Di dalam pos yang lalu, saya telah memperkenalkan kepada anda mengenai panduan Pakej Web Jualan. Pada kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi pilihan buat anda. Ianya dipanggil “Pakej Lengkap Perniagaan Internet”
Pakej kali ini pula telah disusun oleh Saudara Mohd. Najib Kasimin, dari Monakas.com. Ianya mengandungi ebook panduan dan juga video tutorial, bagi mempermudahkan lagi pemahaman anda. Pakej ini juga tidak sekadar mengajar anda bagaimana untuk membina laman web, tetapi juga cara bagaimana untuk mengenal pasti dan menganalisa produk-produk yang berpotensi besar untuk dijual di internet. Oleh itu anda tidak perlu khuatir jika anda merasakan anda tidak mempunyai produk yang bersesuaian untuk dipasarkan.
Panduan membina laman webnya juga tidak hanya sekadar panduan membina laman web mini (minisite), tetapi terdapat juga panduan bagaimana untuk membina laman ‘shopping site’, yang mana laman web seumpama ini biasanya digunakan untuk menjual lebih dari satu produk. Maka terpulanglah kepada anda, yang mana satukah bentuk perniagaan internet yang difikirkan bersesuaian dengan anda.
Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini juga turut memberikan pelbagai pemberian bonus yang sangat bermanfaat dan memperlengkapi keperluan anda untuk memulakan sebuah Perniagaan Internet !
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini sila kunjungi , Monakas.com , bacalah segala maklumat yang diberikan, dan buatlah perbandingan dan penilaian anda. Setiap pakej pastinya mempunyai kelebihan yang tersendiri, sama ada dari sudut harga mahu pun kandungan.
Jika anda bercadang untuk menghandiri bengkel atau seminar perniagaan internet, itu adalah merupakan langkah yang baik dan praktikal. Namun, menghadiri seminar atau bengkel yang intensif yang biasanya diadakan di dalam tempoh satu hari sahaja, tentunya akan membebankan pemahaman anda ! Maka pakej panduan seumpama inilah yang akan membantu anda mengulangkaji segala apa yang telah dipelajari di bengkel tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan