Semalam, kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kemerdekaan dari penjajahan pemerintahan negara telah pun 51 tahun berlalu. Namun janganlah disempitkan makna merdeka itu pada penjajahan fizikal semata-mata. Tidak ada maknanya kita merdeka dari sudut pemerintahan, sedangkan jiwa dan minda kita masih terbelenggu dengan budaya dan watak mereka.
Makanya, saya merasakan Ramadhan ini adalah merupakan bulan yang amat sesuai untuk mendidik dan membebaskan diri dari kekangan nafsu dan tingkah laku yang tidak beradab itu.
Tulisan ini sebenarnya lebih untuk mengingati diri sendiri. Namun, mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Bersempena dengan kehadiran Ramadhan ini, saya ingin menghadiahkan ebook percuma kepada anda. Ebook ini berjudul ‘Risalah Ramadhan’, yang disusun oleh Imam Sutrisno. Saya hanyalah sekadar memanjangkan usaha dan amal jariah yang telah beliau lakukan. Kepada anda yang berminat untuk membaca ebook ini, sila muatturun di sini.
Selamat beribadah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan