Jumaat, 22 Jun 2007

APA ITU CPANEL ?

Di dalam post yang lalu, kita telah pun berkenalan dengan apa itu nama domain dan web hosting. Untuk menguruskan kerja-kerja laman web kita di web hosting, kita memerlukan apa yang dipanggil Cpanel.

Apakah itu Cpanel ?

Secara istilahnya, cPanel adalah berasal dari perkataan Control Panel atau Panel Kawalan. Istilah Control Panel atau Panel Kawalan ini mungkin biasa kita dengar di dalam pelbagai bidang lain yang membabitkan kawalan berpusat. Namun Control Panel atau cPanel yang dimaksudkan di sini adalah mengkhusus untuk kerja-kerja pengurusan dan pengawalan laman web dan ianya dilakukan secara online.

Di antara fungsi-fungsi Cpanel ialah :

- menguruskan akaun emel,
- memasang perisian dan skrip,
- memuatnaik dan menyimpan fail,
- menguruskan domain,
- memasang Password Protection,
- memantau statistic pelawat ke laman web,
- dan berbagai lagi… (sekadar menyebut beberapa perkara sahaja !)

Kini telah lahir sebuah ebook, yang satu-satunya berbahasa Melayu, yang menulis mengenai panduan bagaimana untuk menggunakan cPanel ini. Ebook ini berjudul : “Panduan Asas CPanel Dari A – Z”. Ianya disusun oleh saudara Jebat abd. Kadir. Menurut Jebat di dalam ebooknya yang setebal 135 mukasurat itu : Cpanel adalah seumpama stering kepada sebuah kereta.

Kepada anda yang berminat untuk menambahkan pengetahuan di dalam ilmu IT, terutama yang sedang berura-ura hendak membina perniagaan internet, jangan ketinggalan untuk mendapatkan ebook ini.

Tiada ulasan: