Penulisan ini adalah merupakan kesinambungan dari pos yang lalu. Sengaja ianya dibuat didalam dua bahagian kerana ianya membicarakan dua perkara yang berbeza. Jika di dalam pos yang lau, saya mempromosikan peluang untuk anda menyertai seminar bagaimana untuk menjadi usahawan internet secara percuma, namun kali ini saya ingin membawakan bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman web Seminar Usahawan Internet itu sendiri.Ahad, 5 Disember 2010
BUAT DUIT DENGAN SEMINAR USAHAWAN INTERNET !
Penulisan ini adalah merupakan kesinambungan dari pos yang lalu. Sengaja ianya dibuat didalam dua bahagian kerana ianya membicarakan dua perkara yang berbeza. Jika di dalam pos yang lau, saya mempromosikan peluang untuk anda menyertai seminar bagaimana untuk menjadi usahawan internet secara percuma, namun kali ini saya ingin membawakan bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman web Seminar Usahawan Internet itu sendiri.Jumaat, 3 Disember 2010
SEMINAR USAHAWAN INTERNET. PERCUMA !!!
Ini ada berita baik untuk anda yang sedang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet, tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika anda seorang yang sedang mencari maklumat, ingin menambah ilmu, sedang mencari tapak untuk, memulakan langkah pertama, atau masih mencari keyakinan diri untuk menceburkan diri di dalam bidang ini, seminar ini mungkin merupakan satu peluang yang tidak mungkin harus dilepaskan. Ini kerana seminar yang dianjurkan ini adalah secara PERCUMA sahaja, sedangkan nilai yuran sepatutnya menurut pihak penganjur ialah sebanyak RM150.00. Bukan benar bahawa ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya anda lepaskan ?Isnin, 29 Mac 2010
MINI SEMINAR DI FLAREBIZ NETWORK
Banyak perkara telah dikongsikan oleh Labanon dan Zhafran (yang empunya Flarebiz), lewat seminar tersebut.
Saya sempat juga untuk bergambar dengan kedua-dua tokoh in. Jadi elok rasanya untuk saya kongsikannya di sini :
Isnin, 18 Januari 2010
SEMINAR PERNIAGAAN EBOOK
Sekadar ingin memaklumkan satu perkembangan semasa mengenai perniagaan internet di Malaysia, khususnya untuk anda yang memang sedang menunggu-nunggu peluang ini. Kepada anda yang bercita-cita untuk menjadi penulis, namun masih belum menemui ruang yang bersesuaian untuk memulakan langkah, mungkin ini merupakan satu berita yang baik untuk anda. Satu Seminar yang bertajuk 'Seminar Perniagaan Ebook', bakal diadakan di kota Kuala Lumpur.Tempat : Jom Training, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tarikh : Ahad, 31 Januari, 2010.
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang.
Seminar ini dianjurkan oleh Extreme D Enterprise. Para peserta akan dibimbing oleh saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau Shuth, seorang blogger sepenuh masa dan telah menulis beberapa buah buku dan ebook, seperti 'Rahsia Blogger' (buku), 'Mas kahwin Yang Hilang', dan 'Produk Fizikal'.
Seminar ini seumpama ini sebenarnya telah pun beberapa kali diadakan sebelum ini. Dan ianya telah melahirkan beberapa lepasan yang telah pun berjaya menghasilkan ebook mereka sendiri. Mereka itu ialah Zahidan Abdul Aziz, Fariz Rizal, Mohd Nasyriq, Mohd Affendy, Siti Dulillah, Elme Mahat, Muhammad Zhafran serta Tazudin Samuri. Bagaimana pula dengan anda ? Mungkinkah anda adalah merupakan penulis ebook seterusnya yang bakal lahir dari seminar ini ? Jawapannya berada di dalam diri anda sendiri.
Anda mungkin mempunyai kemahiran dan kegemaran tertentu. Pada anda ianya mungkin hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Namun ianya mungkin boleh dikomersilkan melalui kaedah ebook. Di luar sana terdapat terlalu ramai manusia yang memerlukan bimbingan dan maklumat yang berdasarkan kepada minat dan keperluan mereka. Hanya kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya, lantaran sememangnya kita tidak mahu ambil tahu. Kenapa tidak ditukarkan ilmu dan pengalaman anda itu kepada wang ? Sebenarnya, ianya bukan hanya sekadar untuk wang. Wang hanyalah sekadar imbuhan untuk segala usaha dan susah payah anda. Tetapi fikirkan betapa ramai yang boleh anda bantu melalui pengetahuan, pengalaman dan penulisan anda itu.
Oleh itu, jom kita ke Seminar Perniagaan Ebook, untuk merealisasikan impian anda...
Jumaat, 25 Julai 2008
BAGAIMANA MENGASUH, DAN MEMBENTUK MINDA MENJADI LEBIH POSITIF ?
Anda mempunyai cita-cita ?Anda mempunyai impian ?
Anda mempunyai harapan ?
Apakah anda yakin apa yang anda impikan itu bakal menjadi kenyataan ? Atau apakah harapan anda itu akan terus kekal berlegar sebagai angan-angan ?
Adalah tidak mustahil untuk anda mencapai apa yang anda cita-citakan. Ya ! Ianya bukan perkara mustahil. Biar sebesar mana pun impian anda ! Jika ada usaha, jika ada kemahuan, jika ada kesungguhan, maka yakinlah apa yang anda harapkan itu akan terlaksana jua akhirnya.
Semakin besar impian anda, maka akan semakin besarlah halangan yang bakal anda tempuhi bagi mendapatkannya. Tapi rupanya, biar sebesar mana pun halangan di hadapan kita, minda kitalah yang seharusnya dididik dulu. Jika tidak, minda kita adalah yang sebenarnya yang menjadi penghalang untuk mencapai segala impian. Kita telah membenarkan minda kita dikuasai oleh perkara-perkara yang negatif, mencari alasan dan tidak menggalakkan !
Membaca adalah suatu cara yang baik untuk menambah ilmu. Jika anda pernah membaca pelbagai buku-buku motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri, maka anda sedang melakukan satu langkah yang betul di dalam mengejar cita-cita anda. Namun anda tentunya bersetuju jika saya mengatakan berguru adalah cara yang lebih baik dalam mencari ilmu. Kerana itulah sekolah dan universiti diwujudkan. Kaedah ini juga adalah merupakan saranan agama kita.
Satu seminar yang membicarakan khusus mengenai kecemerlangan diri dan mengenal potensi diri bakal diadakan kepada anda yang berminat. Seminar tersebut dinamakan sebagai ‘Seminar Evolusi Minda’.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai seminar tersebut :
Tarikh : Ahad, 10hb Ogos, 2008.
Tempat : Hotel Armada, Petaling Jaya.
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Anda boleh mendapatkan lebih perincian mengenai seminar ini di laman web rasmi penganjur di Evolusiminda.com. Seminar ini adalah terbuka kepada semua orang, tidak mengira peringkat umur dan latarbelakang pekerjaan, mahupun untuk pelajar dan suri rumahtangga. Anda bakal dibimbing oleh seorang penceramah yang telah mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun di dalam bidangnya, iaitu Puan Arina Abbas.
Pihak penganjur begitu optimis sekali bahawa setiap peserta bakal mendapat kesan yang tidak sekadar terbaik, bahkan terhebat, setelah menyertai seminar ini, biar apa pun lapangan yang mereka ceburi.
Selasa, 17 Jun 2008
SEMINAR PERNIAGAAN SMS KE SABAH !
Kepada warga Sabah yang berminat untuk mencebur diri di dalam perniagaan berasaskan SMS, ini ada berita baik. Saudara Irwan Dahnil dari Akademi SMS, akan membawa ‘Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS’nya ke negeri di bawah bayu itu. Seminar tersebut akan berlangsung pada hujung minggu ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai seminar tersebut :
Tajuk : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : Ahad 22hb Jun 2008
Waktu : 8.45 am - 5.30 pm
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Speaker : Irwan Dahnil
Kepada warga Sabah yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Ini kerana khabarnya seminar ini adalah seminar terakhir untuk negeri Sabah bagi tahun ini. Selepas ini nanti, anda kenalah terbang ke Semenanjung untuk mengikuti seminar yang sama. Tentulah lebih besar perbelanjaannya nanti.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar ini, sila kunjungi laman web Akademi SMS. Masa juga amat terhad untuk anda membuat tempahan. Tempah kerusi anda segera sebelum terlepas!
Rabu, 9 April 2008
PERSONAL TRAINING DARI SYED IKHWAN
Telah banyak dan pelbagai sumber panduan mengenai kaedah penjanaan wang dari internet saya perkenalkan di blog ini. Di antaranya yang sangat popular ialah mengenai Google Adsense, dan juga perniagaan internet sebenar yang lainnya. Dan kebanyakan dari sumber rujukan itu adalah di dalam bentuk ebook.Mungkin ada di antara anda yang kepinginkan seorang guru atau mentor di dalam menuntut ilmu seumpamanya. Ianya adalah merupakan proses menuntut ilmu yang sangat relevan selamanya; dulu, kini dan sehingga bila-bila pun. Membaca dan berguru adalah gandingan yang sangat mantap dan berkesan sekali di dalam menuntut ilmu.
Kini, salah seorang dari pakar perniagaan online tempatan, saudara Syed Ikhwan sedang menawarkan khidmat bimbingan secara peribadi beliau kepada anda yang berminat. Khidmat bimbingan ini akan berlangsung secara online dengan menggunakan perantaraan Yahoo! Messenger.
Secara ringkas, di antara tajuk (berlainan sessi) yang akan diberikan adalah seperti berikut :
1. Mengenai Google Adsense (Trick, Tips & Blackhat)
2. Video Marketing (Blackhat Version)
3. Bagaimana mendapatkan $2000 dalam masa seminggu.
Anda boleh mendapatkan huraian lebih lanjut mengenai perkara di atas di sini : http://www.rahsiaonline.biz/
Berapakah harganya untuk Personal Training ini ? Menurut Syed Ikhwan, kebiasaannya beliau mengenakan di antara USD$100 – USD$200 untuk satu sessi. Walau bagaimana pun, untuk sementara waktu ini, beliau bersedia untuk menawarkan dengan harga istimewa. Anda perlu menghubungi beliau secara peribadi untuk mendapatkan kadar harga tawaran tersebut. Ini kerana tawaran ini hanya ditujukan kepada mereka yang benar-benar berminat dan serius sahaja.
Ramai yang telah mengikuti program ini sebenarnya. Berikut adalah tiga testimoni dari peserta yang telah menyertai program ini dengan jayanya :
TESTIMONI 1 :
Alhamdulillah, sessi training saya baru saja selesai. Memang banyak tips yang jarang didengar didedahkan oleh Syed. Saya yakin jika dipraktikkan dengan penuh kesungguhan, hasilnya memang boleh mencapai apa yang diwar-warkan.Terima kasih kepada Syed kerana sudi berkongsi ilmu. Memang berbaloi dengan harganya. Ada bonus lagi.
- Sukeri Mohamed
TESTIMONI 2 :
Assalamualaikum...sy baru selesai sesi Personal training bersama Syed dlm pkul 10.15 td.sy belajar method-2 iaitu " Bagaimana mendapatkan $2000 dalam masa seminggu". Syed mengajar dgn menunjukkan kaedah2 langkah demi langkahbagaimana ia perlu dilakukan. Sy dpt memahaminya dgn cepatkerana Syed menerangkan sgt jelas sekali siap dgn contoh2 nya.Banyak tips yg sy tidak tahu utk melakukan jualan sebelum initelah diajarkan oleh saudara Syed sebentar td.Cuma, mungkin saudara Syed boleh memberikan notes dalambentuk points2 di akhir kelas untuk memudahkan rujukan padamasa yang akan datang.Bonus kepada diri sy juga kerana telah membeli sistem rahsia v1.0dr Amirul kerana membolehkan sy menggambarkan bagaimanaperjalanan method-2 ini akan berlangsung dengan mudah.Sy juga percaya dengan teknik yg Syed ajarkan ini sesiapa sahajamampu mendapatkan lebih dr $2000 seminggu dengan menduplikasikannyaatau mengulangi teknik sama sebanyak mana yg dia mampu.Akhir kata, sy mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudaraSyed kerana sudi berkongsi ilmunya dgn org lain. Sy doakan rezekiterus datang dan melimpah2 buat saudara Syed. Sekian.
Yang Benar,
Asmuii Azfar
TESTIMONI 3 :
Baru selesai Personal training dengan bro Syed. Ambil masa 2 jam untuk tamatkan sesi ni. Satu sesi pembelajaran yang menarik. Point2 penting telah disediakan oleh bro syed dengan tersusun rapi. Anda hanya perlu kata "ok faham" atau " tak faham" sepanjang sesi itu berlangsung. Huraiannya semua telah sedia ada :-) .Saya ambil method No.2 'Bagaimana mendapatkan usd$2000dalam masa seminggu'. Betul ke boleh dapat banyak tu? Tak mustahil jika teknik yang bro syed tunjukkan anda ikuti. Saya akan cuba buat teknik-teknik tersebut bermula hari ini, sebab ianya memerlukan masa.Teknik ni tidak seperti yang anda sangka. Mula-mula ingatkan ianya ada kena mengena dengan adsense atau video marketing atau ape jua yang seangkatan dengannya. Namun jauh meleset :-) . Ianya lebih dari teknik saikologi yang kita abaikan, yang boleh mendatangkan RM.
Tq bro syed :-)
- JEBAT MESRANET
Anda boleh melihat dan membaca lebih banyak lagi testimoni dari lepasan peserta program di Rahsiaonline.biz.
Selain daripada itu, Syed Ikhwan bersama team Jomseminar.comnya turut menawarkan khidmat bimbingan secara offline melalui kaedah seminar. Oleh itu, kepada anda yang lebih berminat untuk berguru secara bersemuka, anda bolehlah menghadiri seminar sulung mereka yang berjudul “Multiple Stream Of Online Income”, yang bakan diadakan pada 31hb. Mei yang akan datang.
Selasa, 4 Mac 2008
SEMINAR PERNIAGAAN SMS !
Di dalam pos yang terdahulu, saya ada memaklumkan mengenai satu seminar perniagaan internet yang berjudul ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’ bakal di adakan pada 15 Mac ini.Hari ini saya ingin mewar-warkan satu lagi seminar untuk anda. Seminar ini berjudul, ‘Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS’. Saya pasti anda semua memahami apa yang dimaksudkan dengan perniagaan SMS ini. Perniagaan tambah nilai prabayar Mastereload adalah merupakan salah satu perniagaan menggunakan kaedah ini. Di kaca TV, kita sering melihat pelbagai iklan perkhidmatan yang menggunakan SMS sebagai medium pembayaran dan penghantaran. Ringtones dan Games misalnya. Namun begitu, anda perlulah kreatif untuk mencipta produk baru bagi mengelakkan persaingan. Saya pasti ada banyak lagi idea-idea perniagaan yang boleh diketengahkan dengan menggunakan kaedah sms ini.
Berikut adalah maklumat terperinci untuk seminar tersebut :
(Bahasa Malaysia)
Sabtu, 22 hb. Mac, 2008.
8.30 pagi – 5.00 petang.
Quality Hotel City Center, Kuala Lumpur.
Jika anda berminat untuk menyertai seminar ini, sila ke AkademiSMS.com, untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sabtu, 28 Julai 2007
PERNIAGAAN MELALUI KAEDAH SMS
Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi sumber idea perniagaan. Ianya berorientasikan Sistem Pesanan Ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS. Perniagaan seumpama ini bukan lagi sesuatu yang baru. Boleh dikatakan hampir setiap orang mungkin pernah terlibat dengannya tanpa disedari.Di antara produk yang biasa kita lihat dijual dengan kaedah SMS ini ialah Ringtones, Wallpaper, Logo, Tips, Teks Ucapan dan pelbagai lagi. Malah kini, Tambah Nilai untuk talian prabayar juga boleh dibeli secara SMS.
Di dalam begitu banyak dan kepelbagaian bentuk perniagaan SMS ini, masih belum ada tanda-tanda perniagaan cara ini sudah mencapai tahap ‘tepu’nya. Bahkan sebaliknya, ianya semakin rancak dan giat berkembang !
Perniagaan SMS seharusnya tidak dilihat pada hanya sekadar ringtones, wallpaper, teks atau apa-apa sahaja produk yang dipesan dan diterima hanya melalui SMS semata-mata. Produk Fizikal juga boleh diurusniagakan dengan menggunakan ‘tools’ SMS ini. Sebagai contoh; buku, di mana pesanan dan pembayarannya dibuat melalui SMS, sementara produknya dihantar menggunakan Pos, atau pun perkhidmatan penghantaran yang seumpamanya.
Jika anda mempunyai idea yang hebat dan menarik, yang boleh dipasarkan secara SMS, namun tidak tahu di mana dan bagaimana untuk memulakannya, saya mempunyai sumber yang lengkap untuk anda ! Segalanya boleh anda perolehi di smswang.com.
Terdapat beberapa bahan bacaan yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan ini :
1. Ebook “Rahsia Buat Duit Dengan SMS”
2. Buku “Buat Duit Dengan SMS”
3. Manual “Pemasaran SMS”
Jika anda inginkan pembelajaran yang lebih interaktif, anda boleh berguru terus dengan penulis ebook & buku tersebut, saudara Irwan Dahnil melalui Seminar Rahsia Perniagaan dan Pemasaran SMS.
Saya pasti segala maklumat yang telah saya berikan ini cukup untuk anda memulakan langkah pertama anda !
Jumaat, 9 Februari 2007
SEMINAR, KURSUS & BENGKEL PERNIAGAAN INTERNET.
Speaker: Osman Affan
Tarikh: 17hb & 18hb Februari 2007
(Sabtu & Ahad)
Tempat: UIA Gombak, KLResearch Centre
Bengkel Asas Perniagaan Internet
Speaker : Zul Smartusaha & Sham Raja Adsense