Selasa, 4 Mac 2008

SEMINAR PERNIAGAAN SMS !

Di dalam pos yang terdahulu, saya ada memaklumkan mengenai satu seminar perniagaan internet yang berjudul ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’ bakal di adakan pada 15 Mac ini.

Hari ini saya ingin mewar-warkan satu lagi seminar untuk anda. Seminar ini berjudul, ‘Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS’. Saya pasti anda semua memahami apa yang dimaksudkan dengan perniagaan SMS ini. Perniagaan tambah nilai prabayar Mastereload adalah merupakan salah satu perniagaan menggunakan kaedah ini. Di kaca TV, kita sering melihat pelbagai iklan perkhidmatan yang menggunakan SMS sebagai medium pembayaran dan penghantaran. Ringtones dan Games misalnya. Namun begitu, anda perlulah kreatif untuk mencipta produk baru bagi mengelakkan persaingan. Saya pasti ada banyak lagi idea-idea perniagaan yang boleh diketengahkan dengan menggunakan kaedah sms ini.

Berikut adalah maklumat terperinci untuk seminar tersebut :

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS
(Bahasa Malaysia)

Sabtu, 22 hb. Mac, 2008.
8.30 pagi – 5.00 petang.

Quality Hotel City Center, Kuala Lumpur.

Seminar ini akan dipimpin oleh saudara Irwan Dahnil (gambar), dari AkademiSMS.com. Irwan Dahnil juga adalah merupakan alumni kepada Seminar Buat Duit Dengan Internet, yang telah saya maklumkan sebelum ini. Beliau juga adalah seorang sarjana di bidang Teknologi Maklumat.

Jika anda berminat untuk menyertai seminar ini, sila ke AkademiSMS.com, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tanya la bro.
mcmana nak buat link dlm tulisan yg kita tulis ek. bila kita klik terus ke link yg kita nak tu ye. thanks.