Sabtu, 18 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN BLOG.

Saya telah pun menulis mengenai ‘Apa Itu Blog ‘ di peringkat awal blog saya ini lagi. Tulisan saya kali ini adalah seumpama kesinambungan kepada tulisan tersebut, sesuai dengan perkembangan dan produk terkini yang telah saya temui.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda pilih bagi membolehkan blog anda menghasilkan pendapatan sampingan :

1. Iklan Produk Sendiri. Jika anda mempunyai laman web jualan yang sudah tentunya menjual produk anda sendiri seperti ebook, perisian, atau produk fizikal yang lainnya, anda boleh menggunakan blog anda sendiri sebagai wadah promosi selain dari menggunakan tools pemasaran yang lainnya. Promosi boleh dibuat didalam bentuk review produk, atau pun sebagai iklan banner di side bar blog anda.

2. Program Affiliate. Ianya tiada banyak beza dengan iklan produk sendiri yang saya nyatakan di atas, melainkan sudah tentunya produk yang diiklankan bukanlah produk anda sendiri. Sekiranya klik yang dilakukan oleh pengunjung blog anda, berjaya menghasilkan jualan , anda akan dibayar komisen oleh pengurus affiliate mengikut peratus yang telah dijanjikan.

3. Menjual Ruang Iklan. Anda juga boleh menyediakan petak-petak iklan untuk disewakan kepada pengunjung yang berminat dengan kadar tertentu pada tempoh tertentu. Walau bagaimana pun, sila pastikan terlebih dahulu blog anda menerima trafik yang tinggi sebelum berhajat untuk menjana pendapatan melalui kaedah ini. Ini kerana sudah tentunya bakal pelanggan anda mengambil kira faktor jumlah pengunjung sebelum menyewa ruang iklan anda.

4. Iklan Google Adsense. Ini adalah merupakan program pengiklanan yang sangat popular di kalangan blogger. Pembayaran dibuat secara Pay Per Click. Ini bermakna tidak perlu berlakunya jualan produk. Oleh kerana itu, jumlah komisen untuk setiap klik tentulah tidak terlalu besar. Akan tetapi, komisennya dibayar di dalam matawang USD. Oleh itu, agak lumayan juga jika hendak dinisbahkan dengan RM. Setiap klik mempunyai nilai yang tertentu di antara USD$0.03 hinggalah ke USD$50.00, bergantung keywordnya yang tertentu. Komisen akan dibayar dengan cek setelah jumlahnya mencapai USD$100.00. Saya bukanlah pakar di dalam bidang ini. Jika anda ingin mendapatkan ilmu mengenainya, anda boleh berguru dengan Sham Raja Adsense atau pun Ariff Mustaffa.

5. Iklan Bidvertiser . Program ini hampir menyamai pengiklanan Google Adsense, namun agak kurang popular sedikit. Walau bagaimana pun, yang menariknya anda akan dapat menikmati hasilnya lebih cepat kerana komisennya dibayar bila jumlahnya sudah mencapai USD$50.00 sahaja. Komisennya juga dibayar dengan cek. Jika hendak lebih cepat lagi, anda boleh membuat tuntutan pada jumlah USD$10.00, dan komisen anda akan dibayar dengan Paypal. Jika anda berminat untuk menyertai Bidvertiser, sila mendaftar di sini!

Ada banyak lagi pilihan untuk anda menyertai program pengiklanan seumpama di atas selain mempromosikan produk anda sendiri. Yahoo! juga khabarnya sudah mempunyai program pengiklanannya sendiri yang diberi nama Yahoo! Ads, namun masih belum dibuka untuk warga luar US. Maka terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana satukah yang terbaik untuk anda.

Sudahkah anda mempunyai blog sendiri ?

Jika anda perlukan panduan bagaimana untuk membina blog, ada beberapa sumber rujukan yang boleh anda dapati. Sumber pertama ialah ‘Pakej Kit Blogger’ yang disusun oleh saudara Zulfadli aka Zul Smartusaha. Pakej ini baru sahaja dikemaskinikan dan ditawarkan hanya untuk 175 orang sahaja. Oleh itu, segeralah mendapatkannya sebelum tawaran ditamatkan !

Sementara untuk kedua pula ialah ‘Video Interaktif : Blog dan Duit dari A ke Z’, kerja tangan dari saudara Ramzan aka Raja Blog. Istimewanya produk ini ialah seperti mana judulnya, ianya di sampaikan dalam bentuk animasi dan video interaktif. Mungkin ini adalah kaedah yang mampu mempermudahkan pemahaman anda.

Tiada ulasan: