Memaparkan catatan dengan label PERNIAGAAN INTERNET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERNIAGAAN INTERNET. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

BERNIAGA INTERNET TANPA MODAL ?

Di dalam pos yang lalu, saya ada menyentuh mengenai berniaga di internet tanpa mengeluarkan sebarang modal. Di dalam erti kata yang lebih mudah, kita menjual barang di internet tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok dan menyimpan stok. Bunyinya agak aneh kedengaran. Namun jika anda sudah biasa dengan kaedah perniagaan internet, ianya bukanlah sesuatu yang luarbiasa.

Kaedah perniagaan seumpama ini diberi nama 'Dropship'. Dropship adalah satu konsp perniagaan yang mudah dan amat disarankan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan internet kerana ianya tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Bukan sekadar itu, anda juga sebenarnya tidak perlu membungkus dan menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal atau pun 'dropshipper'. Kemudian anda hanya perlu melakukan promosi di kedai online anda sendiri, atau pun medium pemasaran internet yang lainnya. Setelah mendapat pesanan (dan bayaran), anda hanya perlu membuat pesanan semula kepada pembekal anda supaya menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda. Begitu mudah bukan ? Anda hanya perlu menggunakan wang pelanggan anda sebagai modal perniagaan anda. Tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.

Dengan penjelasan di atas, adalah diharapkan anda sudah pun mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan 'dropshipping'. Selanjutnya, elok juga rasanya anda mengetahui pula tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui kaedah dropship ini.

Berikut adalah 4 tip bagaimana melakukan jualan yang berkesan dari konsep dropshipping. Kebanyakan cara ini telah dilakukan oleh ramai Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet :



  1. Kaji pasaran terlebih dahulu sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan atau produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak mampu menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran dari masa ke masa kerana ianya akan berubah setiap masa.


  2. Cari dropshipper yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Dan kebanyakannya pula tertumpu kepada satu kategori barang sahaja. Contohnya, ada dropshipper yang cuma menjual barangan elektronik sahaja. Ada pula yang hanya menjual barangan pakaian sahaja. Oleh itu, anda kena bijak memilih dropshipper yang berkaitan dengan produk yang anda cari.


  3. Tentukan berapa peratuskah keuntungan yang ingin anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa juga untuk meninjau harga yang dijual oleh pesaing anda. Kemudian, setelah ditentukan harga yang nak dijual, pastikan ianya memberi keuntungan yang sewajarnya. Jangan hanya balik modal atau keuntungan yang sedikit sahaja. Nanti tidak berbaloi pula dengan kos promosi yang anda lakukan.


  4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat jualan. Antaranya laman sosial, blog, atau laman lelongan seperti eBay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah memiliki web e-dagang sendiri, adalah lebih baik. Anda cuma perlu tambahkan sahaja rangkaian produk tersebut ke dalamnya.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah pada tahap yang sangat asas sebenarnya. Saya akui saya sendiri masih lagi bukan seorang pakar untuk membicarakan perkara ini secara lebih mendalam. Namun anda tidak perlu khuatir. Pada hari ini, kebetulan pula seorang pakar di dalam bidang dropshipping initelah melahirkan satu produk panduan untuk anda yang benar-benar serius mahu melibatkan diri di dalam bidang ini.



Produk ini diberi judul, "Panduan Video Lubuk Rahsia Dropship". Panduan ini disediakan di dalan 9siri modul, yang terdiri dari 8 video dan 1 ebook. Panduan ini adalah hasil usaha saudara Mohd Najib Asaddok, seorang usahawan internet berpengalaman. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila ke laman web beliau di LubukRahsiaDropship.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pesanan...


Isnin, 14 Mac 2011

JOM BERNIAGA DI KEDAI ONLINE !

Anda mempunyai impian untuk membuka sebuah perniagaan ? Atau anda sememangnya sudah mempunyai perniagaan, namun ingin mengembangkan lagi keupayaan perniagaan anda hingga ke persada online? Ini ada satu ruang dan peluang yang mungkin mampu membantu impian anda menjadi kenyataan .

Kepada anda yang berhasrat untuk membuka sebuah perniagaan, namun tidak mempunyai cukup pengetahuan dan pengalaman, bahkan juga tidak mempunyai modal yang besar, saya menyarankan anda memulakan perniagaan anda secara online, atau perniagaan internet. Ini kerana dengan berniaga atau membuat jualan online, anda tidak memerlukan modal yang begitu besar. Sejumlah RM500.00 sudah amat mencukupi, malah jika lebih rendah dari jumlah tersebut pun anda masih boleh memulakan langkah pertama. Bahkan juga, jika anda tahu caranya, anda juga sebenarnya boleh berniaga di internet tanpa memerlukan sebarang modal pun. Tapi harap maklum ya ! Bahawa kenyataan saya ini adalah bermaksud jika sekiranya anda sudah pun memiliki laptop dan talian internet anda sendiri.

Saya tidak akan membicarakan lanjut bagaiman anda boleh berniaga di internet tanpa sebarang modal ini, melainkan mengenai satu perkara sahaja pada hari ini, iaitu mengenai laman web. Hal-hal lain seperti bagaimana cara mendapatkan produk dan sebagainya, bolehlah anda ikhtiarkan sendiri dari sumber lain, atau insyaAllah, akan saya bicarakan di masa mendatang jika sekiranya ada kesempatan.

Laman web adalah merupakan elemen penting jika anda ingin berniaga di internet. Ada banyak pilihan bentuk laman web untuk anda menjual barang seperti blog, forum, Facebook dan sebagainya. Laman-laman web yang disebutkan tadi boleh disertai secara percuma sahaja kerana terdapat pehak tertentu yang telahpun menyediakan tapak dan pasarannya sekali. Namun jika anda serius untuk berniaga di internet, sementelahan pula barang yang ingin anda jual itu berbentuk fizikal, serta mempunyai bentuk dan jenama yang pelbagai, maka laman web yang dirasakan sangat bersesuaian untuk tujuan itu ialah laman web yang menyediakan kemudahan system 'Shopping Cart'.

Sistem 'Shopping Cart' adalah merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam perniagaan internet atau sistem e-dagang. Ianya juga turut dikenali sebagai 'Online Store' atau pun 'Kedai Online' di dalam Bahasa Melayunya. Analogi mudahnya sistem ini ialah seumpama anda berada di sebuah pasar mini atau pasaraya nyata. Anda berlegar di dalam kedai atau pasaraya itu sambil menolak sebuah troli. Apabila bertemu dengan produk yang anda berkenan, dan anda akan mengambilnya dan memasukkan ke dalam troli atau bakul yang anda bawa. Begitulah seterusnya sehinggalah apa yang anda cari sudah memadai., maka anda pun membawa barang-barang itu ke kaunter pembayaran. Di kedai online, anda tidak perlu berlegar-legar atau merayau-rayau sambil menolak troli. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melayari kedai online tersebut di hadapan laptop, sambil ditemani secawan minuman panas atau sejuk. Apabila bertemu dengan produk pilihan, anda hanya perlu mengklik pada butang yang telah ditentukan, dan 'barang' tersebut akan masuk ke dalam 'troli maya' anda. Setelah berpuas hati dengan apa yang anda pilih, anda hanya perlu klik pada butang 'Check Out' untuk ke 'Kaunter Pembayaran'. Mudah bukan ? Tidak perlu bersesak di jalan raya, beratur di kaunter, menghauskan tayar kereta, menanggung kos petrol, atau pun terpaksa berebut-rebut dengan manusia lain untuk mendapatkan kenderaan awam.

Ada banyak pilihan dan jenama perisian untuk sistem Shopping Cart ini di luar sana. Anda boleh membinanya sendiri, atau pun mengupah orang lain untuk melakukannya. Namun hari ini saya lebih cenderung untuk memperkenalkan kepada sistem Shopping Cart yang disediakan oleh pehak Lot.my.

Apa itu LOT.MY ?


Lot.my adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan 'Shopping Cart' dan Hosting sekaligus. Laman web yang telah mula beroperasi secara online sejak Januari, 2010 ini, telah dibangunkan oleh Aidan Technologies Sdn. Bhd. Ada beberapa sebab saya menyarankan anda menggunakan sistem ini. Sebab pertama ialah kerana pehak Lot.my memberikan pilihan kepada anda; sama ada membuka akaun secara percuma, atau pun memilih akaun Premium, keahlian berbayar. Saya telah menulis mengenai perniagaan internet tanpa modal di awal penulis ini tadi. Maka saya lebih menjurus untuk mengutamakan pilihan percuma untuk penulisan ini. Namun, jika anda mampu memulakan perniagaan dengan modal yang selesa, maka tiada halangan untuk anda membuka akau Premium. Namun anda tidak perlu khuatir. Anda juga sebenarnya masih boleh menaiktarafkan akaun anda dari status percuma kepada Premium jika perniagaan anda sudah berkembang dengan baik nanti.


Sebab kedua saya menyarankan Lot.My ialah keranan sistemnya yang sangat mudah untuk dikendalikan. Jika anda mempelajari atau mengkajinya secara serius, selewat-lewatnya dalam tempoh satu hari sahaja anda sudah boleh mengendalikan ke semua fungsi-fungsi yang telah disediakan oleh Lot.my. Jika anda masih kurang faham, usah risau, kerana boleh membuat pertanyaan terus melalui emel, atau melalui ruangan forum di Facebook. Ini adalah lagi satu kelebihan jika anda berurusan dengan Lot.my. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan Bahasa Melayu, atau pun Bahasa Inggeris apabila berhubung dengan meja bantuan Lot.my. Ini kerana Lot.my dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia. Oleh itu jika anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan, anda boleh memohon bantuan dari pehak Lot.my dengan bahasa yang mudah anda fahami.

Segala ciri-ciri yang ada pada jenama software untuk sistem Shopping Cart hampir terkandung di dalam Lot.my. Anda juga tidak perlu mencari penyedia hosting untuk kedai online anda, kerana dengan menggunakan khidmat Lot.my, anda seolah-loh membeli pakej 'semua dalam satu'. Antara ciri-ciri menarik yang ingin saya utarakan di sini ialah kita boleh menatacarakan 'kos penghantaran'. Jika anda mempunyai pelbagai produk yang berbilang saiz dan berat, tentunya akan memeningkan kepala untuk menentukan kos penghantarannya. Selain itu, kita juga mempunyai kadar bayaran pos yang berbeza di antara wilayah Semenanjung dan Borneo. Dengan membuat setting di 'weight based shipping', anda boleh menetapkan kadar kos penghantaran walau berapa pun beratnya. Selain itu, anda juga masih boleh meletakkan kos penghantaran secara 'flat rates', atau pun 'per item'. Terpulanglah kepada kehendak anda sendiri. Cukuplah sekadar itu, satu contoh kemudahan kedai online yang boleh anda manfaatkan. Yang selainnya itu, anda boleh menjelajahnya secara kendiri di Lot.my.

Kedai online Lot.my tidak sekadar membenarkan anda menjual produk fizikal semata. Anda juga boleh menjual produk-produk yang bersifat digital. Menariknya di sini, anda tidak perlu menggunakan hosting lain untuk meletakkan produk digital tersebut. Pehak Lot.my turut menyediakan ruang untuk anda menguploadkan produk-produk digital anda itu. Dan pelanggan boleh terus sahaja memuatturun produk tersebut melalui ruangan download di akaun mereka sebaik sahaja anda menetapkan urusniaga anda dengan pelanggan anda itu pada status 'Completed'. Begitu mudah bukan ? Berapa banyak pun produk digital yang anda ada, anda boleh menyenaraikannya di kedai online ini

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa atau bagaimana saya boleh menulis semua ini dengan rasa begitu yakin sekali ? Jawapan kepada pertanyaan itu ialah, saya juga adalah pengguna kedai online Lot.my ini. Saya bukanlah seorang pengulas atau penganalisa profesional. Apa yang saya tulis bukanlah sekadar pengalaman memandu uji sistem ini di ruangan Demo. Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman peribadi menggunakan kedai online Lot.my sepanjang hampir setahun yang lalu. Jika anda mengikuti perkembangan blog ini, anda mungkin sudah pun membaca pos yang berkenaan dengan pembukaan kedai online kami (KEDAISIBERNEKA) di Lot.my.



Dengan Lot.my, anda tidak perlu lagi memikirkan soal pembinaan website. Sama ada dari sudut kewangan mahu pun pengetahuan teknikalnya. "Create your store in 5 minutes", begitulah kata-kata yang boleh anda baca di laman web Lot.my. Ya! Memang semudah itu. Apa yang perlu anda fikirkan kini ialah bagaimana mendapatkan produk-produk yang mempunyai permintaan baik dan luar biasa. Jika sudah ada, bererti anda sudah pun menghampiri langkah untuk bergelar Usahawan Internet. Keahlian Percuma di Lot.my sudah pastinya tidak menawarkan ruang dan kepelbagaian kemudahan seperti Keahlian Premium. Namun sekurang-kurangnya, ianya adalah langkah pertama anda untuk seribu langkah seterusnya...

JOM BERNIAGA DI INTERNET BERSAMA LOT.MY !


Ahad, 12 Disember 2010

JUALAN PROMOSI HUJUNG TAHUN DI KEDAISIBERNEKA !

Untuk makluman pengunjung semua, KEDAISIBERNEKA kini sedang menganjurkan Jualan Promosi Hujung Tahun buat kali pertamanya. Ianya telah pun mula berlangsung sejak awal Disember lalu. Jualan promosi ini akan menawarkan pengurangan harga dari kadar harga biasa, pada produk-produk terpilih. Pilihan produk ini pula akan bertambah dari masa ke masa sehinggalah ke minit terakhir bulan Disember 2010 ini.

Sesuai dengan slogan promosi ini ; "Lebih banyak pembelian, lebih banyak penjimatan !" anda disyorkan agar membuat pembelian pada kuantiti yang lebih pada produk-produk yang lazim anda gunakan, kerana ianya boleh membantu anda untuk membuat lebih penjimatan...

Ayuh! Jom ke KEDAISIBERNEKA !

Jumaat, 3 Disember 2010

SEMINAR USAHAWAN INTERNET. PERCUMA !!!

Ini ada berita baik untuk anda yang sedang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet, tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika anda seorang yang sedang mencari maklumat, ingin menambah ilmu, sedang mencari tapak untuk, memulakan langkah pertama, atau masih mencari keyakinan diri untuk menceburkan diri di dalam bidang ini, seminar ini mungkin merupakan satu peluang yang tidak mungkin harus dilepaskan. Ini kerana seminar yang dianjurkan ini adalah secara PERCUMA sahaja, sedangkan nilai yuran sepatutnya menurut pihak penganjur ialah sebanyak RM150.00. Bukan benar bahawa ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya anda lepaskan ?

Seminar ini dianjurkan oleh Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB), yang beribupejabat di Petaling Jaya. Koperasi ini telah diasaskan oleh saudara Khairul Nizam Mukhtar, atau lebih dikenali sebagai Nizzura. Saudara Nizzura adalah merupakan seorang Internet Marketer (IM) sepenuh masa sejak dari tahun 2007 lagi. Beliau juga telah mendapat bimbingan dari beberapa IM tersohor di peringkat antarabangsa.

Baiklah, bagaimana hendak menyertai SEMINAR PERCUMA ini ? Caranya mudah sahaja ! Iaitu dengan mendaftarkan nama di laman web SEMINAR USAHAWAN INTERNET, milik KPUISB ini. Sila pilih tarikh seminar yang anda inginkan, kemudian daftarkan nama anda di borang online yang telah disediakan di laman web tersebut. Begitu mudah ? Borangnya juga agak mudah dan ringkas sahaja. Tidak banyak maklumat yang perlu anda isikan. Hanya NAMA, EMEL,NO. HP dan TARIKH SEMINAR yang ingin anda hadiri.

Semoga maklumat ini berguna untuk anda semua. Ada banyak perkara dan rahsia yang ingin dikongsikan oleh pihak penganjur dengan anda. KPUISB juga mempunyai wawasan Satu Keluarga Satu Perniagaan. Mungkinkah anda merupakan salah seorang darinya ?

Jumaat, 29 Oktober 2010

KEDAISIBERNEKA KINI DI FACEBOOK !


Diam tak diam, rupa-rupanya sudah hampir tiga bulan juga rupanya blog ini tidak dikemaskini. Terlalu cepat masa berlalu. Di dalam pos yang terdahulu, saya pernah menguatkan tekad untuk kembali aktif memblog. Sememangnya dari hari ke hari saya berazam untuk mengemaskinikan blog ini. Rupa-rupanya sudah sekian lama kemahuan itu tertunda. Alasannya adalah tiada lain ; saya kini sedang menguruskan Kedaisiberneka yang sedang beroperasi di lokasi baru. Alhamdulillah, setakat ini perkembangannya sangat baik sekali. Kini sudah hampir 150 produk telah disenaraikan di kedai online kami itu.

Perkembangan terkini yang lain, Kedaisiberneka juga sudah mempunyai halaman sendiri di Facebook. Tujuan halaman ini diwujudkan adalah sebagai medan mempertemukan di antara pengurusan Kedaisiberneka dengan pelanggan. InsyaAllah, sebarang perkembangan mengenai Kedaisiberneka khususnya mengenai produk-produk terkini dan juga acara-acara lain, akan dimaklumkan di sana. Para pengunjung juga boleh bertanya terus dengan kami mengenai sebarang makluman di ruangan 'komen'. Dengan ini saya ingin menjemput anda semua yang mempunyai akaun Facebook untuk menjadi rakan kami dengan mengklik pada lencana di atas.

Jumaat, 9 Julai 2010

BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI lagi...


Sekali lagi blog ini telah tinggal terbiar untuk sekian lama. Jika dilihat pada pos terakhir saya sebelum ini, kira-kira sudah tiga bulan lamanya saya menyepi. Sebenarnya di dalam tempoh tersebut saya sedang membangunkan satu lagi laman web Kedaisiberneka. Kali ini menggunakan hosting di Lot.my. Hosting ini adalah milik Aidan Technologies Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik warga Malaysia.

Jika hendak dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan di Tripod.com, ciri-ciri yang ada di Lot.my adalah lebih menepati kehendak kedai online yang sebenar, kerana ianya menggunakan kaedah shopping cart. Ianya bukan sahaja lebih mesra pelanggan, bahkan juga turut memudahkan peniaga untuk menguruskan jualan dan perniagaan. Alhamdulilah, walau pun belumlah sempurna sepenuhnya, kini Kedaisiberneka di lokai baru ini sudah pun mula beroperasi. Bahkan kami telah pun mula menerima tempahan dan pesanan. Kepada anda yang masih belum lagi berkunjung ke kedai baru kami ini, sila-silakanlah menjenguk : http://kedaisiberneka.lot.my/ .

Walau bagaimana pun, kedai online kami yang telah bermula sejak tahun 2006 lagi di Tripod, akan kekal beroperasi seperti biasa. InsyaAllah, mudah-mudahan selepas ini nanti Blog Kedaisiberneka ini juga akan kembali aktif untuk berkongsi maklumat dengan anda dengan pelbagai produk-produk fizikal dan digital yang terkini...

Isnin, 29 Mac 2010

MINI SEMINAR DI FLAREBIZ NETWORK

Pada pos yang lepas, saya ada memaklumkan bahawa saya akan menghadiri satu mini seminar yang dianjurkan oleh Flarebiz Network pada 28 Mac. Alhamdulillah, hasrat dan rancangan tersebut akhirnya terlaksana juga setelah beberapa kali menunda tarikh kehadiran pada sebelum ini.

Banyak perkara telah dikongsikan oleh Labanon dan Zhafran (yang empunya Flarebiz), lewat seminar tersebut.

Saya sempat juga untuk bergambar dengan kedua-dua tokoh in. Jadi elok rasanya untuk saya kongsikannya di sini :

Bersama Labanon, dan rakan-rakan peserta.

Bersama Zhafran

Kepada anda yang berminat untuk turut menyertai seminar ini, anda boleh merujuknya di laman web NiagaKit/mini-seminar untuk perkembangan lanjut. Ianya biasanya diadakan pada setiap hujung minggu, melainkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Yuran? Ha! Ha! Ha! Cuma RM10 jer...


Sistem Kedai Online Niagakit

Khamis, 25 Mac 2010

NIAGA KIT : SISTEM KEDAI ONLINE YANG MESRA PENGGGUNA.

Kepada anda yang sedang merancang-rancang untuk menjalankan perniagaan internet, khususnya untuk menjual produk-produk fizikal, ini ada satu saranan dari saya. Jika anda sedang mencari-cari satu sistem kedai online yang sangat efektif, kenapa tidak untuk anda mencuba satu sistem kedai online yang telah direkacipta oleh rakyat Malaysia sendiri, yang mana ciri-cirinya adalah tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan rekaan dari luar negara. Sistem kedai online yang saya maksudkan itu dinamakan sebagai Niaga Kit, yang kini sedang dipasarkan oleh Flarebiz Network.


Saya berpeluang untuk memandu uji sistem ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri. Sila ke laman web Niagakit.com dan daftarkan nama dan emel anda terlebih dahulu di ruang 'CUBA DEMO'.

Terus terang, sebenarnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai pembinaan laman web. Nama-nama perisian seperti NVU, Dreamweaver, Frontpage, hanya saya kenali secara luaran sahaja. Pernah saya cuba mendekati dan memesrai salah satu dari produk ini dengan bantuan video tutorial. Namun, di dalam beberapa minit sahaja, saya sudah mula merasa penat untuk memahaminya. Memang sukar untuk memahiri perisian tersebut tanpa bantuan seorang guru. Lalu, sebagai langkah awal untuk melibatkan diri dengan perniagaan internet ini, saya memulakannya dengan menggunakan hosting percuma dahulu. Di tapak web percuma ini, pihak penyedia telah memberikan kemudahan pembinaan laman web yang saya rasakan lebih mesra pengguna. Itu hanyalah sekadar pandangan peribadi saya. Maka, melalui pengalaman inilah, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai Niaga Kit.

Dengan Niaga Kit, terasa amat mudah sekali. Sebagai contoh, untuk menyenaraikan produk di kedai online saya, saya hanya perlu pergi ke bahagian Pengurusan Produk (Product Manager), kemudian klik pada Tetapan Produk (Product Settings), kemudian klik pula pada pilihan 'Produk', seterusnya klik pada butang 'Tambah Produk Baru'. Setelah diisi segala butiran produk yang diperlukan di ruang yang telah disediakan, kemudian klik pada butang 'Hantar', maka produk yang ingin anda jual akan tersedia terpapar di kedai online anda. Begitu mudah bukan ? Segala maklumat yang telah dimasukkan ini, boleh diubah atau diedit semula mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

Niaga Kit mempunyai dua pilihan bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini amat memberi pilihan dan kemudahan kepada anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris seperti saya. Apatah lagi jika sasaran pasaran anda hanya di sekitar seantero Malaysia dan Nusantara sahaja. Dengan kemudahan pengendalian di dalam Bahasa Melayu ini, anda tidak perlu lagi teragak-agak, atau tercangak-cangak untuk menguruskan kedai online anda secara kendiri.

Dari pandu uji saya dengan demo Niaga Kit ini, sudah pastilah banyak perbezaannya jika hendak dibandingkan dengan hosting percuma yang sedang saya gunakan kini. Maklumlah, yang berbayar vs percuma, mana boleh sama ! Banyak ciri-ciri yang ada pada sistem Niaga Kit, tidak ada pada laman web kedai online saya. Lagi pula, laman web Kedaisiberneka bukanlah dibangunkan khusus dari sistem kedai online yang sebenar atau yang lebih dikenali sebagai 'Shopping Cart'. Maka kerana itu, ianya sememangnya tidak mampu untuk menandingi kehebatan Niaga Kit.

Saya ingin berkongsikan secara ringkas beberapa ciri-ciri lagi yang menarik minat saya mengenai sistem Niaga Kit ini :

1. Reka bentuk yang kemas dan profesional. Ciri ini sangat penting di dalam menarik perhatian pengunjung untuk kekal ber'shopping' di kedai online anda. Jika pandangan kali pertama sudah membuatkan pelanggan bosan, berserabut mata untuk membuat pilihan dan carian, maka sudah pastinya bakal pelanggan anda dengan segera akan 'melangkah keluar' dari kedai anda itu.

2. Kemudahan sistem pembayaran. Di dalam situasi Malaysia, kebanyakan pengguna internet lebih cenderung untuk menggunakan bank sebagai medium pembayaran. Oleh itu, demi untuk menjadikan kedai anda sebagai sebuah kedai yang mesra pelanggan, menyediakan senarai pelbagai pilihan bank pembayar adalah suatu langkah yang sangat wajar. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada sistem Niaga Kit. Kebanyakan produk lain yang seumpamanya tidak menyediakan kemudahan ini. Melalui kemudahan ini, Niaga Kit telah menyediakan satu borang khas untuk meletakkan bukti pembayaran mereka. Pun begitu, sistem Niaga Kit turut tidak menafikan kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan lain yang lebih selesa membuat pembayaran melalui kad kredit ataupun paypal. Dengan wujudnya kemudahan pembayaran melalui kad kredit dan paypal ini pula, anda bukan sekadar mampu untuk berniaga di persekitaran Malaysia sahaja, bahkan juga mampu untuk melangkaui sempadan negara.

3. Pengurusan jualan dan belian. Seperti juga perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan pengurusan yang profesional demi untuk memastikan kelansungan perniagaan dan perkembangannya. Sistem Niaga Kit turut menyediakan keperluan ini. Melalui ruangan khas di bahagian admin, anda boleh menggunakan sistem yang disediakan untuk menguruskan perniagaan anda secara lebih baik dan teratur. Segala urusniaga tersebut akan direkodkan untuk rujukan di masa depan, termasuklah maklumat terperinci para pelanggan. Ya, anda boleh memanfaatkan maklumat-maklumat pelanggan ini seumpama 'mailing list', menghantar maklumat produk terbaru, produk terlaris dan juga menghantar kupon potongan harga pada musim-musim tertentu. Ini pastinya akan membantu meningkatkan penghasilan jualan anda.

4. Mesra SEO. Enjin carian boleh dikatakan gerbang utama bagi seseorang yang ingin mencari maklumat di internet. Oleh itu, adalah merupakan suatu kerugian yang besar jika peniaga kedai online mengkesampingkan fungsi ini. Team Flarebiz telah menjanjikan bahawa sistem Niaga Kit adalah sangat mesra SEO. Bagaimanakah cara ianya berfungsi ? Team Flarebiz pastinya bersedia memberikan penjelasan kiranya anda benar-benar berminat ingin mengetahui mengenainya.

Apakah 'kekurangan' yang ada pada produk ini ?
Sejauh yang saya perasan, dan yang sempat saya kesan, ialah pada 'harga'nya. Ya, harga untuk sistem kedai online 'NiagaKit' adalah yang sangat murah yang pernah saya temui, jika hendak dibandingkan dengan produk-produk lain, yang seangkatan dan sekelas dengannya. Meski pun saya masih lagi seorang pengguna 'hosting percuma' untuk kedai online saya, namun saya juga sebenarnya sedang membuat tinjauan mengenai pakej-pakej tawaran dari pelbagai pihak, sebagai persediaan untuk menaiktarafkan perniagaan internet saya, khususnya untuk kedai online ini. Oleh itu, perbandingan harga adalah merupakan kriteria yang menjadi perkiraan dan penilaian saya, selain dari kualiti sesuatu produk.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, saya hanya ingin mengulas beberapa ciri-ciri menarik pilihan saya sahaja. Selebihnya, anda boleh mencuba dan merasainya sendiri. Sila ke laman Niaga Kit untuk maklumat yang lebih lanjut.

Anda masih tercari-cari atau terfikir-fikir produk apa yang hendak diniagakan di internet ?
Sekali lagi Flarebiz Network sedia membantu. Jom kita sertai Mini Seminar 'Asas Buat Duit dengan Produk Fizikal' yang dianjurkan oleh mereka. Ianya khusus untuk perniagaan kedai online, yang berasaskan produk-produk fizikal. Mungkin ianya bakal membantu mencetuskan ilham untuk anda. Seminar ini akan di adakan dari masa ke masa, biasanya pada hujung minggu. Anda boleh memilih masa yang bersesuaian dengan kesenggangan anda. Tarikh paling hampir ialah pada 28hb Mac ini (Ahad). Anda juga boleh mengikuti perkembangannya di laman web NiagaKit/Mini-Seminar. Apa yang paling menakjubkan ialah mengenai yurannya. Cuma RM 10.00 sahaja!

Isnin, 18 Januari 2010

SEMINAR PERNIAGAAN EBOOK

Sekadar ingin memaklumkan satu perkembangan semasa mengenai perniagaan internet di Malaysia, khususnya untuk anda yang memang sedang menunggu-nunggu peluang ini. Kepada anda yang bercita-cita untuk menjadi penulis, namun masih belum menemui ruang yang bersesuaian untuk memulakan langkah, mungkin ini merupakan satu berita yang baik untuk anda. Satu Seminar yang bertajuk 'Seminar Perniagaan Ebook', bakal diadakan di kota Kuala Lumpur.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai seminar tersebut :

Seminar Perniagaan Ebook
Tempat : Jom Training, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tarikh : Ahad, 31 Januari, 2010.
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang.

Seminar ini dianjurkan oleh Extreme D Enterprise. Para peserta akan dibimbing oleh saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau Shuth, seorang blogger sepenuh masa dan telah menulis beberapa buah buku dan ebook, seperti 'Rahsia Blogger' (buku), 'Mas kahwin Yang Hilang', dan 'Produk Fizikal'.

Seminar ini seumpama ini sebenarnya telah pun beberapa kali diadakan sebelum ini. Dan ianya telah melahirkan beberapa lepasan yang telah pun berjaya menghasilkan ebook mereka sendiri. Mereka itu ialah Zahidan Abdul Aziz, Fariz Rizal, Mohd Nasyriq, Mohd Affendy, Siti Dulillah, Elme Mahat, Muhammad Zhafran serta Tazudin Samuri. Bagaimana pula dengan anda ? Mungkinkah anda adalah merupakan penulis ebook seterusnya yang bakal lahir dari seminar ini ? Jawapannya berada di dalam diri anda sendiri.

Anda mungkin mempunyai kemahiran dan kegemaran tertentu. Pada anda ianya mungkin hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Namun ianya mungkin boleh dikomersilkan melalui kaedah ebook. Di luar sana terdapat terlalu ramai manusia yang memerlukan bimbingan dan maklumat yang berdasarkan kepada minat dan keperluan mereka. Hanya kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya, lantaran sememangnya kita tidak mahu ambil tahu. Kenapa tidak ditukarkan ilmu dan pengalaman anda itu kepada wang ? Sebenarnya, ianya bukan hanya sekadar untuk wang. Wang hanyalah sekadar imbuhan untuk segala usaha dan susah payah anda. Tetapi fikirkan betapa ramai yang boleh anda bantu melalui pengetahuan, pengalaman dan penulisan anda itu.

Oleh itu, jom kita ke Seminar Perniagaan Ebook, untuk merealisasikan impian anda...

Isnin, 4 Januari 2010

BUAT DUIT DENGAN MUDAH !


Selamat Tahun Baru Masehi 2010 saya ucapkan kepada sekalian pengunjung blog ini !

Mudah-mudahan anda tidak mudah keliru dengan judul pos saya kali ini. Saya tidak menjanjikan apa-apa yang mudah untuk anda. Apatah lagi di dalam soal mudah untuk membuat duit. Mudah yang saya maksudkan pada judul di atas adalah mengenai Mudah.my.

Apa itu Mudah.my ?

Mudah.my adalah merupakan laman web pengiklanan yang menawarkan khidmat percuma kepada penggunanya. Di Mudah.my, anda boleh mencari atau menawarkan sesuatu, sama ada pekerjaan, menyewa atau menjual kenderaan terpakai, atau apa sahaja produk fizikal yang anda fikirkan sesuai, sama ada barangan baru mahu pun terpakai. Ini bermakana, dengan menggunakan kemudahan-kemudahan di Mudah.my, anda tidak perlu lagi untuk mempunyai laman web jualan anda sendiri. Jika anda seorang peniaga yang serius, anda boleh menggunakan kemudahan Pro Niaga di mana anda akan mempunyai kedai online anda sendiri. Buat masa ini, kemudahan ini masih ditawarkan secara percuma. Laman web Mudah.my dikatakan merupakan laman web yang ke 14 paling popular di Malaysia, mengatasi kepopularitian beberapa laman lelongan yang lainnya. Ini bermakna, anda juga tidak perlul lagi untuk memikirkan soal promosi ke atas kedai online anda.

Pun begitu, berurusan di Mudah.my mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda akan lebih terdedah kepada risiko penipuan sama ada anda sebagai penjual mahu pun selaku pembeli. Namun begitu, risiko seumpama ini sememangnya berada di mana-mana. Anda hanya perlu berhati-hati dan mempelajari selok-belok untuk menghindarinya.

Kini telah lahir satu panduan bagaimana untuk menggunakan Mudah.my secara berkesan dan mendapat jualan sebagaimana yang anda harapkan. Saudara Raja Kamil (RK), seorang IM tempatan yang telah berpengalaman meraih jualan yang sangat memberansangkanmelalui laman Mudah.my ini. Panduan yang beliau sediakan adalah di dalam bentuk audio dan nota ringkas. Panduan ini beliau namakan sebagai, 'Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my'. melalui panduan ini saudara RK memberi jaminan bahawa anda akan dapat 'merasakan kesannya' di dalam tempoh 24 jam sahaja setelah anda mempraktikkan segala ajaran beliau. Satu jaminan yang saya rasakan amat berbaloi dengan nilaian pelaburan yang anda.

Mudah.my mungkin satu lagi lubuk duit yang boleh anda manfaatkan. Ianya mungkin akan menjadi lebih mudah jika sekiranya ianya dilakukan kena dengan caranya, dan dengan ilmunya...

Sabtu, 19 Disember 2009

VIDEO TUTORIAL PANDUAN ASAS PAYPAL.


Salam sejahtera, dan salam Ma'al Hijrah !
Selang beberapa pos yang lalu, saya ada menulis mengenai PayPal, yang kini lebih mesra dengan warga Malaysia. Saya kira, dengan perkembangan yang menarik ini, tentunya ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang berminat untuk membuka akaun di PayPal.

Sebenarnya, untuk membuka akaun di PayPal tidaklah begitu membebankan. Malahan, ianya percuma sahaja. Anda tidak perlu menyediakan wang deposit, seperti keperluan kepada sesetengah akaun di bank tempatan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kerumitan untuk membuka akaun di PayPal ini. Contohnya, ketika hendak mengisi borang online untuk akaun di laman web tersebut. Masalahnya lebih kurang sama sahaja ketika mana kita mengisi borang-borang yang lainnya. Adakalanya kita kurang memahami kehendak dan keperluan borang tersebut. Apa tah lagi jika ianya adalah kali pertama kita menghadapinya.

Kini anda tidak perlu gusar lagi mengenai masalah tersebut. Saudara Zamri Nanyan, seorang 'otai' di dalam perniagaan internet di Malaysia, telah menyedari dan mengesan kehendak dan keperluan para 'newbie' masa kini. Lalu beliau telah menghasilkan satu panduan di dalam bentuk video tutorial yang beliau namakan 'Video Tutorial Panduan Asas PayPal'.

Video tutorial ini tidak sekadar memudahkan anda bagaimana untuk membuka akaun PayPal, bahkan juga turut membimbing anda bagaimana untuk menggunakan aplikasi-aplikasi PayPal yang lainnya. Pakej ini mengandungi 9 video tutorial semuanya, dan mengambil masahampir satu jam. Dengan menggunakan kaedah video tutorial, anda tidak perlu membaca, bahkan sebaliknya menjadikan pembelajaran anda lebih praktikal.

Isnin, 7 Disember 2009

JUALAN AKHIR TAHUN… YES!

Ops! Sebelum anda terkeliru dengan tajuk di atas, biarlah awal-awal lagi saya memaklumkan bahawa tawaran Jualan Akhir Tahun ini bukanlah berlaku di Kedaisiberneka. Buat masa ini Kedaisiberneka belum berkemampuan lagi untuk membuat tawaran seumpama itu.


Saya sebenarnya sedang membantu mempromosikan produk usahawan internet yang lain, disamping membantu anda juga untuk mendapatkanpilihan yang lebih baik dan lebih nilai untuk wang anda.

Jualan Akhir Tahun atau Year End Sale (YES) ini, adalah pakej yang ditawarkan oleh dua buah syarikat, Ilham Vision dan IITs. Kedua-dua syarikat ini bergabung dan menawarkan 3 produk pada satu harga yang sangat istimewa. Apakah produk-produk tersebut ? Sila lihat imej di bawah :



Jika anda lihat pada imej di atas, jika anda membeli produk-produk tersebut secara berasingan, jumlah keseluruhan harganya ialah RM240.00. Namun, untuk tempoh yang sangat terhad ini anda cuma perlu membayar sebanyak RM150.00 sahaja untuk ketiga-tiga produk tersebut. Anda telah berjimat sebanyak RM90.00, atau mendapat diskaun sebanyak 37.5%.

Secara umumnya, Pakej YES ini amat bersesuaian kepada mereka yang sedang berkira-kira atau sedang mengintai peluang untuk 'cari makan' di internet, sama ada melalui bidang perniagaan, mahu pun melalui bidang pengiklanan.

Berikut ini saya senaraikan kembali ketiga-tiga produk di atas, mungkin ianya kurang jelas pada penglihatan anda.

VIDEO TUTORIAL MEMBINA LAMAN WEB E-SHOP - Harga asal = RM100.00
PANDUAN BLOG AUTOMATIK - Harga asal = RM90.00
PANDUAN ASAS ADSENSE - Harga asal = RM50.00

Ketiga-tiga produk di atas telah dihasilkan oleh dua beradik yang sudah pun berpengalaman luas di dalam bidang perniagaan dan penghasilan pendapatan sampingan melalui internet.

Jika anda ingin turut serta menjejaki langkah mereka, ayuh dapatkan segera produk ini sementara ianya masih di dalam tempoh tawaran... YES!

Isnin, 2 November 2009

BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI !


Salam sejahtera buat pengunjung ke blog ini.

Telah begitu lama benar blog ini terbiar dan menyepi. Kira-kira hampir dua bulan lamanya. Ianya bermula dengan kehadiran Ramadhan. Sememangnya di bulan yang penuh barakah itu, saya agak sukar membahagikan masa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan, terlalu banyak impian yang ingin dicapai. Sesiapa pun tentunya tidak akan melepaskan peluang jika ditawarkan dengan pelbagai ganjaran yang hebat. Apa tah lagi jika tawaran yang dijanjikan itu datangnya dari Allah swt, Tuhan yang menciptakan semesta alam. Yang Maha benar perkataanNya. Dan segala janji-janjiNya adalah sesuatu yang pasti akan kita perolehi.

Selesai Ramadhan, sibuk pula dengan perayaan. Walau pun hari raya ‘idul fitri yang dianugerahkan Allah cuma satu hari sahaja, namun sebagai manusia, dan sebagai manusia Melayu khususnya, perayaan satu hari seakan tidak mencukupi. Puasa sebulan harus diqadha dengan raya sebulan juga. Saya, walau pun tidak ingin terikat dengan budaya dan fahaman sebegini, tidak dapat tidak, terpaksa akur dengan kehendak persekitaran. Ya, kita hidup di dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan kemahuan. Selagi ianya tidak keterlaluan, terpaksalah rentak mereka dilayan…

Selain itu, di sepanjang bulan Oktober yang lalu juga, telah melakukan sedikit pengemaskinian dan rombakan terhadap kedai online saya, Kedaisiberneka. Telah lama benar laman web tersebut berada di dalam keadaan begitu, rasanya perlu juga dilakukan sedikit pengubahsuaian, bersesuaian dengan perkembangan masa. Mudah-mudahan, wajah baru Kedaisiberneka ini akan lebih mesra pelanggan. Beberapa kemudahan pembayaran juga telah ditambah. Kepada anda yang ingin melihat wajah baru Kedaisiberneka, bolehlah mengunjunginya dengan mengklik pada banner di atas, atau pada mana link di dalam pos ini. Laman web ini sebenarnya masih lagi di dalam proses pengubahsuaian, belum siap sepenuhnya.

Sebagai ingin memeriahkan lagi Kedaisiberneka ini dengan pelbagai pilihan produk, saya ingin mengundang kepada anda yang mempunyai produk sendiri, untuk sama-sama mempromosikan produk anda di Kedaisiberneka. Jika anda berminat, sila hubungi saya di Borang Pertanyaan di laman web saya. Anda mungkin sudah pun mempunyai kedai jualan secara online sendiri. Namun, di samping kedai online anda sendiri itu, mengapa tidak, dan apa salahnya untuk turut mempromosikannya di tempat lain juga? Mudah-mudahan produk anda lebih mudah laris dan cepat masyhur.

Sekian, coretan saya buat kali ini. Sebagai pembuka bicara setelah sekian lama tidak menulis...

Selasa, 21 Julai 2009

WORKSHOP RAHSIA RAJA LELONG

Workshop Rahsia Raja Lelong

Saya pernah menulis mengenai seorang pakar lelongan online di blog ini sebelum ini. Beliau yang saya maksudkan itu ialah saudara Eruwan Gerry Norsen. Saya juga pernah memperkenalkan ebook-ebook tulisan beliau secara bersiri di blog ini.

Kini Eruwan muncul lagi dengan program atau produk terbarunya. Kali ini di dalam bentuk bengkel pula. Ianya dinamakan Workshop Rahsia Raja Lelong.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai workshop tersebut :

Tarikh : 8hb. Ogos, 2009.
Masa : 8.30 – 5.00 petang.
Tempat : Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Kepada anda yang pernah membaca buku-buku dan ebook Eruwan, namun masih memerlukan bimbingan langsung dari beliau untuk memulakan gerak, jangan lepaskan peluang ini. Kepada anda yang malas nak baca ebook, baca buku, workshop ini menawarkan kaedah pengajaran secara ‘talaqi’ dari mereka yang berpengalaman di dalam bidang tersebut.

Turut mengiringi saudara Eruwan dan memperkongsikan ilmu dan pengalaman beliau, ialah saudara Mohd Yuzafi Yunos, seorang penjual cemerlang di Lelong.com.my. Ini bermakna anda bukan sekadar dapat menceduk ilmu dari seorang pakar, malahan dua orang pakar sekali gus !

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai workshop ini, sila lawati laman web RahsiaRajaLelong.com/workshop.
Workshop Rahsia Raja Lelong

Rabu, 20 Mei 2009

FORUM : MEDAN PEMASARAN BERKESAN !

Saya amat pasti bahawa ramai di kalangan pengguna internet, terutamanya di kalangan yang muda-muda, telah amat biasa berforum. Di laman forum, kita boleh merehatkan minda dengan ‘bersembang’ dengan ahli-ahli yang lain, menambah ilmu dengan bertukar pandangan, dan juga menambah kenalan baru.

Namun, bukan sekadar itu sahaja. Tahukah anda, selain dari tujuan-tujuan seperti yang tersenarai di atas, forum juga boleh dijadikan ruang dan peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda ? Bagi yang telah biasa dengan pemasaran internet ini, anda pastinya sudah pun maklum. Namun tidak juga semua yang menggunakan forum sebagai lapangan pengiklanan mereka itu berjaya menjual produk mereka dengan jayanya.

Menggunakan forum sebagai kaedah pemasaran memerlukan adab, method dan strategi tertentu bagi menjadikannya lebih berkesan. Barangkali, kemahiran inilah yang kurang dimiliki oleh IM yang berstatus newbie ini.

Maka kerana itulah, terlahirlah sebuah ebook yang mampu memandu anda memanipulasikan forum internet sebagai wadah untuk melakukan promosi yang cemerlang. Ebook ini berjudul ‘Kuasa Forum’, yang telah disusun oleh saudara Mohd Zulfadli. Saudara Zulfadli atau dikenali juga sebagai Smartzul ini telah berpengalaman lebih dari tiga tahun, didalam menggunakan forum sebagai platform promosi kepada perniagaan.

Menurut Zul, asas utama kepada kejayaan pemasaran di forum hanyalah satu, iaitu ‘kredibiliti’! Menurut Kamus Dewan terbitan DBP, kedibiliti membawa maksud ‘keboleh percayaan’. Ya! Anda perlu melahirkan rasa kebolehpercayaan di kalangan orangramai (khususnya ahli-ahli forum) terlebih dahulu terhadap kemampuan diri anda bagi meningkatkan keyakinan mereka terhadap anda. Ini bermakna anda perlu mempromosikan diri anda dahulu sebelum mempromosikan produk anda. Proses ini dinamakan ‘membina kredibiliti’. Tentu anda merasakan ianya adalah sesuatu yang sukar bukan ?

Namun menurut Zul, proses tersebut tidaklah seperit mana. Malahan ianya boleh dicapai di dalam tempoh yang tidak sampai sebulan pun. Tetapi, ianya kenalah dibuat dengan kaedah yang betul. Ada banyak cara untuk membina kredibiliti anda di forum. Semuanya ada dinyatakan di dalam Kuasa Forum’.

Kredibiliti adalah satu hal. Promosi adalah satu hal yang lain pula. Jika anda sudah mempunyai kredibiliti di sesebuah forum, langkah untuk melakukan promosi akan menjadi semakin mudah. Namun promosi juga memerlukan strateginya yang tersendiri pula. Sekali lagi Smartzul mengkongsikan formula, rahsia dan pengalaman beliau lewat ebook ini.

Turut dibicarakan di dalam ebook ini ialah bagaimana melakukan Join Venture (JV) dengan ahli-ahli forum yang lain bagi menambahimpakkan lagi pemasaran anda. Ebook Kuasa Forum ini juga akan membimbing anda secara langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan dan mempengaruhi bakal rakan kerjasama niaga anda ini.

Sabtu, 16 Mei 2009

MAJALAH IM #13 : BLOG, BLOGGER, BLOGGING...


Kepada pembaca setia Majalah IM; sudahkah anda mendapatkan edisi terkini majalah tersebut. Kalau belum, cepat-cepatlah download dekat sini. Kepada anda yang masih baru, dan belum mengenal dekat dengan Majalah IM, majalah ini adalah merupakan satu-satunya e-majalah yang membicarakan mengenai dunia perniagaan dan pemasaran internet berbahasa Melayu yang unggul di Malaysia buat masa ini. Ianya adalah merupakan sumber rujukan terbitan percuma yang diterbitkan secara berkala, dan setia menemui anda pada setiap bulan.

Baiklah, mari kita sorot serba sedikit kandungan Majalah IM edisi terkini ini. Majalah IM kali ini mengangkat judul ‘Pro Blogger’ sebagai isu utamanya. Rasa-rasanya, rata-ratanya sudah pun mengenali dan memahami apa itu blog. Saya sendiri pernah menulis secara ringkas mengenai ‘Apa Itu Blog’ di awal kelahiran blog saya ini. Namun, apa yang saya tulis itu tidaklah sesarat apa terkupas di dalam majalah Majalah IM kali ini, dimana telah membicarakan dengan lebih terperinci lagi akan definisi, penjenisan dan peranan blog itu sendiri.

Setiap orang mungkin mempunyai sebab yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain di dalam menulis blog. Namun perbincangan Majalah IM mengenai blog adalah khusus mengenai blog yang dihasilkan untuk tujuan meraih pendapatan, atau ‘Pro Blogger’. Kepada pendatang baru, anda mungkin merasa aneh bagaimana blog boleh dijadikan sumber rezeki. Namun ianya bukanlah mustahil, bahkan sudahpun terbukti. Sila baca artikel berjudul ‘Tips Menjana Wang Dari Blog’, di mukasurat 16 majalah ini.

Blog yang baik adalah blog yang sentiasa dikemaskini. Namun adakalanya kita akan ketandusan idea untuk menulis dan menambahtokok kandungan blog kita dengan bahan dan maklumat terkini. Saudara Adly Mukhtar pula mengkongsikan idea dan pengalamannya sendiri melalui ‘5 Sumber Idea Kemaskini Blog’.

Jika anda ingin mendapatkan panduan bagaimana untuk menjadi seorang ‘Pro Blogger’, dengan kemahiran kemahiran anda yang telah sedia ada, anda boleh mendapatkan sedikit tips melalui ‘Pro Blogging Untuk Pelbagai Niche’. Tulisan ini disumbangkan oleh Galadriel.

Istilah ‘Pro’ adalah berasal dari perkataan ‘profesional’, yang membawa maksud sesuatu bidang pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Oleh itu, Pro Blogger boleh dikatakan sebagai seseorang yang melibatkan diri secara sepenuh masa, dan bergantung hidup di dalam bidang ini sebagai sumber rezekinya.

Sesuai dengan temanya, maka Majalah IM kali ini mengangkat seorang tokoh ‘Pro Blogger’ melalui slot temubualnya. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Rohaizad, dari Rohaizad.com. Beliau adalah merupakan salah seorang contoh blogger yang melibatkan diri secara ‘pro’ di dalam bidang ini. Ada banyak tips yang beliau berikan bagaimana blog mampu memberikan anda sumber kewangan. Anda boleh baca sendiri, atau dengar sahaja melalui pilihan audio MP3.

Ada banyak lagi artikel-artikel menarik yang mampu menambahnilai kepada daya keintelektualan anda. Namun tidak wajar rasanya untuk didedahkan semuanya di sini. Anda boleh tatap dan baca sendiri. Itu mungkin lebih meruntun keinginan anda.

Ada satu perkara lagi yang ingin saya maklumkan di sini. Senyampang dengan isu kali ini yang berbicara mengenai penjanaan wang dari blog. Sejak beberapa keluaran yang lalu, pehak pengurusan Majalah IM telah menganjurkan Pertandingan Menulis Review Majalah IM bagi setiap edisinya. Hadiah utama adalah dari tempat pertama hingga ketiga. Namun bagi setiap 60 penyertaan terawal, anda akan diberikan saguhati sebanyak RM5.00, tanpa sebarang penilaian kualiti! Syarat utamanya ialah review anda mestilah disiarkan di blog anda sendiri. Mulakan langkah anda sekarang. Manalah tahu, mungkin ini adalah merupakan langkah pertama anda ke arah menjadi seorang... PRO BLOGGER!



Siapa mereka ini ? Kenapa ramai-ramai ni ? Ada majlis kenduri ke ?

Ikuti cerita lanjut di Majalah IM...

Ahad, 5 April 2009

MENGKAGUMI AMMAR ZAHAR...

Pertama kalinya saya menulis mengenai beliau di blog ini, ialah ketika membantu mempromosikan laman blog beliau (PerniagaanInternet.com), dan juga ebook beliau yang berjudul ‘Rahsia Squeeze Page’. Tarikh pos saya pada ketika itu ialah 24 Julai, 2008. Pada waktu itu, beliau sebenarnya baru sahaja menerjunkan diri ke dalam bidang perniagaan internet ini. Baru sekitar dua bulan sahaja. Penglibatan beliau ke arena perniagaan internet ini (menurut beliau sendiri) bermula pada sekitar bulan Jun, 2008. Memang teramat baru sangat pada ketika itu.

Pada hari ini, apabila menyebut sahaja namanya, pasti ramai yang sudah amat mengenalinya. Beliau seakan sudah mampu berdiri sama tinggi dengan IM-IM tersohor tempatan yang lainnya. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Ammar Zahar.

Ammar Zahar

Ammar Zahar atau nama sebenarnya ialah Muhammad Ammar bin Zaharuddin. Anak kelahiran Johor ini kini menetap di Negeri Sembilan. Masih muda, baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 22 pada Mac yang lalu. Dan beliau juga masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA tempatan. Di dalam kesibukan menimba ilmu, beliau masih lagi mampu mencuri masa melakukan usaha mencari pendapatan sampingan yang sebaliknya kini sudah mampu untuk menjadi beliau hidup selesa.

Setiap IM yang terbilang mempunyai sejarah mereka yang tersendiri di dalam perjalanan menuju ke puncak kejayaan mereka. Namun apa yang saya kagumi mengenai saudara Ammar ini ialah, perjalanan beliau untuk sampai sehingga ke tahap ini, adalah merupakan satu tempoh yang amat singkat saya rasakan.

Pemasaran Affiliate adalah merupakan niche kegemaran beliau. Menurut saudara Ammar, bidang ini menjadi pilihan beliau kerana beliau tidak perlu bersusah payah menyediakan produk untuk dijual, dan membina banyak blog untuk tujuan SEO. Pun begitu beliau masih berupaya menghasilkan beberapa produk sendiri dari semasa ke semasa. Bermula dengan ebook ‘Rahsia Squeeze Page’ yang diedarkan secara percuma pada waktu itu, kemudian beliau melancarkan pula ‘Koleksi Grafik V2’ pada bulan berikutnya.

Di dalam bulan yang sama juga (Ogos, 2008), Ammar menlancarkan pula program PPLnya yang pertama, dengan menyebarkan lapuran percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Usahawan Internet’. Bulan berikutnya pula, satu lagi ebook beliau lancarkan. Kali ini dengan ebooknya yang berjudul ‘Rahsia Newbie’ pula.



Tidak lama selepas itu pula, Ammar menlancarkan satu lagi produknya, ebook panduan yang berjudul Affiliate A+. Sudah tentu sahaja ebook ini adalah koleksi pengetahuan dan pengalaman yang telah beliau praktikkan sebelum ini sehinggalah beliau mencapai pada tahap yang boleh dibanggakan kini. Beliau kemudiannya melancarkan satu lagi projek yang berbentuk bimbingan secara peribadi kepada para ‘newbie’. Projek beliau itu dinamakan Ammar Zahar Personal Coaching Perniagaan Internet’.

Kini, beliau khabarnya sedang dalam rangka menyiapkan satu lagi produk terbarunya. Juga khusus untuk newbie. Ammar juga kini sudah mula bergerak melangkah ke peringkat antarabangsa, dan sedang bercita-cita besar untuk meletakkan dirinya sebaris dengan Eric Rockefeller, Chris X. Mike Filsaime dan sebagainya.

Demikianlah, perjalanan kejayaan seorang IM muda Malaysia yang bernama Ammar Zahar yang sempat saya rakamkan di sini. Apa yang saya nukilkan di sini adalah apa yang boleh kita nampak sahaja, melalui pelancaran pelbagai produk dan projeknya. Di sebalik ini semua, tentunya ada lebih lagi banyak projek-projek peribadi beliau yang bersifat ‘underground’, yang tidak dimaklumkan kepada ramai, seperti aktiviti pemasaran affiliate, servis dan seumpamanya.

Sekali lagi, apa yang menjadi kekaguman saya kepada tokoh ini ialah, beliau telah mencapai tahap kecemerlangan peribadinya di dalam masa yang amat singkat sekali. Hanya di dalam beberapa bulan sahaja, dan belum pun mencecah usia setahun. Mudah-mudahan, cita-cita beliau untuk menjadi seorang lagi jutawan internet dari Malaysia akan termakbul. Mudah-mudahan juga, pengkisahan ini akan menjadikan Ammar Zahar sebagai suri teladan kepada golongan golongan muda di dalam mencapai matlamat hidup.

KA’AB : Teringin benar hendak menyertai Personal Coaching Ammar Zahar itu. Namun kesempatan dan rezeki masih belum ada.

Rabu, 1 April 2009

4 EBOOK HEBAT !

Saya telah pun memperkenalkan 2 produk sebelum ini yang ditangani oleh pakar lelongan online, saudara Eruwan Gery Norsen. Kedua-dua produk tersebut ialah ‘Video Panduan Lelong, dan juga ‘Video Panduan eBay’.

Hari ini saya akan memperkenalkan lagi produk-produk saudara Eruwan yang selanjutnya. Bukan satu, malah 4 ebook sekaligus. Ebook-ebook ini bolehlah dikatakan sebagai produk sokongan kepada 2 Video Panduan yang telah perkenalkan sebelum ini. Anda juga sebenarnya boleh memanfaatkan maklumat dan pengetahuan dari ebook ini untuk perniagaan lain, sama ada online mahu pun offline.

Ebook ini akan memberi panduan kepada anda bagaimana untuk melakukan usaha pengimportan barang-barang dari negara China. Negara China kini telah dikenali sebagai ‘kilang dunia’. Ini kerana negara tersebut mengeluarkan hampir apa sahaja barangan keperluan manusia, termasuklah barangan permainan kanak-kanak. Negara China juga dikenali sebagai pengeluar barangan makanan halal di dunia. Dengan jumlah penduduk yang ramai, menjadikan kos tenaga buruh yang murah, dan membolehkan pula kos barangan buatan juga menjadi lebih murah berbanding dengan negara-negara lain di dunia, pada kualiti yang munasabah.

Anda mungkin sudah pun terperasan akan kebanjiran barangan buatan negara China di negara kita sendiri. Dan jika anda juga merasakan ini merupakan satu peluang perniagaan yang baik buat anda, ebook ‘Import Dari Cina’ ini mungkin dapat dijadikan rujukan awal untuk anda.
Ebook ini sedikit sebanyak akan mengajar anda bagaimana untuk berurusan dengan pembekal atau pengilang di Negara China. Antara yang bakal anda ketahui ialah tips serta adab dalam berurusan dan berkomunikasi dengan usahawan di sana.

PENGURUSAN INVENTORI HEBAT

Untuk berjaya seperti mana ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya, maka kita mestilah bersikap dan bekerja sepertimana mereka bekerja juga. Bekerja dengan disiplin dan sistem yang tertentu akan memungkinkan kejayaan akan lebih mudah dicapai. Di antara perkara yang perlu diambilkira apabila menguruskan perniagaan ialah menguruskan inventori kita dengan baik dan teratur. Ini khususnya kepada anda yang melibatkan diri didalam perniagaan jual beli produk fizikal. Ebook ‘Pengurusan Inventori Hebat’, mungkin dapat membantu anda mendalami ilmu ini.

REKOD SIMPANAN HEBAT!
Anda mungkin telah tercebur di dalam industri internet ini secara tidak sengaja, atau secara suka-suka sahaja pada mulanya. Tidak dapat dinafikan perkara seumpama ini ada berlaku, terutamanya pada perniagaan yang berasaskan hobi atau kegemaran peribadi. Namun, tanpa disangka akhirnya perniagaan tersebut kian maju dan membesar. Tentu sahaja tidak seharusnya perniagaan tersebut masih tetap diurus seperti mana ianya bermula.

Pengurusan kewangan yang teratur dan bersistematik adalah merupakan nadi kepada sesuatu perniagaan. Kos kepada sesuatu perniagaan tidak hanya sekadar belian stok yang akan kita jual. Tetapi juga melibatkan perkara-perkara lain seperti bil telefon, bil elektrik, sewaan dan sebagainya. Semuanya ini perlu dan direkodkan. Maka, barulah kita bergelar ahli perniagaan yang sebenarnya.

Jika anda belum pernah terdedah kepada kaedah pengurusan kewangan secara bijaksana, ebook ‘Rekod Simpanan Hebat’ mungkin wajar untuk anda. Ianya serba sedikit akan memperkenalkan kepada anda mengenai 4 rekod asas kewangan untuk sesebuah perniagaa. Di samping itu, saudara Eruwan turut menyarankan beberapa perisian yang bersesuaian yang berkaitan dengan perakaunan ini.

PEMBUNGKUSAN HEBAT

Satu lagi perkara yang harus diambil kira di dalam perniagaan, ialah soal pembungkusan. Pembungkusan tidak sekadar untuk melindungi barang-barang yang akan kita hantar, tetapi juga turut membawa imej kita bersamanya. Di laman-laman lelongan, kaedah pembungkusan anda juga akan turut dinilai oleh pembeli sebelum memberikan rate untuk servis anda. Menurut saudara Eruwan, hampir 90% dari pada rating negatif di Lelong.com.my dan eBay adalah berpunca dari kaedah pembungkusan yang tidak sempurna.

Ebook ‘Pembungkusan Hebat’ ini akan memandu anda bagaimana untuk membuat pembungkusan yang bersesuaian dengan barang yang bakal anda jual.

Keempat-empat ebook yang saya perkenalkan pada kali ini, hampir melengkapkan sama sekali keperluan anda untuk memulakan sesebuah perniagaan untuk produk fizikal. Anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan salah satu darinya mengikut keperluan, atau pun boleh juga kesemuanya sekali.

Jumaat, 27 Mac 2009

VIDEO PANDUAN EBAY

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk, buah tangan dari Eruwan Gerry Norsen. Ianya dinamakan ‘Video Panduan eBay’. Saya rasa anda telah pun maklum apa itu eBay. Saya pernah menulis serba sedikit mengenainya di blog ini sebelum ini. Saya juga telah memperkenal beberapa tokoh usahawan eBay dari Malaysia dan produk yang berkaitan dengannya.

Bezanya produk yang saya perkenalkan pada kali ini ialah ianya menggunakan medium audio dan video, berbanding dengan produk sebelum ini berbentuk ebook. Terdapat kelebihan tertentu jika mempelajari sesuatu dengan menggunakan video tutorial ini. Pada mereka yang malas membaca, tentu sahaja video tutorial merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka. Selain daripada itu persembahan video tutorial akan menjadikan suasana pembelajaran kita lebih real atau hidup. Seolah-olah kita sedang berguru dengan pembimbing kita sendiri.

Saya telah pun menulis serba sedikit mengenai latar belakang pembimbing Video Panduan ini di dalam pos yang lalu. Selain dari mempunyai pengalaman yang luas di dalam Lelong.com.my, saudara Eruwan juga merupakan seorang “eBay Powerseller”, satu pengiktirafan atau anugerah yang diberikan oleh pihak eBay sendiri kepada ahli-ahlinya yang melakukan jualan cemerlang di portal tersebut. Saudara Eruwan juga juga merupakan seorang jurubimbimg yang terlatih dan bertauliah dari eBay dan bergelar ‘Education Specialist trained by eBay’.

Sedikit mengenai Video Panduan eBay ini; Ianya mengandungi selama 1 jam 54 minit tempoh pengajaran, dan terbahagi kepada 25 bahagian video. Bermula dari judul ‘Pengenalan Kepada eBay’, sehinggalah panduan bagaimana untuk melakukan jualan dan menganalisis pasaran.

Pembeli Video Panduan ini akan menerima khidmat sokongan dan bimbingan secara peribadi dari saudara Eruwan sendiri. Bahkan saudara Eruwan berjanji akan menyediakan video panduan tambahan khusus untuk anda jika sekiranya terdapat mana-mana bahagian yang masih belum mampu anda kuasai. Paling menarik, penerbit video tutorial ini turut memberikan jaminan selama 1 tahun, dan wang anda akan dikembalikan jika anda masih gagal menjana pendapatan dari eBay, setelah menuruti segala tunjuk ajarnya.
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya dengan mengklik pada imej berikut:


Ahad, 22 Mac 2009

BUAH TANGAN ERUWAN GERRY NORSEN

Adakah anda mengenali siapa Eruwan Gerry Norsen ? Saya sendiri sebenarnya tidaklah mengenali beliau secara peribadi. Saya hanya mengenali beliau melalui buku yang beliau tulis.

Secara ringkasnya, Eruwan Gerry Norsen adalah merupakan seorang Pakar Lelongan Online di Malaysia. Beliau merupakan penjual dan juga pembeli di dalam portal lelongan online ternama di Malaysia, iaitu Lelong.com.my, dan juga portal lelongan online nombor satu di dunia, iaitu ebay.com.

Beliau juga merupakan ‘Education Specialist trained by eBay’, yang menjadikan beliau di antara sebilangan kecil rakyat Malaysia yang diiktiraf berkelayakan oleh pihak eBay untuk membimbing individu lain mengenai selok-belok eBay.

Beliau telah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan lelongan online ini. Di antaranya ialah, ‘Rahsia Raja Lelong’, ‘Secrets of the Lion King’ dan ‘Rahsia Jutawan Lelong’. Beliau juga pernah muncul di TV Malaysia, dan sering mengadakan pelbagai ceramah di seluruh negara, menyampaikan pengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Kini, sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, serta di dalam usaha berterusan beliau ingin membimbing lebih ramai warga Malaysia menjadi usahawan lelongan online, saudara Eruwan telah menghasilkan produk yang bersifat digital pula. Terdapat beberapa pilihan daripada penghasilan beliau itu. InsyaAllah, saya akan memperkenalkannya di blog ini, satu persatu mengikut keutamaan.

Sebagai pengenalan pertama, saya ingin memperkenalkan buah tangan beliau yang diberi nama “Video Panduan Lelong”. Video tutorial ini akan membimbing anda secara khusus, langkah demi langkah, bagaimana untuk menjana wang besar dari portal Lelong.com.my. Oh ya! Sebelum itu, adakah anda pernah mendengar atau mengenali laman Lelong.com.my ini ? Lelong.com.my sebenarnya adalah merupakan laman lelongan yang amat popular di Malaysia. Pengaruh dan kepopularitiannya dikatakan adalah lebih besar berbanding dengan eBay.com.my sendiri. Oleh itu, jika anda mensasarkan jualan produk anda untuk rakyat tempatan, maka adalah dirasakan bahawa laman Lelong.com.my adalah lebih wajar untuk diterokai.


Seperti yang pernah saya perkatakan mengenai eBay sebelum ini, Lelong.com.my juga mempunyai ahli dan jumlah pengunjung yang ramai setiap hari, iaitu di sekitar 400,000 orang ahli dan 1 juta pengunjung sebulan.

Sesuatu yang sangat istimewa mengenai penyusun Video Panduan ini ialah saudara Eruwan merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Pengarah Urusan syarikat pemilik portal ini. Ini membolehkan beliau mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai Lelong.com.my.

Kini, anda mempunyai cara yang lebih mudah dan pantas untuk memahami dan ‘menguasai’ Lelong.com.my. Anda tidak perlu lagi belajar dari pengalaman sendiri, di mana ianya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mahir. Segalanya telah pun terhidang...