Rabu, 5 November 2008

BAGAIMANA MELANCARKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANDA ?

Anda masih seorang teruna atau dara, yang bercita-cita untuk mendirikan rumahtangga ? Alhamdulillah, ianya adalah hasrat yang baik dan menepati fitrah kejadian. Saya katakan begitu kerana di akhir zaman ini terdapat ramai lelaki dan wanita yang keliru dengan identiti semulajadinya sendiri. Yang lelaki tidak menyedari bahawa dia adalah lelaki, sementara yang wanita pula malu menerima hakikat kejadiannya.

Untuk mendirikan rumahtangga sudah pastilah perlu kepada persediaannya. Apatah lagi kerana yang hendak ber‘kahwin’ itu adalah manusia, maka tentulah beban tanggungjawabnya adalah lebih berat berbanding dengan makhluk ‘mamalia’ yang lain. Ini kerana kita manusia dikurniakan akal, dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dunia ini.

Sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi saat itu, dan tanggungjawab itu ? Di dalam tulisan saya yang pertama dalam siri Selangkah Ke Alam Perkahwinan ini, saya telah menyorot kembali ebook Mas Kahwin Yang Hilang. Kandungan ebook ini adalah panduan mengatur perbelanjaan dan menjana pendapatan khusus untuk persediaan perkahwinan.

Menyediakan dana yang mencukupi untuk majlis perkahwinan adalah usaha yang baik dan sangat wajar, kerana untuk melangsungkan perkahwinan memerlukan belanja yang bukan sedikit.

Namun persiapan untuk perkahwinan dan alam rumahtangga bukanlah sekadar pada kekukuhan kewangan semata-mata. Jika itu menjadi sikap anda, saya rasa ianya bukanlah satu pandangan yang waras. Banyak perkara yang perlu disiapsiagakan. Jika anda seorang lelaki, maka persiapannya tentulah lebih lagi kerana tanggungjawab yang bakal anda pikul, kesannya bukannya sekadar di dunia ini, bahkan akan melangkaui ke alam lain nanti. Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, mempunyai anak-anak yang sihat, pintar dan berakhlak. Anak-anak adalah merupakan aset, yang bukan sahaja bakal menjaga kita di hari tua, bahkan juga yang bakal mendoakan kita, dan menghantar pahala kepada kita apabila kita sudah tidak berupaya menjana pahala kita sendiri.

Jika anda seorang yang akrab dengan masjid dan surau, dan sering menghadiri kuliah-kuliah agama, alhamdulillah, itu adalah merupakan persediaan dan pelaburan yang sangat bernilai. Namun jika sekiranya anda tidak berada di dalam kategori ini, sesuatu anjakan perlulah dilakukan. Mungkin anda tiada kesempatan masa, lantaran kesibukan urusan kehidupan, atau mungkin sememangnya anda sengaja mengelakkan diri dari program-program seumpama ini. Haruslah diingat, bahawa sebarang kebaikan yang kita harapkan dari orang lain, ianya harus bermula dari diri kita sendiri. Begitulah halnya, jika kita mengharapkan seorang isteri, dan anak-anak yang cemerlang, maka ianya harus bermula dari kita sebagai akar, atau sebagai idola kepada mereka.

Sebaik-baik kaedah menuntut ilmu adalah melalui proses berguru atau menghadiri kelas. Namun bagi sesetengah pihak, ianya mungkin menyulitkan. Satu pilihan lain yang boleh diusahakan, ialah melalui pembacaan. Ada banyak sumber bacaan yang boleh anda perolehi.

Sesuai dengan siri penulisan saya yang bertemakan ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan’ ini, saya ingin mencadangkan satu bahan bacaan yang khusus mengenai perkahwinan. Ianya di dalam format ebook, berjudul Rahsia Mudah Akad Nikah. Ebook ini telah disusun oleh saudara Meor Shukri.

Di antara kandungan menarik ebook ini ialah perancangan awal bermula 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda lagi. Perkara-perkara yang perlu anda lakukan di dalam tempoh enam bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Dengan senarai semak ini, mudah-mudahan tidak ada lagi perkara-perkara yang terlepas dari pantauan anda yang mana mungkin akan mencacatkan majlis yang sangat bermakna itu.

Satu lagi isi yang sangat menarik dari ebook ini, yang menjadikan ianya masih relevan kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di dalam waktu yang terdekat ini, ialah tips bagaimana menghadapi saat-saat yang mendebarkan kepada bakal pengantin lelaki, iaitu majlis akad nikah. Rasanya, ianya adalah igauan kedua bagi seorang lelaki selepas pengalaman berkhatan sewaktu kecil dahulu !

Penulis memperincikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengantin lelaki, agar kesilapan yang sama tidak anda ulangi, disamping tip-tip berharga yang bakal membantu kelancaran anda. Selain itu, penulisnya juga memberi jaminan bahawa terdapat tip-tip yang dikongsikan beliau di dalam ebook ini yang tidak anda perolehi dari mana-mana kursus pra-perkahwinan !



Tiada ulasan: