Rabu, 3 Disember 2008

KAD JEMPUTAN DIY ?

Penulisan saya hari ini masih lagi di dalam tema ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan. Namun hari ini saya ingin kembali ke proses pra perkahwinan semula. Di dalam proses merancang majlis perkahwinan anda. Ini kerana, saya baru sahaja menemui satu produk yang mungkin menarik minat anda.

Menggunakan kad jemputan sebagai medium pengundang tetamu ke majlis perkahwinan seperti sudah pun menjadi kebiasaan kepada kita. Sejak bila budaya ini bermula, tidaklah saya ketahui. Walau pun proses menjemput secara lisan sama ada secara bersemuka atau sekadar melalui telefon dirasakan lebih wajar, tidaklah pula ada pehak yang membantah akan penggunaan kad jemputan ini. Struktur masyarakat sudah berubah. Yang hendak dijemput tidak lagi sekadar saudara mara atau sekadar jiran yang tinggal sekampung. Saiz keluarga juga sudah membesar, dan berselerak di seluruh negara, bahkan mungkin juga sepelusuk alam. Maka itu, penggunaan kad jemputan dirasakan sangat relevan dengan suasana semasa.

Kad jemputan kahwin kini telah hadir dengan pelbagai rupa dan kadangkala melambangkan betapa prestijnya majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Namun tidak semua orang mampu menyediakan kad jemputan yang bergaya. Lagi pula tidak semua orang berfikiran dan bersikap ingin berlumba-lumba di dalam mengadakan majlis perkahwinan yang hebat dan gah di mata masyarakat. Bukan itu ukurannya kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Kepada anda yang mempunyai bajet yang kecil dan tidak mahu berhutang hanya untuk majlis perkahwinan, atau kepada anda yang inginkan kesederhanaan walaupun anda mampu berbelanja lebih, ini ada kaedah mudah dan pilihan yang dirasakan bijak untuk anda !

Pakej Easy Kad Kahwin mungkin solusi yang terbaik untuk ikhtiar anda ! Pakej ini mengandungi himpunan yang lengkap dengan rekabentuk yang eksklusif, kata-kata indah dan doa-doa yang berkaitan. Koleksi rekabentuk di dalam pakej ini disediakan dalam format PSD dan AI, dimana anda boleh merubah kembali design yang sedia ada kepada design yang anda suka mengikut citarasa anda sendiri. Ini bermakna, dengan kreativiti anda, anda boleh menjadikan design kad kahwin anda lain dari yang lain.

Selain daripada itu, pemilik produk ini, saudara Ridzuan Jamal, turut menyediakan panduan bagaimana boleh berjimat dengan menyediakan kad kahwin sehingga serendah 10 sen kosnya untuk sekeping kad kahwin.

Kepada anda yang ingin berjimat, mungkin ini pilihan yang terbaik buat anda. Berjimat bukanlah bermakna anda kedekut. Berjimat juga bukan bermaksud anda miskin. Tetapi berjimat menunjukkan anda seorang yang berhemat dan bersyukur !

Tiada ulasan: