Di dalam tulisan pada bulan yang lalu, saya ada menulis tentang bagaimana untuk mencipta produk anda sendiri. Sebagai seorang yang baru hendak memulakan langkah ke alam perniagaan, sememangnya perkara ini merupakan suatu pengalaman yang amat sukar untuk dilalui. Saya rasa itu adalah pengalaman biasa bagi semua orang ! Namun begitu, dengan bimbingan dari mereka yang berpengalaman, masalah seperti ini akan lebih mudah untuk diatasi.
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang mungkin boleh membantu anda : 59 Idea Bisnes Luar Biasa. Koleksi idea-idea unik ini adalah susunan dan kajian saudara Tazilan Ibrahim. Koleksi yang di datangkan dalan bentuk cd-rom ini turut mengandungi :
- 59 idea unik dari seluruh dunia yang terbukti kejayaannya.
- Teknik Brainstorming + Mindmapping ; iaitu bagaimana mencipta idea-idea bisnes yang hebat dan luarbiasa !
- Koleksi Artikel Pilihan ; Tip lanjutan bagi memperkembangkan idea-idea kreatif di dalam bisnes.
- Forum Eksklusif ; Sebagai pembeli, anda akan diberikan tunjuk ajar secara berterusan melalui laman forum khas.
Sekiranya anda adalah seorang yang minat dengan bisnes, tapi tiada pengalaman, tiada pengetahuan, dan tiada idea yang unik; atau pun anda mungkin sudah mempunyai bisnes, tetapi tidak tahu pula bagaimana untuk menyubur dan memantapkan bisnes anda agar lebih berdaya saing, maka memiliki cd-rom ini adalah satu pelaburan yang amat bermanfaat.
Kepada anda yang berminat untuk memiliki koleksi idea-idea bisnes luarbiasa ini, anda boleh mendapatkannya di ideabisnesluarbiasa.com.
Koleksi idea ini tentunya hanyalah sekadar panduan kepada anda, bukannya untuk dicontohi secara total. Ianya adalah sebagai pencetus, dalam menghasilkan idea-idea baru berdasarkan kepada kebolehan peribadi anda, persekitaran anda dan permintaan semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan