Khamis, 25 Januari 2007

APA ITU EBOOK ?


Di dalam tulisan-tulisan yang lalu, saya telah memperkenalkan beberapa buah ebook kepada anda, untuk bacaan dan rujukan. Berikut saya senaraikan semula judul-judul ebook tersebut untuk ingatan anda:

1. Panduan Asas Membina Blog Wordpress ; Langkah demi langkah
2. 10 Rahsia Jutawan Affiliate
3. Easy Affiliate

Apakah sebenarnya yang dikatakan ebook itu ?

Ketika buat pertama kalinya saya menemui perkataan ini , saya telah pun membayangkan bahawa ebook tersebut tentunya tidak sama dengan buku-buku konvensional, hanya boleh dibaca dengan media elektronik khususnya komputer. Saya rasa anda juga akan memberikan tanggapan yang sama jika ditanya mengenai pengertian ebook. Namun, selain dari definisi yang saya fahami itu sebenarnya ebook mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Pada tulisan kali ini saya ingin memberikan sedikit maklumat kepada anda ; iaitu, apakah yang dipanggil EBOOK itu ? Saya bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini. Namun hasil dari pembacaan dan kerajinan saya melayari internet, maka dapatlah saya mengongsikannya dengan anda semua.

Berikut adalah definisi dan ciri-ciri sebuah EBOOK, sebagai mana yang telah saya temui :

- Ebook bermaksud Electronic Book. Bukan dalam bentuk buku konvensional yang berkulit dan mempunyai helaian-helaian kertas.
- Boleh dimuat turun dari laman web atau e-mel ke dalam computer.
- Boleh disimpan dalam bentuk digital atau elektronik.
- Boleh disimpan di dalam CD, ‘thumb drive’, hard disc atau disket. Mudah dipindah alih dan senang di bawa ke mana-mana.
- Boleh dicetak untuk dibaca secara offline.
- Boleh dihantar melalui emel dan diletakkan di laman web.
- Terdapat dalam 2 format yang popular iaitu, .pdf dan .exe. Boleh dibaca melalui komputer dan di bawa ke mana sahaja.
- Boleh dilindungi oleh kata laluan (password). Fail ebook tidak boleh dibaca walaupun terlepas ke tangan orang lain. Ianya tidak boleh dicopy dan paste. Ianya milik anda dan pelanggan anda sahaja jika sekiranya anda adalah penulis dan penjual ebook tersebut.

Semoga info yang telah saya berikan tadi memberi manfaat kepada anda. Sekurang-kurangnya pada hari ini bertambahlah lagi perbendaharaan maklumat di minda anda.


Jika anda berminat untuk ingin tahu bagai mana sebuah ebook dihasilkan, apatah lagi jika sekiranya anda mempunyai idea yang boleh dijual dengan menggunakan ebook, sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut : RAHSIA PENULIS EBOOK.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
nak sunting definisi ebook tu..

dan jd kan "sumbangan: Khairil Anizan Alang Bee".
TQ

Tanpa Nama berkata...

Charmant, impossible la science au lieu de encart à travers vigilance compte
facebook verrouillé carte d'identité. signaler à l'exclusion effectu� pirater un compte facebook sans payer.


My web blog - comment pirater un compte facebook gratuitement [www.wat.tv]