Isnin, 10 November 2008

CENDERAMATA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Telah menjadi resam kepada rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan masyarakat Melayu, memberikan cenderamata sebagai buahtangan untuk dibawa pulang kepada tetamu yang hadir di majlis kenduri perkahwinan mereka. Bunga Telur adalah merupakan cenderamata yang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Namun begitu, peredaran masa dan kreativiti manusia, serta keinginan untuk melihat majlis perkahwinan mereka dilihat lain dari yang lain, maka pemberian alangan ini telah dipelbagaikan. Maka timbullah pelbagai produk baru seperti bunga sabun, bunga lilin, ‘towel gift set’, kek cawan, dan seumpamanya. Pemberian-pemberian yang seumpama ini bukan sahaja menarik, malah ianya juga boleh digunakan kembali sebagai hiasan rumah, atau sebagai koleksi peribadi bagi mereka yang suka mengumpul barangan cenderamata.

Untuk pos kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi bentuk cenderamata yang tidak kurang menariknya iaitu dari produk tembikar. Ianya bukanlah sesuatu yang baru, kerana tembikar telah melalui sejarah yang panjang di negara kita ini. Namun fungsi dan keperluan kepada produk tembikar ini sudah pastinya berbeza jika dibandingkan di antara zaman dahulu dan kini.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tembikar sebagai cenderamata perkahwinan, sila klik pada foto di bawah. Mudah-mudahan pemaparan ini akan memberikan anda lebih pilihan untuk anda membuat keputusan.



Produk-produk tembikar yang saya perkenalkan di sini adalah hasil usaha anak tempatan, khususnya dari kalangan usahawan desa. Ianya kini boleh didapati secara online melalui laman web Dunia Seramik.

Selain dari memberi kelainan kepada majlis perkahwinan anda, adalah diharapkan juga mudah-mudahan, pemilihan anda kepada produk ini akan dapat membantu memajukan lagi industri desa negara kita.

Tiada ulasan: