Ahad, 7 Oktober 2007

BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI ANDA DATANG ?

Menurut Kamus Dewan, magnet membawa maksud, sejenis besi yang mempunyai daya menarik logam-logam lain. Ianya juga biasa dipanggil dengan besi berani. Sementara rezeki pula memberi erti ; 1. bahan keperluan untuk hidup, seperti makanan, atau nafkah yang lainnya, 2. pendapatan, penghasilan, pencarian, 3. peluang untuk beroleh keperluan, keuntungan dan perolehan. Begitulah apa yang saya fahami dari penjelasannya yang sangat panjang di dalam kamus tersebut.

Kenapa saya begitu berusaha mencari penafsiran kepada dua perkataan itu ? Sebenarnya saya sedang mendefinisikan satu judul ebook terbaru yang pada pandangan saya amat unik dan simbolik sifatnya.

Ebook yang saya maksudkan itu ialah "Magnet Rezeki", yang ditulis oleh saudari Azlina Abdul Rahim, atau lebih dikenali sebagai LinnComel, salah seorang blogger wanita yang boleh dikatakan agak tersohor di Malaysia ini.

Dari pencarian makna di atas, maka saya menyimpulkan Magnet Rezeki membawa maksud 'kuasa atau daya (mengambil sifat magnet itu tadi) untuk menarik rezeki' kita.

Apakah kuasa atau daya itu ?

Menurut Linn, kita sebenarnya telah dilahirkan bersama dua kekayaan. Pertama kekayaan dalaman, keduanya kekayaan di luar diri kita. Semua orang memiliki kekayaan dalaman ini. Dan kekayaan dalan inilah yang sepatutnya kita manfaatkan (sebagai kuasa atau daya) untuk menarik kekayaan luaran itu datang. Tapi malangnya kebanyakan kita mensia-siakan kekayaan dalaman itu. Atau mungkin juga kerana kita ini jahil bagaimana untuk menguruskan kekayaan dalaman itu sebagai modal kepada kekayaan fizikal yang kita impikan.

Menurut Linn lagi, menjemput kekayaan adalah lebih mudah dari mencari atau menciptanya. Bagaimana untuk menjemput kekayaan itu ? Ebook ini mempunyai jawapannya.

AWAS!!! Ebook ini tidak mengajar anda bagaimana mendapatkan wang secara mudah seperti Skim Cepat Kaya atau apa-apa yang seumpama dengannya. Jika itu yang anda cari, ianya tiada disini.

Tiada ulasan: