Jumaat, 15 Februari 2008

JOM BERNIAGA PREPAID !

Hari ini saya ingin menulis mengenai peluang perniagaan atau pendapatan sampingan melalui produk tambahnilai prabayar. Dengan perkataan yang lebih khusus, tambahnilai prabayar yang dijual secara sms. Saya pasti, ramai yang sudah tahu mengenai perkara ini. Memang ini bukan perkara baru. Namun saya juga pasti, masih ramai lagi yang menggunakan prepaid hanya sebagai keperluan harian semata-mata. Hanya sebagai pengguna, dan hanya sebagai pembeli. Sedangkan, jika kita melangkah setapak sahaja lagi, kita sudah boleh menjadikan produk ini sebagai sumber pendapatan. Setidak-tidaknya, pendapatan kita ini mampu menampung bil prepaid kita sendiri. Atau pun paling koman, anda dapat membeli untuk keperluan anda sendiri pada harga diskaun.

Itulah serendah-rendah kata-kata motivasi yang boleh saya berikan untuk mengajak anda menyertai perniagaan ini. Jika tidak berminat untuk menjual, gunakannya untuk keperluan peribadi pada harga yang lebih baik. Siapa tahu, tanpa diduga, jika kena pada langkahnya, anda mungkin mampu meraih kejayaan yang di luar jangkaan anda sendiri. Telah banyak kisah-kisah yang tertulis mengenai kejayaan seseorang usahawan yang menceburi bidang tersebut tanpa sengaja dan tanpa dirancang pada mulanya. Saya bukanlah ingin mengajak anda melakukan sesuatu tanpa merancang, tetapi sekadar untuk menyatakan, “kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya...”.

Berikut adalah beberapa rasional saya mengapa perniagaan ini wajar anda ceburi :

1. Permintaan yang tinggi. Lihatlah diri anda. Saya pasti anda adalah salah seorang dari pengguna handphone. Lihatlah di dalam keluarga anda. Dan lihatlah di sekeliling anda di dalam persekitaran yang lainnya. Hampir di mana-mana handphone berdering. Bahkan, pelajar sekolah pun sudah ramai yang menggunakan handphone. Anda hanya perlu menjadikan mereka ini sebagai pelanggan anda, sebelum mereka menjadikan anda sebagai pelanggan mereka pula. Mulakanlah dengan mereka yang terdekat dahulu.

2. Modal yang rendah. Untuk memulakan perniagaan ini, modal serendah RM50.00 – RM100.00 sahaja sudah memadai. Jika anda tiada pengalaman berniaga, dan takut modal anda akan lebur, anda boleh memulakannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Lagi pun, saya yakin anda juga adalah pengguna prepaid. Jadi anda tidak perlu khuatir jika produk anda tidak laku. Namun jika modal sejumlah tersebut juga anda tidak berani untuk melaburkannya, sememangnya perniagaan bukanlah bidang anda. Tiada perniagaan tanpa modal !

3. Tidak perlu menyimpan stok. Jika hendak dibandingkan dengan perniagaan kad prepaid yang dijual di kedai, anda mungkin terpaksa menyimpan stok kad yang banyak, dan adakalanya stok yang disimpan itu belum pasti lagi sama ada akan terjual atau pun tidak. Akan tetapi, dengan perniagaan prepaid melalui sms ini anda hanya perlu memesan hanya mengikut permintaan sahaja.

4. Tidak memerlukan pengetahuan yang luas mengenai produk. Di dalam sesetengah produk MLM yang lain, anda mungkin perlu untuk mempelajari dan memperhalusi tentang latarbelakang produk, bagi meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai penjual. Produk berasaskan kesihatan misalnya. Semua ini memerlukan anda menghadiri perjumpaan demi perjumpaan untuk menambahnilai pada diri anda sendiri. Ini mungkin akan membebankan anda dan menuntut pengorbanan masa yang bukan sedikit.

5. Tiada persaingan dari sudut harga. Harga prepaid topup ini adalah seperti harga rokok. Di mana pun ianya dijual, harganya tetap sama. Jadi anda tidak perlu khuatir jika terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga besar yang mungkin menawarkan harga yang lebih rendah.

Demikianlah beberapa kelebihan yang sempat saya catatkan di sini. Mungkin selama ini kita tidak terfikirkan mengenainya. Jika anda sedang mencari punca pendapatan tambahan untuk keselesaan kehidupan, mengapa tidak untuk mencuba perniagaan ini ?

Tiada ulasan: