Perkara yang sangat sinonim dengan dengan musim cuti persekolahan di Malaysia ini ialah majlis perkahwinan. Saya pasti, kad-kad jemputan sedang rancak diedarkan oleh mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan ini. Bakal-bakal raja sehari seisi keluarga, tentunya sedang giat mengatur persiapan terakhir sebelum menjelangnya hari yang sangat istimewa ini.
Melihat kepada pasangan pengantin yang berpakaian indah, dengan majlis perkahwinan yang meriah dan penuh warna-warni, tentunya sedikit sebanyak, akan meransang dan memotivasikan mereka yang masih bujang ini untuk tidak sabar-sabar lagi mendirikan rumah tangga.
Namun apa kan daya. Kemampuan setiap orang tidaklah sama. Angan-angan akan tetap indah selamanya, akan tetapi ianya tidak berpijak di bumi nyata. Untuk menzahirkan impian bagi menjadikan sesuatu majlis perkahwinan itu istimewa dan menjadi kenangan manis sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun begitu, perancangan haruslah ada. Sesuatu yang tidak dapat lari dalam menganjurkan majlis keraian, tentulah pada faktor kewangannya. Semakin besar bajet anda, tentulah semakin meriah majlis itu boleh dibuat. Saya tidak bermaksud untuk menagajak anda membazir. Namun untuk menganjurkan majlis yang sederhana atau kecil sekali pun, ianya tetap memerlukan sumber kewangan. Jika kita tidak bijak merancang, maka impian akan kekal menjadi angan-angan.
Perancangan kewangan adalah amat perlu di dalam mengurus kehidupan. Apa tah lagi di dalam keadaan ekonomi yang penuh kegawatan ini. Mengawal atur urusan kewangan, walaupun hanya sekadar untuk keperluan peribadi mempunyai ilmunya yang tersendiri. Mungkin angka-angka yang hendak diuruskan tidaklah begitu besar, namun angka yang kecil inilah yang memerlukan kebijaksanaan untuk diseliakan agar mudah-mudahan ianya akan serba mencukupi.
Ebook ‘Maskahwin Yang Hilang’ adalah merupakan buku panduan yang mungkin dapat membantu anda mentadbir urusan kewangan anda sendiri. Ebook ini ditulis khusus untuk mereka yang ingin mengumpul belanja perkahwinan. Namun, jika ilmu di dalam ebook ini dipraktikkan, berkemungkinan besar ianya akan memberikan kesan yang lebih jauh daripada itu. Kita akan menjadi seorang yang lebih berhemat dalam berbelanja dan menguruskan perbendaharaan rumahtangga. InsyaAllah !
Ebook ini sebenarnya telah pun saya perkenalkan di blog ini beberapa ketika dahulu. Anda boleh merujuk kembali tulisan saya di sini. Namun, ebook ini telah pun dikemaskinikan dengan beberapa penambahan dan dengan ecover yang berwajah baru. Maka kerana itu, dan bersesuaian dengan siri penulisan saya yang bertemakan ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan’ ini, ebook ini kembali saya highlightkan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan