Ahad, 12 Disember 2010
JUALAN PROMOSI HUJUNG TAHUN DI KEDAISIBERNEKA !
Ahad, 5 Disember 2010
BUAT DUIT DENGAN SEMINAR USAHAWAN INTERNET !
Penulisan ini adalah merupakan kesinambungan dari pos yang lalu. Sengaja ianya dibuat didalam dua bahagian kerana ianya membicarakan dua perkara yang berbeza. Jika di dalam pos yang lau, saya mempromosikan peluang untuk anda menyertai seminar bagaimana untuk menjadi usahawan internet secara percuma, namun kali ini saya ingin membawakan bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman web Seminar Usahawan Internet itu sendiri.Jumaat, 3 Disember 2010
SEMINAR USAHAWAN INTERNET. PERCUMA !!!
Ini ada berita baik untuk anda yang sedang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet, tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika anda seorang yang sedang mencari maklumat, ingin menambah ilmu, sedang mencari tapak untuk, memulakan langkah pertama, atau masih mencari keyakinan diri untuk menceburkan diri di dalam bidang ini, seminar ini mungkin merupakan satu peluang yang tidak mungkin harus dilepaskan. Ini kerana seminar yang dianjurkan ini adalah secara PERCUMA sahaja, sedangkan nilai yuran sepatutnya menurut pihak penganjur ialah sebanyak RM150.00. Bukan benar bahawa ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya anda lepaskan ?Jumaat, 29 Oktober 2010
KEDAISIBERNEKA KINI DI FACEBOOK !
Jumaat, 9 Julai 2010
BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI lagi...
Isnin, 29 Mac 2010
MINI SEMINAR DI FLAREBIZ NETWORK
Banyak perkara telah dikongsikan oleh Labanon dan Zhafran (yang empunya Flarebiz), lewat seminar tersebut.
Saya sempat juga untuk bergambar dengan kedua-dua tokoh in. Jadi elok rasanya untuk saya kongsikannya di sini :
Khamis, 25 Mac 2010
NIAGA KIT : SISTEM KEDAI ONLINE YANG MESRA PENGGGUNA.
Kepada anda yang sedang merancang-rancang untuk menjalankan perniagaan internet, khususnya untuk menjual produk-produk fizikal, ini ada satu saranan dari saya. Jika anda sedang mencari-cari satu sistem kedai online yang sangat efektif, kenapa tidak untuk anda mencuba satu sistem kedai online yang telah direkacipta oleh rakyat Malaysia sendiri, yang mana ciri-cirinya adalah tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan rekaan dari luar negara. Sistem kedai online yang saya maksudkan itu dinamakan sebagai Niaga Kit, yang kini sedang dipasarkan oleh Flarebiz Network.Saya berpeluang untuk memandu uji sistem ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri. Sila ke laman web Niagakit.com dan daftarkan nama dan emel anda terlebih dahulu di ruang 'CUBA DEMO'.
Dengan Niaga Kit, terasa amat mudah sekali. Sebagai contoh, untuk menyenaraikan produk di kedai online saya, saya hanya perlu pergi ke bahagian Pengurusan Produk (Product Manager), kemudian klik pada Tetapan Produk (Product Settings), kemudian klik pula pada pilihan 'Produk', seterusnya klik pada butang 'Tambah Produk Baru'. Setelah diisi segala butiran produk yang diperlukan di ruang yang telah disediakan, kemudian klik pada butang 'Hantar', maka produk yang ingin anda jual akan tersedia terpapar di kedai online anda. Begitu mudah bukan ? Segala maklumat yang telah dimasukkan ini, boleh diubah atau diedit semula mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
Niaga Kit mempunyai dua pilihan bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini amat memberi pilihan dan kemudahan kepada anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris seperti saya. Apatah lagi jika sasaran pasaran anda hanya di sekitar seantero Malaysia dan Nusantara sahaja. Dengan kemudahan pengendalian di dalam Bahasa Melayu ini, anda tidak perlu lagi teragak-agak, atau tercangak-cangak untuk menguruskan kedai online anda secara kendiri.
Dari pandu uji saya dengan demo Niaga Kit ini, sudah pastilah banyak perbezaannya jika hendak dibandingkan dengan hosting percuma yang sedang saya gunakan kini. Maklumlah, yang berbayar vs percuma, mana boleh sama ! Banyak ciri-ciri yang ada pada sistem Niaga Kit, tidak ada pada laman web kedai online saya. Lagi pula, laman web Kedaisiberneka bukanlah dibangunkan khusus dari sistem kedai online yang sebenar atau yang lebih dikenali sebagai 'Shopping Cart'. Maka kerana itu, ianya sememangnya tidak mampu untuk menandingi kehebatan Niaga Kit.
Saya ingin berkongsikan secara ringkas beberapa ciri-ciri lagi yang menarik minat saya mengenai sistem Niaga Kit ini :
1. Reka bentuk yang kemas dan profesional. Ciri ini sangat penting di dalam menarik perhatian pengunjung untuk kekal ber'shopping' di kedai online anda. Jika pandangan kali pertama sudah membuatkan pelanggan bosan, berserabut mata untuk membuat pilihan dan carian, maka sudah pastinya bakal pelanggan anda dengan segera akan 'melangkah keluar' dari kedai anda itu.
2. Kemudahan sistem pembayaran. Di dalam situasi Malaysia, kebanyakan pengguna internet lebih cenderung untuk menggunakan bank sebagai medium pembayaran. Oleh itu, demi untuk menjadikan kedai anda sebagai sebuah kedai yang mesra pelanggan, menyediakan senarai pelbagai pilihan bank pembayar adalah suatu langkah yang sangat wajar. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada sistem Niaga Kit. Kebanyakan produk lain yang seumpamanya tidak menyediakan kemudahan ini. Melalui kemudahan ini, Niaga Kit telah menyediakan satu borang khas untuk meletakkan bukti pembayaran mereka. Pun begitu, sistem Niaga Kit turut tidak menafikan kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan lain yang lebih selesa membuat pembayaran melalui kad kredit ataupun paypal. Dengan wujudnya kemudahan pembayaran melalui kad kredit dan paypal ini pula, anda bukan sekadar mampu untuk berniaga di persekitaran Malaysia sahaja, bahkan juga mampu untuk melangkaui sempadan negara.
3. Pengurusan jualan dan belian. Seperti juga perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan pengurusan yang profesional demi untuk memastikan kelansungan perniagaan dan perkembangannya. Sistem Niaga Kit turut menyediakan keperluan ini. Melalui ruangan khas di bahagian admin, anda boleh menggunakan sistem yang disediakan untuk menguruskan perniagaan anda secara lebih baik dan teratur. Segala urusniaga tersebut akan direkodkan untuk rujukan di masa depan, termasuklah maklumat terperinci para pelanggan. Ya, anda boleh memanfaatkan maklumat-maklumat pelanggan ini seumpama 'mailing list', menghantar maklumat produk terbaru, produk terlaris dan juga menghantar kupon potongan harga pada musim-musim tertentu. Ini pastinya akan membantu meningkatkan penghasilan jualan anda.
4. Mesra SEO. Enjin carian boleh dikatakan gerbang utama bagi seseorang yang ingin mencari maklumat di internet. Oleh itu, adalah merupakan suatu kerugian yang besar jika peniaga kedai online mengkesampingkan fungsi ini. Team Flarebiz telah menjanjikan bahawa sistem Niaga Kit adalah sangat mesra SEO. Bagaimanakah cara ianya berfungsi ? Team Flarebiz pastinya bersedia memberikan penjelasan kiranya anda benar-benar berminat ingin mengetahui mengenainya.
Apakah 'kekurangan' yang ada pada produk ini ?
Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, saya hanya ingin mengulas beberapa ciri-ciri menarik pilihan saya sahaja. Selebihnya, anda boleh mencuba dan merasainya sendiri. Sila ke laman Niaga Kit untuk maklumat yang lebih lanjut.
Anda masih tercari-cari atau terfikir-fikir produk apa yang hendak diniagakan di internet ?
Isnin, 18 Januari 2010
SEMINAR PERNIAGAAN EBOOK
Sekadar ingin memaklumkan satu perkembangan semasa mengenai perniagaan internet di Malaysia, khususnya untuk anda yang memang sedang menunggu-nunggu peluang ini. Kepada anda yang bercita-cita untuk menjadi penulis, namun masih belum menemui ruang yang bersesuaian untuk memulakan langkah, mungkin ini merupakan satu berita yang baik untuk anda. Satu Seminar yang bertajuk 'Seminar Perniagaan Ebook', bakal diadakan di kota Kuala Lumpur.Tempat : Jom Training, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tarikh : Ahad, 31 Januari, 2010.
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang.
Seminar ini dianjurkan oleh Extreme D Enterprise. Para peserta akan dibimbing oleh saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau Shuth, seorang blogger sepenuh masa dan telah menulis beberapa buah buku dan ebook, seperti 'Rahsia Blogger' (buku), 'Mas kahwin Yang Hilang', dan 'Produk Fizikal'.
Seminar ini seumpama ini sebenarnya telah pun beberapa kali diadakan sebelum ini. Dan ianya telah melahirkan beberapa lepasan yang telah pun berjaya menghasilkan ebook mereka sendiri. Mereka itu ialah Zahidan Abdul Aziz, Fariz Rizal, Mohd Nasyriq, Mohd Affendy, Siti Dulillah, Elme Mahat, Muhammad Zhafran serta Tazudin Samuri. Bagaimana pula dengan anda ? Mungkinkah anda adalah merupakan penulis ebook seterusnya yang bakal lahir dari seminar ini ? Jawapannya berada di dalam diri anda sendiri.
Anda mungkin mempunyai kemahiran dan kegemaran tertentu. Pada anda ianya mungkin hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Namun ianya mungkin boleh dikomersilkan melalui kaedah ebook. Di luar sana terdapat terlalu ramai manusia yang memerlukan bimbingan dan maklumat yang berdasarkan kepada minat dan keperluan mereka. Hanya kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya, lantaran sememangnya kita tidak mahu ambil tahu. Kenapa tidak ditukarkan ilmu dan pengalaman anda itu kepada wang ? Sebenarnya, ianya bukan hanya sekadar untuk wang. Wang hanyalah sekadar imbuhan untuk segala usaha dan susah payah anda. Tetapi fikirkan betapa ramai yang boleh anda bantu melalui pengetahuan, pengalaman dan penulisan anda itu.
Oleh itu, jom kita ke Seminar Perniagaan Ebook, untuk merealisasikan impian anda...
Jumaat, 8 Januari 2010
JOM BERINTERNET SAMBIL DENGAR RADIO… FUHYOO!!!
Ada pelbagai pilihan siaran radio yang boleh anda ikuti, terpulang kepada selera, citarasa dan kecenderungan peribadi anda. Radio kini tidak hanya sekadar boleh didengari melalui alat siarannya yang konvensional, malah kini sudah boleh diikuti melalui talian internet dan komputer.
Kini telah muncul Radio Internet yang pertama di Malaysia, bernama FuhyooFM (Sebut betul-betul ya! Fuhyoo!!!) Yang satu-satunya hanya menggunakan wadah internet. Radio ini adalah merupakan produk milik penuh Fitrah Media Enterprise atau FMe. FMe telah diasaskan oleh dua orang yang berpengalaman luas di dalam dunia penyiaran radio dan pernah bertugas di BEST 104. Selain mengendalikan FuhyooFM, FMe juga bertanggungjawab menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penyiaran radio khusus untuk sekolah-sekolah di sekitar negeri Johor Darul Takzim, di bawah program Kelab Media dan Radio Sekolah.
Diantara slot rancangan menarik yang disediakan oleh FuhyooFM ini ialah Dunia IE. Program ini membicarakan persoalan di sekitar dunia keusahawan internet. Tambah menarik lagi ialah rancangan ini dikendalikan oleh beberapa IM tempatan yang sudah pun tersohor namanya. Diantaranya ialah SmartZul, Rohaizad dan juga Zamrin.
Kepada anda yang masih baru khususnya, yang sedang meninjau-ninjau peluang dan pengetahuan mengenai perniagaan internet, wajar sekali untuk mengikuti rancangan ini yang keudara pada setiap hari Khamis, jam 12.00 tengahari, sementara siaran ulangannya pula ialah pada hari rabu, pukul 2.00 petang.
Bagaimana untuk mengikuti siaran FuhyooFM?
Ada beberapa cara yang boleh anda pilih :
1. Pergi sahaja ke laman web FuhyooFM : http://www.fuhyoofm.com/
2. Layari laman web atau blog yang menyediakan player Fuhyoo.FM seperti di blog ini.
3. Download FuhyooFM Toolbar dan setkannya di komputer anda. Dengan ini anda boleh menikmati FuhyooFM pada bila-bila masa sahaja ketika anda sedang beronline di internet. Sila download FuhyooFM Toolbar dengan mengklik pada butang download di bawah :
Kepada para blogger, selain membantu mempromosikan FuhyooFM, anda juga boleh menambahkan aksesori blog anda dengan meletakkan player FuhyooFM. Mungkin ini akan membantu blog anda menjadi lebih menarik, dimana sambil membaca, pngunjung juga dapat berhibur dengan mendengar lagu-lagu pilihan serta celoteh para DJ dari FuhyooFM. Caranya mudah sahaja; copy kod dari halaman ini dan pastekan di sidebar di blog anda.
Dengan slogannya "Lebih Berilmu dan Berinformasi!", adalah diharapkan FuhyooFM akan terus berkembang maju, memberi pilihan dan persaingan yang sihat di kalangan radio-radio konvensional yang sedia ada.
Isnin, 21 Disember 2009
PAYPAL WISHLIST : PELUANG BAIK UNTUK ANDA !
Acara ini adalah anjuran bersama PayPal dan Facebook. Ianya dinamakan sebagai 'PayPal WishList'. Dengan menyertai program ini, anda layak untuk mendapat antara US$1.00 hingga ke US$100.00, atau lebih kurang RM330.00. Banyak tu! Kalau dah dapat separuh pun dah kira bagus 'kan?
Berikut adalah syarat-syarat mudah yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur untuk sesiapa yang ingin menyertai acara ini :
1. Anda perlu ada akaun Facebook. Jika belum ada, sila daftarkan diri di http://www.facebook.com/
2. Anda juga perlu ada akaun PayPal. Tujuannya ialah untuk membuat pembayaran kepada anda nanti. Jika belum ada, boleh daftar sekarang, atau pada bila-bila masa sahaja selepas ini.
3. Untuk menyertai acara Paypal WishList, anda mestilah merupakan pemegang akaun PayPal yang menggunakan alamat dan nombor telefon yang sah, dari negara India, Indonesia, MALAYSIA, Filipina, Thailand, Singapura atau Vietnam.
BAGAIMANA NAK SERTAI PAYPAL WISHLIST ?
Berikut ini saya sediakan serba sedikit panduan ringkas bergambar bagaimana untuk menyertai acara PayPal WishList :
1. Sila klik pada pautan berikut : http://apps.facebook.com/paypalwishlist/?ppref=1378633420&ref=mf . Sebaik sahaja anda mengklik pada pautan di atas, anda telah pun layak mendapat US$1.00. Sila lihat imej di bawah :
2. Langkah seterusnya, sila klik pada "I have read the notice".
3. Sebagai memenuhi syarat program ini, anda perlu menyenaraikan 'WishList' anda, iaitu senarai barangan yang anda ingin anda beli. Sila klik pada 'CREATE NEW WISHLIST' untuk memulakannya.
4. Ada beberapa kategori barangan. Anda boleh memilih mana-mana barangan yang anda suka berdasar kategori yang disediakan, seperti Beauty, Gadgets, Fashion, Music, Movies, Jewellery & Watches, dan berbagai lagi.
5. Klik pada item pilihan anda, dan gambar produk tersebut akan tersenarai pada kedudukannya.
6. Ulangi langkah yang sama seperti di atas sehingga senarai 'WishList' anda memenuhi kelima-lima petak yang disediakan.
7. Setelah itu klik pada 'SAVE & SHARE THIS WISHLIST'.
8. Sebenarnya, terdapat satu lagi langkah yang perlu anda lakukan selepas langkah 7 di atas, namun malang sekali saya terlepas pandang untuk merakamkan screenshot langkah tersebut. Harap maaf. Langkah yang saya maksudkan itu ialah meletakkan sedikit maklumat atau kata-kata di dalam ruangan "Whats on your mind mind ?" atau "Apa yang anda fikirkan ?". Tulis apa sahaja kat-kata yang anda fikirkan sesuai. Kemudian klik pada 'PUBLISH'. Dengan itu, aplikasi 'PayPal WishList' akan terpapar di ruangan ' WALL / DINDING' di Facebook anda.
9. Langkah seterusnya ialah anda perlu mempromosikan program ini kepada seramai mungkin rakan-rakan, sama ada di Facebook, mahu pun di luar Facebook. Cara pertama ialah dengan menggunakan fungsi "Invite Friends", di aplikasi PayPal WishList anda. Cara kedua pula ialah dengan mempromosikan pautan PayPal WishList anda di mana-mana ruang promosi yang bersesuaian, sepertimana saya menggunakan blog saya ini. Untuk mendapatkan link aplikasi Paypal WishList di dalam Profile (Wall) di akaun Facebook anda, sila lihat imej di bawah :
Selepas klik pada "Copy Shorcut", bolehlah dipastekan pautan promosi tersebut ke dalam mana-mana bahan promosi anda. Anda akan dibayar sebanyak US$1.00 untuk setiap referral yang mendaftar melalui link anda. Cepatlah bertindak, kerana tempoh acara ini akan berakhir sehingga hujung bulan ini sahaja.
Jika panduan di atas belum cukup membantu, anda bolehlah menonton video panduan di bawah, sebagai panduan tambahan. Video ini adalah ihsan dari saudara Zamri Nanyan, seorang IM tempatan yang masyhur, dan telah pun menghasilkan beberapa produk seperti 'The Four Weeks To Fredom', 'Rahsia Perniagaan Digital', 'Panduan Asas Paypal', dan juga 'Pakar Affiliate'.
(KLIK DI SINI UNTUK SERTAI PAYPAL WISHLIST)
Kepada yang masih baru dengan PayPal, mudah-mudahan acara ini akan menyumbangkan US$1.00 yang pertama untuk akaun PayPal anda. Sebagai pencetus, penggerak dan penyemarak semangat anda untuk menambahbiakkan lagi tabungan anda di PayPal. Selamat berjaya !
Isnin, 7 Disember 2009
JUALAN AKHIR TAHUN… YES!
Ops! Sebelum anda terkeliru dengan tajuk di atas, biarlah awal-awal lagi saya memaklumkan bahawa tawaran Jualan Akhir Tahun ini bukanlah berlaku di Kedaisiberneka. Buat masa ini Kedaisiberneka belum berkemampuan lagi untuk membuat tawaran seumpama itu.Saya sebenarnya sedang membantu mempromosikan produk usahawan internet yang lain, disamping membantu anda juga untuk mendapatkanpilihan yang lebih baik dan lebih nilai untuk wang anda.
Jualan Akhir Tahun atau Year End Sale (YES) ini, adalah pakej yang ditawarkan oleh dua buah syarikat, Ilham Vision dan IITs. Kedua-dua syarikat ini bergabung dan menawarkan 3 produk pada satu harga yang sangat istimewa. Apakah produk-produk tersebut ? Sila lihat imej di bawah :
Jika anda lihat pada imej di atas, jika anda membeli produk-produk tersebut secara berasingan, jumlah keseluruhan harganya ialah RM240.00. Namun, untuk tempoh yang sangat terhad ini anda cuma perlu membayar sebanyak RM150.00 sahaja untuk ketiga-tiga produk tersebut. Anda telah berjimat sebanyak RM90.00, atau mendapat diskaun sebanyak 37.5%.
Secara umumnya, Pakej YES ini amat bersesuaian kepada mereka yang sedang berkira-kira atau sedang mengintai peluang untuk 'cari makan' di internet, sama ada melalui bidang perniagaan, mahu pun melalui bidang pengiklanan.
Berikut ini saya senaraikan kembali ketiga-tiga produk di atas, mungkin ianya kurang jelas pada penglihatan anda.
VIDEO TUTORIAL MEMBINA LAMAN WEB E-SHOP - Harga asal = RM100.00
PANDUAN BLOG AUTOMATIK - Harga asal = RM90.00
PANDUAN ASAS ADSENSE - Harga asal = RM50.00
Ketiga-tiga produk di atas telah dihasilkan oleh dua beradik yang sudah pun berpengalaman luas di dalam bidang perniagaan dan penghasilan pendapatan sampingan melalui internet.
Jika anda ingin turut serta menjejaki langkah mereka, ayuh dapatkan segera produk ini sementara ianya masih di dalam tempoh tawaran... YES!
Khamis, 5 November 2009
PAYPAL KINI KIAN MESRA DENGAN RAKYAT MALAYSIA...
Hal ini menerbitkan rasa tidak selesa dan kesukaran di kalangan pelanggan-pelanggan PayPal warga Malaysia. Maka lahirlah beberapa ebook yang ditulis oleh IM berpengalaman, mengajar kita bagaimana untuk menguruskan wang Paypal secara bijaksana. Namun begitu, kaedah-kaedah yang disarankan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan. Maka timbullah pula alternatif lain, yang sebenarnya adalah diluar batas perundangan dan kebenaran PayPal sendiri, iaitu secara berjual beli. Aktiviti sebegini sebenarnya boleh mengundang risiko kepada pengguna PayPal jika dapat dikesan oleh mereka.
Kekangan PayPal kepada rakyat Malaysia (dan beberapa negara lain juga) mempunyai alasan yang tertentu. Khabarnya, rakyat Malaysia adalah di antara yang ramai melakukan penipuan di internert. Sejauh manakah kebenarannya dakwaan itu tidaklah saya ketahui, kerana saya sendiri sebenarnya masih mentah mengenai hal-hal seumpama ini.
Namun kini tidak begitu lagi. PayPal nampaknya sudah mula lunak dan mesra dengan rakyat Malaysia. Bermula dengan kemudahan mengeluarkan wang melalui kad kredit pada tahun lalu, kini maju setapak lagi di mana wang anda di PayPal sudah boleh dikeluarkan melalui pelbagai bank di Malaysia. Untuk lebih pasti mengenai hal ini, anda boleh merujuk di laman web PayPal sendiri. Kadar yuran yang dikenakan untuk proses pengeluaran juga boleh dikatakan agak berpatutan, iaitu hanya RM3.00 untuk jumlah di bawah RM400.00. Jika anda mengeluarkan wang lebih dari jumlah tersebut, anda tidak akan dikenakan sebarang caj.
PayPal juga telah membenarkan urusniaga di dalam matawang Ringgit Malaysia (MYR). Ini sesuatu yang sangat menarik. Walau pun ianya hanya dibenarkan untuk urusniaga di dalam wilayah Malaysia sahaja, ianya dirasakan sudah sangat memadai. Dengan kebolehan ini, rakyat Malaysia yang ingin berjual beli sesama sendiri, yang menggunakan kad kredit atau pun PayPal, tidak perlulah lagi terlebih dahulu terpaksa menukarkan nilai RM kepada matawang USD. Masalah juga akan timbul apa bila berlakunya turun-naik pada nilai USD itu sendiri. Berkemungkinan akan berlaku kerugian jika nilai USD naik, dan kita pula tidak mengemaskinikan harga produk pada kadar semasa.
Satu lagi perkembangan yang menarik ialah, anda kini sudah boleh mengikuti PayPal dengan dua bahasa pilihan, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia. Jika anda tidak mahir berbahasa Inggeris, mungkin sedikit sebanyak Bahasa Indonesia boleh membantu. Ini kerana Bahasa Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Malaysia. Namun anda masih perlu berhati-hati juga kerana terdapat istilah-istilah Bahasa Indonesia yang mungkin asing dengan kita. Antaranya adalah seperti rekening (akaun), saldo (baki), kartu (kad), aman (selamat) dan sebagainya.
UPDATE !
Kepada anda yang ingin mempelajari dan mendapatkan maklumat terkini mengenai PayPal, sila klik pada banner di bawah :
Isnin, 2 November 2009
BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI !
Telah begitu lama benar blog ini terbiar dan menyepi. Kira-kira hampir dua bulan lamanya. Ianya bermula dengan kehadiran Ramadhan. Sememangnya di bulan yang penuh barakah itu, saya agak sukar membahagikan masa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan, terlalu banyak impian yang ingin dicapai. Sesiapa pun tentunya tidak akan melepaskan peluang jika ditawarkan dengan pelbagai ganjaran yang hebat. Apa tah lagi jika tawaran yang dijanjikan itu datangnya dari Allah swt, Tuhan yang menciptakan semesta alam. Yang Maha benar perkataanNya. Dan segala janji-janjiNya adalah sesuatu yang pasti akan kita perolehi.
Selesai Ramadhan, sibuk pula dengan perayaan. Walau pun hari raya ‘idul fitri yang dianugerahkan Allah cuma satu hari sahaja, namun sebagai manusia, dan sebagai manusia Melayu khususnya, perayaan satu hari seakan tidak mencukupi. Puasa sebulan harus diqadha dengan raya sebulan juga. Saya, walau pun tidak ingin terikat dengan budaya dan fahaman sebegini, tidak dapat tidak, terpaksa akur dengan kehendak persekitaran. Ya, kita hidup di dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan kemahuan. Selagi ianya tidak keterlaluan, terpaksalah rentak mereka dilayan…
Selain itu, di sepanjang bulan Oktober yang lalu juga, telah melakukan sedikit pengemaskinian dan rombakan terhadap kedai online saya, Kedaisiberneka. Telah lama benar laman web tersebut berada di dalam keadaan begitu, rasanya perlu juga dilakukan sedikit pengubahsuaian, bersesuaian dengan perkembangan masa. Mudah-mudahan, wajah baru Kedaisiberneka ini akan lebih mesra pelanggan. Beberapa kemudahan pembayaran juga telah ditambah. Kepada anda yang ingin melihat wajah baru Kedaisiberneka, bolehlah mengunjunginya dengan mengklik pada banner di atas, atau pada mana link di dalam pos ini. Laman web ini sebenarnya masih lagi di dalam proses pengubahsuaian, belum siap sepenuhnya.
Sebagai ingin memeriahkan lagi Kedaisiberneka ini dengan pelbagai pilihan produk, saya ingin mengundang kepada anda yang mempunyai produk sendiri, untuk sama-sama mempromosikan produk anda di Kedaisiberneka. Jika anda berminat, sila hubungi saya di Borang Pertanyaan di laman web saya. Anda mungkin sudah pun mempunyai kedai jualan secara online sendiri. Namun, di samping kedai online anda sendiri itu, mengapa tidak, dan apa salahnya untuk turut mempromosikannya di tempat lain juga? Mudah-mudahan produk anda lebih mudah laris dan cepat masyhur.
Sekian, coretan saya buat kali ini. Sebagai pembuka bicara setelah sekian lama tidak menulis...
Rabu, 2 September 2009
KAD RAYA DIGITAL ?
Salam Ramadhan, dan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Bersama-samalah kita meningkatkan kualiti dan kuantiti amalan kita, agar hari ini kita adalah lebih baik dari semalam, dan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan di tahun-tahun yang berlalu.Sudah lama benar saya tidak mengemaskini blog ini. Walau pun hakikatnya banyak perkara dan maklumat yang ingin saya kongsikan disini, namun kesempitan waktu sering sahaja mengatasi kesempatan. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, hampir semua orang Islam kesuntukan waktu. Di samping melakukan rutin kehidupan, kita tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta merebut segala peluang dan ruang ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt kepada hambanya. Malang benarlah kiranya ada di antara kita membiarkan Ramadhan ini berlalu tanpa memanfaatkannya sebaik-baiknya.
Mengirim Kad Ucapan Hari Raya adalah budaya yang sudah lama berlaku di dalam masyarakat kita. Pada mulanya ianya dijadikan sebagai tanda pengganti diri kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta, atau dihantar kepada rakan-rakan yang tinggal jauh yang sudah lama tidak berjumpa.
Selepas itu, fungsi Kad Hari Raya bertambah pula kepada tujuan untuk suka-suka. Walau pun dah pasti akan balik kampung, namun kad raya tetap dikirimkan juga. Ada juga yang menjadikan kad raya sebagai penghias dan penyeri ruangan rumah di hari perayaan tersebut.
Kini budaya mengirim kad hari raya hampir ditelan zaman. Kemajuan teknologi telah menjadikan peranan kad hari raya di dalam bentuk fizikal sudah tidak relevan lagi. Apatah lagi di dalam keadaan manusia dihambat waktu kini.
Namun begitu, naluri manusia, kemahuan untuk menyampaikan ucapan dan saling ingat-mengingati diantara satu sama lain tidak mungkin akan luput. Ianya adalah sesuatu yang murni dan wajar dikekalkan. Maka, sesuai dengan perkembangan masa, kad hari raya yang bersifat digital pula mengambil peranan.
Di kesempatan ini saya ingin perkenalkan kepada anda koleksi Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh Team Kreatif kepada anda! Sila klik DI SINI jika anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihatnya.
Koleksi kad-kad raya digital ini dilukis oleh sekumpulan 6 orang pelukis berbeza dan 4 orang designer, menghasilkan rekabentuk grafik yang cantik. Ada 3 saiz semuanya. Saiz yang diberikan khas untuk dihantar dengan 3 cara yang berbeza: melalui handphone, email dan tak lupa juga untuk dicetak dan dihantar secara pos, khusus untuk anda yang masih ingin terus kekal dengan nostalgia lama. Ada lebih dari 100 pilihan rekabentuk semuanya!
Bayangkanlah, ada lebih 100 rekabentuk yang berbeza! Memang anda akan garu kepala dan rambang mata untuk memilihnya! Tapi tak mengapa, semuanya itu adalah milik anda pada satu harga sahaja. Ada boleh hantar Kad Raya Digital ini berkali-kali pada orang yang sama jika anda merasakan tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Terima kasih kepada Team Kreatif kerana sanggup jual pakej ini dengan harga yang begitu murah sekali.
Tapi itu masih belum memadai rupanya ! Khabarnya Team Kreatif sedang menawarkan koleksi Kad Raya Digital ini pada harga yang lebih rendah dari harga sebenarnya. Namun tawaran tersebut hanyalah untuk sementara waktu sahaja, iaitu sehingga 15hb Ramadhan ini. Selepas itu nanti, harganya akan kembali ke harganya yang sebenar. Oleh itu, wajar benarlah anda mengambil kesempatan ini sementara masih anda peluang.
Khamis, 23 Julai 2009
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI JUTAWAN...
Untuk menjadi jutawan, anda memang tiada pilihan. Anda perlu melibatkan diri dengan dunia perniagaan. Pernahkah anda mendengar kisah seorang jutawan dari pekerjaan makan gaji ? Tentu tidak pernah bukan ? Jika ada pun pilihan lain untuk menjadi jutawan, mungkin dengan menyertai program ‘Who Wants to Be a Millionare’, atau rancangan TV realiti, ‘One In A Million’. Namun peluang seumpama itu bukan terbuka untuk semua orang.
Sejauh manakah langkah yang telah anda lalui di dalam dunia perniagaan ini. Sudah separuh jalan ? Atau belum memulakan apa-apa lagi ? Tidak kisahlah di mana pun status anda. Orang yang telah melangkah pun belum pasti akan berjaya jika langkah mulanya sumbang belaka. Jika anda belum memulakan apa-apa, eloklah anda mengatur langkah itu dengan lebih baik dan cermat, agar anda tidak terpelecok di belakang harinya.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada anda sebuah ebook panduan bagaimana mencari rezeki, khususnya di dalam bidang perniagaan, dan seterusnya melangkah menjadi jutawan !
Ebook ini berjudul ‘AMALAN JUTAWAN’, ditulis oleh saudara Mohd Hairil Nizam (MhNizam), dari PeminatJutawan.com. Ebook ini sebenarnya nipis sahaja. Amat sesuai untuk anda yang baru hendak berjinak dengan dunia perniagaan. Paling menarik, ebook ini tidak sekadar mengajar bagaimana mengatur kaedah dan strategi perniagaan semata-mata. Ianya turut membimbing anda di dalam menjaga hubungan dengan Yang Maha Pemberi Rezeki, serta hubungan sesama manusia.
Tidak perlu saya menulis banyak mengenai isi kandungan ebook ini, kerana ianya adalah PERCUMA sahaja. Jadi anda boleh membacanya sendiri tanpa mengeluarkan barang sesen pun untuk mendapatkannya.
Download segera di sini : AmalanJutawan.com
Malah, anda berpeluang untuk membuat duit pula melalui ebook ini. Promosikan ebook ini kepada sesiapa sahaja, dan anda akan dibayar sebanyak RM1.20 untuk setiap salinan. Tetapi AWAS ! Jangan berlengah-lengah lagi kerana tawaran ini akan hanya sah sehingga 31hb. Julai ini sahaja.
Apa tunggu lagi, download cepat : AmalanJutawan.com
Dan nantikan makluman dari penulis ebook ini, apa yang anda perlua buat jika anda berminat untuk menjana wang percuma darinya.
Selasa, 21 Julai 2009
WORKSHOP RAHSIA RAJA LELONG
Saya pernah menulis mengenai seorang pakar lelongan online di blog ini sebelum ini. Beliau yang saya maksudkan itu ialah saudara Eruwan Gerry Norsen. Saya juga pernah memperkenalkan ebook-ebook tulisan beliau secara bersiri di blog ini.
Kini Eruwan muncul lagi dengan program atau produk terbarunya. Kali ini di dalam bentuk bengkel pula. Ianya dinamakan Workshop Rahsia Raja Lelong.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai workshop tersebut :
Tarikh : 8hb. Ogos, 2009.
Masa : 8.30 – 5.00 petang.
Tempat : Hotel Melia, Kuala Lumpur.
Kepada anda yang pernah membaca buku-buku dan ebook Eruwan, namun masih memerlukan bimbingan langsung dari beliau untuk memulakan gerak, jangan lepaskan peluang ini. Kepada anda yang malas nak baca ebook, baca buku, workshop ini menawarkan kaedah pengajaran secara ‘talaqi’ dari mereka yang berpengalaman di dalam bidang tersebut.
Turut mengiringi saudara Eruwan dan memperkongsikan ilmu dan pengalaman beliau, ialah saudara Mohd Yuzafi Yunos, seorang penjual cemerlang di Lelong.com.my. Ini bermakna anda bukan sekadar dapat menceduk ilmu dari seorang pakar, malahan dua orang pakar sekali gus !
Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai workshop ini, sila lawati laman web RahsiaRajaLelong.com/workshop.
Sabtu, 16 Mei 2009
MAJALAH IM #13 : BLOG, BLOGGER, BLOGGING...

Baiklah, mari kita sorot serba sedikit kandungan Majalah IM edisi terkini ini. Majalah IM kali ini mengangkat judul ‘Pro Blogger’ sebagai isu utamanya. Rasa-rasanya, rata-ratanya sudah pun mengenali dan memahami apa itu blog. Saya sendiri pernah menulis secara ringkas mengenai ‘Apa Itu Blog’ di awal kelahiran blog saya ini. Namun, apa yang saya tulis itu tidaklah sesarat apa terkupas di dalam majalah Majalah IM kali ini, dimana telah membicarakan dengan lebih terperinci lagi akan definisi, penjenisan dan peranan blog itu sendiri.
Setiap orang mungkin mempunyai sebab yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain di dalam menulis blog. Namun perbincangan Majalah IM mengenai blog adalah khusus mengenai blog yang dihasilkan untuk tujuan meraih pendapatan, atau ‘Pro Blogger’. Kepada pendatang baru, anda mungkin merasa aneh bagaimana blog boleh dijadikan sumber rezeki. Namun ianya bukanlah mustahil, bahkan sudahpun terbukti. Sila baca artikel berjudul ‘Tips Menjana Wang Dari Blog’, di mukasurat 16 majalah ini.
Blog yang baik adalah blog yang sentiasa dikemaskini. Namun adakalanya kita akan ketandusan idea untuk menulis dan menambahtokok kandungan blog kita dengan bahan dan maklumat terkini. Saudara Adly Mukhtar pula mengkongsikan idea dan pengalamannya sendiri melalui ‘5 Sumber Idea Kemaskini Blog’.
Jika anda ingin mendapatkan panduan bagaimana untuk menjadi seorang ‘Pro Blogger’, dengan kemahiran kemahiran anda yang telah sedia ada, anda boleh mendapatkan sedikit tips melalui ‘Pro Blogging Untuk Pelbagai Niche’. Tulisan ini disumbangkan oleh Galadriel.
Istilah ‘Pro’ adalah berasal dari perkataan ‘profesional’, yang membawa maksud sesuatu bidang pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Oleh itu, Pro Blogger boleh dikatakan sebagai seseorang yang melibatkan diri secara sepenuh masa, dan bergantung hidup di dalam bidang ini sebagai sumber rezekinya.
Sesuai dengan temanya, maka Majalah IM kali ini mengangkat seorang tokoh ‘Pro Blogger’ melalui slot temubualnya. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Rohaizad, dari Rohaizad.com. Beliau adalah merupakan salah seorang contoh blogger yang melibatkan diri secara ‘pro’ di dalam bidang ini. Ada banyak tips yang beliau berikan bagaimana blog mampu memberikan anda sumber kewangan. Anda boleh baca sendiri, atau dengar sahaja melalui pilihan audio MP3.
Ada banyak lagi artikel-artikel menarik yang mampu menambahnilai kepada daya keintelektualan anda. Namun tidak wajar rasanya untuk didedahkan semuanya di sini. Anda boleh tatap dan baca sendiri. Itu mungkin lebih meruntun keinginan anda.
Ada satu perkara lagi yang ingin saya maklumkan di sini. Senyampang dengan isu kali ini yang berbicara mengenai penjanaan wang dari blog. Sejak beberapa keluaran yang lalu, pehak pengurusan Majalah IM telah menganjurkan Pertandingan Menulis Review Majalah IM bagi setiap edisinya. Hadiah utama adalah dari tempat pertama hingga ketiga. Namun bagi setiap 60 penyertaan terawal, anda akan diberikan saguhati sebanyak RM5.00, tanpa sebarang penilaian kualiti! Syarat utamanya ialah review anda mestilah disiarkan di blog anda sendiri. Mulakan langkah anda sekarang. Manalah tahu, mungkin ini adalah merupakan langkah pertama anda ke arah menjadi seorang... PRO BLOGGER!
Rabu, 8 April 2009
MAJALAH IM #12 : SEPUTAR PEMASARAN AFFILIATE

Seimbas pandang, saya sebenarnya amat tertarik sekali dengan persembahan rekaletak Majalah IM pada kali ini. Bermula dari ‘kulit depan’, sehinggalah ke ‘hiasan dalaman’nya. Sehingga saya merasakan jikalah Majalah IM ini adalah sebuah majalah fizikal, ia amat sesuai untuk dijadikan koleksi, bukan sekadar sumber ilmu, bahkan juga boleh dijadikan sebagai penghias ruangan.
Majalah IM bulan ini mengangkat isu ‘Pemasaran Affiliate’ sebagai topik utamanya. Saya merasakan topik ini amat berpatutan untuk dibicarakan. Ini kerana bidang pemasaran affiliate boleh disertai oleh hampir semua orang. Ini disebabkan ianya tidak memerlukan bakat semulajadi, atau kemahiran yang tinggi untuk mencipta produk sendiri. Komisen jualannya juga boleh dianggap berbaloi, apa lagi jika kita mempromosikan produk-produk yang bersifat digital.
Ada banyak pilihan untuk kita melakukan pemasaran affiliate ini. Kita boleh memilih mana-mana kaedah pemasaran yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Hanya kreativiti dan keberanian sahaja yang mungkin membezakan prestasi dan kejayaan seseorang agen affiliate itu. Kreativiti yang dimaksudkan ialah seni bagaimana untuk memikat dan mempengaruhi pelanggan supaya membeli sesuatu produk itu. Sementara keberanian pula ialah kesanggupan kita untuk mengeluarkan modal sebagai pelaburan untuk melakukan promosi berbayar. Ini adalah pandangan peribadi saya sendiri, di mana saya sendiri sebenarnya belum lagi memiliki kekuatan dan kualiti tersebut.
Untuk meruntunkan lagi keghairahan anda agar segera mendownload majalah ini, berikut saya senaraikan beberapa judul artikel yang dikira menarik yang termuat di dalam Majalah IM kali ini :
1.) Sepintas Lalu Pemasaran Affiliate (Krew Majalah IM)
2.) 10 Tips Affiliate Marketing (Fatin Pauzi & Mohd. Muslim)
3.) Bagaimana Pemasaran Affiliate Muncul (Irwan Dahnil)
4.) Panduan Ringkas Langkah Demi Langkah Menjadi Super Affiliate (Zamri Nanyan)
5.) Teknik Mudah Affiliate Marketing (SmartZul)
Ada beberapa lagi artikel menarik yang turut termuat di dalam majalah ini. Anda boleh melihatnya sendiri. Di antara penyumbang lain untuk artikel kali ini ialah Galadriel, Amar Mahmood, Zamri Mohamad, Shueqry, dan juga saudara Amirol Zolkifli.
Majalah IM sekali lagi turut menonjolkan seorang tokoh usahawan internet tempatan. Walau pun sudah 12 edisi berlangsung, namun Majalah IM masih lagi belum tandus dalam mengetengahkan tokoh-tokoh tempatan yang sudah pun kukuh dan teguh di dalam bidang yang mereka ceburi. Sesuai dengan tema ‘Pemasaran Affiliate’, maka Majalah IM kali ini turut mengutarakan tokoh yang sekaitan dengannya. Beliau yang di maksudkan ialah saudara Yusri. Saudara Yusri telah melibatkan diri dengan pemasaran internet sejak tahun 1999 lagi. Apakah yang dibicarakan oleh beliau di dalam temuramah ini ? Pastinya kutipan dari pengalaman beliau yang sangat berharga itu. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mengikuti bualbicara ini. Temubual ini turut disediakan dalam versi MP3.
Ahad, 5 April 2009
MENGKAGUMI AMMAR ZAHAR...
Pada hari ini, apabila menyebut sahaja namanya, pasti ramai yang sudah amat mengenalinya. Beliau seakan sudah mampu berdiri sama tinggi dengan IM-IM tersohor tempatan yang lainnya. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Ammar Zahar.
Ammar Zahar atau nama sebenarnya ialah Muhammad Ammar bin Zaharuddin. Anak kelahiran Johor ini kini menetap di Negeri Sembilan. Masih muda, baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 22 pada Mac yang lalu. Dan beliau juga masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA tempatan. Di dalam kesibukan menimba ilmu, beliau masih lagi mampu mencuri masa melakukan usaha mencari pendapatan sampingan yang sebaliknya kini sudah mampu untuk menjadi beliau hidup selesa.
Setiap IM yang terbilang mempunyai sejarah mereka yang tersendiri di dalam perjalanan menuju ke puncak kejayaan mereka. Namun apa yang saya kagumi mengenai saudara Ammar ini ialah, perjalanan beliau untuk sampai sehingga ke tahap ini, adalah merupakan satu tempoh yang amat singkat saya rasakan.
Pemasaran Affiliate adalah merupakan niche kegemaran beliau. Menurut saudara Ammar, bidang ini menjadi pilihan beliau kerana beliau tidak perlu bersusah payah menyediakan produk untuk dijual, dan membina banyak blog untuk tujuan SEO. Pun begitu beliau masih berupaya menghasilkan beberapa produk sendiri dari semasa ke semasa. Bermula dengan ebook ‘Rahsia Squeeze Page’ yang diedarkan secara percuma pada waktu itu, kemudian beliau melancarkan pula ‘Koleksi Grafik V2’ pada bulan berikutnya.
Di dalam bulan yang sama juga (Ogos, 2008), Ammar menlancarkan pula program PPLnya yang pertama, dengan menyebarkan lapuran percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Usahawan Internet’. Bulan berikutnya pula, satu lagi ebook beliau lancarkan. Kali ini dengan ebooknya yang berjudul ‘Rahsia Newbie’ pula.

Tidak lama selepas itu pula, Ammar menlancarkan satu lagi produknya, ebook panduan yang berjudul ‘Affiliate A+’. Sudah tentu sahaja ebook ini adalah koleksi pengetahuan dan pengalaman yang telah beliau praktikkan sebelum ini sehinggalah beliau mencapai pada tahap yang boleh dibanggakan kini. Beliau kemudiannya melancarkan satu lagi projek yang berbentuk bimbingan secara peribadi kepada para ‘newbie’. Projek beliau itu dinamakan ‘Ammar Zahar Personal Coaching Perniagaan Internet’.
Kini, beliau khabarnya sedang dalam rangka menyiapkan satu lagi produk terbarunya. Juga khusus untuk newbie. Ammar juga kini sudah mula bergerak melangkah ke peringkat antarabangsa, dan sedang bercita-cita besar untuk meletakkan dirinya sebaris dengan Eric Rockefeller, Chris X. Mike Filsaime dan sebagainya.
Demikianlah, perjalanan kejayaan seorang IM muda Malaysia yang bernama Ammar Zahar yang sempat saya rakamkan di sini. Apa yang saya nukilkan di sini adalah apa yang boleh kita nampak sahaja, melalui pelancaran pelbagai produk dan projeknya. Di sebalik ini semua, tentunya ada lebih lagi banyak projek-projek peribadi beliau yang bersifat ‘underground’, yang tidak dimaklumkan kepada ramai, seperti aktiviti pemasaran affiliate, servis dan seumpamanya.
Sekali lagi, apa yang menjadi kekaguman saya kepada tokoh ini ialah, beliau telah mencapai tahap kecemerlangan peribadinya di dalam masa yang amat singkat sekali. Hanya di dalam beberapa bulan sahaja, dan belum pun mencecah usia setahun. Mudah-mudahan, cita-cita beliau untuk menjadi seorang lagi jutawan internet dari Malaysia akan termakbul. Mudah-mudahan juga, pengkisahan ini akan menjadikan Ammar Zahar sebagai suri teladan kepada golongan golongan muda di dalam mencapai matlamat hidup.
KA’AB : Teringin benar hendak menyertai Personal Coaching Ammar Zahar itu. Namun kesempatan dan rezeki masih belum ada.
Khamis, 5 Mac 2009
MAJALAH IM #11
Topik utama Majalah IM kali ini ialah mengenai perniagaan ‘servis’ di internet. Topik yang agak menarik saya rasakan. Walau pun, perniagaan berasaskan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang baru, namun ianya jarang diperbincangkan setakat ini. Rasa-rasanya, belum ada lagi ebook-ebook berbahasa Melayu yang memberikan panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.
Makanya, perbincangan topik ini melalui Majalah IM #11 ini dirasakan amat bertepatan sekali. Diharapkan ianya dapat membuka jalan dan ilham kepada mereka yang sedang bergiat di dalam bidang perkhidmatan, untuk melebarkan pasaran mereka ke dunia internet pula. Mereka ini mungkin dari latar belakang pendidikan yang berbeza, dan mempunyai kesedaran celik internet yang tidak seragam.
Selain dari itu, sesuai dengan iklim ekonomi yang sangat parah ini, pastinya ramai dari kalangan mereka yang telah kehilangan pekerjaan itu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dijual di internet di dalam bentuk perkhidmatan. Maka jadikanlah panduan-panduan yang dibincangkan di dalam Majalah IM #11 ini sebagai pembuka langkah kepada anda.
Ada banyak lagi artikel menarik yang berlegar di dalam bidang perniagaan servis ini. Antara judulnya ialah : Pengenalan Kepada Servis (Waida & Dikmal), Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Internet (Galadriel), Lakukan Pemasaran Untuk Servis Anda (Mohd Zhafran), Servis Satu Cabang IM Yang Lumayan! (Adly Mukhtar), Strategi Pemasaran Servis Di Internet (SmartZul), serta Ebook Sebagai Medium Mempromosikan Perkhidmatan Anda (Alang). Baca lebih lanjut semua ini di Majalah IM #11.
Bagaimana ? Tidakkah judul artikel-artikel di atas mampu merangsangkan kecenderungan anda untuk mula melakukan sesuatu, khususnya kepada anda yang mempunyai kemahiran tertentu. Pada hemat saya, kandungan Majalah IM kali ini sudah amat memadai sebagai asas untuk anda memulakan perniagaan servis anda. Perniagaan berasas servis juga tidak mewajibkan anda untuk memiliki laman web sendiri. Anda boleh menggunakan laman pengiklanan khusus untuk mereka yang berkhidmat secara ‘frelancer’ di internet. Butiran lanjut mengenainya boleh anda perolehi di Majalah IM #11. Ayuh ! Jangan bertangguh lagi... Download segera !


