Rabu, 26 Disember 2007

PELUANG MENJIMATKAN BIL TELEFON ANDA !

Ini ada berita yang agak menarik saya kira. Tetapi tidak di dalam topik menjana pendapatan sampingan. Ya, di dalam keghairahan kita mencari sumber pendapatan sampingan (mahu pun tetap!) dari ruang internet, maka kita kita juga sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membelanjakan pendapatan kita secara berhemah. Tidaklah nanti, sikap dan perlakuan kita di dalam mencari rezeki ini seperti mengisi air di dalam bekas yang bocor. Semakin dicari, semakin tidak mencukupi.

Telefon kini telah menjadi satu keperluan asasi di dalam kehidupan kita. Ianya bukan lagi satu gaya hidup mewah. Cuma cara bagaimana kemudahan ini kita manfaatkan, bergantunglah kepada kesedaran dan naluri kita sendiri. Jika ianya digunakan untuk tujuan yang berfaedah, maka tentulah hasilnya berfaedah juga. Jika digunakan untuk tujuan membuang masa dan wang, maka pembaziranlah kesannya. Bil telefon telah menjadi senarai perbelanjaan wajib bagi hampir setiap orang di dalam kehidupan di masa kini.

Walau apa pun tujuan dan peranan telefon di dalam kehidupan anda, jika bil telefon anda terlalu tinggi, kini ada produk baru yang boleh membantu meringankan bebanan anda. Produk ini bernama "Skyetel".Dengan Skyetel, anda boleh berbual di internet secara PERCUMA. Mungkin anda berkata, anda boleh gunakan Yahoo! Messenger atau Skype sahaja. Ya memang betul. Tetapi dengan Skyetel, anda boleh buat panggilan :

1.Dari komputer ke komputer
2.Komputer ke telefon
3.Telefon ke komputer
4. Telefon ke telefon.

Apa yang menarik mengenai Skyetel ni ?

1. Panggilan komputer ke komputer adalah PERCUMA.
2. Boleh buat panggilan dari komputer ke hand phone.
3. Kadar panggilan telefon ke komputer, telefon ke telefon hanya RM0.15 sen seminit ke seluruh dunia.
4. Anda akan dapat eNum secara PERCUMA.
5. Anda boleh mendapat keuntungan/komisyen dari promosi anda kepada kawan2 anda.
6. Jika anda menggunakan handphone 3G, anda boleh download dan install perisian eSkySoftphone pada handphone anda dan buat panggilan secara percuma.

Bagaimana mendaftar?

Anda perlukan 2 perkara iaitu Introducer eNumber dan Introducer Name. Untuk mendaftar sila ke http://www.skyetel.net/ dan klik pada "Click here to get your FREE eNumber" Gunakan maklumat di bawah untuk mendaftar.

Introducer eNumber : 8888001000077
IntroducerName: KHAIRIL ANIZAN ALANG BEE

Apa itu eNum?

eNum ialah nombor yang anda akan perolehi apabila mendaftar dengan Skyetel, ia diberi secara otomatik.

Kemudian sila rujuk panduan bagaimana menggunakan skyetel. Anda boleh download panduan bergambar di: http://www.sukeri.com/manual_eNum.ppt

Sehingga ke saat pos ini ditulis, produk ini masih di peringkat pra pelancaran lagi, dan setakat ini panggilan dari komputer ke komputer sahaja yang boleh digunakan. Perkhidmatan panggilan dari komputer ke handphone, dan dari handphone ke handphone akan menyusul kemudian.

_________________________________________________________
P.S : Segala maklumat di atas saya perolehi dari Introducer saya. Bukan dari pembacaan dan pemahaman saya sendiri dari website Skyetel tersebut. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut terus dari laman Skyetel jika penerangan di blog ini tidak memadai.

Isnin, 24 Disember 2007

LAPURAN PERCUMA DARI JONATHAN LEGER PULA

Mutakhir ini nampaknya semakin giat Internet Marketer kita mengeluarkan lapuran percuma mereka. Sebelum ini saya telah pun memperkenalkan kepada anda lapuran yang ditulis bersama oleh Dr. Ellie Drake dan Mike Filsaime yang berjudul : The Death Of Network Marketing.

Dan kebiasaannya pula, selepas lapuran percuma ini dilancarkan, maka akan muncullah pula produk mereka yang sebenarnya, yang menjadi penyelesaian kepada lapuran yang telah mereka tulis itu. Memang inilah sebenarnya tujuan mereka, iaitu PROMOSI !!!

Kini lahirlah satu lagi lapuran percuma. Kini ianya dihasilkan oleh Jonathan Leger pula. Lapurannya berjudul : Search Engine Myths Exposed !

Apa pun pandangan anda mengenai tujuan lapuran ini ditulis, saya rasa tidak salah untuk kita mengambil manfaat darinya. Manfaat yang pertama; lapuran ini pastinya bukan penulisan yang sia-sia. Ianya ditulis hasil dari kajian, pengamatan dan pengalaman penulisnya. Jika pun anda tidak setuju dengan pandangan penulis tersebut, maka itu adalah perkara biasa di dalam berpendapat.

Sementara manfaat yang kedua pula ialah, seperti mana Mike Filsaime, Jonathan Leger juga menawarkan USD$0.25 untuk setiap naskah lapuran yang anda edarkan. Dan anda akan dibayar sehingga ke peringkat 2.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, tujuan penyebaran lapuran percuma ini adalah untuk mempromosikan produk mereka yang bakal dilancarkan, atau mungkin juga untuk meramaikan lagi senarai list mereka. Maka untuk mempercepatkan proses ini, mereka membayar anda. Saya rasa peluang seumpama ini adalah sesuatu yang wajar dimanfaatkan. Dan ianya dirasakan sebagai lapangan untuk anda mempraktikkan teknik-teknik pemasaran dan promosi yang telah dipelajari sebelum ini.

Seperti biasa komisen anda akan di bayar melalui Paypal. Kepada anda yang masih belum mempunyai akaun Paypal, anda boleh mendaftar secara percuma di sini.

Isnin, 17 Disember 2007

SALAM 'IDUL ADHA

Salam sejahtera !

Penulisan hari ini ringkas sahaja. Hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Adha kepada pembaca sekalian. Rasanya, dan harap-harap tidaklah terlalu awal saya menyampaikan ucapan ini. Mungkin ini adalah pos saya yang terakhir sebelum cuti Hari Raya ini.

Oh ya, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan anda hari ini. Ianya di dalam bentuk video. Dan ini adalah pertama kalinya saya memasukkan unsur video di dalam blog ini. Kira-kiranya, ianya adalah eksperimen peribadi buat saya. Pada anda, mungkin perkara ini biasa dan mudah sahaja. Tapi saya sebenarnya tidak terdidik secara formal dengan kerja-kerja teknikal sebegini. Semuanya main belasah je... Alhamdulillah menjadi nampaknya!

Video ini adalah promosi Kad Debit Desq Impian Mastercard. Disamping memiliki kad ini anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan yang agak lumayan juga ! Walau bagaimana pun, saya tak nak komen sejauh mana keberhasilannya. Ianya sangat bergantung kepada daya usaha dan keyakinan anda sendiri.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila klik pada link yang tertera di bawah video promo tersebut.

DESQ IMPIAN MASTERCARD

Selasa, 11 Disember 2007

SATU LAGI RUJUKAN UNTUK ADSENSE...

Nampaknya kebelakangan ini satu demi satu ebook rujukan berbahasa Melayu mengenai Program Google Adsense diterbitkan. Sebelum ini saya pernah memperkenalkan kepada anda ebook Panduan Raja Adsense dan juga 7 Hari Mahir Adsense. Baru pada pos yang lalu saya telah memperkenalkan kepada anda ebook percuma "Panduan Mudah & Berkesan Mendaftar Akaun Adsense".

Situasi ini menunjukkan betapa program pengiklanan Google Adsense merupakan program buat duit yang terkehadapan, dan amat berpotensi sekali prospeknya berbanding program pengiklanan online yang lain. Google Adsense tidak sekadar memberikan peluang pendapatan kepada pesertanya, bahkan memberikan pendapatan sampingan yang lain pula, seperti penghasilan ebook panduan ini. Ada pelbagai pilihan untuk anda menyertai program pengiklanan di internet. Namun jarang sekali program-program saingan bagi Google Adsense ini dibicarakan, dan ditulis di dalam bentuk artikel mahu pun ebook.

Kini muncul satu lagi ebook yang membicarakan mengenai Google Adsense. Ianya berjudul : Pakej Lengkap Google Adsense A to Z. Ebook kali ini pula ditulis oleh saudara Azrul 'The Great'.

Telah dua ebook berkaitan Adsense berbahasa Melayu muncul di pasaran sebelum ini. Kini muncul satu lagi ebook panduan. Bahkan khabarnya akan muncul satu lagi ebook mengenai Adsense di dalam waktu yang terdekat ini. Setiap penulis ini tentunya mempunyai kekuatan yang tersendiri dan pendekatan yang berbeza dalam menulis ebook-ebook ini. Ini terutamanya di dalam soal teknik, dan taktik di dalam Google Adsense.

Oleh itu, kepada anda yang telah pun mempunyai rujukan sebelum ini, rujukan dari sumber kedua, dari 'guru' yang berbeza, tentunya akan menambahhebatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda mengenai Adsense.

Jumaat, 7 Disember 2007

EBOOK PERCUMA : PANDUAN MENDAFTAR AKAUN ADSENSE.

Kepada anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan program Google Adsense, tapi masih ragu-ragu untuk mengeluarkan modal untuk membeli ebook panduan berbayar, ini ada ebook percuma untuk anda ! Ebook ini diberi judul : Panduan Mudah & Berkesan Mendaftar Akaun Adsense, disusun oleh saudara Ariff Mustaffa.

Di antara panduan yang diberikan lewat ebook ini ialah :

* Cara mendaftar blog,
* Cara mengisi blog anda dengan artikel,
* Cara mendaftar akaun Adsense anda,
* Apa yang perlu anda lakukan sekiranya permohonan anda tidak
berjaya, dan
* Bagaimana caranya untuk mahir dengan Adsense.

Sebagai sebuah ebook percuma, tentu sahaja ebook ini bukan merupakan rujukan yang lengkap. Namun, adalah diharapkan ebook ini akan menjadi pencetus minat dan semangat, serta langkah pertama anda untuk melibatkan diri dengan Google Adsense.

Kepada anda yang berminat, sila muat turun di sini !

Selasa, 4 Disember 2007

NETWORK MARKETING BAKAL BERKUBUR ?

DOWNLOAD SEGERA LAPURAN PERCUMA INI !

Saya tidak akan menulis panjang kali ini. Hanya ingin memaklumkan mengenai lapuran percuma terbaru untuk anda. Lapuran ini berjudul "The Death Of Network Marketing", yang ditulis oleh Dr. Ellie Drake dan Mike Filsaime.

Yang menariknya, anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan mengedarkan lapuran ini kepada orang ramai. Setiap salinan yang didownload melalui ID anda, anda akan dibayar sebanyak USD$0.25 (= +- RM0.85). Anda juga akan mendapat imbuhan yang sama dari tingkat kedua, iaitu dari rakan di bawah anda. Oleh itu jangan berlengah lagi untuk mendownload lapuran ini.

Jika anda salah seorang dari penggiat perniagaan berasaskan Network Markerting, tajuk lapuran ini pastinya menggemparkan anda! Benarkah perniagaan Network Marketing sedang terancam ? Dan siapakah pula Dr. Ellie Drake ini ? Baca lapuran ini untuk menemui jawapannya : http://simurl.com/thedeathofnetworkmarketing

__________________________________________________________
P.S : Komisen akan dibayar menggunakan Paypal. Jika anda masih belum mempunyai akaun Paypal, klik di sini untuk membuka akaun secara percuma.

Jumaat, 30 November 2007

EBOOK PERCUMA : PANDUAN MEMBELI BELAH SECARA ONLINE DI MALAYSIA.

Pernahkah anda melakukan urusniaga secara online ? Membayar bil, menghantar wang, atau pun membeli barang yang anda inginkan, hanya melalui komputer dan talian internet anda ?

Jika anda masih belum pernah melakukan aktiviti seumpama ini, apakah sebenarnya yang menghalang anda untuk melakukannya ? Sedangkan dengan kaedah ini, anda tidak perlu lagi berasak-asak beratur menunggu giliran, atau berlegar-legar mencari tempat letak kereta ? Kadang kala kita terpaksa mengambil cuti sehari untuk menguruskan semua urusan ini. Dan ada kalanya juga bekalan elektrik di rumah kita dipotong kerana kita tidak punya masa untuk pergi membayarnya. Sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih mudah, di dalam keselesaan di rumah… dan hanya sekadar di hujung jari anda sahaja!

Apakah yang menghalang anda untuk melakukan urusniaga secara online ini ? Kekurangan pengetahuan mengenainya ? Atau anda tidak yakin akan keselamatan wang anda dengan sistem ini ? Jika ketidakyakinan anda pada soal keselamatannya, maka ianya adalah berpunca daripada kekurangan pengetahuan mengenainya juga.

Sistem perbankan internet telah dirangka begitu rapi sekali dengan soal-soal keselamatannya. Namun ketidakselamatan masih boleh berlaku. Ianya berpunca dari kita sebagai pengguna kerana kecuaian sendiri atau kesilapan yang mungkin tidak kita sedari. Hal seumpama ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira sama ada perbankan secara offline, mahu pun secara online. Kita sering mengambil mudah pada soal-soal keselamatan, dan akhirnya kita menjadi mangsa kepada orang-orang yang mengambil kesempatan !

Kini telah muncul satu ebook yang memberi panduan bagaimana untuk berurusniaga secara online. Ianya dihasilkan bagi membantu mendidik rakyat Malysia khususnya bagaimana menggunakan medium pembayaran melalui internet secara lebih selamat. Ebook ini diberi judul : Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia. Ianya diedarkan secara PERCUMA !!!

Ebook ini ditulis oleh saudara Shamsuriyadi, salah seorang dari IM tersohor di Malaysia ini, dan merupakan penulis ebook berpengalaman. Dua buah ebook beliau yang terkenal ialah; Panduan Raja Adsense dan Rahsia Penulis Ebook.

Terdapat dua kaedah pembayaran yang dibicarakan, iaitu melalui perbankan internet, dan juga kad kredit. Sementara untuk perbankan internet pula, Sham hanya menulis mengenai Maybank2u dan CimbClicks sahaja. Walau bagaimana pun, hampir kesemua bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet menggunakan sistem yang hampir sama. Walau bagaimanapun, ebook ini hanya membicarakan soal-soal faktor keselamatan dan bagaimana melakukan pembelian produk secara online sahaja. Panduan bagaimana membuka akaun internet tidak dinyatakan.

Ebook ini di dalam bentuk fail pdf dan memerlukan perisian 'pdf reader' untuk membacanya. Jika anda belum mempunyai perisian tersebut, anda boleh mendownload secara percuma di sini: http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Jangan lupa untuk mendownload ebook ini kerana ianya adalah PERCUMA sahaja. Dan jangan lupa juga untuk membacanya, kerana perbankan internet bakal menjadi budaya dan gaya hidup baru masyarakat kita. Pastikan anda tidak ketinggalan.

Rabu, 28 November 2007

BUAT DUIT DENGAN AUCTIONADS!

Ini ada lagi satu peluang untuk anda pemunya blog khususnya, atau laman web yang bersesuaian untuk menjana pendapatan sampingan. Ianya masih berasaskan pengiklanan. Program yang saya maksudkan ialah Auction Ads.

Secara ringkasnya, Auction Ads ialah pengiklanan yang memaparkan barang-barang yang dilelong di Ebay. Pendapatan untuk anda dikira dengan dua kaedah :

1. Jika berlaku sebarang pembelian sama ada secara bidaan atau pun 'Buy It Now', di mana pembelian tersebut terjadi hasil dari klik yang dilakukan oleh pengunjung blog anda. Anda boleh merujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut cara pembayaran komisen untuk kaedah ini.

2. Program Afiliate. Jika anda berjaya mendaftarkan peserta baru untuk program ini, anda juga layak untuk mendapat komisen sebanyak 5% dari jumlah pendapatan peserta bawahan anda.

Pihak Auction Ads akan membayar komisen pada setiap awal bulan, tetapi dengan syarat pendapatan terkumpul anda telah mencapai jumlah USD50.00. Pembayaran akan dibuat melalui Paypal.

Sama seperti Widget Bucks yang telah saya perkenalkan sebelum ini, iklan Auction Ads juga boleh diletakkan bersekali dengan iklan Google Adsense di laman blog anda. Anda juga boleh meletakkan seberapa banyak iklan yang anda mahu, di laman web anda serta di seberapa banyak laman web yang anda ada hanya dengan menggunakan satu akaun sahaja.

Saya telah pun memperkenalkan beberapa program pengiklanan seumpama ini sebelum ini. Maka terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana bersesuaian, sama ada dari sudut potensi pendapatan yang lebih baik, kesesuaian dengan tema blog anda, mahu pun keselesaan anda dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur program.

Ahad, 25 November 2007

BUAT DUIT DENGAN WIDGET BUCKS !

Di dalam pos-pos yang terdahulu, terutamanya di dalam pos yang berjudul 'Buat Duit Dengan Blog' saya telah memperkenalkan beberapa program buat duit melalui internet. Apabila menyebut istilah program buat duit, maka ianya bukanlah berbentuk perniagaan. Ini kerana tidak berlaku sebarang urusan jual beli mahu pun pelaburan. Ianya lebih berbentuk agen pengiklanan.

Di antara program-program yang pernah saya perkenalkana sebelum ini ialah Google Adsense, dan juga Bidvertiser. Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi program berbentuk pengiklanan. Ianya dinamakan sebagai Widget Bucks.

Apa yang menariknya mengenai Widget Bucks ini ialah anda berpeluang meraih pendapatan dari beberapa sumber :

1. Bonus Pendaftaran (USD$25 – sekali sahaja). Sebaik sahaja pendaftaran anda diluluskan, bonus sebanyak USD$25.00 (sekitar RM85.00!) terus dimasukkan ke dalam akaun 'My Bucks' anda. Walau bagaimana pun, wang ini belum boleh dikeluarkan lagi kerana anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai baki minima USD$50.00, untuk menerima pembayaran.

2. Referral Program. Jika anda berjaya mendaftarkan ahli-ahli baru untuk program ini, anda akan mendapat ganjaran sebanyak 10% dari hasil pendapatan dari downline anda. Sebagai contoh, jika pendapatan terkumpul downline anda ialah sebanyak USD$100, maka pihak Widget Bucks, akan membayar sebanyak USD$10 sebagai komisen untuk anda.

3. Program per-per-click. Anda juga akan meraih pendapatan dari klik yang dilakukan oleh pengunjung blog ke atas iklan atau 'ad widget' yang anda letakkan di blog anda. Kaedah yang sama dengan program Google Adsense.

Pembayaran akan dibuat dengan dua kaedah; melalui cek, atau pun Paypal. Terserah kepada pilihan anda. Pembayaran akan dibuat oleh pihak Widget Bucks (jika pendapatan anda sudah mencukupi!) 45 hari selepas tarikh akhir setiap bulan.

Jika anda telah pun menyertai program pengiklanan yang lain di blog anda seperti Google Adsense, Bidvertiser, atau sebagainya, anda masih boleh menyertai program Widget Bucks ini. Ini kerana sistem pengiklanan Widget Bucks adalah serasi dengan lain-lain sistem pengiklanan. Sila rujuk pada ruangan FAQ dan Term & Condition laman web ini untuk maklumat lebih lanjut.
Kepada anda pemilik blog ! Jom buat duit pula dengan Widget Bucks ! Satu lagi peluang untuk anda !

Selasa, 20 November 2007

LIMA PEMBOHONGAN TERBESAR…

Di dalam pos yang lalu saya telah pun memperkenalkan kepada anda ebook "Sistem Rahsia V2.0" hasil kajian dan tulisan saudara Amirul Faisyal.

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi buah tangan dari Amirul, sebuah lapuran yang dinamakan sebagai "Lima Pembohongan Terbesar Perniagaan Internet". Lapuran ini adalah merupakan catatan dari pengalaman peribadi beliau sepanjang penglibatan beliau di dalam perniagaan internet, serta pengamatan beliau terhadap situasi yang telah berlaku di Malaysia ini khususnya.

Apa yang paling menariknya, ebook ini diedarkan secara percuma sahaja. Oleh itu tiada lagi sebab untuk anda tidak memilikinya. Lagi pun , ebook ini hanyalah setebal 25 mukasurat sahaja. Ianya boleh anda baca dalam tempoh untuk menghabiskan secawan kopi panas. Maka tiada alasan untuk anda mengatakan tiada masa untuknya. Walau apa pun, jika anda serius untuk menjadi seorang usahawan internet, ebook ini memang wajar anda rujuki. Seperti kata Smartzul di dalam menanggapi ebook ini :

" Lima pembohongan yang dibongkar melalui laporan ini sudah mencukupi untuk menyelamatkan anda daripada kerugian banyak masa, wang dan juga peluang.

Jika anda mahu berada di atas landasan dan laluan yang betul di dalam perniagaan Internet, maka anda wajib membaca laporan ini." – Smarzul.

Oleh kerana ebook ini percuma, dan tidaklah setebal mana, tidak perlulah saya mengulas panjang mengenainya. Cuma sebagai motivasi tambahan, saya ingin ingin memperkenalkan 7 istilah, yang merupakan 7 tahap untuk seorang yang bergelar usahawan internet, sebagaimana yang tertulis di dalam ebook ini.

Tujuh istilah tersebut ialah ; The Mooches, The Wanna-Be, The Pretend To Be, The Newbie, The Marketer, The Master, dan The Entrepreneur. Anda boleh mendapatkan definisi bagi istilah-istilah tersebut melalui ebook ini, dan seterusnya mengenal pasti di tahap manakah anda kini…

Jangan lupa untuk download segera !

Ahad, 11 November 2007

SISTEM RAHSIA AMIRUL FAISYAL

Di dalam melakukan apa jua perkerjaan, perlaksanaan secara bersistematik adalah amat penting di dalam mengharapkan penghasilan yang terbaik dan cemerlang. Maka begitu jugalah halnya di dalam perniagaan internet. Jika kita melihat kepada tokoh-tokoh perniagaan yang sudah berjaya, maka tidak dapat tidak kita akan mendapati bahawa salah satu penyebab kepada kejayaan mereka itu ialah sistem pengurusan mereka yang terbaik.

Di dalam setiap bidang perniagaan, ada cara gaya pengurusannya yang tersendiri. Maka apabila kita cenderung kepada sesuatu bidang itu, kita seharusnya mengkaji akan sistem yang bersesuaian untuk diaplikasikan dengan bidang tersebut.

Kini, seorang usahawan internet muda Malaysia, telah pun menyusun satu sistem yang amat sesuai dengan bakal-bakal usahawan internet. Usahawan yang saya maksudkan itu ialah saudara Amirul Faisyal, yang telah menyusun suatu sistem yang dinamakannya "Sistem Rahsia", kini dengan versi 2.0.

Sistem Rahsia olahan beliau ini terbahagi kepada 5 komponen :

1. Sistem Model. Sebelum memulakan perniagaan Internet, pastikan dahulu model perniagaan yang ingin anda ceburi. Ciri-ciri perniagaan pastinya berasaskan minat kita, kebolehan dan sumber yang kita ada. Terdapat 5 model perniagaan yang disenaraikan oleh Amirul melalui ebook ini. Turut disenaraikan ialah model program buat duit melalui internet yang tidak bersifat perniagaan. Namun begitu, program pelaburan atau skim cepat kaya sama sekali tidak dicadangkan di dalam Sistem Model ini.

2. Sistem Modal. Di dalam apa pun perniagaan, modal merupakan asas utama perancangan. Ianya boleh merupakan wang, harta, idea dan masa. Di dalam perniagaan konvensional, modal yang berupa wang boleh kita perolehi dari pinjaman, atau pun simpanan sendiri. Di dalam Sistem Modal ini, kita turut diajari bagaimana menjana modal perniagaan dari sumber-sumber di internet sendiri, yang mana ianya tidak memerlukan kita mengeluarkan wang. Terdapat 6 cara semuanya.

3. Sistem Pemasaran. Ini satu lagi perkara penting di dalam perniagaan. Tanpa Sistem pemasaran yang baik, perniagaan kita tidak akan ke mana-mana, dan tidak menghasilkan keuntungan sebaik yang diharapkan. Sistem Pemasaran untuk perniagaan internet bererti bagaimana membawa trafik ke laman web anda. Tidak semua kaedah menarik trafik itu berhasil, dan di sinilah pentingnya mempunyai Sistem Pemasaran yang berkesan ! Terdapat 17 cara percuma serta 7 cara berbayar yang dibentangkan oleh Amirul didalam sistem ini.

4. Sistem Fokus. Salah satu masalah yang sering mengganggu para newbie di dalam perniagaan internet ini, ialah mereka tidak tahu di mana mereka hendak memulakan langkah pertama mereka. Dengan lambakan maklumat yang mereka (atau kita) terima, bukannya menjadikan peluang untuk kita semakin terbuka luas, tetapi sebaliknya menjadikan kita semakin keliru. Sistem Fokus ini juga turut memandu kita bagaimana untuk mendisiplinkan diri dengan kerja, menguruskan masa, mengutamakan dahulu pekerjaan dan mengkesampingkan perkara-perkara yang tidak penting. Kebanyakan perkara-perkara yang melekakan kita ini kadangkalanya memang kita sedari, dan kita melakukannya setiap hari. Tapi sayangnya kita gagal menguruskannya secara baik dan bersistematik !

5. Sistem SEO. SEO adalah merupakan satu lagi kaedah pemasaran diinternet. Ianya adalah merupakan kaedah bagaimana laman web kita mudah ditemui oleh pencari-pencari maklumat di internet. Untuk tujuan tersebut, laman kita seharusnya berada di senarai 10 teratas, apabila carian dibuat dengan keyword yang tertentu. Terdapat pelbagai kaedah, dan juga alatan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini. Ada alatan yang berbayar, dan ada juga yang percuma. Sesuai untuk memulakan perniagaan, Sistem SEO telah mengutarakan 20 alatan yang boleh diperolehi secara percuma untuk digunakan bagi membolehkan laman web anda mesra SEO.

Ayuh ! Lipat gandakan pendapatan internet anda sekarang !

Selasa, 6 November 2007

BUAT DUIT DENGAN KOMPUTER !

Ini ada satu lagi idea untuk menambahkan pendapatan anda. Saya katakan 'menambahkan pendapatan', ialah kerana saya mengandaikan ianya dilakukan secara sambilan, secara kecil-kecilan. Bermula dengan rakan-rakan dan orang-orang terdekat. Namun kiranya anda imgin menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang tetap, tidaklah pula menjadi halangan. Namun begitu, persediaan dan pengorbanannya juga perlulah lebih giat dan lebih besar.

Jika anda seorang yang minat dan cenderung dengan kerja-kerja teknikal, maka bidang ini tentunya amat serasi dengan jiwa anda. Dari segi permintaan, rasanya tidaklah menjadi masalah. Ini kerana, di zaman IT ini, boleh dikatakan hampir di setiap rumah mempunyai komputer. Dan bidang IT ini merupakan perniagaan yang sentiasa berkembang. Jadi anda tidak perlu risau akan kemerosotan permintaan.

Sebenarnya saya sedang berbicara mengenai kerjaya membaiki komputer. Satu pekerjaan yang yang boleh anda lakukan secara sambilan di rumah, dan tidak memerlukan modal permulaan yang besar. Seperti yang telah saya katakan di awal tadi, anda boleh memulakannya dengan orang-orang yang anda kenali terlebih dahulu. Tawarkan khidmat percuma terlebih dahulu, tetapi hendaklah dengan keyakinan bahawa anda boleh melakukannya. Janganlah umpama tikus membaiki labu pula. Kelak akan hanya menjejaskan reputasi anda sahaja nanti. Jika langkah pertama ini berjaya, promosi dari mulut ke mulut akan membantu mengembangkan perniagaan anda.

Begitulah antara lain bagaimana usahawan –usahawan yang berjaya sebelum ini memulakan langkah mereka. Kita biasa melihat dan membaca banyak kisah-kisah ahli perniagaan yang berjaya, hanya bermula daripada hobi dan kerja sambilan semata-mata.

'Panduan Pakej Lengkap : Pasang Sendiri Komputer Anda & Belajar Proses Installation', mungkin permulaan yang baik untuk langkah anda. Pakej ebook ini telah disusun oleh saudara Mustahing Saide. Pakej ini mengandungi dua ebook yang membimbing dua perkara yang berbeza. Ebook pertama (Pasang Sendiri Komputer Anda), memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memasang perkakasan fizikal, sehinggalah menjadi sebuah komputer yang lengkap. Sementara ebook kediua pula (Belajar Proses Installation), membantu anda memasang sendiri perisian Windows XP, Office, Driver dan juga lain-lain perisian sokongan.

Ebook ini sebenarnya tidaklah hanya untuk anda yang ingin mencari pendapatan sampingan sahaja. Itu hanyalah sekadar idea. Ianya juga wajar dimiliki oleh anda yang cintakan pengetahuan dan sukakan cabaran! Dengan mendalami ilmu ini, anda tidak perlu lagi membayar untuk proses-proses instalasi untuk komputer anda sendiri.. Anda tidak perlu lagi membayar untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan PC anda. Semuanya boleh anda lakukan sendiri. Bayangkanlah berapa banyak penjimatan yang boleh anda lakukan dengannya ?

Memiliki komputer di abad ini adalah seperti anda memiliki peti sejuk, TV dan kereta. Ianya sudah menjadi satu keperluan. Sekali kita sudah memilikinya, sudah pasti kita 'terpaksa' memilikinya sampai bila-bila. Maka memiliki pengetahuan mengenainya bukanlah suatu pelaburan yang merugikan...

Jumaat, 2 November 2007

BUAT DUIT DENGAN SOYA !

Ini ada satu idea perniagaan yang menarik untuk anda. Terutamanya kepada anda yang ingin mencari rezeki tambahan untuk menabung belanja kahwin anda ! Ianya bukanlah sesuatu yang baru. Tapi rasanya perniagaan ini belumlah lagi sampai ke tahap tepu. Jika kena pada tempat dan persekitarannya, ianya pasti menguntungkan. Kurang persaingan tetapi ada permintaan, maka insyaAllah, perniagaan anda ada potensi untuk maju.

Perniagaan yang saya maksudkan itu ialah menjual air soya dan juga Tau Fu Fah. Tidak ada pengetahuan ? Tidak mengapa. Kini telah muncul sebuah ebook yang boleh membimbing anda untuk memulakan perniagaan air soya atau pun Tau Fu Fah ini. Ebook ini diberi judul, "Rahsia Tau Fu Fah Terbongkar!", ditulis oleh saudara Muhammad Muaz melalui pengalaman ibunya sendiri yang telah berpengalaman selama lima tahun berniaga produk berasaskan soya ini.

Ebook ini tidak sekadar mengajar anda bagaimana menghasilkan produk soya yang sedap dan menarik dilihat, tetapi juga turut membimbing anda bagaimana seharusnya anda mengendalikan perniagaan ini. Ya, setiap perniagaan mempunyai kaedah yang tersendiri untuk diuruskan.

Jika anda seorang penggemar soya, ebook ini juga amat bermanfaat untuk anda. Kini anda tidak perlu lagi membelinya, tetapi sebaliknya anda boleh menghasilkan sendiri air soya atau pun tau fu fah yang anda gemari itu dengan panduan ebook ini. Dengan melakukannya sendiri, maka sudah pasti kebersihannya akan lebih anda yakini.

Anda tidak menggemari soya ?
Ya, ada sesetengah orang tidak menggemari soya mungkin kerana rasanya. Namun begitu fakta-fakta berikut mungkin boleh mengubah sikap anda; kacang soya adalah merupakan sumber makanan seimbang yang agak murah berbanding daging, susu dan telur. Ianya merupakan sumber protein yang tinggi tetapi rendah lemak, amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kolestrol dan berat badan, masalah jantung danjuga kencing manis.

Kacang soya mengandungi vitamin A, B, C, D dan lecithin. Ianya juga mengandungi bahan mineral seperti calsium, sodium, magnesium, iron dan juga phosphorous. Di antara kelebihan lain khasiat soya ialah mengurangkan risiko kanser payudara, kanser prostat dan juga mengurangkan simptom menopaus.

Mudah-mudahan dengan maklumat mengenai khasiat kacang soya ini bukan sahaja akan meningkatkan kecenderungan anda kepada produk berasaskan soya, bahkan juga akan dapat membantu meningkatkan jualan anda nanti jika anda benar-benar berminat untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan.

Ahad, 28 Oktober 2007

BAGAIMANA MENABUNG UNTUK BELANJA KAHWIN ?

Pertama kali melihat kepada judulnya, ianya seakan sebuah cereka misteri. Namun sebenarnya, ianya adalah sebuah ebook yang membicarakan soal-soal pengurusan kewangan peribadi. Ebook yang saya maksudkan ini ialah 'Mas Kahwin Yang Hilang', hasil jalinan minda Mohd. Suhaimi aka Shuth.

Apakah yang dimaksudkan dengan Maskahwin Yang Hilang ?

Setiap insan yang normal kejadiannya sudah pasti mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga. Tidak kira apa pun bangsanya, apa pun agamanya, kemahuan semulajadi ini adalah lumrah. Namun di dalam merealisasikan keinginan itu, terdapat pelbagai halangan yang membantutkan niat seseorang untuk berkahwin. Di antara halangan yang biasa didengar ialah mengenai masalah kewangan, atau di dalam bahasa yang lebih mudah duit tidak mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan.

Kalau hendak diikutkan kepada kehendak asas agama, urusan pernikahan tidaklah semahal mana. Namun belenggu persekitaran dan budaya sesuatu masyarakat, telah menjadikan ianya menjadi berat dan sukar. Dan kita yang menjadi sebahagian dari masyarakat itu, mahu tidak mahu terpaksa akur dan pasrah kepada budaya itu demi menjaga maruah diri dan keluarga.

Setiap orang mempunyai cara pendapatannya yang tersendiri, sama ada berniaga atau makan gaji. Dan setiap kali meraih pendapatan tersebut, kita akan simpan sedikit untuk keperluan di masa hadapan. Mustahil sekali rasanya di zaman moden ini manusia tidak menabung dari pendapatannya. Namun tuntutan kehidupan adakalanya tidak dapat diduga. Kadangkala wang yang kita simpan itu lesap entah ke mana. Bayar itu, bayar ini, tiba-tiba kenderaan pula mengalami kerosakan, akhir-akhirnya wang simpananlah yang menjadi mangsa !

Bagi seorang bujang, di antara matlamat utama simpanannya tentulah untuk belanja perkahwinannya nanti. Namun jika tabung simpanannya sentiasa sahaja ketirisan dan kembali kosong, sampai bilakah hajatnya itu akan terlaksana ? Maka inilah yang dimaksudkan oleh penulis ebook ini sebagai "Maskahwin Yang Hilang".

Ebook ini sebenarnya adalah merupakan panduan khusus bagaimana menguruskan pendapatan dan perbelanjaan serta mengumpul belanjauntuk perkahwinan anda. Namun, pada pandangan saya, jika kita sudah bijak menguruskan kewangan kita semasa belum berkahwin, kesannya tentulah akan berterusan sehinggalah kita sudah berumahtangga.

Di antara panduan yang diberikan oleh penulis melalui ebook ini ialah :

  1. 18 tips bagaimana kita boleh berjimat dan mengumpulkan wang sehingga RM 10,000.00. Angka tersebut rasanya merupakan jumlah yang agak baik juga untuk sebuah majlis perkahwinan yang sederhana !
  2. 6 cara bagaimana mengurangkan atau mengawal hutang.
  3. 7 cara bagaimana meningkatkan pendapatan.

Ada banyak lagi tips yang telah disusun oleh penulis melalui ebook ini. Tidak semua dari kita melalui pendidikan secara formal bagaimana menguruskan kewangan peribadi. Namun keperluan kepadanya semakin dirasakan desakannya demi kesejahteraan dan kesempurnaan kehidupan kita. Adalah diharapkan ebook ini menjadi penyelesaian awal kepada keperluan ini.

Pada peringkat awal penerbitannya, buku ini telah diterbitkan didalam bentuk fizikal. Namun kini ianya telah dijadikan ebook. Ingat ! Salah satu kelebihan ebook ialah, apabila setiap kali kandungannya dikemaskinikan, anda akan mendapat versi terkininya secara percuma dari penulisnya. Begitulah kelazimannya amalan yang dilakukan oleh penulis-penulis ebook. Anda tidak tidak perlu membeli edisi terkini sepertimana buku-buku fizikal.

Selasa, 23 Oktober 2007

JOM KITA RAYAKAN KEMENANGAN KEDUA !

Salam sejahtera ! Dan Selamat Hari Raya !

Pos hari ini adalah merupakan pos pertama saya semenjak cuti hari raya ini. Oleh kerana kita masih lagi berada di dalam suasana dan kehangatan hari raya, maka penulisan hari ini juga masih lagi di sekitar puasa dan raya.

Pada hakikatnya, Hari Raya Aidil Fitri yang dianugerahkan Allah kepada hambanya yang berpuasa di bulan Ramadhan itu cuma satu hari sahaja, iaitu pada 1 haribulan Syawal. Ianya merupakan anugerah dari Allah s.w.t sebagai meraikan kemenangan melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Hal ini hendaklah kita sama-sama mengambil perhatian kerana akhir-akhir ini ungkapan "puasa sebulan, maka raya pun sebulan", sudah sering menjadi sebutan dan amalan.

Sebutan yang pada mulanya hanya sekadar gurauan, ditakuti akan kekal berpanjangan dan seterusnya menjadi amalan generasi di kemudian hari. Di akhir zaman ini, terlalu banyak perkara-perkara yang kelihatannya seperti ibadah, namun apabila diselidiki, tidak diamalkan mahu pun dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Dan apabila perkara ini ditimbulkan, menjadi perbalahan pula sesama umat Islam.

Melihat kepada cara gaya generasi kita hari ini menyambut Aidil Fitri, terkadang terdetik pertanyaan di hati; apakah ini hari raya yang disyariatkan Allah kepada kita ? Jika di bulan Ramadhan, kita berpuasa, dan kita meriahkan lagi dengan bertadarrus, bertarawikh, beri'ktikaf, berqiamullail, tetapi apabila di hari raya, apa yang hebat menonjol ialah hiburan, nyanyian, tarian, pesta makanan dan fesyen pakaian. Seolah-olahnya tiada kerelevanan di antara keduanya. Sekali lagi pertanyaan; inikah yang Tuhan mahu kita lakukan ?

Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang saya maksudkan dengan tajuk pos saya hari ini ? Apakah yang dimaksudkan dengan kemenangan kedua ? Di bulan Syawal, ini terdapat satu amalan sunat yang sangat-sangat dituntut kita melakukannya. Ianya sering disebut sebagai puasa enam. Menurut mafhum hadis, sesiapa yang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, dan diikuti dengan puasa sunat selama enam hari di bulan Syawal, kita akan mendapat pahala seolah-olah kita berpuasa setahun.

Hukum untuk ibadah puasa enam ini hanyalah sunat sahaja. Namun begitu, mulai hari ini, marilah kita sama-sama tidak meremehkan perkara-perkara yang sunat ini ("Alah! Sunat je !"). Menurut seorang ustaz, ketika itu saya masih kecil lagi; Ibadah wajib, jika hendak diumpamakan sebagai perniagaan, kita hanya baru balik modal sahaja. Ini kerana, jika kita tidak melakukannya, kita akan mendapat dosa. Sementara amalan sunat pula adalah merupakan keuntungan kepada perniagaan itu. Ini kerana jarang sekali orang melakukan perkara sunat dalam keadaan terpaksa melainkan ia melakukan kerja yang sia-sia. Pahala dari amalan sunat inilah yang bakal menentukan beratnya timbangan amalan kita di akhirat nanti.

Jika Hari Raya Aidil Fitri adalah merupakan perayaan untuk meraikan kemenangan kepada mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan, maka jika kita berjaya melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini, maka kita berhak untuk merayakan kemenangan. Itulah yang saya maksudkan dengan kemenangan kedua! Memang tidak ada hari raya untuk ibadah puasa enam. Apa yang dimaksudkan dengan kemenangan ialah kemampuan atau keberjayaan melaksanakan. Memang terlalu berat untuk melakukan perkara sunat, walau pun untuk sekadar solat dua rakaat. Mudah-mudahan segala pendidikan dan latihan yang telah kita lalui selama sebualan di Ramadhan yang lalu, telah memberi kita kekuatan untuk kita melakukan semua ini... amin !

KA'AB
Rabu, 12hb Syawal, 1428H.
(Ada 12 hari lagi untuk kita melakukannya!)

Rabu, 10 Oktober 2007

SALAM AIDIL FITRI...

Diam tak diam, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Terlalu cepat masa berlalu. Di dalam keghairahan menyambut 1 Syawal, ada sekelumit rasa kesedihan di hati. Ya, Ramadhan akan meninggalkan kita. Ramadhan yang akan datang belum pasti kemunculannya. Jika dia tetap datang, belum pasti lagi kita akan bersamanya.

Berakhir sudah kemeriahan selama sebulan ini. Kemeriahan yang akan kita rindukan. Kemeriahan yang saya maksudkan bukanlah kemeriahan di Pasar Ramadhan, Bazar Ramadhan atau pun kemeriahan di kompleks membeli belah. Kemeriahan seperti itu akan sering kita lihat setiap kali musim perayaan. Tetapi kemeriahan yang saya maksudkan ialah kemeriahan umat Islam beribadat di masjid dan di surau-surau. Entah kenapa, apabila berakhir sahaja Ramadhan, maka akan berakhirlah semua itu.

Semasa di awal Ramadhan, betapa seronok dan bersemangatnya beribadah kerana jemaah di masjid dan surau melimpah ruah. Itulah hikmahnya hidup berjamaah. Segala yang dilakukan akan menjadi seronok dan bersemangat. Namun setelah pulang dari cuti perayaan ini nanti, surau dan masjid akan kembali seperti dahulu. Seperti sebelum Ramadhan muncul. Masjid dan surau akan hanya kembali dikunjungi oleh mereka yang setia sahaja. Begitulah yang telah dan sering berlaku selama ini. Atau... apakah akan ada keajaiban selepas ini ?

Kata seorang ustaz di dalam tazkirahnya; bulan Ramadhan adalah bulan untuk mendidik diri. Saya juga pernah mendengar seorang pakar motivasi menyebut; untuk mengubah sikap atau tabiat, kita perlu melalui proses pemulihan selama 21 hari secara konsisten. Maka sebulan Ramadhan adalah tempoh yang sangat mencukupi untuk kita berubah. Sepatutnya, selepas sahaja Ramadhan, segala sikap dan tabiat yang telah kita pupuk selama sebulan itu, akan terus berkekalan. Di manakah silapnya ?

Tulisan ini hanyalah sekadar renungan untuk memuhasabah diri sendiri. Jika anda merasa terusik dengan tulisan ini, jadikanlah ia sebagai perkongsian rasa dari saya.

Di kesempatan ini, saya juga ingin Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog ini. Mudah-mudahan hari raya ini adalah Hari Raya yang sebenar-benarnya, sebagaimana yang sepatutnya yang dianugerahkan Allah kepada hambanya untuk meraikan kemenangan di atas segala dugaan, dan di atas pencapaian terbaik kita di sepanjang Ramadhan ini. Keraian yang penuh dengan kesyukuran dan keinsafan.

Marilah kita mengelakkan dari merayakan 1 Syawal ini seolah-olah kita telah terlepas dari penderitaan berlapar dan dahaga. Maka kita pun merayakannya dengan penuh keriangan, seolah-olah ingin mengqadha kembali segala-gala yang terhalang selama sebulan. Tarian, nyanyian dan fesyen menjadi pengisian. Takbir yang membesarkan Allah tenggelam di tengah-tengah segala keasyikan.

InsyaAllah, besok, bersama-sama ribuan rakyat Malaysia yang lain saya akan pulang ke desa yang penuh dengan kenangan. Berkumpul bersama keluarga tercinta, bertemu dengan teman-teman lama, ini sahajalah kegembiraan yang tinggal di hari raya di usia sebegini.

Semoga kita semua akan selamat di dalam perjalanan nanti... amin !
Salam Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin...

Ahad, 7 Oktober 2007

BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI ANDA DATANG ?

Menurut Kamus Dewan, magnet membawa maksud, sejenis besi yang mempunyai daya menarik logam-logam lain. Ianya juga biasa dipanggil dengan besi berani. Sementara rezeki pula memberi erti ; 1. bahan keperluan untuk hidup, seperti makanan, atau nafkah yang lainnya, 2. pendapatan, penghasilan, pencarian, 3. peluang untuk beroleh keperluan, keuntungan dan perolehan. Begitulah apa yang saya fahami dari penjelasannya yang sangat panjang di dalam kamus tersebut.

Kenapa saya begitu berusaha mencari penafsiran kepada dua perkataan itu ? Sebenarnya saya sedang mendefinisikan satu judul ebook terbaru yang pada pandangan saya amat unik dan simbolik sifatnya.

Ebook yang saya maksudkan itu ialah "Magnet Rezeki", yang ditulis oleh saudari Azlina Abdul Rahim, atau lebih dikenali sebagai LinnComel, salah seorang blogger wanita yang boleh dikatakan agak tersohor di Malaysia ini.

Dari pencarian makna di atas, maka saya menyimpulkan Magnet Rezeki membawa maksud 'kuasa atau daya (mengambil sifat magnet itu tadi) untuk menarik rezeki' kita.

Apakah kuasa atau daya itu ?

Menurut Linn, kita sebenarnya telah dilahirkan bersama dua kekayaan. Pertama kekayaan dalaman, keduanya kekayaan di luar diri kita. Semua orang memiliki kekayaan dalaman ini. Dan kekayaan dalan inilah yang sepatutnya kita manfaatkan (sebagai kuasa atau daya) untuk menarik kekayaan luaran itu datang. Tapi malangnya kebanyakan kita mensia-siakan kekayaan dalaman itu. Atau mungkin juga kerana kita ini jahil bagaimana untuk menguruskan kekayaan dalaman itu sebagai modal kepada kekayaan fizikal yang kita impikan.

Menurut Linn lagi, menjemput kekayaan adalah lebih mudah dari mencari atau menciptanya. Bagaimana untuk menjemput kekayaan itu ? Ebook ini mempunyai jawapannya.

AWAS!!! Ebook ini tidak mengajar anda bagaimana mendapatkan wang secara mudah seperti Skim Cepat Kaya atau apa-apa yang seumpama dengannya. Jika itu yang anda cari, ianya tiada disini.

Rabu, 3 Oktober 2007

REBUT PELUANG INI SEGERA !!!

Kali ini saya tidak mahu menulis panjang. Ini kerana semakin banyak saya meluangkan masa, maka semakin sempit peluang untuk saya meraih pendapatan secara mudah melalui internet.

Apakah peluang itu ?

Russell Brunson sedang mengedarkan lapuran percuma beliau yang berjudul "The IM-Myth". Dan setiap senaskhah lapuran yang berjaya anda edarkan kepada orang ramai, anda akan dibayar sebanyak USD1.00, iaitu di sekitar RM 3.50. Cuba anda bayangkan jika anda mampu mengedar kepada 10, 20 atau 50 orang ? Caranya amat mudah. Cuma promosikan affiliate URL yang bakal diberikan anda nanti.

Sila klik pada berikut untuk mendaftar : http://simurl.com/IM-Myth

Hanya 2 langkah sahaja yang perlu anda lakukan :
1. Download Lapuran Percuma yang diberikan.
2. Sebar & promosikan link affiliate anda segera.

Tawaran ini hanya sah sehingga 9hb. Oktober, 2007 ini. Oleh itu jangan bertangguh lagi. Bertindak segera !!!

Komisen hanya dibayar melalui Paypal. Jika anda belum mempunyai akaun Paypal, daftar segera di sini : http://simurl.com/DaftarPaypal

Download dan sebarkan segera lapuran tersebut => http://simurl.com/IM-Myth

Ahad, 30 September 2007

BARU SAHAJA PULIH DARI...



Saya memohon maaf kepada semua pengunjung setia blog ini yang pastinya kehampaan kerana sudah agak lama tidak diupdate.

Sebenarnya saya sendiri tidak dapat melayari internet di dalam tempoh tersebut. Talian telefon dan internet saya baru sahaj pulih hari ini. Ianya berpunca dari panahan petir lebih kurang seminggu yang lalu. Segalanya telah 'terbakar'; kabel (di luar dan di dalam premis), CPU komputer dan modem sekaligus !

Alhamdulillah, kini segalanya telah pulih kembali. Kabel telah diganti baru. Nasib baiklah saya mengambil pakej yang mempunyai waranti untuk modem dari streamyx. Kuranglah sedikit bebanan...

Sekian, sekadar makluman dari saya. Banyak lagi perkara yang hendak dilakukan. Blog rakan-rakan juga sudah lama tidak dijenguk. Rindu pulak rasanya pada buah fikiran mereka...

Rabu, 19 September 2007

SELAMATKAH CINTA ANDA ?

Mulai hari ini, topik penulisan saya akan beralih sedikit dari topik yang sedia ada. Namun ianya masih tidak lari dari konsep sebenar blog ini. Kalau sebelum ini saya lebih banyak menulis review mengenai produk yang memberikan anda maklumat tentang perniagaan internet, maka untuk pos selepas ini nanti tema produk yang akan perkenalkan adalah lebih terbuka. Ada pelbagai produk dan sumber maklumat yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Sebagai permulaan, saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang membincangkan masalah cinta. Maaf, ianya bukan novel percintaan ! Tapi adalah sebuah ebuku panduan yang membincangkan dan memberi penyelesaian kepada masalah percintaan anda !

Ebook yang saya maksudkan itu ialah “Seni Selamatkan Cinta”, hasil olahan saudara A.F Hazwan, seorang pengkaji dan penganalisis dunia percintaan.

Putus cinta bukanlah perkara mudah pada sesetengah orang. Ianya mampu memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seseorang; kepada kerjayanya misalnya, bahkan juga boleh membawa kepada keputusan untuk membunuh diri. Apa tah lagi kepada mereka yang sudah berumahtangga, anak-anak yang akan menjadi mangsa. Oh ya! Jangan perkecilkan skop percintaan anda pada hubungan teruna dan dara sahaja ya! Malah sebaliknya, percintaan di alam perkahwinan adalah lebih jauh dan berliku perjalanannya, berbanding percintaan di alam remaja, yang hanya untuk suka-suka dan glamer!

Menurut A.F Hazwan, formula dan penyelesaian yang beliau sarankan melalui ebook ini sama sekali tidak menyalahi undang-undang mahu pun hukum agama. Ianya adalah merupakan kombinasi di antara kaedah saintifik, emosi serta penggunaan secara praktikal kaedah Neuro Ligustic Programming (NLP).

Satu perkara menarik mengenai ebook ini ! Penulisnya memberikan jaminan selama 60 hari dan wang anda akan dikembalikan kepada anda jika teknik dan penyelesaian yang beliau berikan tidak menjadi. Tetapi tentunya dengan syarat setelah anda berusaha dan beramal dengan sesungguhnya segala panduan dan saranan yang telah diberikan melalui ebook ini.

Ebook Seni Selamatkan Cinta ini tentu sahaja tidak hanya untuk anda yang sedang menghadapi masalah percintaan semata-mata, bahkan juga merupakan bekalan yang amat berguna kepada anda yang bakal bercinta dan bakal menghadapi alam rumahtangga. Ini kerana ebook ini tidak sekadar memberi bimbingan bagaimana untuk menyelesaikan masalah sedia ada, tetapi juga membantu mengelakkan anda dari dilanda masalah yang bakal menimpa. Sepatah kata orang-orang lama; sediakan payung sebelum hujan !

Selamatkah cinta anda ? Selamatkan cinta anda !!! => Seni Selamatkan Cinta...

Rabu, 12 September 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARRAK !

Salam sejahtera dan selamat berpuasa saya ucapkan buat semua teman-teman pengunjung setia blog ini. Tidak dilupakan juga buat anda yang pertama kalinya berkunjung !

Saya baru sahaja menunaikan solat tarawih sebentar tadi. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga usia saya ke Ramadhan tahun ini. Walau pun saya ni bukanlah tua sangat, namun usia bukanlah pengukur untuk berapa lama kita akan berada di dunia ini.

Mudah-mudahan di Ramadhan kali ini, kita sama-sama muhasabah diri, sejauh manakah pencapaian kita dalam menabung bekalan kita untuk perjalanan ke alam ukhrawi. Seterusnya pula meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah kita. Marilah kita memanfaatkan Ramadhan ini sebaik-baiknya, kerana kita belum pasti lagi akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang…

Di bulan Ramadhan ini kita ada dua pilihan ; ada orang yang berlumba-lumba untuk membuat pahala, sementara ada pula yang berlumba-lumba membuat duit sehingga terlupa fungsi Ramadhan yang sebenarnya. Maka terpulanglah kepada anda membuat pilihan, asalkan anda bukan dari golongan yang ketinggalan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, bahawa berkemungkinan saya tidak dapat mengepos secara konsisten seperti sebelumnya. Kebiasaannya saya akan menulis sekurang-kurangnya satu atau dua pos seminggu. Maklum sahajalah Ramadhan, jadual harian biasanya amat padat dan terhad ! Peluang untuk memakmurkannya hanya sebulan dalam setahun. Itu pun jika badan kita masih sihat!

Kepada anda yang ingin membaca pos terkini saya, saya cadangkan anda menyertai mailing list saya. InsyaAllah, saya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini blog ini dari masa ke masa. Sila daftarkan nama anda di borang subscriber di bar sebelah kanan blog ini.

Sekian, selamat berpuasa, tapi bukan hanya sekadar berpuasa !

KA'AB
1 Ramadhan, 1428.

PROJEK VIRAL LINK

Di dalam pos yang lalu, saya telah memperkatakan tentang apa itu SEO. Saya bukanlah pakar mengenai SEO ini. Untuk sekadar secara tasawwur sahaja, bolehlah sikit-sikit. Untuk mempelajari secara lebih mendalam mengenainya eloklah anda berguru dengan Meor Shukri melalui kitabnya “SEO 3 Gergasi”.

Diantara kaedah untuk meningkatkan rank SEO anda ialah dengan dengan meletakkan pautan laman web / blog anda sebanyak-banyaknya di laman web orang lain. Maka tercetuslah ilham di kalangan IM berpengalaman dengan kaedah Viral Link ini.

Untuk projek kali ini, wabak ini telah dimulakan di Blog Hikmatun dan diikuti oleh Kelas Blog, dan anda semua dijemput untuk dijangkiti penyakit ini, penyakit yang dapat membantu blog anda sendiri juga (he! he!). Untuk semua bloggers, terutamama para newbies, jom kita sama-sama kita memeriahkannya !

~ Mula copy di sini ~

Salaam alaikum. Kali ini ana mau bawak hal off topik sikit, sekali - sekala mesti ada iklan kan? hehe. Iklan kali ini bagi sesiapa yang mahukan blog-blog dia naik taraf pada page rank Google ataupun dengan kata lain, bagi mudah orang jumpa blog kita melalui search engine. Makna yang lain lagi makin ramai lah pelawat insyaAllah berkerumun ke blog kita secara tak sengaja.

Itu pentingnya Page Rank tu, kalau Google punya antara 1 - 10, 10 paling tinggi sekali, Google, Yahoo punya Page Rank sebanyak itu, pasal faham-faham je la website mereka tu hari-hari hampir setiap pengguna internet guna, sebab tu page rank mereka banyak. Antara faktor - faktor yang tentukan Page Rank adalah backlink ke blog kita, point kita kat technorati, Alexa ranking dan sebagainya. Sebab itu lah ramai yang pentingkan benda-benda tu, utk naikkan page rank la tu.

So jika anda mahukan blog2 anda pun naik page rank, perlu lah cuba cari cara macam mana nak buatkan banyak website lain link ke blog anda, makin banyak link ke blog anda maka makin tinggilah potensi anda untuk naik, maka makin tinggi lah potensi anda untuk mendapat pelawat secara PERCUMA! So di sini hari ini, ana mahu letak beberapa blog yang mengambil bahagian, dan jika anda mahu join sama, copy je belaka artikel ini dan letakkan di blog anda. Kemudian masukkan link ke blog anda sendiri kat situ nanti, dan jadikan nakhoda nya adalah blog anda sendiri, dan sila bagi tahu (Ping) ke sini, nanti saya pun akan masukkan link ke blog anda juga. So sama-sama tolong menolong untuk naikkan PR masing-masing.

Nakhoda:
Blog Kedaisiberneka : Maklumat asas Perniagaan Internet, pendapatan sampingan, review untuk produk-produk terpilih.

Senarai Blog:
Blog Kedaisiberneka : Maklumat asas Perniagaan Internet, pendapatan sampingan, review untuk produk-produk terpilih.
Kelas-blog : Mengenai tips dan panduan bagi membina dan menjaga blog.
Feedget : Perkembangan teknologi terkini.
Zubli Zainordin : Seorang pakar motivasi, penulis, mentor bab blog memblog dan sebagainya.
Hikmatun : Santapan rohani menuju negeri abadi.
Perpustakaan : Khazanah Ilmiah Online

Sila tambahkan link ke blog anda dalam senarai di atas …….

~ Tamat ~

Sabtu, 8 September 2007

APA ITU SEO ?

Di dalam apa jua bentuk perniagaan, pengiklanan dan promosi adalah merupakan elemen yang penting didalam memastikan kemajuan perniagaan tersebut. Perniagaan di internet juga tidak dapat lari dari keperluan ini. Di samping kaedah pengiklanan yang konvensional seperti suratkhabar, TV, radio, flyers dan sebagainya, perniagaan internet juga mempunyai kaedah promosinya yang tersendiri. Pengiklanan dan promosi tersebut boleh dibuat secara berbayar, atau pun secara percuma sahaja.

Google Adsense dan Bidvertiser adalah merupakan contoh pengiklanan berbayar di internet. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pengiklanan melalui blog dan juga forum.

Satu lagi kaedah yang dikatakan sangat berkesan untuk menarik pelawat ke laman web anda ialah melalui kaedah SEO.

Apa itu SEO ?

SEO adalah merupakan akronim bagi “Search Engine Optimization”. Jika dialihkan ke Bahasa Malaysia, ianya membawa maksud Pengoptimuman Enjin Carian. Jika dirujuk kepada Kamus Dewan, optimum memberi makna ‘kedudukan yang teratas atau yang paling menguntungkan!’. Oleh itu Pengoktimuman Enjin Carian bolehlah ditafsirkan sebagai proses atau kaedah bagaimana untuk menjadikan laman web anda berada di dalam ranking yang teratas apabila seseorang pencari maklumat membuat carian dengan menggunakan kata kunci tertentu di enjin carian.

Terdapat 3 laman web carian yang utama dan ternama di internet. Laman web Enjin Carian tersebut ialah MSN, Yahoo! dan Google. Dapat menguasai ketiga-tiga Search Engine sahaja pun sudah amat memadai. Namun begitu, ketiga-tiga Search Engine ini mempunyai proses dan peraturan yang berbeza dan tersendiri di dalam menentukan optimasi sesebuah laman. Walau bagaimana pun, mereka tetap mempunyai matlamat yang sama, iaitu memberikan maklumat yang selengkapnya kepada pengguna internet tentang apa yang ingin mereka cari.

Bagaimana untuk memahami kehendak ketiga-tiga Search Engine ini di dalam memastikan laman web anda mendapat kedudukan yang terbaik di laman mereka ? Ebook “SEO 3 Gergasi : Panduan Lengkap Optimasi Laman Web” telah menyediakan solusinya. Ebook ini adalah hasil kajian dan tulisan saudara Meor Shukri dari JomWebTemplate.com.

Terdapat 9 langkah yang dicadangkan oleh beliau melalui ebook ini. Kesembilan langkah yang disusun ini pula adalah merupakan kaedah yang selesa dan mesra dengan ketiga-tiga search engine tersebut. Ini bermakna, dengan mengikuti panduan beliau, anda tidak perlu lagi melakukan optimasi secara berasingan.

Ahad, 2 September 2007

VIDEO TUTORIAL PERCUMA !!!

Kepada anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pelaburan dalam mencari ilmu mengenai Perniagaan Internet, kini terdapat peluang untuk anda mendalaminya secara PERCUMA !

Pelajaran percuma ini adalah di dalam bentuk Video Tutorial, yang telah diusahakan oleh saudara Zamri Nanyan dan Mohd. Sufian dari VideoPercuma.com.

Video Tutorial ini terbahagi kepada 11 bahagian, yang merangkumi panduan pendaftaran nama domain, pemilihan penyedia webhosting yang fleksibel, panduan memuatnaikkan fail ke server, bagaimana memasang forum, cara mudah memasang blog, dan berbagai lagi...

Agak sukar untuk mendapatkan sesuatu dengan percuma di dalam dunia hari ini di mana segalanya berteraskan wang. Namun jika ada pihak yang sanggup memberikan sesuatu kepada anda secara percuma, apakah wajar anda menolaknya ? Video Tutorial ini mungkin boleh dijadikan asas untuk anda menjinakkan diri dengan lebih serius di dalam dunia perniagaan internet ini.

Ayuh! Dapatkannya sekarang di VideoPercuma.com.

Jumaat, 31 Ogos 2007

Salam Kemerdekaan !


Merdeka ! Merdeka !! MERDEKA !!!
Salam MERDEKA untuk seluruh rakyat MALAYSIA !!!

Rabu, 29 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATE.

Hari ini saya ingin meneruskan siri judul “Buat duit dengan…” saya lagi. Program untuk kali pula ini ialah Program Affiliate. Anda boleh medapatkan definisi mengenai program ini di dalam pos saya yang berjudul “Apa itu Program Affiliate ?”.

Pos saya pada hari ini pula adalah khusus untuk memperkenalkan sebuah lagi ebook yang boleh anda jadikan rujukan bagaimana untuk meningkatkan jualan anda melalui program affiliate. Ebook tersebut berjudul “Rahsia Affiliate Dahsyat !”, susunan saudara Mohd Fahmi.

Di antara intipati kandungan ebook ini ialah, Asas Pemasaran Affiliate, 3 Teknik Rahsia, cara-cara mempromosikan Affiliate, kesilapan yang sering dilakukan dan berbagai lagi.

Mudah-mudahan buah tangan dari Mohd Fahmi ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan sekaligus pendapatan anda !

Sabtu, 25 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN GOOGLE ADSENSE !

Di dalam pos yang lalu, saya telah menyenaraikan Google Adsense sebagai salah satu sumber pendapatan yang boleh anda buat melalui blog. Saya juga telah menulis mengenai “Apa itu Google Adsense” di peringkat awal blog ini.

Saya kembali mengungkit topik ini dengan judul khusus pada hari ini. Ini kerana pengiklanan Google Adsense adalah merupakan program pengiklanan yang paling popular di kalangan para blogger. Tidak seperti program pengiklanan lain, Google Adsense seringkali dibincangkan di mana-mana; di blog, di forum, bahkan juga ditulis menjadi ebook oleh pakar-pakar adsense dan menghasilkan pendapatan baru pula untuk mereka.

Fokus sebenar pos saya hari ini ialah untuk mereview semula ebook yang pernah saya perkenalkan di blog ini sebelum ini. Ebook yang saya maksudkan itu ialah “Panduan Raja Adsense”, hasil garapan saudara Mohd. Shamsuriyadi Mamat aka Sham Raja Adsense.

Ebook ini saya review kembali kerana ianya telah dikemaskinikan oleh penulisnya. Dari 81 mukasurat dahulunya, kini sudah bertambah menjadi 101 mukasurat. Sudah pasti banyak maklumat terkini yang telah ditambahbaikkan. Selain daripada itu, ianya turut diserikan lagi dengan panduan secara video. Menjadikan segala penerangan lebih praktikal.

Kepada anda yang telah membeli ebook ini sebelumnya, nantikan sahaja makluman dari Sham untuk mendapatkan versi terkini ebook tersebut. Kepada anda yang masih belum memilikinya, inilah masanya !

Sabtu, 18 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN BLOG.

Saya telah pun menulis mengenai ‘Apa Itu Blog ‘ di peringkat awal blog saya ini lagi. Tulisan saya kali ini adalah seumpama kesinambungan kepada tulisan tersebut, sesuai dengan perkembangan dan produk terkini yang telah saya temui.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda pilih bagi membolehkan blog anda menghasilkan pendapatan sampingan :

1. Iklan Produk Sendiri. Jika anda mempunyai laman web jualan yang sudah tentunya menjual produk anda sendiri seperti ebook, perisian, atau produk fizikal yang lainnya, anda boleh menggunakan blog anda sendiri sebagai wadah promosi selain dari menggunakan tools pemasaran yang lainnya. Promosi boleh dibuat didalam bentuk review produk, atau pun sebagai iklan banner di side bar blog anda.

2. Program Affiliate. Ianya tiada banyak beza dengan iklan produk sendiri yang saya nyatakan di atas, melainkan sudah tentunya produk yang diiklankan bukanlah produk anda sendiri. Sekiranya klik yang dilakukan oleh pengunjung blog anda, berjaya menghasilkan jualan , anda akan dibayar komisen oleh pengurus affiliate mengikut peratus yang telah dijanjikan.

3. Menjual Ruang Iklan. Anda juga boleh menyediakan petak-petak iklan untuk disewakan kepada pengunjung yang berminat dengan kadar tertentu pada tempoh tertentu. Walau bagaimana pun, sila pastikan terlebih dahulu blog anda menerima trafik yang tinggi sebelum berhajat untuk menjana pendapatan melalui kaedah ini. Ini kerana sudah tentunya bakal pelanggan anda mengambil kira faktor jumlah pengunjung sebelum menyewa ruang iklan anda.

4. Iklan Google Adsense. Ini adalah merupakan program pengiklanan yang sangat popular di kalangan blogger. Pembayaran dibuat secara Pay Per Click. Ini bermakna tidak perlu berlakunya jualan produk. Oleh kerana itu, jumlah komisen untuk setiap klik tentulah tidak terlalu besar. Akan tetapi, komisennya dibayar di dalam matawang USD. Oleh itu, agak lumayan juga jika hendak dinisbahkan dengan RM. Setiap klik mempunyai nilai yang tertentu di antara USD$0.03 hinggalah ke USD$50.00, bergantung keywordnya yang tertentu. Komisen akan dibayar dengan cek setelah jumlahnya mencapai USD$100.00. Saya bukanlah pakar di dalam bidang ini. Jika anda ingin mendapatkan ilmu mengenainya, anda boleh berguru dengan Sham Raja Adsense atau pun Ariff Mustaffa.

5. Iklan Bidvertiser . Program ini hampir menyamai pengiklanan Google Adsense, namun agak kurang popular sedikit. Walau bagaimana pun, yang menariknya anda akan dapat menikmati hasilnya lebih cepat kerana komisennya dibayar bila jumlahnya sudah mencapai USD$50.00 sahaja. Komisennya juga dibayar dengan cek. Jika hendak lebih cepat lagi, anda boleh membuat tuntutan pada jumlah USD$10.00, dan komisen anda akan dibayar dengan Paypal. Jika anda berminat untuk menyertai Bidvertiser, sila mendaftar di sini!

Ada banyak lagi pilihan untuk anda menyertai program pengiklanan seumpama di atas selain mempromosikan produk anda sendiri. Yahoo! juga khabarnya sudah mempunyai program pengiklanannya sendiri yang diberi nama Yahoo! Ads, namun masih belum dibuka untuk warga luar US. Maka terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana satukah yang terbaik untuk anda.

Sudahkah anda mempunyai blog sendiri ?

Jika anda perlukan panduan bagaimana untuk membina blog, ada beberapa sumber rujukan yang boleh anda dapati. Sumber pertama ialah ‘Pakej Kit Blogger’ yang disusun oleh saudara Zulfadli aka Zul Smartusaha. Pakej ini baru sahaja dikemaskinikan dan ditawarkan hanya untuk 175 orang sahaja. Oleh itu, segeralah mendapatkannya sebelum tawaran ditamatkan !

Sementara untuk kedua pula ialah ‘Video Interaktif : Blog dan Duit dari A ke Z’, kerja tangan dari saudara Ramzan aka Raja Blog. Istimewanya produk ini ialah seperti mana judulnya, ianya di sampaikan dalam bentuk animasi dan video interaktif. Mungkin ini adalah kaedah yang mampu mempermudahkan pemahaman anda.

Jumaat, 10 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN EBOOK.

Ebook adalah merupakan di antara produk yang sangat popular dijual di internet. Ianya dikategorikan sebagai Produk Digital, yang mana membawa maksud; produk yang tidak mempunyai bentuk, saiz dan berat. Dalam bahasa mudah, ianya adalah produk yang tidak dapat kita sentuh secara fizikalnya. Contoh lain bagi produk digital ini ialah seperti perisian komputer dan grafik laman web.

Saya pernah menulis mengenai definisi ebook ini di peringkat awal blog ini lagi. Produk digital seumpama ebook ini mempunyai beberapa kelebihan tersendiri jika hendak dibandingkan dengan buku fizikal. Dari segi kos penerbitan misalnya, ebook tidak memerlukan kos percetakan. Setiap kali kandungan ebook dikemaskinikan, pembeli akan mendapat edisi terkininya tanpa perlu membeli sekali lagi. Ebook juga tidak memerlukan kos penghantaran kerana ianya boleh dihantar melalui proses muat turun sahaja.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran di dalam sesuatu bidang, mengapa tidak anda kongsikannya dengan orang lain melalui ebook ? Disamping dapat membantu menyelesaikan masalah orang ramai, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan melaluinya !

Berikut adalah contoh-contoh ebook yang telah banyak membantu orang ramai :

Mas Kahwin Yang Hilang - Panduan untuk menguruskan kewangan anda.
Repair Komputer Sendiri - Panduan untuk membaiki komputer.
Panduan Belajar Bahasa Arab - Untuk anda yang ingin mempelajari Bahasa Arab.
Jana Wang Dengan Unit Trust – Panduan untuk melabur di dalam Saham Amanah.
Belajar Proses Installation - Panduan untuk memasang perisian komputer.

Setelah melihat beberapa contoh ebook di atas, diharapkan telah dapat membantu dan memberi idea kepada anda dalam menulis ebook anda sendiri. Apa yang paling penting, bagi memastikan produk anda laris, pengisian ebook anda mestilah mempunyai potensi dan permintaan yang tinggi. Dalam kata lain, kandungan ebook anda mestilah sesuatu yang sangat dicari-cari dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Jika anda berminat untuk menulis ebook, dan ingin tahu bagaimana sesebuah ebook dihasilkan, anda boleh merujuk kepada sebuah ebook yang khusus membicarakan hal ini. Ianya diberi judul, “Rahsia Penulis Ebook”, yang ditulis oleh saudara Shamsuriyadi, atau juga dikenali sebagai Sham Raja Adsense. Saudara Sham juga adalah merupakan penulis kepada ebook “Panduan Raja Adsense”.

Diantara tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam ebook ini ialah Kajian mengenai Keperluan dan Permintaan, Pemilihan Tajuk, Teknik Menulis, serta Perisian-perisian yang yang berkaitan.

Ebook ini tidak sekadar mendidik anda bagai mana untuk menerbitkan ebook, malahan juga turut membantu anda bagaimana untuk membina laman web jualan serta pelbagai kaedah pemasaran yang berkesan ! Ianya merupakan sumber rujukan yang sangat lengkap dan padat !

Kepada anda yang berminat untuk memilikinya, sila kunjungi : Penulisebook.com

Sabtu, 4 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN RINGTONES...

Saya telah menulis mengenai perniagaan melalui kaedah SMS di dalam pos yang terdahulu. Di antara produk yang sering dikaitkan dengan perniagaan jenis ini ialah ringtones. Promosi mengenainya dapat sering kita lihat di kaca TV, majalah dan juga suratkhabar. Di internet juga tidak ketinggalan ! Di antara laman web yang menjual nada dering dengan menggabungkan aplikasi sms dan kemudahan internet ini ialah mobileklub.com.

Adakah anda juga berminat dengan perniagaan ringtone ini ? Jika berminat, saya anda satu produk yang amat sesuai untuk anda : VCD “Buat Sendiri Ringtone Anda”. Ianya merupakan vcd langkah demi langkah yang amat praktikal dan mudah. Bagaimana hendak menjual ringtone dengan kaedah sms. Saudara Irwan Dahnil pasti boleh membantu anda. Perniagaan ini bukanlah sesuatu yang baru. Oleh itu aplikasinya tentu mudah didapati di pasaran. Apa yang perlu difikirkan, ialah bagaimana untuk menonjolkan diri (perniagaan anda) di tengah-tengah kerancakan perniagaan ini.

Anda mungkin belum bersedia untuk memulakan perniagaan ini secara gah di TV, suratkhabar, atau pun internet. Namun anda juga masih boleh memulakannya secara kecil-kecilan (sambil membina keyakinan diri !) melalui rakan-rakan sepejabat, atau untuk langkah yang lebih panjang sedikit… di pasar malam atau di pasar tengah malam ?

Nah ! Segala-galanya terserah kepada anda asalkan anda tidak melakukan sesuatu tanpa sebarang persediaan…

Sabtu, 28 Julai 2007

PERNIAGAAN MELALUI KAEDAH SMS

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi sumber idea perniagaan. Ianya berorientasikan Sistem Pesanan Ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS. Perniagaan seumpama ini bukan lagi sesuatu yang baru. Boleh dikatakan hampir setiap orang mungkin pernah terlibat dengannya tanpa disedari.

Di antara produk yang biasa kita lihat dijual dengan kaedah SMS ini ialah Ringtones, Wallpaper, Logo, Tips, Teks Ucapan dan pelbagai lagi. Malah kini, Tambah Nilai untuk talian prabayar juga boleh dibeli secara SMS.

Di dalam begitu banyak dan kepelbagaian bentuk perniagaan SMS ini, masih belum ada tanda-tanda perniagaan cara ini sudah mencapai tahap ‘tepu’nya. Bahkan sebaliknya, ianya semakin rancak dan giat berkembang !

Perniagaan SMS seharusnya tidak dilihat pada hanya sekadar ringtones, wallpaper, teks atau apa-apa sahaja produk yang dipesan dan diterima hanya melalui SMS semata-mata. Produk Fizikal juga boleh diurusniagakan dengan menggunakan ‘tools’ SMS ini. Sebagai contoh; buku, di mana pesanan dan pembayarannya dibuat melalui SMS, sementara produknya dihantar menggunakan Pos, atau pun perkhidmatan penghantaran yang seumpamanya.

Jika anda mempunyai idea yang hebat dan menarik, yang boleh dipasarkan secara SMS, namun tidak tahu di mana dan bagaimana untuk memulakannya, saya mempunyai sumber yang lengkap untuk anda ! Segalanya boleh anda perolehi di smswang.com.

Terdapat beberapa bahan bacaan yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan ini :

1. Ebook “Rahsia Buat Duit Dengan SMS
2. Buku “Buat Duit Dengan SMS
3. Manual “Pemasaran SMS

Jika anda inginkan pembelajaran yang lebih interaktif, anda boleh berguru terus dengan penulis ebook & buku tersebut, saudara Irwan Dahnil melalui Seminar Rahsia Perniagaan dan Pemasaran SMS.

Saya pasti segala maklumat yang telah saya berikan ini cukup untuk anda memulakan langkah pertama anda !

Rabu, 25 Julai 2007

MENCARI IDEA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN ?

Di dalam beberapa pos yang lalu, saya telah menulis serba sedikit mengenai pembinaan laman web, serta beberapa tools yang berkaitan dengannya. Saya juga telah memperkenalkan sumber-sumber yang boleh membantu anda merealisasikan impian anda…

Mulai hari ini penulisan saya akan beralih topik pula. Setelah tahu bagaimana membina laman web, kini marilah kita fikir-fikirkan pula apa yang hendak dijualkan di internet ? Jika anda sudah mempunyai idea, bolehlah terus memperkembangkan idea anda itu. Tapi jika belum ada apa-apa, maka marilah meneruskan pembacaan anda.

Sebagai langkah pertama, rasanya ebook “117 Idea Bisnes Luar Biasa” adalah rujukan yang amat sesuai untuk anda ! Ebook ini adalah hasil kajian dan susunan saudara Tazilan Ibrahim dari Ideabisnesluarbiasa.com. Beliau juga adalah merupakan penulis ebook “10 Model Perniagaan Internet” yang popular, berkesan, dan menguntungkan !

Ebook ini juga adalah merupakan versi terbaru dan lanjutan dari ebook pertama beliau : 59 Idea Bisnes Luar Biasa !. Saya pernah memperkenalkan ebook tersebut di blog ini sebelum ini.

Seperti yang pernah saya tulis di dalam review saya terhadap ebook 59 IBLB, ebook ini hanyalah sebagai panduan kepada anda semata-mata, dalam mengasah dan mempertajamkan kreativiti anda untuk mencari idea yang bernas bagi memulakan perniagaan. Bukan untuk diceduk atau diambil secara bulat-bulat. Koleksi ini juga tidaklah tertumpu kepada perniagaan internet semata-mata.

Dengan jumlah koleksi idea yang semakin besar, maka adalah diharap akan semakin terbuka luaslah hendaknya idea dan pemikiran kita untuk melahirkan produk yang unik, berkualiti dan berpotensi.

Kepada anda yang berminat untuk memiliki koleksi idea ini, boleh mendapatkannya di laman web penulisnya di; IdeaBisnesLuarBiasa.com.

Rabu, 18 Julai 2007

KOLEKSI PERISIAN USAHAWAN INTERNET

Saya telah pun memperkenalkan kepada anda mengenai Web Tools II Special Edition di dalam pos sebelum ini. Ianya adalah merupakan koleksi ribuan grafik yang direka khas untuk kegunaan laman web. Dengan memiliki koleksi ini, anda hanya tinggal memilih sahaja yang mana satu grafik kegemaran anda. Tidak lagi perlu memikirkan untuk mengupah orang lain atau merekaciptanya sendiri. Di samping koleksi grafik, turut disertakan juga pelbagai produk tambahan seperti ebook dan perisian yang berkaitan.

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi koleksi untuk anda ! Ianya diberi nama Mawardee’s Koleksi Perisian Usahawan Internet. Koleksi ini adalah kepunyaan dan ciptaan saudara Ahmad Mawardee, dari PerisianInternet.com. Kelainan pada koleksi kali ini berbanding Web Tools II yang telah saya perkenalkan, ialah sepertimana judulnya sendiri, ianya adalah lebih tertumpu kepada koleksi perisian-perisian.

Diantara perisian-perisian yang terdapat didalam koleksi ini ialah :

1. Instant Sales Letter & Minisite Creator – Perisian khas untuk membina laman web mini dan surat jualan dengan hanya 2 langkah mudah !

2. Tell-A-Friend Script Software – Perisian yang boleh membantu anda melakukan promosi sehingga 300%.

3. Golden Mailing List Pop-Up – Membantu anda membina mailing list dengan kaedah “Pop-Up”.

4. Google Adsense Cash in Content Software – Membantu anda meningkat kadar pelawat pada iklan sehingga 500 % !

5. Perisian Memo Ringkas Segera

6. Contact Form Generator.

7. Perisian Laman Muat Turun .

Apa yang tambah menariknya untuk koleksi ini ialah; panduannya disediakan di dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu anda tidak akan teraba-raba lagi untuk memahami aturan pemasangannya.

Jika anda sudah memiliki Web Tools II, Koleksi Perisian Usahawan Internet dari Mawardee ini seakan memperlengkapkan lagi keperluan anda…