Sabtu, 12 Mei 2007

APA ITU SURAT JUALAN ?


Di dalam tulisan yang lalu, saya telah memperkenalkan kepada anda dengan istilah laman web mini atau minisite. Dan yang menariknya, anda juga berpeluang untuk mempelajari bagaimana untuk membina laman web mini ini secara percuma dengan mengakses ke ruangan keahlian di DIYminisite.

Kebiasaannya laman web mini hanya menjual satu produk sahaja bagi setiap satu laman web. Produk tersebut juga mestilah mempunyai kekuatan tersendiri dan merupakan sesuatu yang amat diperlukan oleh orang ramai. Di samping itu kandungan laman web mini juga harus dibantu dengan ciri-ciri yang lain seperti pemberian bonus dan sebagainya bagi menambah nilai kepada pembelian yang bakal dilakukan oleh pengunjung laman.

Menurut saudara Tazilan Ibrahim, di dalam ebooknya yang berjudul "10 Model Perniagaan Internet yang Menguntungkan", di antara kekuatan sesebuah laman web mini adalah terletak kepada ke'power'an 'Sales Letter'nya. Menyediakan Sales Letter atau Surat Jualan yang menarik dan berkesan dalam meruntun hati pembaca untuk membeli produk anda, adalah merupakan sesuatu yang amat mencabar kebolehan kita. Di antara kaedah yang disyorkan bagi memahir dan memantapkan lagi keupayaan menulis surat jualan yang baik ialah dengan memerhati dan mengkaji kekuatan surat jualan dari laman web sedia ada, dari tokoh-tokoh pemasaran internet ternama dunia.

Apakah itu Surat Jualan ?

Surat Jualan ialah tulisan atau karangan yang anda baca pada sesebuah laman web mini itu, yang menerangkan mengenai fungsi produk, dan kelebihan-kelebihan produk yang dijual. Turut diletakkan di dalam surat jualan itu ialah testimony atau ulasan dari mereka yang telah diberi peluang untuk mencuba produk tersebut, atau mungkin juga dari pengguna yang telah sedia menggunakannya. Untuk memudahkan kefahaman anda, sila klik pada pautan berikut untuk melihat contoh surat jualan : UNITAMANAH.COM

Diatas kesedaran perihal pentingnya penulisan surat jualan yang berkualiti dan mampu menjual ini, maka sepasang usahawan internet muda yang menggelarkan diri mereka ‘Team Flarebiz’, telah mengambil inisiatif menyusun sebuah ebook panduan yang diberi judul : “Rahsia Menulis Sales Letter Membunuh : Tips Gandakan Pembeli !!”.

Ebook ini setebal 172 mukasurat, mengandungi 28 bab, dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Di antara tajuk-tajuk yang dibicarakan di dalam ebook ini ialah ; Sebab-sebab mengapa sales letter anda gagal, pantang larang di dalam penulisan sales letter, panduan untuk design sale page, kredibiliti ketika menulis surat jualan dan pelbagai lagi.

Kiranya anda seorang yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet, ebook ini merupakan satu-satunya ebook berbahasa Melayu yang memberi panduan mengenai penulisan surat jualan. Jangan ketinggalan untuk memiliki ebook ini kerana ianya mungkin merupakan salah satu dari anak-anak tangga kepada kejayaan anda !

Dapatkannya di : SALESMEMBUNUH.COM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

certainly like your website however you have
to check the spelling on quite a few of your posts.

A number of them are rife with spelling problems
and I find it very bothersome to tell the truth nevertheless I'll certainly come again again.

My web page: liquid diet weight loss

yanmaneee berkata...

timberland outlet
yeezy boost 350 v2
air max 2018
longchamp bags
curry 5
golden goose
golden goose outlet
timberland
hermes online
adidas ultra