Ahad, 11 November 2007

SISTEM RAHSIA AMIRUL FAISYAL

Di dalam melakukan apa jua perkerjaan, perlaksanaan secara bersistematik adalah amat penting di dalam mengharapkan penghasilan yang terbaik dan cemerlang. Maka begitu jugalah halnya di dalam perniagaan internet. Jika kita melihat kepada tokoh-tokoh perniagaan yang sudah berjaya, maka tidak dapat tidak kita akan mendapati bahawa salah satu penyebab kepada kejayaan mereka itu ialah sistem pengurusan mereka yang terbaik.

Di dalam setiap bidang perniagaan, ada cara gaya pengurusannya yang tersendiri. Maka apabila kita cenderung kepada sesuatu bidang itu, kita seharusnya mengkaji akan sistem yang bersesuaian untuk diaplikasikan dengan bidang tersebut.

Kini, seorang usahawan internet muda Malaysia, telah pun menyusun satu sistem yang amat sesuai dengan bakal-bakal usahawan internet. Usahawan yang saya maksudkan itu ialah saudara Amirul Faisyal, yang telah menyusun suatu sistem yang dinamakannya "Sistem Rahsia", kini dengan versi 2.0.

Sistem Rahsia olahan beliau ini terbahagi kepada 5 komponen :

1. Sistem Model. Sebelum memulakan perniagaan Internet, pastikan dahulu model perniagaan yang ingin anda ceburi. Ciri-ciri perniagaan pastinya berasaskan minat kita, kebolehan dan sumber yang kita ada. Terdapat 5 model perniagaan yang disenaraikan oleh Amirul melalui ebook ini. Turut disenaraikan ialah model program buat duit melalui internet yang tidak bersifat perniagaan. Namun begitu, program pelaburan atau skim cepat kaya sama sekali tidak dicadangkan di dalam Sistem Model ini.

2. Sistem Modal. Di dalam apa pun perniagaan, modal merupakan asas utama perancangan. Ianya boleh merupakan wang, harta, idea dan masa. Di dalam perniagaan konvensional, modal yang berupa wang boleh kita perolehi dari pinjaman, atau pun simpanan sendiri. Di dalam Sistem Modal ini, kita turut diajari bagaimana menjana modal perniagaan dari sumber-sumber di internet sendiri, yang mana ianya tidak memerlukan kita mengeluarkan wang. Terdapat 6 cara semuanya.

3. Sistem Pemasaran. Ini satu lagi perkara penting di dalam perniagaan. Tanpa Sistem pemasaran yang baik, perniagaan kita tidak akan ke mana-mana, dan tidak menghasilkan keuntungan sebaik yang diharapkan. Sistem Pemasaran untuk perniagaan internet bererti bagaimana membawa trafik ke laman web anda. Tidak semua kaedah menarik trafik itu berhasil, dan di sinilah pentingnya mempunyai Sistem Pemasaran yang berkesan ! Terdapat 17 cara percuma serta 7 cara berbayar yang dibentangkan oleh Amirul didalam sistem ini.

4. Sistem Fokus. Salah satu masalah yang sering mengganggu para newbie di dalam perniagaan internet ini, ialah mereka tidak tahu di mana mereka hendak memulakan langkah pertama mereka. Dengan lambakan maklumat yang mereka (atau kita) terima, bukannya menjadikan peluang untuk kita semakin terbuka luas, tetapi sebaliknya menjadikan kita semakin keliru. Sistem Fokus ini juga turut memandu kita bagaimana untuk mendisiplinkan diri dengan kerja, menguruskan masa, mengutamakan dahulu pekerjaan dan mengkesampingkan perkara-perkara yang tidak penting. Kebanyakan perkara-perkara yang melekakan kita ini kadangkalanya memang kita sedari, dan kita melakukannya setiap hari. Tapi sayangnya kita gagal menguruskannya secara baik dan bersistematik !

5. Sistem SEO. SEO adalah merupakan satu lagi kaedah pemasaran diinternet. Ianya adalah merupakan kaedah bagaimana laman web kita mudah ditemui oleh pencari-pencari maklumat di internet. Untuk tujuan tersebut, laman kita seharusnya berada di senarai 10 teratas, apabila carian dibuat dengan keyword yang tertentu. Terdapat pelbagai kaedah, dan juga alatan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini. Ada alatan yang berbayar, dan ada juga yang percuma. Sesuai untuk memulakan perniagaan, Sistem SEO telah mengutarakan 20 alatan yang boleh diperolehi secara percuma untuk digunakan bagi membolehkan laman web anda mesra SEO.

Ayuh ! Lipat gandakan pendapatan internet anda sekarang !

Tiada ulasan: