pilihan adalah di tangan anda !

Usaha dan ikhtiar berjimat juga boleh di dalam pelbagai cara. Jika anda tidak mampu mengeluarkan belanja, masih ada pilihan lain untuk memulakan langkah berjimat. Ianya adalah bermula dari perkara yang paling asas, iaitu melalui sikap dan amalan harian kita sendiri. Untuk memperbaiki sikap, adakalanya kita memerlukan panduan dan bimbingan dari seseorang yang telah berpengalaman atau dari bahan bacaan yang telah dibuat kajian tentangnya.

Hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang boleh membantu anda melakukan langkah penjimatan ke atas minyak kereta anda. Ebook ini berjudul “20 Cara Jimat Minyak Kereta”, yang diusahakan pengumpulannya oleh saudara Fahmy (aka CODE7). Anda bertuah kerana penulis ebook ini telah menyumbangkan ebook ini secara percuma sahaja untuk manfaat bersama.

Kepada anda yang masih belum memiliki ebook ini bolehlah mendownloadnya melalui pautan berikut : http://www.ziddu.com/download/1749154/JIMAT-MINYAK-KERETA.zip.html

Pelajarilah, bagaimana perubahan kepada tabiat dan gaya anda menggunakan kenderaan anda, dapat membantu menjimatkan penggunakan bahanapi kereta anda, seterusnya akan menjimatkan juga perbelanjaan harian anda.

Sebar-sebarkanlah ebook ini kepada saudara dan rakan, yang jauh atau pun dekat, dengan memberikan link pautan download di atas kepada mereka. Atau, bawakan sahaja mereka ke pos ini. Mudah-mudahan usaha anda dapat memberi manfaat kepada semua.

Jumaat, 25 Julai 2008

BAGAIMANA MENGASUH, DAN MEMBENTUK MINDA MENJADI LEBIH POSITIF ?

Anda mempunyai cita-cita ?
Anda mempunyai impian ?
Anda mempunyai harapan ?

Apakah anda yakin apa yang anda impikan itu bakal menjadi kenyataan ? Atau apakah harapan anda itu akan terus kekal berlegar sebagai angan-angan ?

Adalah tidak mustahil untuk anda mencapai apa yang anda cita-citakan. Ya ! Ianya bukan perkara mustahil. Biar sebesar mana pun impian anda ! Jika ada usaha, jika ada kemahuan, jika ada kesungguhan, maka yakinlah apa yang anda harapkan itu akan terlaksana jua akhirnya.

Semakin besar impian anda, maka akan semakin besarlah halangan yang bakal anda tempuhi bagi mendapatkannya. Tapi rupanya, biar sebesar mana pun halangan di hadapan kita, minda kitalah yang seharusnya dididik dulu. Jika tidak, minda kita adalah yang sebenarnya yang menjadi penghalang untuk mencapai segala impian. Kita telah membenarkan minda kita dikuasai oleh perkara-perkara yang negatif, mencari alasan dan tidak menggalakkan !

Membaca adalah suatu cara yang baik untuk menambah ilmu. Jika anda pernah membaca pelbagai buku-buku motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri, maka anda sedang melakukan satu langkah yang betul di dalam mengejar cita-cita anda. Namun anda tentunya bersetuju jika saya mengatakan berguru adalah cara yang lebih baik dalam mencari ilmu. Kerana itulah sekolah dan universiti diwujudkan. Kaedah ini juga adalah merupakan saranan agama kita.
Satu seminar yang membicarakan khusus mengenai kecemerlangan diri dan mengenal potensi diri bakal diadakan kepada anda yang berminat. Seminar tersebut dinamakan sebagai ‘Seminar Evolusi Minda.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai seminar tersebut :


SEMINAR EVOLUSI MINDA
Tarikh : Ahad, 10hb Ogos, 2008.
Tempat : Hotel Armada, Petaling Jaya.
Masa : 8.00 am – 5.00 pm


Anda boleh mendapatkan lebih perincian mengenai seminar ini di laman web rasmi penganjur di Evolusiminda.com. Seminar ini adalah terbuka kepada semua orang, tidak mengira peringkat umur dan latarbelakang pekerjaan, mahupun untuk pelajar dan suri rumahtangga. Anda bakal dibimbing oleh seorang penceramah yang telah mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun di dalam bidangnya, iaitu Puan Arina Abbas.

Pihak penganjur begitu optimis sekali bahawa setiap peserta bakal mendapat kesan yang tidak sekadar terbaik, bahkan terhebat, setelah menyertai seminar ini, biar apa pun lapangan yang mereka ceburi.

Khamis, 24 Julai 2008

BLOG PERNIAGAAN INTERNET & EBOOK PERCUMA RAHSIA SQUEEZE PAGE

Di dalam pos kali ini, saya akan membicarakan dua perkara sekaligus. Ini kerana di antara dua perkara tersebut saling mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Dua perkara tersebut adalah sebagaimana judul pos saya pada hari ini iaitu :

1. Blog PerniagaanInternet.com

Blog ini diempunyai oleh saudara AmmarZahar, seorang usahawan internet muda. Siapakah AmmarZahar ? Tidak perlulah saya memperkenalkannya di sini. Anda boleh berkenalan dengan beliau di blognya: PerniagaanInternet.com. Sesuai dengan judulnya, blog ini seratus peratus membicarakan soal perniagaan internet dan sekitarnya. Kepada anda yang berstatus newbie (seperti saya !), yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet blog PerniagaanInternet.com adalah merupakan satu lagi pilihan yang baik untuk anda membuat rujukan. Oh ya! AmmarZahar turut menawarkan produk percuma kepada anda ! Anda Cuma perlu mendaftarkan diri di borang langganan untuk mendapatkan akses percuma bagi produk percuma tersebut.

Apa ditunggu lagi ? Ayuh ! Jom ke blog PerniagaanInternet.com !


2. Ebook percuma : RAHSIA SQUEEZE PAGE.

Pada 4hb Julai yang lalu, saudara AmmarZahar juga telah melancarkan ebook percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Squeeze Page’.

Apa itu Squeeze Page ?

Saya tidak akan menerangkan mengenainya di sini. Saya sendiri sebenarnya baru sahaja memahami apa itu Squeeze Page ini di dalam ertikata sebenarnya setelah membaca ebook ini. Walau pun ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi kita, malah kita sering menemuinya di mana-mana di internet, namun pentafsiran secara yang lebih ilmiah itulah yang dapat kita perolehi di dalam ebook ini.

Ebook Rahsia Squeeze Page membicarakan sepenuhnya mengenai Squeeze Page dan kepentingannya di dalam perniagaan internet. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu rujukan yang lengkap di dalam bahasa Melayu setakat yang pernah saya temui.

Turut ditunjukajar kepada kita lewat ebook ini, ialah bagaimana untuk membina laman ‘squeeze’ ini. Yang menariknya, anda turut diberi pilihan sama ada mahu menggunakan perisian berbayar, atau pun perisian percuma. Kedua-dua pilihan ini, diberikan panduan secara lengkap dan teratur.

Saya tidak pasti apakah ebook ini akan selamanya diedarkan secara percuma atau pun tidak. Oleh itu sayugianya saya mencadangkan agar anda mendownload segera ebook ini sebelum saudara AmmarZahar mengubah fikiran untuk menarik balik tawaran percuma beliau. Anda boleh memuatturun ebook ini di PerniagaanInternet.com.

Khabarnya AmmarZahar juga bakal menerbitkan sebuah lagi ebook menjelang Ogos depan. Ikutilah perkembangannya di blog beliau.

Khamis, 17 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA MENJADI PRO AFFILIATE !

Berita baik dan menarik sekali lagi !

Nampaknya mutakhir ini begitu giat sekali IM-IM tempatan kita menulis dan mengedarkan ebook panduan secara percuma. Ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat saya kira. Ianya dapat membantu membantu merancakkan lagi dunia perniagaan internet Malaysia, terutamanya di dalam mendidik bakal-bakal usahawan internet yang berminat. Ebook- ebook yang dihasilkan ini juga tidaklah kurang hebatnya. Ianya dihasilkan dengan kualiti yang baik walau pun untuk edaran percuma sahaja.

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi ebook percuma yang baru sahaja dilancarkan di dalam beberapa hari yang lalu. Ianya berjudul ‘Rahsia Menjadi Pro Affiliate’, yang disusun secara bersama oleh saudara Din Beramboi dan Kento. Kepada anda yang berminat untuk memuatturun ebook percuma ini, bolehlah mendapatkannya di rahsia-pro-affiliate.com.

Rahsia-pro-affiliate.com turut menawarkan peluang pendapatan sampingan untuk anda ! Sertai program affiliate mereka dan anda akan dibayar sebanyak RM0.25 bagi setiap ebook yang dimuatturun melalui link affiliate anda. Cepat daftar kerana program ini akan berakhir pada 13hb. Ogos nanti.

Rabu, 16 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA TRAFIK VIDEO MARKETING

Berita baik dan menarik untuk anda !

Saudara Hairi (aka The Reds) telah menghasilkan sebuah ebook panduan yang diberi judul ‘Rahsia Trafik Video Marketing’. Apa yang saya katakan baik dan menariknya ialah ianya diberikan secara percuma sahaja. Anda boleh mendownload ebook percuma tersebut di aspirasicyber.com.

Bahkan tambah lebih menarik lagi, anda berpeluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui program Pay Per Lead beliau. Cepat ! Daftar segera untuk program affiliate beliau sebelum ianya tamat pada bulan November nanti. Selain dari komisen sebanyak RM0.20 bagi setiap salinan ebook yang dimuatturun, pehak penganjur turut menawarkan ganjaran wang tunai untuk tiga tempat teratas.

Saya tidak akan mengulas panjang mengenai ebook ini kerana ianya adalah percuma, dan anda boleh mendapatkannya dan menilainya sendiri tanpa mengeluarkan sesen pun. Namun secara peribadi, saya merasakan ebook yang ‘setebal’ 53 mukasurat ini amat bermanfaat sekali. Kaedah pemasaran melalui video ini sememangnya perkara baru bagi diri saya. Bahkan jika menurut ebook ini sendiri pun, ianya masih belum begitu meluas lagi penggunaannya di Malaysia. Maka kerana itu pengetahuan mengenainya tidak harus dikesampingkan. Ianya akan membantu menambahkan lagi kaedah promosi dan pemasaran anda !

Isnin, 14 Julai 2008

KOLEKSI RUJUKAN UNTUK CLICKBANK !

Saya pasti anda sudah pun mengenali apa itu Clickbank, saya juga pasti anda sudah pun maklum bahawa Clickbank sudah pun membuka kewargaannya kepada rakyat Malaysia. Maka seharusnya anda tidak ketinggalan untuk sama-sama menangguk peluang menjana pendapatan dari langit terbuka ini.

Oleh kerana pintu Clickbank masih baru dibuka secara rasminya untuk rakyat Malaysia pada bulan April yang lalu, maka tentu sahaja rujukan mengenainya masih belum begitu meluas, terutamanya bagi mereka yang masih baru dalam mengenali dunia perniagaan dan pendapatan sampingan dari internet. Jika di kalangan ‘otai’, mereka mempunyai kaedah dan helah tersendiri, yang mungkin di luar kemampuan para ‘newbie’ untuk menjejaki langkah mereka itu.

Di atas kesedaran itulah barangkali, saudara Faisal Isa atau Fai, mengusahakan pengumpulan sumber-sumber rujukan yang boleh membantu anda memahami Clickbank dengan lebih mudah dan cepat. Ini kerana, anda tidak perlu lagi membuang masa dan bersengkang mata untuk mencari sumber-sumber rujukan dari internet.

Fai menamakan koleksi ini sebagai Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank Di Malaysia. Pakej ini mengandungi lebih dari 100 produk digital yang terdiri dari ebook-ebook yang sarat dengan ilmu pengetahuan, dan juga software-software yang berkaitan.

Pakej ini di bahagikan kepada 6 kategori iaitu :
Basic IM Tools
Mindset Tools
Affiliate Tools
Publisher Tools
Marketing & Strategy Tools
Special Bonus

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ini dengan merujuk kepada laman web CBMALAYSIA.COM.

Seperkara lagi yang menariknya ialah peluang untuk anda menjana sampingan dari cbmalaysia.com ini. Anda juga berpeluang untuk menjadi agen affiliate cbmalaysia.com. Kaedah yang digunakan untuk program affiliate cbmalaysia ini ialah bentuk ‘dua tingkat’, iaitu anda masih berpeluang untuk mendapat komisen jika affiliate di bawah anda mendapat jualan.

Jika anda berminat untuk menyertai program affiliate ini, sila daftar di sini : DAFTAR !!!
Cepat daftar, dan lakukan promosi segera, kerana tawaran ini akan berakhir pada 31hb. Julai ini. Hanya ada beberapa hari sahaja lagi !