Memaparkan catatan dengan label EBOOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EBOOK. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

BERNIAGA INTERNET TANPA MODAL ?

Di dalam pos yang lalu, saya ada menyentuh mengenai berniaga di internet tanpa mengeluarkan sebarang modal. Di dalam erti kata yang lebih mudah, kita menjual barang di internet tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok dan menyimpan stok. Bunyinya agak aneh kedengaran. Namun jika anda sudah biasa dengan kaedah perniagaan internet, ianya bukanlah sesuatu yang luarbiasa.

Kaedah perniagaan seumpama ini diberi nama 'Dropship'. Dropship adalah satu konsp perniagaan yang mudah dan amat disarankan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan internet kerana ianya tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Bukan sekadar itu, anda juga sebenarnya tidak perlu membungkus dan menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal atau pun 'dropshipper'. Kemudian anda hanya perlu melakukan promosi di kedai online anda sendiri, atau pun medium pemasaran internet yang lainnya. Setelah mendapat pesanan (dan bayaran), anda hanya perlu membuat pesanan semula kepada pembekal anda supaya menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda. Begitu mudah bukan ? Anda hanya perlu menggunakan wang pelanggan anda sebagai modal perniagaan anda. Tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.

Dengan penjelasan di atas, adalah diharapkan anda sudah pun mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan 'dropshipping'. Selanjutnya, elok juga rasanya anda mengetahui pula tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui kaedah dropship ini.

Berikut adalah 4 tip bagaimana melakukan jualan yang berkesan dari konsep dropshipping. Kebanyakan cara ini telah dilakukan oleh ramai Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet :



  1. Kaji pasaran terlebih dahulu sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan atau produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak mampu menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran dari masa ke masa kerana ianya akan berubah setiap masa.


  2. Cari dropshipper yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Dan kebanyakannya pula tertumpu kepada satu kategori barang sahaja. Contohnya, ada dropshipper yang cuma menjual barangan elektronik sahaja. Ada pula yang hanya menjual barangan pakaian sahaja. Oleh itu, anda kena bijak memilih dropshipper yang berkaitan dengan produk yang anda cari.


  3. Tentukan berapa peratuskah keuntungan yang ingin anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa juga untuk meninjau harga yang dijual oleh pesaing anda. Kemudian, setelah ditentukan harga yang nak dijual, pastikan ianya memberi keuntungan yang sewajarnya. Jangan hanya balik modal atau keuntungan yang sedikit sahaja. Nanti tidak berbaloi pula dengan kos promosi yang anda lakukan.


  4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat jualan. Antaranya laman sosial, blog, atau laman lelongan seperti eBay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah memiliki web e-dagang sendiri, adalah lebih baik. Anda cuma perlu tambahkan sahaja rangkaian produk tersebut ke dalamnya.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah pada tahap yang sangat asas sebenarnya. Saya akui saya sendiri masih lagi bukan seorang pakar untuk membicarakan perkara ini secara lebih mendalam. Namun anda tidak perlu khuatir. Pada hari ini, kebetulan pula seorang pakar di dalam bidang dropshipping initelah melahirkan satu produk panduan untuk anda yang benar-benar serius mahu melibatkan diri di dalam bidang ini.



Produk ini diberi judul, "Panduan Video Lubuk Rahsia Dropship". Panduan ini disediakan di dalan 9siri modul, yang terdiri dari 8 video dan 1 ebook. Panduan ini adalah hasil usaha saudara Mohd Najib Asaddok, seorang usahawan internet berpengalaman. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila ke laman web beliau di LubukRahsiaDropship.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pesanan...


Ahad, 13 Mac 2011

MENGAPA RAMAI PELAJAR CEMERLANG GAGAL MENGIKUTI KURSUS KERJAYA SELEPAS SPM ?


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu topik, dimana mungkin membuatkan adik-adik kita lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya; kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM ?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi kemusykilan kepada anda. Berikut adalah senarai 20 aspek mengapa kebanyakan lepasan SPM kita sering gagal :

  • Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibubapa.

  • Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat danbersesuaian.

  • Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.

  • Ramai pelajar yang kurang mendapat pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar gagl temuduga kerana tiada persiapan awal.

  • Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM

  • Ramai pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.

  • Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.

  • Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.

  • Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.

  • Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.

  • Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.

  • Semua perlu ingat! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus. Rugi 1 tahun.

  • Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

  • Ramai pelajar pilih "U" yang ternama dan hebat sahaja.

  • Ramai pelajar tidak mahu pilih Universiti yang jauh-jauh.

  • Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu. Ramai pelajar lebih rendah ikut pelajar lebih tinggi.

Itu adalah beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyaallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini ? Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com


Ahad, 4 April 2010

KONSPIRASI GRED 41 ?

Jika anda adalah graduan Sarjana Muda, anda pasti tahu yang tempat anda ada di Perkhidmatan Awam dengan tangga gaji Gred 41. Tapi tahukah anda syarat dan ujian kemasukan ke jawatan Gred 41 pada tahun 2010 diketatkan sedikit dan anda harus melalui Ujian Bertulis yang dahulunya hanya untuk beberapa jawatan sahaja seperti M41 dan S41. Untuk tahun ini, jika anda telah mengisi borang SPA8i, dan memilih antara 14 jawatan di bawah ini, anda akan melalui satu ujian yang dinamakan "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Gred 41".
14 Jawatan tersebut adalah :

1. Pegawai Arkib Gred S41.
2. Penguasa Kastam Gred W41
3. Penguasa Bomba Gred KB41
4. Pegawai Siasatan Gred KR41
5. Penguasa Penjara Gred KX41
6. Pegawai Penerangan Gred S41
7. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
9. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
10. Pegawai Pertahanan Gred KP41
11. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
12. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
13. Penguasa Imigresen KP41
14. Pegawai Tadbir dan Dip;omatik Gred M41.

Entahlah, sama ada ini satu konspirasi atau tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon-calon yang bakal mengisi jawatan ini. Sebelum ini, peperiksaan ini untuk Pegawai PTD M41 dan Pegawai Agama Islam S41 sahaja. Namun kali ini 14 jawatan di atas akan dianggap sebagai jawatan 'ELIT' kerajaan, dan oleh itu tapisan yang dijalankan akan menjadi sedikit ketat dan memerlukan calon yang layak dan berkesungguhan sahaja.

Jika diikutkan statistik Ujian Bertulis untuk M41 Pegawai Tadbir Diplomatik yang lepas, ianya boleh dikatakan agak sukar dan ramai yang lepas.

Sebenarnya, kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang bagaimana peperiksaan tersebut. Jika anda ingin berjaya dalam peperiksaan tersebut, anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan satu-satunya rujukan khusus untuk peperiksaan ini adalah "Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Gred 41". Anda boleh dapatkannya di TipsPTD.com. Anda boleh lihat sendiri testimonial mereka yang telah berjaya di sana dan taksyak lagi, inilah rujukan yang anda perlukan bagi berjaya menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam ini.

Di bawah ini pula ialah jadual Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam 2010 :


Seharusnya anda tidak mengambil remeh dengan peperiksaan bertulis ini. Jika tidak, mungkin anda tergolong dalam golongan mereka yang gagal ujian ini. Sekiranya anda ingin memilih untuk lulus, sewajarnya anda memiliki pakej ini sekarang, sebagai sebahagian dari langkah positif dari segala ikhtiar yang sedang anda usahakan...

Ahad, 27 Disember 2009

RAHSIA untuk LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN


Saya pernah memperkenalkan ebook ini di blog ini pada sekitar awal tahun ini. Pada ketika itu ebook ini berjudul, 'Rahsia Lulus Temuduga SPA'. Namun khabarnya, atas nasihat pihak SPA sendiri, penulis ebook ini, saudara Jamaludin Bahari, telah menukar judulnya ke 'Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan'.

Ebook ini sebenarnya telah melalui beberapa tahap kemaskini, dan kini telah berada di versi yang ketiga. Tentu sahaja ianya bermaksud isikandungannya juga semakin lengkap dan padat. Hampir mencakupi segala keperluan anda untuk berjaya mendapatkan jawatan di sektor awam. Kerana itu, ianya kini dinamakan 'Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan'.

Kepada anda yang baru sahaja selesai pengajian sama ada di peringkat menengah mahu pun pengajian tinggi, elok rasanya anda melapangkan masa untuk mentelaah ebook ini. Ianya merupakan suatu bekalan yan amat baik dan sangat berharga sebelum anda menghadapi saingan dalam pasaran pekerjaan di sektor awam. Jika ebook ini telah banyak membantu ramai orang dalam mencapai hasrat dan cita-cita mereka, maka tentunya juga ia amat berguna untuk membantu anda!

Dapatkan maklumat lanjut mengenainya terus dari Kerja-Kerajaan.com

Khamis, 30 Julai 2009

MENJEJAKI LANGKAH 8 JUTAWAN...

Di dalam pos yang lalu, saya telah menyarankan sebuah ebook yang berjudul ‘AMALAN JUTAWAN’. Ebook ini percuma sahaja. Sesuai dengan ‘mood’ pembicaraan mengenai jutawan ini, kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi ebook yang berkisar dari hal-hal kejutawanan.

Ebook yang saya maksudkan itu berjudul ‘MENTOR JUTAWAN. Namun, ebook ini tidaklah percuma. Ianya adalah merupakan trankripsi temubual dengan 8 orang tokoh jutawan Malaysia dan Singapura. Temubual ini dilakukan oleh seorang jutawan internet, saudara Irfan Khairi.

Ebook ini sebenarnya bukanlah baru. Ianya sudah pun lama berada di pasaran. Namun setelah menyemak kembali arkib blog ini, rupa-rupanya saya terlepas pandang untuk menampilkan ebook ini sebelum ini. Oleh itu, senyampang ianya masih dibuka untuk jualan, dan bagi melengkapkan lagi fungsi blog ini sebagai direktori dan sumber rujukan, serta berkebetulan pula mempunyai kesinambungan dengan pos yang terdahulu, maka muatkannya sebagai pos untuk kali ini.

Selain dari dapat mengenali dengan lebih dekat akan jutawan-jutawan tersebut, anda juga berpeluang untuk mempelajari strategi, formula, rahsia, langkah dan juga X-factor bagaimana untuk menjadi seorang jutawan. Kejayaan yang mereka kecapi hari ini, bukanlah sesuatu yang diperolehi secara mudah. Setiap individu jutawan ini menghadapi liku-liku perjalanan kehidupan mereka yang tersendiri.

Siapakah 8 jutawan yang dimaksudkan itu ? Saya rasa tidak perlulah saya menyenaraikannya di sini, kerana ianya boleh anda rujuk langsung dari laman web IrfanKhairi.com.

Ahad, 21 Jun 2009

BAGAIMANA UNTUK MUDAH HAMIL ?

Anda sudah berumahtangga untuk sekian lama dan masih belum berupaya untuk mendapatkan seorang cahaya mata ? Dan anda benar-benar kepingin untuk mendapatkan zuriat ? Jangan berputus asa ! Kini saya ada satu berita baik bagi mereka masih yang belum dikurniakan anak.

Sempena dengan Bulan Jun sebagai Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa (World Fertility Awareness Month) satu panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan telah dilancarkan dalam bentuk ebook. Ebook ini dinamakan Rahsia Mudah Hamil. Ianya ditulis oleh pasangan suami isteri yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum dikurniakan zuriat. Ini telah menggerakkan mereka untuk membuat satu kajian yang mendalam terhadap ilmu-ilmu tentang kesuburan. Oleh kerana kedua-dua mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Genetik dan Sains Pemakanan, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari sumber-sumber yang jarang dicapai oleh kebanyakan orang. Pasangan yang saya maksudkan itu ialah Abu Jarir dan Ummu Aisyah.

Apa yang menariknya, mereka telah membuat kajian selama 3 tahun. Hasil kajian mereka selama tempoh itu, mereka telah berjaya menghasilkan satu ebook setebal kira-kira 300 mukasurat, yang penuh dengan informasi dan panduan yang sangat praktikal. Tetapi oleh kerana ianya terlalu tebal, mereka telah mengeluarkan satu bab dari ebook tersebut untuk diterbitkan sebagai ebook yang kedua nanti. Walaupun begitu, ebook Rahsia Mudah Hamil sebenarnya masih cukup tebal bagi kategori ebook kerana ianya berjumlah 212 mukasurat.

Daripada 212 mukasurat ebook Rahsia Mudah Hamil tersebut, penulis telah memetik satu bahagian dari ebook tersebut sebanyak 23 mukasurat dan diberikan secara percuma dalam bentuk lapuran yang sangat praktikal bertajuk ‘Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’. Ia mula diedar sejak Oktober 2008 dan sehinga Mei 2009, dan telah dimuatturun oleh 1426 orang. Dalam tempoh tersebut, beliau menerima beberapa email daripada pembaca yang memberikan pengakuan ikhlas mereka bagaimana dengan lapuran percuma 23 halaman tersebut, dengan izin Allah swt mereka telah berjaya hamil anak pertama.

Ya... itu baru hanya 23 mukasurat! Bagaimana pula kiranya jika dengan 212 mukasurat? Kata penulis, beliau cukup yakin bahawa setiap orang yang membeli ebook Rahsia Mudah Hamil ini, sudah pasti mereka juga akan membeli ebook susulan kedua mereka nanti.

Yang paling menakjubkan, penulis telah membongkarkan sebanyak 15 kaedah untuk mengesan hari-hari subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Sesuatu yang sangat-sangat jarang diketahui oleh semua orang. Semuanya didapati dari sumber-sumber kajian saintifik seperti buku rujukan luar negara dan jurnal-jurnal perubatan.

Sebenarnya banyak lagi intro tentang isi kandungan ebook ini. Semuanya boleh anda perolehi dengan mengunjungi laman web rasmi mereka iaitu di MudahHamil.com.

Zuriat adalah rezeki kurniaan Allah kepada kita. Dan seperti rezeki-rezeki yang lainnya, ianya perlu diusahakan bagi mendapatkannya. Ada jalan yang mudah, dan adakalanya juga jalan yang sukar. Namun, keberhasilan hanya menjadi milik orang yang gigih berusaha, bersabar, dan berdoa. Setelah semua itu dilakukan, dan kita masih juga gagal, barulah selayaknya kita menyatakan bahawasanya... “Aku masih belum punyai rezeki !”


Rabu, 20 Mei 2009

FORUM : MEDAN PEMASARAN BERKESAN !

Saya amat pasti bahawa ramai di kalangan pengguna internet, terutamanya di kalangan yang muda-muda, telah amat biasa berforum. Di laman forum, kita boleh merehatkan minda dengan ‘bersembang’ dengan ahli-ahli yang lain, menambah ilmu dengan bertukar pandangan, dan juga menambah kenalan baru.

Namun, bukan sekadar itu sahaja. Tahukah anda, selain dari tujuan-tujuan seperti yang tersenarai di atas, forum juga boleh dijadikan ruang dan peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda ? Bagi yang telah biasa dengan pemasaran internet ini, anda pastinya sudah pun maklum. Namun tidak juga semua yang menggunakan forum sebagai lapangan pengiklanan mereka itu berjaya menjual produk mereka dengan jayanya.

Menggunakan forum sebagai kaedah pemasaran memerlukan adab, method dan strategi tertentu bagi menjadikannya lebih berkesan. Barangkali, kemahiran inilah yang kurang dimiliki oleh IM yang berstatus newbie ini.

Maka kerana itulah, terlahirlah sebuah ebook yang mampu memandu anda memanipulasikan forum internet sebagai wadah untuk melakukan promosi yang cemerlang. Ebook ini berjudul ‘Kuasa Forum’, yang telah disusun oleh saudara Mohd Zulfadli. Saudara Zulfadli atau dikenali juga sebagai Smartzul ini telah berpengalaman lebih dari tiga tahun, didalam menggunakan forum sebagai platform promosi kepada perniagaan.

Menurut Zul, asas utama kepada kejayaan pemasaran di forum hanyalah satu, iaitu ‘kredibiliti’! Menurut Kamus Dewan terbitan DBP, kedibiliti membawa maksud ‘keboleh percayaan’. Ya! Anda perlu melahirkan rasa kebolehpercayaan di kalangan orangramai (khususnya ahli-ahli forum) terlebih dahulu terhadap kemampuan diri anda bagi meningkatkan keyakinan mereka terhadap anda. Ini bermakna anda perlu mempromosikan diri anda dahulu sebelum mempromosikan produk anda. Proses ini dinamakan ‘membina kredibiliti’. Tentu anda merasakan ianya adalah sesuatu yang sukar bukan ?

Namun menurut Zul, proses tersebut tidaklah seperit mana. Malahan ianya boleh dicapai di dalam tempoh yang tidak sampai sebulan pun. Tetapi, ianya kenalah dibuat dengan kaedah yang betul. Ada banyak cara untuk membina kredibiliti anda di forum. Semuanya ada dinyatakan di dalam Kuasa Forum’.

Kredibiliti adalah satu hal. Promosi adalah satu hal yang lain pula. Jika anda sudah mempunyai kredibiliti di sesebuah forum, langkah untuk melakukan promosi akan menjadi semakin mudah. Namun promosi juga memerlukan strateginya yang tersendiri pula. Sekali lagi Smartzul mengkongsikan formula, rahsia dan pengalaman beliau lewat ebook ini.

Turut dibicarakan di dalam ebook ini ialah bagaimana melakukan Join Venture (JV) dengan ahli-ahli forum yang lain bagi menambahimpakkan lagi pemasaran anda. Ebook Kuasa Forum ini juga akan membimbing anda secara langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan dan mempengaruhi bakal rakan kerjasama niaga anda ini.

Khamis, 23 April 2009

MENCARI KESERASIAN & KECEMERLANGAN DIRI MELALUI TARIKH LAHIR.

Pernahkah anda melalui situasi yang serba tidak kena dan serba tak menjadi ? Gagal di dalam perniagaan, kecewa di dalam percintaan, jodoh yang belum kesampaian, rumah tangga tidak aman, gagal di dalam membuat keputusan, dan gagal di dalam mengejar impian. Itu adalah beberapa contoh kekecewaan yang mungkin pernah dilalui oleh sebilangan dari kita di dalam melewati kehidupan ini. Adakalanya kita pasrahkan ini semua kepada takdir ilahi. Dan tidak kurang juga yang kembali memuhasabah diri, menganalisa segala tindak tanduk yang telah dilakukan.

Ada satu kaedah di dalam menganalisa keupayaan diri ini. Ianya melalui penganalisaan terhadap tarikh lahir kita sendiri. Ilmu ini bersifat metafizik dan maakulat. Sukar difahami secara logik atau untuk dikesan dengan pancaindera. Amat sukar untuk saya sendiri memahaminya apatah lagi untuk dikaitkan dengan kepercayaan agama. Walau bagaimana pun, menurut saudara Rozzaini, pengamal ilmu ini, beliau telah pun merujuk perkara ini kepada golongan ilmuan agama. Menurut beliau, ianya dibolehkan asalkan ianya tidak diyakini secara total. Pendek kata selain dairi mengaplikasikan kaedah ini di dalam merencana kehidupan, usaha dan tawakkal kepada Allah juga perlu ada.

Tujuan sebenar melakukan penganalisaan pada tarikh lahir ini adalah untuk membolehkan seseorang itu lebih memahami dan mengenali dirinya sendiri. Setelah mengenali kekurangan dan kemampuan diri, maka mudahlah untuk seseorang itu merancang masa depannya, kerjayanya, atau apa sahaja yang diimpikannya. Penganalisaan juga boleh dilakukan kepada tarikh lahir orang lain, seperti suami, isteri, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Dengan keprihatinan ini, adalah diharapkan perhubungan kita dengan insan lain juga akan lebih baik, intim dan serasi.

Dengan keinginan dan harapan mahu mengkongsikan pengetahuan ini dengan khalayak ramai, maka saudara Rozzaini telah menulis dua ebook yang berkaitan dengan ilmu menganalaisa tarikh lahir ini.

Ebook pertama berjudul ‘Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar’. Ebook ini disediakan di dalam bentuk panduan asas sahaja. Turut disertakan bersama pakej ini ialah perisian mengira tarikh lahir.
Sementara ebook kedua pula berjudul, ‘Panduan Lengkap Rahsia Tarikh Kelahiran’. Seperti judulnya, kandungan ebook ini adalah lebih menyeluruh berbanding dengan ebook yang pertama tadi. Di samping perisian Mengira Tarikh Kelahiran, anda juga akan dibekalkan dengan beberapa lagi ebook sokongan bagi memperlengkapkan lagi keperluan anda.
Mudah-mudahan paparan ini dapat membantu mereka yang sedang mencari jalan penyelesaian.

Ahad, 19 April 2009

MENCARI CINTA SEJATI LELAKI ?

Di dalam pos sebelum ini, saya telah menyarankan kepada anda beberapa ebook yang agak ‘mendebarkan’. Namun, ebook-ebook tersebut sebenarnya lebih mengkhusus kepada mereka yang telah berumahtangga, atau yang bakal berkahwin di dalam waktu yang terdekat sahaja. Pada yang masih belum berumahtangga, ebook seumpama itu sudah pastilah tidak bermanfaat untuk dimiliki.

Jadi, bagaimana pula halnya kepada anda yang masih atau sedang menanti jodoh ? Tidak mengapa ! Kini telah ada satu sumber rujukan yang mungkin boleh membantu menyelesaikan permasalahan anda ! Sumber rujukan yang saya maksudkan itu ialah sebuah ebook yang diberi judul, ‘PANDUAN CINTA Untuk Wanita’. Ebook di adalah penghasilan saudara Ridzuan Richie @ Dr. Cinta. Ya, sebagaimana judulnya, ianya adalah khusus untuk wanita. Namun, tidaklah salah untuk lelaki yang ingin membelinya. Ianya mungkin satu hadiah yang baik dan istimewa untuk teman wanita anda supaya lebih memahami hati lelaki seperti anda !

Jika anda wanita yang sudah puas menanti kehadiran seorang lelaki yang mampu mengisi kekosongan hati anda, dan jika ada di antara anda pula yang sudah berkali-kali bercinta, namun masih belum menemui cinta sejati, mungkin di dalam ebook ini anda akan menemui jawapan dan penyelesaiannya.

Di antara intisari ebook ini ialah :

1. Ketahui 7 tip hebat apabila anda menemui lelaki idaman.
2. Bagaimana mengatur temujanji yang hebat dan selamat tanpa sebarang risiko !
3. Bagaimana membuatkan si dia setia dengan anda sehingga ke akhir hayat...
4. Tips bagaimana untuk mengenali keperibadian si dia yang sebenar, bagi memudahkan anda membuat pilihan yang tepat apakah si dia adalah lelaki yang layak menjadi suami anda !
5. Bagaimana untuk membentuk si dia agar berubah menjadi seperti apa yang anda mahukan!
6. 5 cara mudah tapi berkesan bagaimana mengeratkan hubungan anda dengan si dia.
7. Bagaimana melenturkan ego lelaki yang anda sayangi.
8. dan... ada banyak lagi !

Jika anda merasakan panduan di atas sangat bermanfaat untuk anda ketahui, maka janganlah bertangguh lagi. Sila klik pada pautan berikut untuk mendapatkannya : PANDUAN CINTA

Untuk pengetahuan anda, ebook ini sekarang sedang dijual dengan harga istimewa, iaitu hanya RM20.00 sahaja bersempena dengan pelancarannya. Selepas tempoh tawaran ini tamat, harganya akan dinaikkan.

Dengan jumlah harga tersebut, anda sebenarnya bukan sekadar mendapat sebuah ebook tersebut sahaja. Bersamanya, terdapat beberapa lagi produk sebagai bonus, termasuk bantuan secara live dari penulis melalui YM untuk menyelesaikan masalah anda. Amat berbaloi bukan ? Dan anda juga tidak perlu khuatir dengan pelaburan anda kerana penulis ebook ini memberikan jaminan selama 30 hari wang anda akan dikembalikan jika anda tidak berpuashati dengan apa yang beliau tawarkan. Nah, pilihan di tangan anda...

Mudah-mudahan selepas ini nanti, anda mula menemui lelaki idaman dan cinta sejati yang anda dambakan selama ini...

Rabu, 15 April 2009

3 EBOOK YANG MENG'GHAIRAH'KAN !

Telah sekian lama kebelakangan ini saya sering mempromosikan produk-produk yang berasaskan ‘perniagaan internet’ dan sekitarnya sahaja. Hari ini, elok juga rasanya, kita keluar dari lingkungan tersebut. Kita jenguk pula kepada keperluan-keperluan hidup kita yang lainnya.

Kalau di dalam pos sebelum ini, saya pernah menggunakan judul ‘4 Ebook Hebat !’, maka judul pos kali ini pula, saya namakan ‘3 Ebook Yang Meng‘ghairah’kan!’ Ada dua sebab kenapa saya menggunakan perkataan ‘ghairah’ untuk judul kali ini. Pertama, kerana judul ebook-ebook ini sendiri akan segera meruntun keinginan anda untuk melihat isi kandungannya. Kedua, adalah kerana sememangnya ebook ini sendiri membicarakan persoalan-persoalan yang menghairahkan…

Saya tidak akan memberikan sebarang komen untuk ebook-ebook ini. Namun, sebagai penjelasan awal, ebook ini sebenarnya adalah khusus untuk mereka yang sudah berumahtangga atau bakal menempuhi gerbang perkahwinan sahaja. Kepada anda yang masih belum bercadang nak kahwin, secara warasnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk anda mendapatkannya dengan tujuan untuk penambahan ilmu dan bekalan untuk hari kemudian. Namun janganlah pula manfaatnya disalahgunakan dan melanggar tatahukum agama.


2. RAHSIA KEPUASAN MUKTAMAD SUAMI ISTERI


3. SENI MENGGHAIRAHKAN ISTERI



Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai ebook-ebook ini dari laman web yang berkenaan, dengan mengklik pada imej ebook tersebut.

Rabu, 1 April 2009

4 EBOOK HEBAT !

Saya telah pun memperkenalkan 2 produk sebelum ini yang ditangani oleh pakar lelongan online, saudara Eruwan Gery Norsen. Kedua-dua produk tersebut ialah ‘Video Panduan Lelong, dan juga ‘Video Panduan eBay’.

Hari ini saya akan memperkenalkan lagi produk-produk saudara Eruwan yang selanjutnya. Bukan satu, malah 4 ebook sekaligus. Ebook-ebook ini bolehlah dikatakan sebagai produk sokongan kepada 2 Video Panduan yang telah perkenalkan sebelum ini. Anda juga sebenarnya boleh memanfaatkan maklumat dan pengetahuan dari ebook ini untuk perniagaan lain, sama ada online mahu pun offline.

Ebook ini akan memberi panduan kepada anda bagaimana untuk melakukan usaha pengimportan barang-barang dari negara China. Negara China kini telah dikenali sebagai ‘kilang dunia’. Ini kerana negara tersebut mengeluarkan hampir apa sahaja barangan keperluan manusia, termasuklah barangan permainan kanak-kanak. Negara China juga dikenali sebagai pengeluar barangan makanan halal di dunia. Dengan jumlah penduduk yang ramai, menjadikan kos tenaga buruh yang murah, dan membolehkan pula kos barangan buatan juga menjadi lebih murah berbanding dengan negara-negara lain di dunia, pada kualiti yang munasabah.

Anda mungkin sudah pun terperasan akan kebanjiran barangan buatan negara China di negara kita sendiri. Dan jika anda juga merasakan ini merupakan satu peluang perniagaan yang baik buat anda, ebook ‘Import Dari Cina’ ini mungkin dapat dijadikan rujukan awal untuk anda.
Ebook ini sedikit sebanyak akan mengajar anda bagaimana untuk berurusan dengan pembekal atau pengilang di Negara China. Antara yang bakal anda ketahui ialah tips serta adab dalam berurusan dan berkomunikasi dengan usahawan di sana.

PENGURUSAN INVENTORI HEBAT

Untuk berjaya seperti mana ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya, maka kita mestilah bersikap dan bekerja sepertimana mereka bekerja juga. Bekerja dengan disiplin dan sistem yang tertentu akan memungkinkan kejayaan akan lebih mudah dicapai. Di antara perkara yang perlu diambilkira apabila menguruskan perniagaan ialah menguruskan inventori kita dengan baik dan teratur. Ini khususnya kepada anda yang melibatkan diri didalam perniagaan jual beli produk fizikal. Ebook ‘Pengurusan Inventori Hebat’, mungkin dapat membantu anda mendalami ilmu ini.

REKOD SIMPANAN HEBAT!
Anda mungkin telah tercebur di dalam industri internet ini secara tidak sengaja, atau secara suka-suka sahaja pada mulanya. Tidak dapat dinafikan perkara seumpama ini ada berlaku, terutamanya pada perniagaan yang berasaskan hobi atau kegemaran peribadi. Namun, tanpa disangka akhirnya perniagaan tersebut kian maju dan membesar. Tentu sahaja tidak seharusnya perniagaan tersebut masih tetap diurus seperti mana ianya bermula.

Pengurusan kewangan yang teratur dan bersistematik adalah merupakan nadi kepada sesuatu perniagaan. Kos kepada sesuatu perniagaan tidak hanya sekadar belian stok yang akan kita jual. Tetapi juga melibatkan perkara-perkara lain seperti bil telefon, bil elektrik, sewaan dan sebagainya. Semuanya ini perlu dan direkodkan. Maka, barulah kita bergelar ahli perniagaan yang sebenarnya.

Jika anda belum pernah terdedah kepada kaedah pengurusan kewangan secara bijaksana, ebook ‘Rekod Simpanan Hebat’ mungkin wajar untuk anda. Ianya serba sedikit akan memperkenalkan kepada anda mengenai 4 rekod asas kewangan untuk sesebuah perniagaa. Di samping itu, saudara Eruwan turut menyarankan beberapa perisian yang bersesuaian yang berkaitan dengan perakaunan ini.

PEMBUNGKUSAN HEBAT

Satu lagi perkara yang harus diambil kira di dalam perniagaan, ialah soal pembungkusan. Pembungkusan tidak sekadar untuk melindungi barang-barang yang akan kita hantar, tetapi juga turut membawa imej kita bersamanya. Di laman-laman lelongan, kaedah pembungkusan anda juga akan turut dinilai oleh pembeli sebelum memberikan rate untuk servis anda. Menurut saudara Eruwan, hampir 90% dari pada rating negatif di Lelong.com.my dan eBay adalah berpunca dari kaedah pembungkusan yang tidak sempurna.

Ebook ‘Pembungkusan Hebat’ ini akan memandu anda bagaimana untuk membuat pembungkusan yang bersesuaian dengan barang yang bakal anda jual.

Keempat-empat ebook yang saya perkenalkan pada kali ini, hampir melengkapkan sama sekali keperluan anda untuk memulakan sesebuah perniagaan untuk produk fizikal. Anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan salah satu darinya mengikut keperluan, atau pun boleh juga kesemuanya sekali.

Isnin, 16 Mac 2009

PANDUAN BAGAIMANA MEMBELI EBOOK YANG BERKUALITI

Ebook adalah merupakan salah satu kategori produk digital yang paling mendapat sambutan di masa kini. Ini kerana, ia mudah dan boleh di bawa ke mana-mana. Malahan, ebook juga boleh dijadikan produk fizikal dan sesuai dijadikan bacaan santai.

Di dalam satu kajian secara rambang ke atas 140 responden, terdapat 80% peratus responden yang masih tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ebook. Namun, saya amat pasti bahawa pembaca blog ini tidaklah sejahil itu. Ini kerana, telah begitu banyak produk yang berasaskan ‘ebook’ telah saya perkenalkan di blog ini untuk rujukan anda.

Dewasa ini telah begitu banyak ebook dihasilkan dan dijual di pasaran Malaysia. Ebook-ebook ini mencakupi pelbagai bidang pengetahuan. Tentunya, yang paling amat popular sekali ialah panduan bagaimana menghasilkan pendapatan lumayan.

Penerbitan ebook dengan pelbagai bentuk panduan bagi menyelesaikan masalah orang ramai, dan membantu khalayak dalam mencapaikan hasrat, dan mendapatkan apa yang mereka mahu, adalah merupakan satu usaha murni di samping mendapatkan sedikit imbalan bagi usaha kita itu.

Namun, di tengah kerancakan, keghairahan serta kemeriahan ‘pesta’ ebook ini, terdapatnya golongan yang tidak jujur dan mengambil kesempatan, seumpama ‘menangguk di air keruh’. Mereka ini mempergunakan mereka dari golongan yang jahil dan dahagakan ilmu, dalam mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan kerugian pehak lain.

Golongan seumpama ini senantiasa berada di mana-mana, dan di dalam mana-mana zaman sekali pun. Kita tidak mampu melumpuhkan usaha mereka ini kerana mereka sentiasa memikirkan bagaimana untuk menipu orang lain. Hanya ‘kecelikan’ kita sahaja yang dapat membantu mengelakkan diri dari terjebak dengan jerat mereka.

Antara permasalahan yang sering menjadi persoalan kepada bakal pembeli ebook adalah bagaimana untuk membeli :

- ebook yang benar-benar berkualiti
- ebook yang mampu memberikan manfaat
- ebook yang benar-benar memberi petua untuk berjaya
- ebook yang mampu menjadi pemangkin untuk kaya
- ebook yang anda rasakan ia tidak menipu anda

Sebagai contoh, anda mungkin memerlukan panduan bagaimana untuk menjana pendapatan dari program Google Adsense. Terdapat banyak pilihan untuk anda membelinya. Jika anda ada peruntukan yang besar, anda boleh boleh borong semuanya sekali. Namun, adalah tidak berbaloi, meski pun anda mampu, untuk membuat pelaburan kepada produk yang tidak berkualiti. Apa tah lagi jika anda mahukan sebuah panduan yang menyeluruh dengan bajet yang anda mampu.

Menyedari keperluan ini, saudara Ahmad Rizal, mengusahakan penyusunan panduan di dalam memilih dan membeli ebook-ebook yang bersesuaian dengan kehendak anda. Panduan yang beliau sediakan di dalam format ‘ebook’ juga ini berjudul ‘Panduan Beli Ebook. Saudara Ahmad Rizal, adalah merupakan seorang penulis ebook sambilan, dan juga blogger sambilan yang mengkhusus menulis review mengenai ebook dan produk digital. Maka, kutipan dari pengalaman beliau mengkaji dan menelaah pelbagai bentuk ebook, beliau sajikan semula secara tersusun untuk panduan kita semua.

Anda boleh mendapatkan ebook ini di sini : PanduanBeliEbook.com

Isnin, 9 Mac 2009

JOM BERJIMAT DENGAN PAKEJ LUMAYAN !

Di dalam persekitaran ekonomi yang gawat dan sangat tidak menentu ini, tentunya dua perkara yang sering kita fikirkan : 1. Bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan, 2. Bagaiman untuk mencari pendapatan tambahan.

Usaha berjimat-cermat adalah merupakan amalan baik, dan ianya bukanlah hanya tertentu untuk ketika gawat sahaja. Namun perkara itu tidaklah mudah untuk dipraktikkan jika sekiranya pendapatan kita selama ini pun sememang sudah sediakalanya ‘cukup-cukup makan’ sahaja. Maka, mahu tidak mahu, sesuatu harus dilakukan untuk meningkatkan pendapatan kita.

Untuk mencari pendapatan tambahan pula, memerlukan modal juga, apatah lagi jika sekiranya usaha itu berasaskan perniagaan. Kalau nak berniaga pisang goring misalnya, sedikit sebanyak memerlukan modal juga untuk menyediakan peralatan asasnya. Begitu juga hanlnya jika hendak memulakan perniagaan di internet.

Tidak dapat dinafikan, internet kini mula dipandang sebagai punca rezeki yang baru kepada ramai orang, tidak kiralah sama ada mahu melakukannya secara sepenuh masa atau sebagai aktiviti sampingan. Buktinya, hampir saban hari kita dapat melihat pelbagai kedai online, ministe jualan dan blog yang baru muncul. Ini merupakan satu perkembangan yang rasionalnya sihat.

Namun di tengah-tengah keghairahan itu, tidak semua orang mampu untuk memodalkan perniagaan ini. Jika hendak dibandingkan dengan perniagaan konvensional, modal untuk memulakan perniagaan internet adalah jauh lebih rendah. Namun kemampuan kewangan setiap orang itu tetap berbeza, walau kita mempunyai cita-cita yang sama.

Berkebetulan dengan perkembangan semasa yang gawat ini, satu pakej koleksi panduan untuk bakal IM diwujudkan. Pakej ini dinamakan sebagai “Pakej Lumayan : Koleksi Panduan IM di dalam satu pakej”. Pakej ini ditawarkan oleh PakejLumayan.com, yang dimiliki oleh saudara Saripudding Saling, atau lebih dikenali sebagai Kasimo.

Pakej Lumayan’ ini mengandungi 3 produk utama, iaitu :
1. Pakej Sistem Rahsia V.2
2. Ebook Teknik Niche
3. Pakej Perniagaan Digital.

Hampir kesemua produk tersebut pernah saya perkenalkan di blog ini sebelum ini. Namun ianya dijual secara berasingan pada ketika itu. Kini semuanya dihimpunkan di dalam satu pakej, pada harga yang sangat berbaloi = RM60 sahaja ! Di samping semua ini, anda akan turut menerima 7 lagi bonus eksklusif ! Anda boleh melihat senarai bonus tersebut di laman web PakejLumayan.com.

Saya tidak pasti, berapa lama tawaran ini akan berlangsung, dan harganya akan kekal begitu. Maka, sayugialah peluang ini anda ambil sementara masih ada kesempatan...

Selasa, 3 Mac 2009

3 EBOOK PERCUMA DARI RAJA KAMIL

Ebook percuma lagi ! Kali ini bukan hanya satu, tetapi tiga ebook sekali gus, di sumbangkan oleh penulis yang sama; saudara Raja Mohd Kamil Raja Rosli, atau lebih dikenali sebagai Raja Kamil. Untuk makluman, Raja Kamil juga adalah merupakan penulis ebook/lapuran “Rahsia USD50 Sehari”.

Ketiga-tiga ebook yang saya maksudkan itu adalah seperti berikut :

Ikan Kecil Untuk Ikan Besar


Duit Pantas Dari Lelong.com.my


3 Idea Buat Duit Di Blog

Dari segi kandungan, ebook ini agak ‘nipis’ sahaja. Maka tiada alasan untuk anda malas membacanya. Namun ianya masih mengandungi maklumat dan panduan yang sangat berguna. Amat sesuai untuk anda yang bergelar newbie macam saya. Mudah-mudahan ebook ini mampu mengorak langkah pertama anda untuk menceburkan diri dalam usahaniaga di internet.

Sila klik pada mana-mana imej ecover di atas untuk ke blog Raja Kamil bagi mendapatkan ke tiga-tiga ebook tersebut.

Sabtu, 28 Februari 2009

PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA PEKERJAAN

Dunia kini sedang menghadapi kemelesetan ekonomi. Akibat dari kegawatan itu, ramai insan yang hilang pekerjaan, khususnya di sektor pembuatan. Di Malaysia sahaja, puluhan ribu orang kini menganggur. Mereka yang berada di sektor awam, agak selamat. Kesan dari krisis ekonomi ini, mungkin akan mengubah pandangan kita kepada pekerjaan makan gaji ini. Kalau dahulu, bekerja di sektor swasta boleh dianggap mampu menawarkan pendapatan yang lumayan. Selain dari gaji yang mungkin jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kerja dengan kerajaan, pekerjaan di sektor swasta ada kalanya juga menawarkan bonus tahunan yang lumayan. Peluang untuk menambah pendapatan juga boleh dilakukan dengan melakukan kerja lembur.

Namun ada kalanya bekerja di sektor swasta ini tidak begitu memberikan jaminan masa depan yang sempurna. Selain dari karenah majikan yang tidak bertanggungjawab, masalah ekonomi semasa kadang kala membuatkan pihak syarikat terpaksa membuat keputusan yang di luar kawalan.

Kini harapan untuk mereka yang selesa dengan kerja ‘makan gaji’ nampaknya akan tertumpu kepada sektor awam pula. Pendapatan di sektor awam mungkinlah tidak semewah di sektor swasta. Namun dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ianya juga mampu memberikan keselesaan dan ketenangan kepada seseorang, asalkan kita sedia untuk tidak berbelanja melebihi kemampuan.

Namun, dengan pemberhentian kerja ribuan orang, bahkan mungkin akan terus meningkat sekiranya masalah ekonomi tidak dapat ditangani, maka saingan untuk mendapatkan pekerjaan di jabatan kerajaan sudah pastinya sangat sengit. Ini ditambah pula lepasan sekolah dan universiti yang bertambah saban tahun. Jawatan yang ditawarkan sudah pastinya menantikan seseorang calun yang berwibawa dan berkualiti sahaja. Selain dari mengisi borang permohonan pekerjaan, menghadapi temuduga juga adalah salah satu peringkat pemprosesan dan penyaringan yang perlu dilalui oleh setiap calun yang mendambakan pekerjaan di sektor awam. Ini satu proses biasa, dan di sektor swasta pun begitulah juga kaedahnya.

Ada sesetengah calun yang telah berkali-kali memohon pekerjaan, dan berkali-kali juga menghadapi proses temuduga, namun dia masih gagal juga. Hal ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika sekiranya kita melakukan sesuatu itu tanpa persediaan, tanpa pengetahuan, dan tanpa perubahan.

Ya ! Jangan ambil mudah atau memperlekehkan persediaan untuk menghadapi temuduga pekerjaan ini. Jika tidak, anda mungkin akan ‘diperlekehkan’ pula oleh panel penemuduga tersebut nanti.

Salah satu cara yang wajar untuk memperlengkapkan diri anda dengan pengetahuan bagaimana untuk menghadapi temuduga pekerjaan ialah dengan membaca ebook ini : Rahsia Lulus Temuduga SPA dibongkar!. Ebook ini telah disusun oleh saudara Jamaludin Bahari, seorang Pegawai Kerajaan yang berpengalaman. Melihat kepada judul ebook ini, penulis mengkhususkan penulisan beliau hanya mengenai kaedah menghadapi proses temuduga dengan jabatan kerajaan atau lebih tepat lagi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini menunjukkan beliau merupakan seseorang yang mahir dengan selok-belok dan kehendak-kehendak yang dimahukan di dalam temuduga SPA.


Mengiringi ebook ini, penulis turut menawarkan beberapa ebook tambahan sebagai sokongan untuk memantapkan lagi persiapan anda. Di antara ebook bonus yang dimaksudkan ialah, Lapuran Tahunan SPA 2007, Contoh-Contoh Soalan SPA, Interview Answered Book, dan Secrets To Succesful Job Hunting. Namun, apa yang lebih menarik saya rasa, ialah khidmat sokongan secara peribadi yang diberikan oleh penulis melalui medium YM. Melalui peluang ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada penulis mengenai persediaan menghadapi temuduga SPA. Cara ini tentunya akan menjadikan anda merasa lebih yakin untuk menghadapi situasi temuduga itu nanti.


Rabu, 18 Februari 2009

MAJALAH IM #10 : JANA PENDAPATAN MELALUI EBAY...

Masih ingat lagi dengan Majalah IM? Baru selang beberapa pos yang lalu, saya telah memperkenalkannya kepada anda di blog ini. Kini Majalah IM muncul lagi dengan edisi yang ke sepuluhnya pula.

Fokus Majalah IM kali ini ialah mengenai bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman lelongan terkenal, iaitu Ebay. Saya pernah menulis serba sedikit mengenai ebay di laman ini di dalam pos yang terdahulu. Namun jika anda mahukan maklumat yang lebih sarat, Majalah IM edisi kesepuluh ini sangat membantu anda.

Di antara topik yang dibicara di dalam Majalah IM isu ke sepuluh ini ialah, Sejarah Ebay, tip mudah bagaimana membeli di Ebay, serta tip bagaimana untuk memasuki pasaran di Ebay.

Namun begitu, saya rasa kandungan yang paling menarik di dalam Majalah IM edisi kali ini ialah temuramah khas dengan tokoh usahawan Ebay dari Malaysia iaitu saudara Noorizam Shah. Saudara Noorizam adalah merupakan ‘ebayer’ yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Education Specialist Trained’ yang telah dianugerahkan oleh pehak Ebay sendiri. Pengiktirafan ini membawa maksud saudara Noorizam Shah adalah merupakan tenaga pengajar yang bertauliah untuk memberikan bimbingan mengenai selok-belok berurusniaga di Ebay.

Melalui temubual krew Majalah IM bersama beliau saudara Noorizam telah menceritakan pengalaman beliau berurusan di Ebay sejak dari peringkat awal penglibatan beliau lagi. Tidak semua perkara yang dikongsikan beliau itu adalah perkara yang indah dan manis belaka. Beliau turut menceritakan segala cabaran, risiko kerugian dan sebagainya, selama berkecimpung di dalam Ebay. Segalanya itu telah mematangkan beliau dan menjadikan dirinya berada di tahap ini kini. Kita, selaku ‘newbie’ di dalam bidang ini, tidak perlulah melalui pahit getir yang sama seumpama beliau, kerana pengalaman beliau itu sepatutnya menjadi pengajaran yang berguna kepada kita. Adalah merupakah suatu kebodohan jika kita melakukan kesilapan sama yang pernah dilalui oleh orang lain di dalam keadaan kita menyedarinya.

Turut memantapkan kandungan Majalah IM kali ini ialah, panduan menyediakan Pelan Perancangan untuk Perniagaan Internet anda. Sekali pun, anda menganggap perniagaan internet anda hanyalah sekadar kerja sampingan, namun janganlah dikesampingkan pula proses perancangan perniagaan itu. Sikap ini akan menentukan sejauh mana keberhasilan yang bakal dinikmati. Ianya juga menunjukkan betapa keseriusan kita di dalam melakukan bisnes.

Ikutilah penjelasan selanjutnya untuk semua ini di Majalah IM. Download sekarang !

Isnin, 19 Januari 2009

BUAT DUIT DENGAN EBAY...

Rasa-rasanya, rata-ratanya ramai yang sudah pun tahu sedikit sebanyak mengenai Ebay ini . Namun sebagai meraikan mereka yang sedang mencari maklumat mengenai Ebay ini, berikut saya perturunkan serba ringkas mengenainya.

Apa itu Ebay ?


Ebay.com adalah merupakan pusat jual beli dan lelongan yang sangat popular di internet. Menurut ceritanya, laman lelongan ini telah diasaskan oleh Pierre Omidyar, seorang yang berketurunan Perancis-Iran pada sekitar pada tahun 1995. Laman web ini dimiliki oleh Echo Bay Technology Group, sebuah firma perunding milik Omidyar. Pada mulanya Omidyar cuba untuk mendaftarkan laman lelongan ini dengan domain EchoBay.com, namun pendaftaran tersebut gagal kerana nama yang sama telah dimiliki oleh syarikat lain. Akhirnya beliau memilih nama Ebay.

Kini, walau pun telah banyak laman web lelongan yang seumpamanya dibangunkan oleh pehak-pehak lain, Ebay.com masih tetap mengungguli kemasyhurannya. Sehingga kini, dikatakan hampir 1 billion umat manusia berurusniaga di eBay di dalam satu-satu masa.

Selain di US, Ebay mempunyai banyak rangkaiannya di seluruh dunia, di antaranya termasuklah Australia, United Kingom, Singapura dan juga Malaysia. Di Malaysia pula, Ebay adalah merupakan laman lelongan yang kedua popular selepas Lelong.com.my.

Boleh dikatakan hampir apa sahaja barang boleh anda jual di Ebay, termasuklah barangan yang anda tidak perlukan lagi. Ini kerana dengan jumlah ahlinya yang hampir 1 billion itu, sudah pasti ada seseorang yang berminat dengan barang yang anda jual itu, apa tah lagi jika sekiranya barang tersebut merupakan barang yang unik di mata mereka.

Walau bagaimana pun, untuk menjadi seorang peniaga yang profesional di Ebay, bergantung harap kepada barang terpakai, mahu pun koleksi peribadi anda yang berharga, tentulah tidak memadai. Lambat laun, barang-barang simpanan anda tersebut akan habis dijual juga, dan anda memerlukan produk lain bagi meneruskan kelangsungan perniagaan anda. Maka itu anda memerlukan sumber baru untuk terus menjual. Menyimpan stok, bukanlah sesuatu yang bijak, jika sekiranya kita adalah seorang peniaga kecil. Malahan, jika kita ada pilihan yang lebih baik untuk tidak menyimpan stok, mengapa perlu kita menanggung risiko ?


Dengan kerana itulah, maka seorang 'eBayer' berpengalaman, saudara Khairul Azlan, atau lebih dikenali sebagai Sifu LAN, telah mengilhamkan penghasilan ebook “Panduan & Teknik Rahsia Ebay”. Melalui ebook ini, anda akan diajar bagaimana untuk mendapatkan produk yang berpotensi untuk dijual di eBay. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu untuk menguruskan kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran produk. Segalanya akan diuruskan oleh pehak pembekal. Betapa mudahnya bukan?

Untuk anda yang berminat untuk menyelami teknik dan taktik rahsia Sifu LAN ini, sila kunjungi laman web RahsiaSIFU.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jumaat, 16 Januari 2009

BUAT DUIT DENGAN GRAFIK...

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk membuat duit lumayan dengan grafik? Dan mampukah anda melakukannya tanpa pengetahuan yang luas di dalam bidang tersebut? Mungkin anda hanya terfikir bahawa kita hanya boleh buat duit lumayan hanya dengan servis design.

Cara buat duit dengan grafik sebenarnya masih belum banyak diketahui oleh kebanyakan usahawan internet. Percaya atau tidak, terdapat sehingga 14 cara untuk buat duit dengan grafik ini. Dan ada antara teknik-teknik tersebut tidak mewajibkan anda menjadi seorang pakar grafik terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu, Mawardee telah melancarkan satu lagi produk terbaru beliau. Produk ini dinamakan sebagai "Video Tulisan Pro". Di antara kandungan pakej panduan ini ialah :

- Koleksi video demi video untuk menghasilkan grafik tahap newbie dan advance.
- Ebook "14 Cara buat Duit Dengan Grafik"
- Ebook 'Teknik Ciplak Grafik"
- Ebook "RM1,000 1 Hari"
- ... dan banyak lagi !

Walaupun panduan ini kelihatannya lebih memfokuskan kepada grafik tulisan, namun sebenarnya video ini sangat melengkapi banyak aspek. Terutamanya dari segi pembelajaran, kemahiran menguasai grafik, teori dan praktikal buat duit dengan grafik, dan banyak lagi yang dibongkar.

Untuk pengetahuan anda juga, Mawardee selaku pencipta produk tersebut juga telah sudi untuk berkongsi dan mendedahkan rahsia 'Surat Jualan' beliau yang memberikan hasil sebanyak RM34,000 hanya dalam sebulan! Ini peluang yang seharusnya direbut!

Nah, apa lagi! Kini satu lagi peluang untuk anda buat duit telah terbuka. Dapatkan panduan ini untuk merealisasikan impian anda : VIDEO TULISAN PRO.

Oh ya! Menurut Mawardee, pakej ini hanya akan dijual terhad kepada 300 orang pembeli sahaja. Selepas itu nanti, jualan akan ditutup. Oleh itu, sila dapatkannya sementara masih ada kesempatan...

Jumaat, 28 November 2008

EBOOK SENSASI : PANCUTKAN ISTERI ?

Di dalam pos yang lalu, saya telah mengkongsikan dengan anda beberapa produk yang berkaitan dengan aktiviti hubungan intim di antara suami isteri. Ianya hanyalah untuk mereka yang memerlukannya sahaja. Samada mereka yang mempunyai masalah dalam hal tersebut, atau pun kepada anda yang berhajat untuk menambahnilai kepada ‘keupayaan’ diri anda.

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk lagi. Kali ini bukanlah berbentuk bahan ransangan yang bersifat fizikal. Ia lebih kepada pengetahuan. Saya sering menyatakan di blog ini, dan anda pasti bersetuju mengenainya, bahawa apa pun pekerjaan yang ingin kita lakukan, hasilnya akan pasti lebih cemerlang jika kita melakukannya di dalam keadaan yang berilmu. Ini tidak terkecuali di dalam hal hubungan asmara atau atau sanggama.

Oleh itu untuk kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menyorot mengenai perkara tersebut. Ebook tersebut berjudul ‘Pancutkan Isteri’. Melihat kepada judulnya sahaja, saya sendiri telah berfikir beberapa kali untuk menyiarkannya di sini. Saya khuatir ada di kalangan anda yang merasa tersinggung dengan maksud judulnya yang sangat berterus terang.

Walau bagaimana pun, saya merasakan di dalam membicarakan soal hubungan mesra suami isteri ini, memang kita tidak dapat lari untuk bersikap berterus terang. Cumanya, jika di dalam keadaan dan suasana yang terbuka, maka kita haruslah menggunakan bahasa yang sedikit bersopan. Namun, jika anda membaca maklumat yang diberikan di laman web penulis ini, tidaklah keterlaluan sangat. Begitu juga bahasa yang digunakan di dalam ebook tersebut. Cuma judulnya sahaja yang agak sensasi bunyinya. Mungkin salah satu dari strategi perniagaan beliau agaknya!.

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kandungan ebook ini. Lagi pula saya bukanlah pakar mengenainya. Jika anda berminat, sila dapatkan maklumat lanjut langsung dari laman web penulisnya : PancutkanIsteri.com

Ebook ini khabarnya, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mungkinkah ianya ebook berbahasa Melayu yang paling laris di Malaysia untuk tahun 2008 ini ?

Jika anda ingin menambah ilmu, dan jika anda inginkan kelainan yang ketara dari malam-malam yang sebelumnya, dapatkanlah segera ebook ini ! Mudah-mudahan kasih sayang anda suami-isteri semakin erat...


Rabu, 5 November 2008

BAGAIMANA MELANCARKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANDA ?

Anda masih seorang teruna atau dara, yang bercita-cita untuk mendirikan rumahtangga ? Alhamdulillah, ianya adalah hasrat yang baik dan menepati fitrah kejadian. Saya katakan begitu kerana di akhir zaman ini terdapat ramai lelaki dan wanita yang keliru dengan identiti semulajadinya sendiri. Yang lelaki tidak menyedari bahawa dia adalah lelaki, sementara yang wanita pula malu menerima hakikat kejadiannya.

Untuk mendirikan rumahtangga sudah pastilah perlu kepada persediaannya. Apatah lagi kerana yang hendak ber‘kahwin’ itu adalah manusia, maka tentulah beban tanggungjawabnya adalah lebih berat berbanding dengan makhluk ‘mamalia’ yang lain. Ini kerana kita manusia dikurniakan akal, dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dunia ini.

Sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi saat itu, dan tanggungjawab itu ? Di dalam tulisan saya yang pertama dalam siri Selangkah Ke Alam Perkahwinan ini, saya telah menyorot kembali ebook Mas Kahwin Yang Hilang. Kandungan ebook ini adalah panduan mengatur perbelanjaan dan menjana pendapatan khusus untuk persediaan perkahwinan.

Menyediakan dana yang mencukupi untuk majlis perkahwinan adalah usaha yang baik dan sangat wajar, kerana untuk melangsungkan perkahwinan memerlukan belanja yang bukan sedikit.

Namun persiapan untuk perkahwinan dan alam rumahtangga bukanlah sekadar pada kekukuhan kewangan semata-mata. Jika itu menjadi sikap anda, saya rasa ianya bukanlah satu pandangan yang waras. Banyak perkara yang perlu disiapsiagakan. Jika anda seorang lelaki, maka persiapannya tentulah lebih lagi kerana tanggungjawab yang bakal anda pikul, kesannya bukannya sekadar di dunia ini, bahkan akan melangkaui ke alam lain nanti. Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, mempunyai anak-anak yang sihat, pintar dan berakhlak. Anak-anak adalah merupakan aset, yang bukan sahaja bakal menjaga kita di hari tua, bahkan juga yang bakal mendoakan kita, dan menghantar pahala kepada kita apabila kita sudah tidak berupaya menjana pahala kita sendiri.

Jika anda seorang yang akrab dengan masjid dan surau, dan sering menghadiri kuliah-kuliah agama, alhamdulillah, itu adalah merupakan persediaan dan pelaburan yang sangat bernilai. Namun jika sekiranya anda tidak berada di dalam kategori ini, sesuatu anjakan perlulah dilakukan. Mungkin anda tiada kesempatan masa, lantaran kesibukan urusan kehidupan, atau mungkin sememangnya anda sengaja mengelakkan diri dari program-program seumpama ini. Haruslah diingat, bahawa sebarang kebaikan yang kita harapkan dari orang lain, ianya harus bermula dari diri kita sendiri. Begitulah halnya, jika kita mengharapkan seorang isteri, dan anak-anak yang cemerlang, maka ianya harus bermula dari kita sebagai akar, atau sebagai idola kepada mereka.

Sebaik-baik kaedah menuntut ilmu adalah melalui proses berguru atau menghadiri kelas. Namun bagi sesetengah pihak, ianya mungkin menyulitkan. Satu pilihan lain yang boleh diusahakan, ialah melalui pembacaan. Ada banyak sumber bacaan yang boleh anda perolehi.

Sesuai dengan siri penulisan saya yang bertemakan ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan’ ini, saya ingin mencadangkan satu bahan bacaan yang khusus mengenai perkahwinan. Ianya di dalam format ebook, berjudul Rahsia Mudah Akad Nikah. Ebook ini telah disusun oleh saudara Meor Shukri.

Di antara kandungan menarik ebook ini ialah perancangan awal bermula 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda lagi. Perkara-perkara yang perlu anda lakukan di dalam tempoh enam bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Dengan senarai semak ini, mudah-mudahan tidak ada lagi perkara-perkara yang terlepas dari pantauan anda yang mana mungkin akan mencacatkan majlis yang sangat bermakna itu.

Satu lagi isi yang sangat menarik dari ebook ini, yang menjadikan ianya masih relevan kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di dalam waktu yang terdekat ini, ialah tips bagaimana menghadapi saat-saat yang mendebarkan kepada bakal pengantin lelaki, iaitu majlis akad nikah. Rasanya, ianya adalah igauan kedua bagi seorang lelaki selepas pengalaman berkhatan sewaktu kecil dahulu !

Penulis memperincikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengantin lelaki, agar kesilapan yang sama tidak anda ulangi, disamping tip-tip berharga yang bakal membantu kelancaran anda. Selain itu, penulisnya juga memberi jaminan bahawa terdapat tip-tip yang dikongsikan beliau di dalam ebook ini yang tidak anda perolehi dari mana-mana kursus pra-perkahwinan !