Rabu, 26 Mac 2008

RAHSIA TERSEMBUNYI ADSENSE...

Maaf ! Saya tidak bermaksud hendak menulis atau mengajar anda mengenai Adsense. Saya bukanlah pakar mengenainya. Di dalam dunia perniagaan internet secara amnya pun, saya masih lagi seorang ‘newbie’, apatah lagi untuk berbicara mengenai Adsense.

Judul pos saya hari ini sebenarnya adalah merupakan judul kepada sebuah ebook yang baru saya temui, “Rahsia Tersembunyi Adsense”, satu lagi pilihan kepada anda untuk mendapatkan rujukan mengenai program Google Adsense. Apa yang menariknya pada ebook kali ini ialah ianya ditulis oleh seorang wanita, Rita NM.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, atau sekadar inginkan maklumat lanjut, silalah berkunjung ke DigitalBazaar.com.

Nampaknya penulisan ebook mengenai Google Adsense ini kian bertambah dari hari ke hari, dan begitu bersemarak sekali. Ini menunjukkan betapa peluang pendapatan dari Google Adsense ini benar-benar mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

Berikut saya senaraikan kembali judul-judul ebook berbahasa Melayu yang membicarakan mengenai panduan membuat duit dengan Google Adsense yang pernah saya perkenalkan sebelum ini :

1. Panduan Raja Adsense.
2. 7 Hari Mahir Adsense.
3. Pakej Lengkap Google Adsense.
4. 101 Tip Adsense Terbongkar.

Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk membuat rujukan. Terpulanglah kepada anda yang mana satu menjadi keutamaan anda, sama ada dari segi harganya, atau pun dari sudut muatannya. Anda boleh menilai sendiri dengan tawaran yang diberikan oleh penulis bagi setiap ebook tersebut.

Jumaat, 21 Mac 2008

TAWARAN PROMOSI DARI MASTERELOAD.

Salam sejahtera buat sekalian pembaca!
Rasanya masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda, mudah-mudahan kita adalah di antara ummatnya yang bakal mendapat syafa’at baginda di akhirat nanti.

Tujuan penulisan saya hari ini adalah sekadar untuk membuat satu pengumuman ringkas. Mastereload kini sedang membuat promosi (bermula semalam, 20/3/2008) untuk pendaftaran ahli baru dengan kadar yuran RM25.00 sahaja. Dari jumlah tersebut, RM10.00 akan dikembalikan kepada anda di dalam bentuk Reload Point (RP) yang boleh anda gunakan untuk membeli nombor PIN yang senilai dengannya.

Promosi ini akan berakhir pada 30/3/2008 ini. Kepada anda yang berminat, segeralah membuat pendaftaran di laman web promosi kami di Mastereload.biz. Dengan menyertai Mastereload, selain dari berpeluang membeli tambahnilai prabayar anda pada harga diskaun, anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan yang lumayan juga! Segalanya bergantung kepada usaha anda...

Selasa, 18 Mac 2008

EBOOK PERCUMA : 'PANDUAN VIRALURL'

Telah hampir dua minggu saya tidak menulis di blog ini. Bermula dengan demam pilihanraya, diikuti pula dengan apa yang diistilahkan sebagai ‘Tsunami Politik’, serba sedikit telah mengalpakan saya. Perkembangan yang diluar jangkaan ini, telah mengejutkan seisi Malaysia. Maka dari hari ke hari kebelakangan ini, pemerhatian saya lebih terasyik kepada berita-berita politik yang sebelum ini sudah agak kurang saya ikuti. Isu kemelut Menteri Besar di beberapa negeri misalnya, adalah di antara beberapa tajuk berita yang menjadi tungguan saya.

Kepada pengunjung blog ini yang setia, saya memohon maaf jika sekiranya setiap kali kunjungan anda, tiada pos terbaru seperti mana yang anda harapkan.

Hari ini saya ingin melancarkan ebook percuma saya yang pertama. Ianya berjudul, “Panduan ViralUrl”. Pada pos sebelum ini, saya pernah memperkenalkan kepada anda mengenai ViralUrl.com, satu cara bagaimana anda boleh membina list anda sendiri secara percuma. Selain dari membina list, anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate yang disediakan. Selain dari itu, anda juga boleh melakukan url cloaking untuk url yang ingin anda sembunyikan.

Ada beberapa lagi kemudahan tambahan yang disediakan. Semuanya ada saya tulis melalui ebook ini. Oleh itu jangan ketinggalan untuk mendownload ebook ini, apatah lagi kerana ianya percuma.

Ebook ini sebenarnya lebih ditujukan kepada anda yang masih bergelar newbie. Namun jika ada ‘otai-otai’ yang sudi membaca, teguran dan saranan anda mengenai kandungan ebook ini amatlah saya alu-alukan.

Sila download ebook anda di sini : PANDUAN VIRALURL.

Khamis, 6 Mac 2008

SATU LAGI PELUANG UNTUK ANDA !!!

Ya! Ini ada satu lagi peluang untuk anda ! Peluang untuk anda menabung di Paypal. Baru beberapa hari yang lalu saya telah memperkenalkan kepada anda satu program pay per lead yang memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan secara mudah. Program yang saya maksudkan itu ialah ‘Affiliate X-Factor’.

Hari ini saya ingin memaklumkan satu lagi peluang untuk anda ! Kini dengan mengedarkan satu lagi lapuran yang berjudul, “10 Outsourcing Mistakes”. Saya tidak ingin berbicara panjang mengenai program ini lagi hari ini, kerana ianya sama sahaja.

Sebelum ini juga telah beberapa program yang seumpama ini saya perkenalkan di blog ini. Di antaranya ialah, ‘The IM-Myth’, ‘The Death Of Network Marketing’, dan ‘Search Engine Myths Exposed!’. Jadi saya mengandaikan anda sudah memahami kenapa dan bagaimana program ini berfungsi.

Anda mempunyai dua pilihan di sini; pertama, hanya mendownload ebook tersebut untuk dibaca dan menambahkan pengetahuan anda mengenai perniagaan internet, atau pilihan kedua (yang lebih baiknya!), turut merebut peluang menambahkan pendapatan anda dengan mengedarkan ebook ini secara percuma kepada rakan-rakan yang lain.

Pilihan di tangan anda. Tapi jangan lupa untuk download !

Selasa, 4 Mac 2008

SEMINAR PERNIAGAAN SMS !

Di dalam pos yang terdahulu, saya ada memaklumkan mengenai satu seminar perniagaan internet yang berjudul ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’ bakal di adakan pada 15 Mac ini.

Hari ini saya ingin mewar-warkan satu lagi seminar untuk anda. Seminar ini berjudul, ‘Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS’. Saya pasti anda semua memahami apa yang dimaksudkan dengan perniagaan SMS ini. Perniagaan tambah nilai prabayar Mastereload adalah merupakan salah satu perniagaan menggunakan kaedah ini. Di kaca TV, kita sering melihat pelbagai iklan perkhidmatan yang menggunakan SMS sebagai medium pembayaran dan penghantaran. Ringtones dan Games misalnya. Namun begitu, anda perlulah kreatif untuk mencipta produk baru bagi mengelakkan persaingan. Saya pasti ada banyak lagi idea-idea perniagaan yang boleh diketengahkan dengan menggunakan kaedah sms ini.

Berikut adalah maklumat terperinci untuk seminar tersebut :

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS
(Bahasa Malaysia)

Sabtu, 22 hb. Mac, 2008.
8.30 pagi – 5.00 petang.

Quality Hotel City Center, Kuala Lumpur.

Seminar ini akan dipimpin oleh saudara Irwan Dahnil (gambar), dari AkademiSMS.com. Irwan Dahnil juga adalah merupakan alumni kepada Seminar Buat Duit Dengan Internet, yang telah saya maklumkan sebelum ini. Beliau juga adalah seorang sarjana di bidang Teknologi Maklumat.

Jika anda berminat untuk menyertai seminar ini, sila ke AkademiSMS.com, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sabtu, 1 Mac 2008

LAPURAN PERCUMA & USD PERCUMA !

Berita baik untuk anda ! Jika anda masih belum bersedia untuk mengeluarkan belanja membeli ebook rujukan untuk Pemasaran Affiliate, ini ada lapuran percuma untuk anda. Lapuran ini berjudul, “Affiliate X Factor”. Penulis ebook ini Andrew Fox, khabarnya adalah dari seorang pencuci kereta mengumpul wang untuk membeli sebuah komputer, kini telah berjaya memiliki sebuah rumah bernilai jutaan Dollar, dan dua buat kereta Ferrari, hasil dari penglibatannya dengan perniagaan internet khususnya Pemasaran Affiliate.

Jom soroti perjalanan hidup beliau yang daripada tidak memiliki sebuah komputer pun pada sembilan tahun yang lalu, sehingga mampu memiliki rumah dan kereta mewah kini! Beliau turut mendedahkan rahsia kejayaan beliau lewat ebook percuma ini.

Satu lagi berita baik untuk anda ! Andrew Fox tidak sekadar menawarkan ebook ini secara percuma. Bahkan turut memberikan peluang untuk anda mencari pendapatan sampingan dengan mengedarkan lapuran ini untuk dikongsikan dengan orang lain. Setiap ebook yang terdownload melalui link anda, anda akan dibayar sebanyak US$1.00. Di samping itu anda juga akan dibayar sebanyak US$0.50 lagi di level ke dua.

Program seumpama ini bukanlah perkara baru. Telah ramai usahawan internet terbilang menggunakan kaedah ini untuk tujuan pemasaran. Sementara kita, anda dan saya, ambillah peluang ini sebaik-baiknya sementara ianya masih terbuka.

Anda tidak yakin dengan program seumpama ini ? Anda boleh menonton video di bawah ini sebagai maklumat tambahan. Video ini memberi panduan bagaimana untuk mendaftar dengan program ini dan bagaimana anda boleh meraih pendapatan darinya. Turut bakal ditunjukkan, ialah jumlah pendapatan yang telah diperolehi oleh pemilik video ini di dalam tempoh sehari beliau membuat promosi :


Video di atas ini adalah ihsan dari saudara Zamri Nanyan, penulis ebook Rahsia MLM dan juga Rahsia Perniagaan Digital. Penglibatan Zamri Nanya di dalam perniagaan internet tidak hanya di sekitar Malaysia sahaja, bahkan juga sehingga di peringkat global. Dan penglibatan beliau di dalam program affiliate seumpama 'Affiliate X Factor' ini sudah pun berbilang kali, dan telah pun menghasilkan ribuan USD sebagai pendapatan sampingan beliau. Semoga penerangan dari 'otai' IM Malaysia ini dapat menghapuskan keraguan anda.

Komisen anda akan dibayar melalui Paypal. Jika anda masih belum mempunyai akaun Paypal, anda boleh membukanya secara percuma di sini : Paypal.com