Khamis, 1 Mac 2007

APA ITU E-GOLD ?

Di dalam tulisan yang lalu saya telah memperkatakan serba sedikit mengenai Paypal. Terlanjur saya telah menulis mengenai alat pemprosesan pembayaran ini, maka pada kali ini saya memperkenalkan anda kepada e-gold pula.

E-gold adalah merupakan satu lagi pilihan sebagai medium pembayaran yang amat popular di internet. Jika anda ingin melibatkan diri dengan perniagaan internet tanpa mengenali e-gold, adalah bagaikan sesuatu yang tidak sempurna. Ada laman web perniagaan yang menyediakan kedua-dua kemudahan pembayaran sekaligus (E-gold & Paypal). Ada juga yang hanya menyediakan salah satu darinya. Oleh itu saya merasakan mempunyai kedua-dua akaun sekaligus adalah lebih baik. Ini membolehkan segala urusniaga yang ingin anda lakukan di internet tidak tergendala.

E-gold membawa maksud electronic gold. Ini kerana segala urusniaga adalah secara maya melalui talian internet. Ianya merupakan satu sistem matawang elektronik yang didaftarkan di bawah e-gold Ltd, oleh Nevis Corporation, yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. Nilai matawang e-gold adalah bersandarkan nilai sebenar emas semasa. Saya tidak mahu mengulas secara sempurna mengenai latarbelakang egold ini kerana segalanya boleh anda perolehi dengan lebih lengkap dan padat tentang sejarah dan operasinya melalui laman webnya sendiri : E-gold.com. Anda cuma perlu klik pada opsyen WHAT IS E-GOLD ?

MEMBUKA AKAUN E-GOLD.

Untuk membuka akaun e-gold adalah PERCUMA. Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun e-gold:

1. Sila klik di sini untuk ke halaman pendaftaran akaun e-gold. (User Creation)

2. Sila KLIK pada I AGREE setelah anda membaca dan memahami e-gold "Account
User Agreement". Borang Pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat diri anda
Sebagaimana yang diminta.

Account Name : Nama akaun anda. Boleh jadi nama penuh anda sendiri nama samaran atau apa sahaja yang bersesuaian. Nama ini akan dapat dilihat oleh pemegang akaun egold yang lain ketika membuat pemindahan / pembayaran e-gold.

Ruangan "Description" & "Additional Description" tidak wajib di isi. Namun anda boleh
mengisinya untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan. Boleh diisi dikemudian hari.

Username :Anda boleh menggunakan nama yang sama untuk Username dan Account Name. Ini akan menjadikannya lebih mudah untuk diingati."Description untuk Username juga tidak
diwajibkan untuk di isi.

Point Of Contact : Alamat perhubungan anda. Kosongkan ruangan Fax jika tidak berkenaan. Sementara Alternate Passphrase pula digunakan untuk pengesahan bayaran. Walau bagai mana ianya jarang digunakan. Boleh gunakan nama ibu anda sebagai Alternate Passphrase.

Passphrase : Passphrase ialah password anda. Ianya dalam gandingan huruf dan angka, sekurang-kurangnya 8 aksara. Isi kedua-dua ruangan dengan passphrase yang sama.

Turing Number Entery : Isikan nombor-nombor yang sama seperti telah diberikan ke dalam petak yang kosong.Perhatikan nombor-nombor tersebut betul-betul.


3. Setelah selesai mengisi borang, tekan butang OPEN yang berada di sebelah bawah.
Selepas itu buka peti emel anda . Anda akan menerima satu emel dari e-gold bersama
dengan nombor akaun e-gold anda.


BAGAIMANA MENDEPOSITKAN E-GOLD ?

Untuk berbelanja menggunakan e-gold di internet, maka anda perlulah mempunyai sejumlah e-gold di dalam akaun anda. Untuk mendepositkan e-gold, anda perlulah membelinya dari mereka yang ingin menjualnya. Terdapat beberapa pengedar egold yang popular di Malaysia. Salah satunya ialah : EgoldMalaysia.com

Jika anda ingin menjadikan egold hanya sebagai alat penerima pembayaran seperti komisen affiliate dan seumpamanya, maka tidak perlulah mendepositkannya. Tunggu sajalah komisen anda masuk! Walau bagaimana pun, untuk menunaikan egold tersebut ke dalam Ringgit Malaysia, maka anda perlulah menjualnya kepada pehak seperti EgoldMalaysia.com.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas, bagus sekali penerangan anta waha Khairul Anizan. Sekurang2 nya amat bagus bagi yang x berapa paham bahasa Inggeris, orang2 kita masih tak paham byk bhs Inggeris, tu yg jadi masalah tu, maka dengan adanya penerangan2 dalam bahasa Melayu ni ana rasa akan dapat membuka minda pada orang2 kita agar dapt mengambil peluang dalam internet ini, terutama bagi yang alami masalah ekonomi, utk bantu orang kita dan macam2 la :)

Teruskan usaha anda dan sentiasa kemas kini dari semasa ke semasa :)

Best regards
:)

Tanpa Nama berkata...

Forumer,
Terima kasih di atas komen anta ! Terus-terang ana katakan, ana sendiri sebenarnya tidak fasih berbahasa Inggeris ni. Tapi kerana minat dengan Perniagaan Internet, dipaksakan juga diri ini untuk mempelajarinya di usia yang suntuk ini.

Blog anta (kelas-blog) pun apa kurangnya. Ianya sangat2 membantu saya dalam memahami dan mengenali Blogger.