Rabu, 26 Mac 2008

RAHSIA TERSEMBUNYI ADSENSE...

Maaf ! Saya tidak bermaksud hendak menulis atau mengajar anda mengenai Adsense. Saya bukanlah pakar mengenainya. Di dalam dunia perniagaan internet secara amnya pun, saya masih lagi seorang ‘newbie’, apatah lagi untuk berbicara mengenai Adsense.

Judul pos saya hari ini sebenarnya adalah merupakan judul kepada sebuah ebook yang baru saya temui, “Rahsia Tersembunyi Adsense”, satu lagi pilihan kepada anda untuk mendapatkan rujukan mengenai program Google Adsense. Apa yang menariknya pada ebook kali ini ialah ianya ditulis oleh seorang wanita, Rita NM.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, atau sekadar inginkan maklumat lanjut, silalah berkunjung ke DigitalBazaar.com.

Nampaknya penulisan ebook mengenai Google Adsense ini kian bertambah dari hari ke hari, dan begitu bersemarak sekali. Ini menunjukkan betapa peluang pendapatan dari Google Adsense ini benar-benar mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

Berikut saya senaraikan kembali judul-judul ebook berbahasa Melayu yang membicarakan mengenai panduan membuat duit dengan Google Adsense yang pernah saya perkenalkan sebelum ini :

1. Panduan Raja Adsense.
2. 7 Hari Mahir Adsense.
3. Pakej Lengkap Google Adsense.
4. 101 Tip Adsense Terbongkar.

Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk membuat rujukan. Terpulanglah kepada anda yang mana satu menjadi keutamaan anda, sama ada dari segi harganya, atau pun dari sudut muatannya. Anda boleh menilai sendiri dengan tawaran yang diberikan oleh penulis bagi setiap ebook tersebut.

Tiada ulasan: