Memaparkan catatan dengan label BENGKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BENGKEL. Papar semua catatan

Ahad, 5 Disember 2010

BUAT DUIT DENGAN SEMINAR USAHAWAN INTERNET !

Penulisan ini adalah merupakan kesinambungan dari pos yang lalu. Sengaja ianya dibuat didalam dua bahagian kerana ianya membicarakan dua perkara yang berbeza. Jika di dalam pos yang lau, saya mempromosikan peluang untuk anda menyertai seminar bagaimana untuk menjadi usahawan internet secara percuma, namun kali ini saya ingin membawakan bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman web Seminar Usahawan Internet itu sendiri.
Anda mungkin sudah memahami apa itu Pay Per Lead atau PPL. Ianya adalah merupakan salah satu kaedah promosi berbayar melalui medium internet. Ianya adalah salah satu cabang dari Program Affiliate. Saya pernah menulis serba sedikit mengenainya melalui blog ini sebelum ini.

'Seminar Usahawan Internet' turut mempunyai program PPLnya sendiri. Ianya menawarkan komisen sebanyak RM1.00 untuk aras pertama, serta 50 sen untuk aras seterusnya sehingga ke aras lima. Caranya mudah sahaja, iaitu anda hanya perlu mempromosikan laman web Seminar Usahawan Internet ini dengan apa sahaja kaedah sekali pun, selagi ianya tidak menyalahi etika promosi di internet. Anda boleh memperkenalkan laman web ini melalui emel kepada rakan kenalan, atau melalui blog anda sendiri, atau pun melalui laman sosial yang lain. Apabila ada individu yang mendaftar untuk menghadiri seminar percuma ini, anda akan dibayar RM1.00.

Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu pergi ke laman web Seminar Usahawan Internet, skrol hingga ke bahagian bawah halaman, dan klik pada pautan 'AFFILIATE' (seperti di dalam imej di bawah). Ikuti langkah selanjutnya dari halaman berikutnya nanti.

Sekian, perkongsian peluang dari saya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya. Siapa tahu, ini mungkin RM pertama anda meraih pendapatan melalui internet, seperti mana anda telah melakukan langkah pertama dengan menyertai 'Seminar Usahawan Internet'...

Jumaat, 3 Disember 2010

SEMINAR USAHAWAN INTERNET. PERCUMA !!!

Ini ada berita baik untuk anda yang sedang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet, tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika anda seorang yang sedang mencari maklumat, ingin menambah ilmu, sedang mencari tapak untuk, memulakan langkah pertama, atau masih mencari keyakinan diri untuk menceburkan diri di dalam bidang ini, seminar ini mungkin merupakan satu peluang yang tidak mungkin harus dilepaskan. Ini kerana seminar yang dianjurkan ini adalah secara PERCUMA sahaja, sedangkan nilai yuran sepatutnya menurut pihak penganjur ialah sebanyak RM150.00. Bukan benar bahawa ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya anda lepaskan ?

Seminar ini dianjurkan oleh Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB), yang beribupejabat di Petaling Jaya. Koperasi ini telah diasaskan oleh saudara Khairul Nizam Mukhtar, atau lebih dikenali sebagai Nizzura. Saudara Nizzura adalah merupakan seorang Internet Marketer (IM) sepenuh masa sejak dari tahun 2007 lagi. Beliau juga telah mendapat bimbingan dari beberapa IM tersohor di peringkat antarabangsa.

Baiklah, bagaimana hendak menyertai SEMINAR PERCUMA ini ? Caranya mudah sahaja ! Iaitu dengan mendaftarkan nama di laman web SEMINAR USAHAWAN INTERNET, milik KPUISB ini. Sila pilih tarikh seminar yang anda inginkan, kemudian daftarkan nama anda di borang online yang telah disediakan di laman web tersebut. Begitu mudah ? Borangnya juga agak mudah dan ringkas sahaja. Tidak banyak maklumat yang perlu anda isikan. Hanya NAMA, EMEL,NO. HP dan TARIKH SEMINAR yang ingin anda hadiri.

Semoga maklumat ini berguna untuk anda semua. Ada banyak perkara dan rahsia yang ingin dikongsikan oleh pihak penganjur dengan anda. KPUISB juga mempunyai wawasan Satu Keluarga Satu Perniagaan. Mungkinkah anda merupakan salah seorang darinya ?

Isnin, 29 Mac 2010

MINI SEMINAR DI FLAREBIZ NETWORK

Pada pos yang lepas, saya ada memaklumkan bahawa saya akan menghadiri satu mini seminar yang dianjurkan oleh Flarebiz Network pada 28 Mac. Alhamdulillah, hasrat dan rancangan tersebut akhirnya terlaksana juga setelah beberapa kali menunda tarikh kehadiran pada sebelum ini.

Banyak perkara telah dikongsikan oleh Labanon dan Zhafran (yang empunya Flarebiz), lewat seminar tersebut.

Saya sempat juga untuk bergambar dengan kedua-dua tokoh in. Jadi elok rasanya untuk saya kongsikannya di sini :

Bersama Labanon, dan rakan-rakan peserta.

Bersama Zhafran

Kepada anda yang berminat untuk turut menyertai seminar ini, anda boleh merujuknya di laman web NiagaKit/mini-seminar untuk perkembangan lanjut. Ianya biasanya diadakan pada setiap hujung minggu, melainkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Yuran? Ha! Ha! Ha! Cuma RM10 jer...


Sistem Kedai Online Niagakit

Khamis, 25 Mac 2010

NIAGA KIT : SISTEM KEDAI ONLINE YANG MESRA PENGGGUNA.

Kepada anda yang sedang merancang-rancang untuk menjalankan perniagaan internet, khususnya untuk menjual produk-produk fizikal, ini ada satu saranan dari saya. Jika anda sedang mencari-cari satu sistem kedai online yang sangat efektif, kenapa tidak untuk anda mencuba satu sistem kedai online yang telah direkacipta oleh rakyat Malaysia sendiri, yang mana ciri-cirinya adalah tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan rekaan dari luar negara. Sistem kedai online yang saya maksudkan itu dinamakan sebagai Niaga Kit, yang kini sedang dipasarkan oleh Flarebiz Network.


Saya berpeluang untuk memandu uji sistem ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri. Sila ke laman web Niagakit.com dan daftarkan nama dan emel anda terlebih dahulu di ruang 'CUBA DEMO'.

Terus terang, sebenarnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai pembinaan laman web. Nama-nama perisian seperti NVU, Dreamweaver, Frontpage, hanya saya kenali secara luaran sahaja. Pernah saya cuba mendekati dan memesrai salah satu dari produk ini dengan bantuan video tutorial. Namun, di dalam beberapa minit sahaja, saya sudah mula merasa penat untuk memahaminya. Memang sukar untuk memahiri perisian tersebut tanpa bantuan seorang guru. Lalu, sebagai langkah awal untuk melibatkan diri dengan perniagaan internet ini, saya memulakannya dengan menggunakan hosting percuma dahulu. Di tapak web percuma ini, pihak penyedia telah memberikan kemudahan pembinaan laman web yang saya rasakan lebih mesra pengguna. Itu hanyalah sekadar pandangan peribadi saya. Maka, melalui pengalaman inilah, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai Niaga Kit.

Dengan Niaga Kit, terasa amat mudah sekali. Sebagai contoh, untuk menyenaraikan produk di kedai online saya, saya hanya perlu pergi ke bahagian Pengurusan Produk (Product Manager), kemudian klik pada Tetapan Produk (Product Settings), kemudian klik pula pada pilihan 'Produk', seterusnya klik pada butang 'Tambah Produk Baru'. Setelah diisi segala butiran produk yang diperlukan di ruang yang telah disediakan, kemudian klik pada butang 'Hantar', maka produk yang ingin anda jual akan tersedia terpapar di kedai online anda. Begitu mudah bukan ? Segala maklumat yang telah dimasukkan ini, boleh diubah atau diedit semula mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

Niaga Kit mempunyai dua pilihan bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini amat memberi pilihan dan kemudahan kepada anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris seperti saya. Apatah lagi jika sasaran pasaran anda hanya di sekitar seantero Malaysia dan Nusantara sahaja. Dengan kemudahan pengendalian di dalam Bahasa Melayu ini, anda tidak perlu lagi teragak-agak, atau tercangak-cangak untuk menguruskan kedai online anda secara kendiri.

Dari pandu uji saya dengan demo Niaga Kit ini, sudah pastilah banyak perbezaannya jika hendak dibandingkan dengan hosting percuma yang sedang saya gunakan kini. Maklumlah, yang berbayar vs percuma, mana boleh sama ! Banyak ciri-ciri yang ada pada sistem Niaga Kit, tidak ada pada laman web kedai online saya. Lagi pula, laman web Kedaisiberneka bukanlah dibangunkan khusus dari sistem kedai online yang sebenar atau yang lebih dikenali sebagai 'Shopping Cart'. Maka kerana itu, ianya sememangnya tidak mampu untuk menandingi kehebatan Niaga Kit.

Saya ingin berkongsikan secara ringkas beberapa ciri-ciri lagi yang menarik minat saya mengenai sistem Niaga Kit ini :

1. Reka bentuk yang kemas dan profesional. Ciri ini sangat penting di dalam menarik perhatian pengunjung untuk kekal ber'shopping' di kedai online anda. Jika pandangan kali pertama sudah membuatkan pelanggan bosan, berserabut mata untuk membuat pilihan dan carian, maka sudah pastinya bakal pelanggan anda dengan segera akan 'melangkah keluar' dari kedai anda itu.

2. Kemudahan sistem pembayaran. Di dalam situasi Malaysia, kebanyakan pengguna internet lebih cenderung untuk menggunakan bank sebagai medium pembayaran. Oleh itu, demi untuk menjadikan kedai anda sebagai sebuah kedai yang mesra pelanggan, menyediakan senarai pelbagai pilihan bank pembayar adalah suatu langkah yang sangat wajar. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada sistem Niaga Kit. Kebanyakan produk lain yang seumpamanya tidak menyediakan kemudahan ini. Melalui kemudahan ini, Niaga Kit telah menyediakan satu borang khas untuk meletakkan bukti pembayaran mereka. Pun begitu, sistem Niaga Kit turut tidak menafikan kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan lain yang lebih selesa membuat pembayaran melalui kad kredit ataupun paypal. Dengan wujudnya kemudahan pembayaran melalui kad kredit dan paypal ini pula, anda bukan sekadar mampu untuk berniaga di persekitaran Malaysia sahaja, bahkan juga mampu untuk melangkaui sempadan negara.

3. Pengurusan jualan dan belian. Seperti juga perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan pengurusan yang profesional demi untuk memastikan kelansungan perniagaan dan perkembangannya. Sistem Niaga Kit turut menyediakan keperluan ini. Melalui ruangan khas di bahagian admin, anda boleh menggunakan sistem yang disediakan untuk menguruskan perniagaan anda secara lebih baik dan teratur. Segala urusniaga tersebut akan direkodkan untuk rujukan di masa depan, termasuklah maklumat terperinci para pelanggan. Ya, anda boleh memanfaatkan maklumat-maklumat pelanggan ini seumpama 'mailing list', menghantar maklumat produk terbaru, produk terlaris dan juga menghantar kupon potongan harga pada musim-musim tertentu. Ini pastinya akan membantu meningkatkan penghasilan jualan anda.

4. Mesra SEO. Enjin carian boleh dikatakan gerbang utama bagi seseorang yang ingin mencari maklumat di internet. Oleh itu, adalah merupakan suatu kerugian yang besar jika peniaga kedai online mengkesampingkan fungsi ini. Team Flarebiz telah menjanjikan bahawa sistem Niaga Kit adalah sangat mesra SEO. Bagaimanakah cara ianya berfungsi ? Team Flarebiz pastinya bersedia memberikan penjelasan kiranya anda benar-benar berminat ingin mengetahui mengenainya.

Apakah 'kekurangan' yang ada pada produk ini ?
Sejauh yang saya perasan, dan yang sempat saya kesan, ialah pada 'harga'nya. Ya, harga untuk sistem kedai online 'NiagaKit' adalah yang sangat murah yang pernah saya temui, jika hendak dibandingkan dengan produk-produk lain, yang seangkatan dan sekelas dengannya. Meski pun saya masih lagi seorang pengguna 'hosting percuma' untuk kedai online saya, namun saya juga sebenarnya sedang membuat tinjauan mengenai pakej-pakej tawaran dari pelbagai pihak, sebagai persediaan untuk menaiktarafkan perniagaan internet saya, khususnya untuk kedai online ini. Oleh itu, perbandingan harga adalah merupakan kriteria yang menjadi perkiraan dan penilaian saya, selain dari kualiti sesuatu produk.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, saya hanya ingin mengulas beberapa ciri-ciri menarik pilihan saya sahaja. Selebihnya, anda boleh mencuba dan merasainya sendiri. Sila ke laman Niaga Kit untuk maklumat yang lebih lanjut.

Anda masih tercari-cari atau terfikir-fikir produk apa yang hendak diniagakan di internet ?
Sekali lagi Flarebiz Network sedia membantu. Jom kita sertai Mini Seminar 'Asas Buat Duit dengan Produk Fizikal' yang dianjurkan oleh mereka. Ianya khusus untuk perniagaan kedai online, yang berasaskan produk-produk fizikal. Mungkin ianya bakal membantu mencetuskan ilham untuk anda. Seminar ini akan di adakan dari masa ke masa, biasanya pada hujung minggu. Anda boleh memilih masa yang bersesuaian dengan kesenggangan anda. Tarikh paling hampir ialah pada 28hb Mac ini (Ahad). Anda juga boleh mengikuti perkembangannya di laman web NiagaKit/Mini-Seminar. Apa yang paling menakjubkan ialah mengenai yurannya. Cuma RM 10.00 sahaja!

Isnin, 18 Januari 2010

SEMINAR PERNIAGAAN EBOOK

Sekadar ingin memaklumkan satu perkembangan semasa mengenai perniagaan internet di Malaysia, khususnya untuk anda yang memang sedang menunggu-nunggu peluang ini. Kepada anda yang bercita-cita untuk menjadi penulis, namun masih belum menemui ruang yang bersesuaian untuk memulakan langkah, mungkin ini merupakan satu berita yang baik untuk anda. Satu Seminar yang bertajuk 'Seminar Perniagaan Ebook', bakal diadakan di kota Kuala Lumpur.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai seminar tersebut :

Seminar Perniagaan Ebook
Tempat : Jom Training, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tarikh : Ahad, 31 Januari, 2010.
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang.

Seminar ini dianjurkan oleh Extreme D Enterprise. Para peserta akan dibimbing oleh saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau Shuth, seorang blogger sepenuh masa dan telah menulis beberapa buah buku dan ebook, seperti 'Rahsia Blogger' (buku), 'Mas kahwin Yang Hilang', dan 'Produk Fizikal'.

Seminar ini seumpama ini sebenarnya telah pun beberapa kali diadakan sebelum ini. Dan ianya telah melahirkan beberapa lepasan yang telah pun berjaya menghasilkan ebook mereka sendiri. Mereka itu ialah Zahidan Abdul Aziz, Fariz Rizal, Mohd Nasyriq, Mohd Affendy, Siti Dulillah, Elme Mahat, Muhammad Zhafran serta Tazudin Samuri. Bagaimana pula dengan anda ? Mungkinkah anda adalah merupakan penulis ebook seterusnya yang bakal lahir dari seminar ini ? Jawapannya berada di dalam diri anda sendiri.

Anda mungkin mempunyai kemahiran dan kegemaran tertentu. Pada anda ianya mungkin hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Namun ianya mungkin boleh dikomersilkan melalui kaedah ebook. Di luar sana terdapat terlalu ramai manusia yang memerlukan bimbingan dan maklumat yang berdasarkan kepada minat dan keperluan mereka. Hanya kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya, lantaran sememangnya kita tidak mahu ambil tahu. Kenapa tidak ditukarkan ilmu dan pengalaman anda itu kepada wang ? Sebenarnya, ianya bukan hanya sekadar untuk wang. Wang hanyalah sekadar imbuhan untuk segala usaha dan susah payah anda. Tetapi fikirkan betapa ramai yang boleh anda bantu melalui pengetahuan, pengalaman dan penulisan anda itu.

Oleh itu, jom kita ke Seminar Perniagaan Ebook, untuk merealisasikan impian anda...

Selasa, 21 Julai 2009

WORKSHOP RAHSIA RAJA LELONG

Workshop Rahsia Raja Lelong

Saya pernah menulis mengenai seorang pakar lelongan online di blog ini sebelum ini. Beliau yang saya maksudkan itu ialah saudara Eruwan Gerry Norsen. Saya juga pernah memperkenalkan ebook-ebook tulisan beliau secara bersiri di blog ini.

Kini Eruwan muncul lagi dengan program atau produk terbarunya. Kali ini di dalam bentuk bengkel pula. Ianya dinamakan Workshop Rahsia Raja Lelong.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai workshop tersebut :

Tarikh : 8hb. Ogos, 2009.
Masa : 8.30 – 5.00 petang.
Tempat : Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Kepada anda yang pernah membaca buku-buku dan ebook Eruwan, namun masih memerlukan bimbingan langsung dari beliau untuk memulakan gerak, jangan lepaskan peluang ini. Kepada anda yang malas nak baca ebook, baca buku, workshop ini menawarkan kaedah pengajaran secara ‘talaqi’ dari mereka yang berpengalaman di dalam bidang tersebut.

Turut mengiringi saudara Eruwan dan memperkongsikan ilmu dan pengalaman beliau, ialah saudara Mohd Yuzafi Yunos, seorang penjual cemerlang di Lelong.com.my. Ini bermakna anda bukan sekadar dapat menceduk ilmu dari seorang pakar, malahan dua orang pakar sekali gus !

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai workshop ini, sila lawati laman web RahsiaRajaLelong.com/workshop.
Workshop Rahsia Raja Lelong

Ahad, 5 April 2009

MENGKAGUMI AMMAR ZAHAR...

Pertama kalinya saya menulis mengenai beliau di blog ini, ialah ketika membantu mempromosikan laman blog beliau (PerniagaanInternet.com), dan juga ebook beliau yang berjudul ‘Rahsia Squeeze Page’. Tarikh pos saya pada ketika itu ialah 24 Julai, 2008. Pada waktu itu, beliau sebenarnya baru sahaja menerjunkan diri ke dalam bidang perniagaan internet ini. Baru sekitar dua bulan sahaja. Penglibatan beliau ke arena perniagaan internet ini (menurut beliau sendiri) bermula pada sekitar bulan Jun, 2008. Memang teramat baru sangat pada ketika itu.

Pada hari ini, apabila menyebut sahaja namanya, pasti ramai yang sudah amat mengenalinya. Beliau seakan sudah mampu berdiri sama tinggi dengan IM-IM tersohor tempatan yang lainnya. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Ammar Zahar.

Ammar Zahar

Ammar Zahar atau nama sebenarnya ialah Muhammad Ammar bin Zaharuddin. Anak kelahiran Johor ini kini menetap di Negeri Sembilan. Masih muda, baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 22 pada Mac yang lalu. Dan beliau juga masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA tempatan. Di dalam kesibukan menimba ilmu, beliau masih lagi mampu mencuri masa melakukan usaha mencari pendapatan sampingan yang sebaliknya kini sudah mampu untuk menjadi beliau hidup selesa.

Setiap IM yang terbilang mempunyai sejarah mereka yang tersendiri di dalam perjalanan menuju ke puncak kejayaan mereka. Namun apa yang saya kagumi mengenai saudara Ammar ini ialah, perjalanan beliau untuk sampai sehingga ke tahap ini, adalah merupakan satu tempoh yang amat singkat saya rasakan.

Pemasaran Affiliate adalah merupakan niche kegemaran beliau. Menurut saudara Ammar, bidang ini menjadi pilihan beliau kerana beliau tidak perlu bersusah payah menyediakan produk untuk dijual, dan membina banyak blog untuk tujuan SEO. Pun begitu beliau masih berupaya menghasilkan beberapa produk sendiri dari semasa ke semasa. Bermula dengan ebook ‘Rahsia Squeeze Page’ yang diedarkan secara percuma pada waktu itu, kemudian beliau melancarkan pula ‘Koleksi Grafik V2’ pada bulan berikutnya.

Di dalam bulan yang sama juga (Ogos, 2008), Ammar menlancarkan pula program PPLnya yang pertama, dengan menyebarkan lapuran percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Usahawan Internet’. Bulan berikutnya pula, satu lagi ebook beliau lancarkan. Kali ini dengan ebooknya yang berjudul ‘Rahsia Newbie’ pula.



Tidak lama selepas itu pula, Ammar menlancarkan satu lagi produknya, ebook panduan yang berjudul Affiliate A+. Sudah tentu sahaja ebook ini adalah koleksi pengetahuan dan pengalaman yang telah beliau praktikkan sebelum ini sehinggalah beliau mencapai pada tahap yang boleh dibanggakan kini. Beliau kemudiannya melancarkan satu lagi projek yang berbentuk bimbingan secara peribadi kepada para ‘newbie’. Projek beliau itu dinamakan Ammar Zahar Personal Coaching Perniagaan Internet’.

Kini, beliau khabarnya sedang dalam rangka menyiapkan satu lagi produk terbarunya. Juga khusus untuk newbie. Ammar juga kini sudah mula bergerak melangkah ke peringkat antarabangsa, dan sedang bercita-cita besar untuk meletakkan dirinya sebaris dengan Eric Rockefeller, Chris X. Mike Filsaime dan sebagainya.

Demikianlah, perjalanan kejayaan seorang IM muda Malaysia yang bernama Ammar Zahar yang sempat saya rakamkan di sini. Apa yang saya nukilkan di sini adalah apa yang boleh kita nampak sahaja, melalui pelancaran pelbagai produk dan projeknya. Di sebalik ini semua, tentunya ada lebih lagi banyak projek-projek peribadi beliau yang bersifat ‘underground’, yang tidak dimaklumkan kepada ramai, seperti aktiviti pemasaran affiliate, servis dan seumpamanya.

Sekali lagi, apa yang menjadi kekaguman saya kepada tokoh ini ialah, beliau telah mencapai tahap kecemerlangan peribadinya di dalam masa yang amat singkat sekali. Hanya di dalam beberapa bulan sahaja, dan belum pun mencecah usia setahun. Mudah-mudahan, cita-cita beliau untuk menjadi seorang lagi jutawan internet dari Malaysia akan termakbul. Mudah-mudahan juga, pengkisahan ini akan menjadikan Ammar Zahar sebagai suri teladan kepada golongan golongan muda di dalam mencapai matlamat hidup.

KA’AB : Teringin benar hendak menyertai Personal Coaching Ammar Zahar itu. Namun kesempatan dan rezeki masih belum ada.

Isnin, 2 Mac 2009

SEMINAR F2R

Seperti yang telah saya tulis di dalam pos yang terdahulu, kegawatan ekonomi dunia yang turut melanda negara kita, telah mengakibatkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Maka ramailah yang mula mencari peluang-peluang baru selain dari makan gaji untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mencari peluang pendapatan dari internet juga sewajarnya menjadi salah satu dari bidang yang menjadi perkiraan anda. Saya pasti masih ramai yang kurang yakin dengan menjana pendapatan dari internet ini. Namun, jika anda memilih jalan yang betul, dan berguru dengan orang yang betul, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Menjana pendapatan melalui internet dengan pelbagai pilihan ‘niche’, sudah lama popular di luar negara. Kini negara kita Malaysia turut menjejak langkah. Telah lahir ramai tokoh-tokoh terbilang di dalam bidang-bidang kepakaran masing-masing.

Jika anda ingin turut menjejaki langkah mereka, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Seperti yang telah saya katakan tadi, berguru dengan orang yang betul dan telah teruji keupayaan mereka, adalah suatu kaedah yang akan lebih memudahkan perjalanan anda.

Satu seminar yang akan membimbing anda bagaimana untuk menjana pendapatan dari internet bakal diadakan pada bulan April ini nanti. Seminar ini dinamakan sebagai “Seminar F2R”. Apa yang dimaksudkan F2R ? F2R adalah ringkasan dari perkataan Formula Rahsia RinggitHit, satu formula yang direka khas oleh penulis ebook “Formula Rahsia RinggitHit”, saudara Azam RinggitHit. Secara ringkasnya, formula ini menggabungkan kaedah YSM dan Google Adsense, untuk mendapatan pendapatan yang berlipat kali ganda. Kini formula rekaan saudara Azam ini boleh dipelajari tidak sekadar melalui ebook sahaja, bahkan juga melalui kaedah berguru secara terus dengan penulisnya. Saya rasa kaedah berguru ini adalah kaedah yang lebih berkesan dan praktikal.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai seminar ini, langsung sahaja ke laman web penganjur : SeminarF2R.com. Sayugia dimaklumkan, bahawa pihak penganjur kini sedang memberikan potongan harga yang sangat istimewa (jimat sehingga RM300 !) kepada bakal peserta yang membuat tempahan awal. Oleh itu, segeralah menyambar peluang ini sementara ianya masih di dalam tempoh tawaran.

Rabu, 24 Disember 2008

BENGKEL RAHSIA BLOGGER POPULAR


Di dalam pos yang terdahulu, saya telah menwar-warkan mengenai kursus pembinaan laman web yang menggunakan kaedah Joomla!, yang dianjurkan oleh KursusLamanWeb.com.

Hari ini, khususnya kepada anda yang berminat untuk menceburi arena blogging, saya memaklumkan pula satu bengkel yang diberi nama ‘Bengkel Rahsia Blogger Popular’.

Bengkel sehari ini akan dianjurkan oleh Bloglac.com, yang diterajui oleh saudara Aree Hanifiah. Berikut adalah maklumat mengenai bengkel tersebut :


BENGKEL RAHSIA BLOGGER POPULAR

Tempat :
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak

Tarikh :
Ahad, 18 Januari, 2009 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Ahad, 15 Februari, 2009 (9.00 pagi – 5.00 petang)
(Sila pilih salah satu tarikh sahaja)

Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang untuksetiap sessi.


Diantara tawaran menarik yang disediakan oleh pehak penganjur ialah Domain dan Hosting percuma untuk blog yang bakal anda bina nanti. Lain-lain tawaran, anda boleh lihat sendiri di laman web penganjur.

Jika anda merasakan kaedah pembelajaran secara praktikal melalui bengkel atau seumpamanya, adalah lebih berkesan dari sekadar membaca ebook, maka inilah masanya untuk anda menghadirkan diri.

Selamat berbengkel !

Isnin, 22 Disember 2008

KURSUS MEMBINA LAMAN WEB BERASASKAN JOOMLA!


Berita baik untuk anda yang ingin menambah ilmu, khususnya kepada anda yang berhajat ingin membina laman web anda sendiri. Yesbos Resource bakal mengadakan satu kursus membina laman web yang menggunakan kaedah Joomla!, suatu Sistem Pengurusan Kandungan atau Content Management System (CMS). Sistem ini mengandungi pelbagai fungsi yang membolehkan anda membina blog, laman web video, galeri foto, laman web sosial dan sebagainya. Joomla! mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun saya bukanlah orangnya yang layak untuk menceritakan hal itu.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai kursus tersebut :

KURSUS LAMAN WEB BERASASKAN JOOMLA

Hari dan Tarikh Kursus :
Ahad (25 Januari 2009)
** Tarikh tertakhluk kepada pindaan.
Tempoh Masa :
1 hari ( 9 Pagi hingga 5 Petang )
Lokasi Kursus :
No 22-B, Jalan 3/69,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Belakang Petronas Fasa 3

Kepada anda yang berminat, sila langsung sahaja ke laman web penganjur di KursusLamanWeb.com.


Ahad, 19 Oktober 2008

BELAJAR BINA LAMAN WEB SECARA BENGKEL


Sebelum ini, saya telah beberapa kali memperkenalkan beberapa produk yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai pembinaan laman web. Kebanyakan produk tersebut adalah di dalam bentuk ebook, video tutorial, atau kombinasi di antara keduanya. Paling terkini, ialah ebook ‘Manual E-Dagang’.

Hari ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi ruang atau pilihan buat anda. Kepada anda yang merasakan tidak selesa, atau tidak mampu mendisiplinkan diri untuk belajar secara kendiri, ini mungkin satu pilihan yang baik untuk anda. Apa yang saya maksudkan ialah dengan menghadiri bengkel pembinaan laman web. Berguru secara terus dari mereka yang pakar mengenainya.

Anda akan diasuh bagaimana untuk membina sebuah laman web perniagaan secara peribadi, dimana segala kemusykilan boleh ditanya-jawab secara bersemuka dan langsung. Bengkel yang saya maksudkan ini dianjurkan oleh BengkelWebsite.com, dibawah bimbingan saudara Zaki Yusof.

Bengkel ini akan berlangsung selama dua hari. Jika dinisbahkan kepada jumlah yuran yang dikenakan, ianya boleh dikatakan pada kadar yang sangat murah dan amat berbaloi dengan nilai wang anda. Apa tah lagi jika hendak dibandingkan seandainya anda menempah laman web anda dengan jurubina laman web profesional. Dengan menyertai bengkel ini anda bukan sahaja mampu membina laman anda sendiri, bahkan juga mungkin anda adalah bakal menjadi seorang jurubina laman web profesional yang baru !

Disamping bimbingan dan latihan secara bengkel ini, anda juga turut akan dibekalkan dengan video tutorial sebagai alat bantu untuk anda mengulangkaji di rumah. Disamping itu juga, terdapat pelbagai lagi bonus tambahan, yang mampu menambahnilaikan lagi pelaburan anda.

Kepada anda yang berhajat, sila rujuk maklumat lanjut dan terkini mengenai bengkel yang bakal dilangsungkan di laman web berikut : BengkelWebsite.com

Selasa, 17 Jun 2008

SEMINAR PERNIAGAAN SMS KE SABAH !

KLIK DI SINI untuk mendaftar !

Kepada warga Sabah yang berminat untuk mencebur diri di dalam perniagaan berasaskan SMS, ini ada berita baik. Saudara Irwan Dahnil dari Akademi SMS, akan membawa ‘Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS’nya ke negeri di bawah bayu itu. Seminar tersebut akan berlangsung pada hujung minggu ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai seminar tersebut :

Tajuk : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : Ahad 22hb Jun 2008
Waktu : 8.45 am - 5.30 pm
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Speaker : Irwan Dahnil

Kepada warga Sabah yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Ini kerana khabarnya seminar ini adalah seminar terakhir untuk negeri Sabah bagi tahun ini. Selepas ini nanti, anda kenalah terbang ke Semenanjung untuk mengikuti seminar yang sama. Tentulah lebih besar perbelanjaannya nanti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar ini, sila kunjungi laman web Akademi SMS. Masa juga amat terhad untuk anda membuat tempahan. Tempah kerusi anda segera sebelum terlepas!

Jumaat, 9 Februari 2007

SEMINAR, KURSUS & BENGKEL PERNIAGAAN INTERNET.

Terdapat tidak kurang dari tiga majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan internet yang bakal berlangsung pada bulan Februari ini (yang ada dalam pengetahuan saya). Oleh itu kepada anda yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perniagaan internet, disamping menimba pengalaman dari mereka yang telah pun berjaya di dalam bidang ini, maka molek benarlah kiranya anda mengikuti program-program tersebut :


"Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1"

Speaker: Osman Affan
Tarikh: 17hb & 18hb Februari 2007
(Sabtu & Ahad)
Tempat: UIA Gombak, KLResearch Centre
(Berhadapan main library)
Waktu: 9.00am - 6.00pm
Yuran: RM347
Anjuran : 3DALAM1.COM
Tarikh : Sabtu, 24hb Februari 2007
Masa : 8.45 pagi hingga 5 petang
Tempat:Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur
Yuran : RM397.00
Anjuran : SAIFULSHAM.COM


Bengkel Asas Perniagaan Internet

Speaker : Zul Smartusaha & Sham Raja Adsense
Tarikh: Sabtu, 24 Februari, 2007
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran Penyertaan: RM270 sahaja
Anda boleh pilih mana-mana program yang bersesuaian dengan keselesaan masa dan bajet anda. Sila KLIK pada judul program atau nama penganjur untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program tersebut di laman web mereka.

Selasa, 30 Januari 2007

SEHARI BERSAMA SMARTZUL & SHAM RAJA ADSENSE


Pada hari Sabtu, 27 hb. Januari yang lalu, telah berlangsungnya Bengkel Asas Perniagaan Internet anjuran EbizMalaysia.com. Bengkel tersebut telah dibimbing oleh dua orang tokoh usahawan internet Malaysia iaitu saudara Smartzul dan saudara Sham Raja Adsense. Saya juga turut berkesempatan menghadiri bengkel tersebut. Sememangnya banyak ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan oleh kedua mereka kepada peserta bengkel pada hari tersebut.

Pengumuman mengenai bengkel tersebut telah saya tulis melalui blog ini pada 20hb. Januari yang lalu. Oleh itu, kepada anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri bengkel yang telah lalu, dan berminat untuk menyertainya pada masa-masa yang akan datang, silalah ikuti perkembangannya melalui blog ini. Untuk tidak terlepas, anda juga boleh menyertai mailing list kami. Kami akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai bengkel tersebut dan lain-lain kursus yang seumpamanya terus ke peti emel anda!

# Keterangan gambar : Peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenangan bersama fasilitator bengkel.

Sabtu, 20 Januari 2007

BENGKEL ASAS PERNIAGAAN INTERNET

Hari ini saya hanya sekadar ingin memaklumkan tentang satu bengkel perniagaan internet yang akan diadakan pada minggu hadapan. Berikut adalah butiran lengkap mengenai bengkel tersebut :

Tajuk : Bengkel Asas Perniagaan Internet.
Tarikh : SABTU, 27hb. JANUARI, 2007.
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang.
Tempat : Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran : RM 270.00 sahaja !

Bengkel ini akan dibimbing oleh 2 tokoh usahawan internet Malaysia iaitu Zul Smartusaha dan juga Sham Raja Adsense. Zul Smartusaha atau Smart Zul atau nama sebenarnya Mohd. Zulfadzli Suddin adalah merupakan tokoh usahawan internet yang lebih dikenali melalui penulisan Blog. Ebooknya yang berjudul : Panduan Asas Membina Blog Wordpress ; Langkah demi langkah, inilah merupakan kompilasi pengalaman beliau sepanjang melibatkan diri di dalam bidang blogging ini.

Sementara itu, seorang tokoh lagi ialah Sham Raja Adsense, atau nama sebenarnya; Mohd Shamsuriyadi Mamat, juga merupakan seorang usahawan internet yang berpengalaman dan telah menghasilkan ebook yang berjudul Raja Adsense.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai bengkel ini sila klik pada link berikut untuk mendaftar : EBIZMALAYSIA.COM. Mungkin ini adalah langkah pertama anda untuk menjadi seorang usahawan internet.