Isnin, 3 November 2008

BAGAIMANA MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA ?

Saya amat pasti anda akan bersetuju bahawa, sesuatu perkerjaan yang dilakukan secara terancang itu, akan memberikan hasil yang lebih baik dan sempurna, berbanding jika sekiranya ianya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Maka begitu juga halnya di dalam melangsungkan majlis perkahwinan. Anda pastinya tidak mahu melihat majlis yang sangat istimewa bagi pasangan pengantin itu tercemar akibat dari ketidaktelitian anda merancang majlis.

Anda mungkin boleh mengambil jalan mudah bagi memastikan majlis perkahwinan ini terancang rapi dengan melantik perunding majlis perkahwinan. Namun ianya sudah pasti akan menuntut sejumlah perbelanjaan yang besar juga, sesuai dengan nilai kepakaran mereka.

Ada juga yang menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada ibubapa dan keluarga. Ini juga bukanlah sesuatu yang baik pada hemat saya. Perkongsian tugas itu mungkin wajar. Ianya boleh mengurangkan bebanan kita. Namun biarlah kita turut terlibat dalam merancang aktiviti ini, mudah-mudahan proses ini akan dapat membantu mematangkan kita.

Di zaman dahulu, jiran sekampung turut membantu menjayakan sesuatu majlis perkahwinan itu. Ianya bermula dari peringkat awal lagi. Permuafakatan diadakan bagi memastikan majlis berjalan lancar. Namun, perubahan cara gaya hidup masa kini, tidak memungkinkan nostalgia seumpama itu akan kembali.

Bagaimana untuk menjadikan majlis perkahwinan anda itu gilang gemilang pada kadar belanjawan yang anda mampu ?

Ebook Majlis Perkahwinan Impian mungkin jawapan yang tepat di dalam membantu merealisasikan impian anda. Ebook ini ditulis oleh Amalia Roslan, dari MajlisImpian.com.

Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang sederhana, tetapi masih menginginkan impak yang cemerlang dan gemilang. Beliau menjanjikan dengan menuruti 10 langkah praktikal yang beliau cadangkan, anda akan mendapat hasil yang sangat membanggakan untuk Majlis Perkahwinan anda.

Tidak sekadar itu, bersama ebook ini, anda akan turut mendapat beberapa pemberian lain lagi yang sangat membantu perancangan perkahwinan anda. Bonus yang dimaksudkan itu ialah; Buku Gerak Kerja, Pengurus Bajet, dan Pengurus Tetamu.

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan semua ini secara kendiri, dengan penuh rapi dan bersistematik ? Anda boleh !



2 ulasan:

adrina berkata...

assalamualaikum
saya sebenarnya tak nak komen apa2. tapi saya cuma ingin kepastian, saudara ada menjual ebook majlis impian tak? jika saudara ada mengenali sesiapa yang menjual ebook majlis impian, tolonglah saya perlukan ebook tersebut. penulis ebook tersebut telah menutup penjualan. Bagaimana saya nak tahu sesiapa yang ada menjual ebook tersebut dan bagaimana nak menghubungi mereka? Sesiapa bantu saya.....

KA'AB berkata...

Wa'alaikumussalam Adrina !

Sememangnya ebook 'Majlis Impian' sudah tidak dijual lagi, oleh penulisnya.

Walaubagaimana pun, tiada siapa pun berhak untuk menjual ebook tersebut kepada sesiapa tanpa kebenaran penulisnya.

Saranan saya, cubalah merayu kepada penulis ebook tersebut agar dapat menjualnya kepada anda. Manalah tahu, kalau2 ada rezeki anda...