Memaparkan catatan dengan label BINA LAMAN WEB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BINA LAMAN WEB. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

JOM BERNIAGA DI KEDAI ONLINE !

Anda mempunyai impian untuk membuka sebuah perniagaan ? Atau anda sememangnya sudah mempunyai perniagaan, namun ingin mengembangkan lagi keupayaan perniagaan anda hingga ke persada online? Ini ada satu ruang dan peluang yang mungkin mampu membantu impian anda menjadi kenyataan .

Kepada anda yang berhasrat untuk membuka sebuah perniagaan, namun tidak mempunyai cukup pengetahuan dan pengalaman, bahkan juga tidak mempunyai modal yang besar, saya menyarankan anda memulakan perniagaan anda secara online, atau perniagaan internet. Ini kerana dengan berniaga atau membuat jualan online, anda tidak memerlukan modal yang begitu besar. Sejumlah RM500.00 sudah amat mencukupi, malah jika lebih rendah dari jumlah tersebut pun anda masih boleh memulakan langkah pertama. Bahkan juga, jika anda tahu caranya, anda juga sebenarnya boleh berniaga di internet tanpa memerlukan sebarang modal pun. Tapi harap maklum ya ! Bahawa kenyataan saya ini adalah bermaksud jika sekiranya anda sudah pun memiliki laptop dan talian internet anda sendiri.

Saya tidak akan membicarakan lanjut bagaiman anda boleh berniaga di internet tanpa sebarang modal ini, melainkan mengenai satu perkara sahaja pada hari ini, iaitu mengenai laman web. Hal-hal lain seperti bagaimana cara mendapatkan produk dan sebagainya, bolehlah anda ikhtiarkan sendiri dari sumber lain, atau insyaAllah, akan saya bicarakan di masa mendatang jika sekiranya ada kesempatan.

Laman web adalah merupakan elemen penting jika anda ingin berniaga di internet. Ada banyak pilihan bentuk laman web untuk anda menjual barang seperti blog, forum, Facebook dan sebagainya. Laman-laman web yang disebutkan tadi boleh disertai secara percuma sahaja kerana terdapat pehak tertentu yang telahpun menyediakan tapak dan pasarannya sekali. Namun jika anda serius untuk berniaga di internet, sementelahan pula barang yang ingin anda jual itu berbentuk fizikal, serta mempunyai bentuk dan jenama yang pelbagai, maka laman web yang dirasakan sangat bersesuaian untuk tujuan itu ialah laman web yang menyediakan kemudahan system 'Shopping Cart'.

Sistem 'Shopping Cart' adalah merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam perniagaan internet atau sistem e-dagang. Ianya juga turut dikenali sebagai 'Online Store' atau pun 'Kedai Online' di dalam Bahasa Melayunya. Analogi mudahnya sistem ini ialah seumpama anda berada di sebuah pasar mini atau pasaraya nyata. Anda berlegar di dalam kedai atau pasaraya itu sambil menolak sebuah troli. Apabila bertemu dengan produk yang anda berkenan, dan anda akan mengambilnya dan memasukkan ke dalam troli atau bakul yang anda bawa. Begitulah seterusnya sehinggalah apa yang anda cari sudah memadai., maka anda pun membawa barang-barang itu ke kaunter pembayaran. Di kedai online, anda tidak perlu berlegar-legar atau merayau-rayau sambil menolak troli. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melayari kedai online tersebut di hadapan laptop, sambil ditemani secawan minuman panas atau sejuk. Apabila bertemu dengan produk pilihan, anda hanya perlu mengklik pada butang yang telah ditentukan, dan 'barang' tersebut akan masuk ke dalam 'troli maya' anda. Setelah berpuas hati dengan apa yang anda pilih, anda hanya perlu klik pada butang 'Check Out' untuk ke 'Kaunter Pembayaran'. Mudah bukan ? Tidak perlu bersesak di jalan raya, beratur di kaunter, menghauskan tayar kereta, menanggung kos petrol, atau pun terpaksa berebut-rebut dengan manusia lain untuk mendapatkan kenderaan awam.

Ada banyak pilihan dan jenama perisian untuk sistem Shopping Cart ini di luar sana. Anda boleh membinanya sendiri, atau pun mengupah orang lain untuk melakukannya. Namun hari ini saya lebih cenderung untuk memperkenalkan kepada sistem Shopping Cart yang disediakan oleh pehak Lot.my.

Apa itu LOT.MY ?


Lot.my adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan 'Shopping Cart' dan Hosting sekaligus. Laman web yang telah mula beroperasi secara online sejak Januari, 2010 ini, telah dibangunkan oleh Aidan Technologies Sdn. Bhd. Ada beberapa sebab saya menyarankan anda menggunakan sistem ini. Sebab pertama ialah kerana pehak Lot.my memberikan pilihan kepada anda; sama ada membuka akaun secara percuma, atau pun memilih akaun Premium, keahlian berbayar. Saya telah menulis mengenai perniagaan internet tanpa modal di awal penulis ini tadi. Maka saya lebih menjurus untuk mengutamakan pilihan percuma untuk penulisan ini. Namun, jika anda mampu memulakan perniagaan dengan modal yang selesa, maka tiada halangan untuk anda membuka akau Premium. Namun anda tidak perlu khuatir. Anda juga sebenarnya masih boleh menaiktarafkan akaun anda dari status percuma kepada Premium jika perniagaan anda sudah berkembang dengan baik nanti.


Sebab kedua saya menyarankan Lot.My ialah keranan sistemnya yang sangat mudah untuk dikendalikan. Jika anda mempelajari atau mengkajinya secara serius, selewat-lewatnya dalam tempoh satu hari sahaja anda sudah boleh mengendalikan ke semua fungsi-fungsi yang telah disediakan oleh Lot.my. Jika anda masih kurang faham, usah risau, kerana boleh membuat pertanyaan terus melalui emel, atau melalui ruangan forum di Facebook. Ini adalah lagi satu kelebihan jika anda berurusan dengan Lot.my. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan Bahasa Melayu, atau pun Bahasa Inggeris apabila berhubung dengan meja bantuan Lot.my. Ini kerana Lot.my dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia. Oleh itu jika anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan, anda boleh memohon bantuan dari pehak Lot.my dengan bahasa yang mudah anda fahami.

Segala ciri-ciri yang ada pada jenama software untuk sistem Shopping Cart hampir terkandung di dalam Lot.my. Anda juga tidak perlu mencari penyedia hosting untuk kedai online anda, kerana dengan menggunakan khidmat Lot.my, anda seolah-loh membeli pakej 'semua dalam satu'. Antara ciri-ciri menarik yang ingin saya utarakan di sini ialah kita boleh menatacarakan 'kos penghantaran'. Jika anda mempunyai pelbagai produk yang berbilang saiz dan berat, tentunya akan memeningkan kepala untuk menentukan kos penghantarannya. Selain itu, kita juga mempunyai kadar bayaran pos yang berbeza di antara wilayah Semenanjung dan Borneo. Dengan membuat setting di 'weight based shipping', anda boleh menetapkan kadar kos penghantaran walau berapa pun beratnya. Selain itu, anda juga masih boleh meletakkan kos penghantaran secara 'flat rates', atau pun 'per item'. Terpulanglah kepada kehendak anda sendiri. Cukuplah sekadar itu, satu contoh kemudahan kedai online yang boleh anda manfaatkan. Yang selainnya itu, anda boleh menjelajahnya secara kendiri di Lot.my.

Kedai online Lot.my tidak sekadar membenarkan anda menjual produk fizikal semata. Anda juga boleh menjual produk-produk yang bersifat digital. Menariknya di sini, anda tidak perlu menggunakan hosting lain untuk meletakkan produk digital tersebut. Pehak Lot.my turut menyediakan ruang untuk anda menguploadkan produk-produk digital anda itu. Dan pelanggan boleh terus sahaja memuatturun produk tersebut melalui ruangan download di akaun mereka sebaik sahaja anda menetapkan urusniaga anda dengan pelanggan anda itu pada status 'Completed'. Begitu mudah bukan ? Berapa banyak pun produk digital yang anda ada, anda boleh menyenaraikannya di kedai online ini

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa atau bagaimana saya boleh menulis semua ini dengan rasa begitu yakin sekali ? Jawapan kepada pertanyaan itu ialah, saya juga adalah pengguna kedai online Lot.my ini. Saya bukanlah seorang pengulas atau penganalisa profesional. Apa yang saya tulis bukanlah sekadar pengalaman memandu uji sistem ini di ruangan Demo. Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman peribadi menggunakan kedai online Lot.my sepanjang hampir setahun yang lalu. Jika anda mengikuti perkembangan blog ini, anda mungkin sudah pun membaca pos yang berkenaan dengan pembukaan kedai online kami (KEDAISIBERNEKA) di Lot.my.



Dengan Lot.my, anda tidak perlu lagi memikirkan soal pembinaan website. Sama ada dari sudut kewangan mahu pun pengetahuan teknikalnya. "Create your store in 5 minutes", begitulah kata-kata yang boleh anda baca di laman web Lot.my. Ya! Memang semudah itu. Apa yang perlu anda fikirkan kini ialah bagaimana mendapatkan produk-produk yang mempunyai permintaan baik dan luar biasa. Jika sudah ada, bererti anda sudah pun menghampiri langkah untuk bergelar Usahawan Internet. Keahlian Percuma di Lot.my sudah pastinya tidak menawarkan ruang dan kepelbagaian kemudahan seperti Keahlian Premium. Namun sekurang-kurangnya, ianya adalah langkah pertama anda untuk seribu langkah seterusnya...

JOM BERNIAGA DI INTERNET BERSAMA LOT.MY !


Jumaat, 9 Julai 2010

BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI lagi...


Sekali lagi blog ini telah tinggal terbiar untuk sekian lama. Jika dilihat pada pos terakhir saya sebelum ini, kira-kira sudah tiga bulan lamanya saya menyepi. Sebenarnya di dalam tempoh tersebut saya sedang membangunkan satu lagi laman web Kedaisiberneka. Kali ini menggunakan hosting di Lot.my. Hosting ini adalah milik Aidan Technologies Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik warga Malaysia.

Jika hendak dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan di Tripod.com, ciri-ciri yang ada di Lot.my adalah lebih menepati kehendak kedai online yang sebenar, kerana ianya menggunakan kaedah shopping cart. Ianya bukan sahaja lebih mesra pelanggan, bahkan juga turut memudahkan peniaga untuk menguruskan jualan dan perniagaan. Alhamdulilah, walau pun belumlah sempurna sepenuhnya, kini Kedaisiberneka di lokai baru ini sudah pun mula beroperasi. Bahkan kami telah pun mula menerima tempahan dan pesanan. Kepada anda yang masih belum lagi berkunjung ke kedai baru kami ini, sila-silakanlah menjenguk : http://kedaisiberneka.lot.my/ .

Walau bagaimana pun, kedai online kami yang telah bermula sejak tahun 2006 lagi di Tripod, akan kekal beroperasi seperti biasa. InsyaAllah, mudah-mudahan selepas ini nanti Blog Kedaisiberneka ini juga akan kembali aktif untuk berkongsi maklumat dengan anda dengan pelbagai produk-produk fizikal dan digital yang terkini...

Isnin, 29 Mac 2010

MINI SEMINAR DI FLAREBIZ NETWORK

Pada pos yang lepas, saya ada memaklumkan bahawa saya akan menghadiri satu mini seminar yang dianjurkan oleh Flarebiz Network pada 28 Mac. Alhamdulillah, hasrat dan rancangan tersebut akhirnya terlaksana juga setelah beberapa kali menunda tarikh kehadiran pada sebelum ini.

Banyak perkara telah dikongsikan oleh Labanon dan Zhafran (yang empunya Flarebiz), lewat seminar tersebut.

Saya sempat juga untuk bergambar dengan kedua-dua tokoh in. Jadi elok rasanya untuk saya kongsikannya di sini :

Bersama Labanon, dan rakan-rakan peserta.

Bersama Zhafran

Kepada anda yang berminat untuk turut menyertai seminar ini, anda boleh merujuknya di laman web NiagaKit/mini-seminar untuk perkembangan lanjut. Ianya biasanya diadakan pada setiap hujung minggu, melainkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Yuran? Ha! Ha! Ha! Cuma RM10 jer...


Sistem Kedai Online Niagakit

Khamis, 25 Mac 2010

NIAGA KIT : SISTEM KEDAI ONLINE YANG MESRA PENGGGUNA.

Kepada anda yang sedang merancang-rancang untuk menjalankan perniagaan internet, khususnya untuk menjual produk-produk fizikal, ini ada satu saranan dari saya. Jika anda sedang mencari-cari satu sistem kedai online yang sangat efektif, kenapa tidak untuk anda mencuba satu sistem kedai online yang telah direkacipta oleh rakyat Malaysia sendiri, yang mana ciri-cirinya adalah tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan rekaan dari luar negara. Sistem kedai online yang saya maksudkan itu dinamakan sebagai Niaga Kit, yang kini sedang dipasarkan oleh Flarebiz Network.


Saya berpeluang untuk memandu uji sistem ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri. Sila ke laman web Niagakit.com dan daftarkan nama dan emel anda terlebih dahulu di ruang 'CUBA DEMO'.

Terus terang, sebenarnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai pembinaan laman web. Nama-nama perisian seperti NVU, Dreamweaver, Frontpage, hanya saya kenali secara luaran sahaja. Pernah saya cuba mendekati dan memesrai salah satu dari produk ini dengan bantuan video tutorial. Namun, di dalam beberapa minit sahaja, saya sudah mula merasa penat untuk memahaminya. Memang sukar untuk memahiri perisian tersebut tanpa bantuan seorang guru. Lalu, sebagai langkah awal untuk melibatkan diri dengan perniagaan internet ini, saya memulakannya dengan menggunakan hosting percuma dahulu. Di tapak web percuma ini, pihak penyedia telah memberikan kemudahan pembinaan laman web yang saya rasakan lebih mesra pengguna. Itu hanyalah sekadar pandangan peribadi saya. Maka, melalui pengalaman inilah, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai Niaga Kit.

Dengan Niaga Kit, terasa amat mudah sekali. Sebagai contoh, untuk menyenaraikan produk di kedai online saya, saya hanya perlu pergi ke bahagian Pengurusan Produk (Product Manager), kemudian klik pada Tetapan Produk (Product Settings), kemudian klik pula pada pilihan 'Produk', seterusnya klik pada butang 'Tambah Produk Baru'. Setelah diisi segala butiran produk yang diperlukan di ruang yang telah disediakan, kemudian klik pada butang 'Hantar', maka produk yang ingin anda jual akan tersedia terpapar di kedai online anda. Begitu mudah bukan ? Segala maklumat yang telah dimasukkan ini, boleh diubah atau diedit semula mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

Niaga Kit mempunyai dua pilihan bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini amat memberi pilihan dan kemudahan kepada anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris seperti saya. Apatah lagi jika sasaran pasaran anda hanya di sekitar seantero Malaysia dan Nusantara sahaja. Dengan kemudahan pengendalian di dalam Bahasa Melayu ini, anda tidak perlu lagi teragak-agak, atau tercangak-cangak untuk menguruskan kedai online anda secara kendiri.

Dari pandu uji saya dengan demo Niaga Kit ini, sudah pastilah banyak perbezaannya jika hendak dibandingkan dengan hosting percuma yang sedang saya gunakan kini. Maklumlah, yang berbayar vs percuma, mana boleh sama ! Banyak ciri-ciri yang ada pada sistem Niaga Kit, tidak ada pada laman web kedai online saya. Lagi pula, laman web Kedaisiberneka bukanlah dibangunkan khusus dari sistem kedai online yang sebenar atau yang lebih dikenali sebagai 'Shopping Cart'. Maka kerana itu, ianya sememangnya tidak mampu untuk menandingi kehebatan Niaga Kit.

Saya ingin berkongsikan secara ringkas beberapa ciri-ciri lagi yang menarik minat saya mengenai sistem Niaga Kit ini :

1. Reka bentuk yang kemas dan profesional. Ciri ini sangat penting di dalam menarik perhatian pengunjung untuk kekal ber'shopping' di kedai online anda. Jika pandangan kali pertama sudah membuatkan pelanggan bosan, berserabut mata untuk membuat pilihan dan carian, maka sudah pastinya bakal pelanggan anda dengan segera akan 'melangkah keluar' dari kedai anda itu.

2. Kemudahan sistem pembayaran. Di dalam situasi Malaysia, kebanyakan pengguna internet lebih cenderung untuk menggunakan bank sebagai medium pembayaran. Oleh itu, demi untuk menjadikan kedai anda sebagai sebuah kedai yang mesra pelanggan, menyediakan senarai pelbagai pilihan bank pembayar adalah suatu langkah yang sangat wajar. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada sistem Niaga Kit. Kebanyakan produk lain yang seumpamanya tidak menyediakan kemudahan ini. Melalui kemudahan ini, Niaga Kit telah menyediakan satu borang khas untuk meletakkan bukti pembayaran mereka. Pun begitu, sistem Niaga Kit turut tidak menafikan kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan lain yang lebih selesa membuat pembayaran melalui kad kredit ataupun paypal. Dengan wujudnya kemudahan pembayaran melalui kad kredit dan paypal ini pula, anda bukan sekadar mampu untuk berniaga di persekitaran Malaysia sahaja, bahkan juga mampu untuk melangkaui sempadan negara.

3. Pengurusan jualan dan belian. Seperti juga perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan pengurusan yang profesional demi untuk memastikan kelansungan perniagaan dan perkembangannya. Sistem Niaga Kit turut menyediakan keperluan ini. Melalui ruangan khas di bahagian admin, anda boleh menggunakan sistem yang disediakan untuk menguruskan perniagaan anda secara lebih baik dan teratur. Segala urusniaga tersebut akan direkodkan untuk rujukan di masa depan, termasuklah maklumat terperinci para pelanggan. Ya, anda boleh memanfaatkan maklumat-maklumat pelanggan ini seumpama 'mailing list', menghantar maklumat produk terbaru, produk terlaris dan juga menghantar kupon potongan harga pada musim-musim tertentu. Ini pastinya akan membantu meningkatkan penghasilan jualan anda.

4. Mesra SEO. Enjin carian boleh dikatakan gerbang utama bagi seseorang yang ingin mencari maklumat di internet. Oleh itu, adalah merupakan suatu kerugian yang besar jika peniaga kedai online mengkesampingkan fungsi ini. Team Flarebiz telah menjanjikan bahawa sistem Niaga Kit adalah sangat mesra SEO. Bagaimanakah cara ianya berfungsi ? Team Flarebiz pastinya bersedia memberikan penjelasan kiranya anda benar-benar berminat ingin mengetahui mengenainya.

Apakah 'kekurangan' yang ada pada produk ini ?
Sejauh yang saya perasan, dan yang sempat saya kesan, ialah pada 'harga'nya. Ya, harga untuk sistem kedai online 'NiagaKit' adalah yang sangat murah yang pernah saya temui, jika hendak dibandingkan dengan produk-produk lain, yang seangkatan dan sekelas dengannya. Meski pun saya masih lagi seorang pengguna 'hosting percuma' untuk kedai online saya, namun saya juga sebenarnya sedang membuat tinjauan mengenai pakej-pakej tawaran dari pelbagai pihak, sebagai persediaan untuk menaiktarafkan perniagaan internet saya, khususnya untuk kedai online ini. Oleh itu, perbandingan harga adalah merupakan kriteria yang menjadi perkiraan dan penilaian saya, selain dari kualiti sesuatu produk.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, saya hanya ingin mengulas beberapa ciri-ciri menarik pilihan saya sahaja. Selebihnya, anda boleh mencuba dan merasainya sendiri. Sila ke laman Niaga Kit untuk maklumat yang lebih lanjut.

Anda masih tercari-cari atau terfikir-fikir produk apa yang hendak diniagakan di internet ?
Sekali lagi Flarebiz Network sedia membantu. Jom kita sertai Mini Seminar 'Asas Buat Duit dengan Produk Fizikal' yang dianjurkan oleh mereka. Ianya khusus untuk perniagaan kedai online, yang berasaskan produk-produk fizikal. Mungkin ianya bakal membantu mencetuskan ilham untuk anda. Seminar ini akan di adakan dari masa ke masa, biasanya pada hujung minggu. Anda boleh memilih masa yang bersesuaian dengan kesenggangan anda. Tarikh paling hampir ialah pada 28hb Mac ini (Ahad). Anda juga boleh mengikuti perkembangannya di laman web NiagaKit/Mini-Seminar. Apa yang paling menakjubkan ialah mengenai yurannya. Cuma RM 10.00 sahaja!

Isnin, 7 Disember 2009

JUALAN AKHIR TAHUN… YES!

Ops! Sebelum anda terkeliru dengan tajuk di atas, biarlah awal-awal lagi saya memaklumkan bahawa tawaran Jualan Akhir Tahun ini bukanlah berlaku di Kedaisiberneka. Buat masa ini Kedaisiberneka belum berkemampuan lagi untuk membuat tawaran seumpama itu.


Saya sebenarnya sedang membantu mempromosikan produk usahawan internet yang lain, disamping membantu anda juga untuk mendapatkanpilihan yang lebih baik dan lebih nilai untuk wang anda.

Jualan Akhir Tahun atau Year End Sale (YES) ini, adalah pakej yang ditawarkan oleh dua buah syarikat, Ilham Vision dan IITs. Kedua-dua syarikat ini bergabung dan menawarkan 3 produk pada satu harga yang sangat istimewa. Apakah produk-produk tersebut ? Sila lihat imej di bawah :



Jika anda lihat pada imej di atas, jika anda membeli produk-produk tersebut secara berasingan, jumlah keseluruhan harganya ialah RM240.00. Namun, untuk tempoh yang sangat terhad ini anda cuma perlu membayar sebanyak RM150.00 sahaja untuk ketiga-tiga produk tersebut. Anda telah berjimat sebanyak RM90.00, atau mendapat diskaun sebanyak 37.5%.

Secara umumnya, Pakej YES ini amat bersesuaian kepada mereka yang sedang berkira-kira atau sedang mengintai peluang untuk 'cari makan' di internet, sama ada melalui bidang perniagaan, mahu pun melalui bidang pengiklanan.

Berikut ini saya senaraikan kembali ketiga-tiga produk di atas, mungkin ianya kurang jelas pada penglihatan anda.

VIDEO TUTORIAL MEMBINA LAMAN WEB E-SHOP - Harga asal = RM100.00
PANDUAN BLOG AUTOMATIK - Harga asal = RM90.00
PANDUAN ASAS ADSENSE - Harga asal = RM50.00

Ketiga-tiga produk di atas telah dihasilkan oleh dua beradik yang sudah pun berpengalaman luas di dalam bidang perniagaan dan penghasilan pendapatan sampingan melalui internet.

Jika anda ingin turut serta menjejaki langkah mereka, ayuh dapatkan segera produk ini sementara ianya masih di dalam tempoh tawaran... YES!

Ahad, 25 Januari 2009

MENJUAL PRODUK DI INTERNET TANPA LAMAN WEB SENDIRI.

Di dalam pos yang lalu, saya telah menulis serba sedikit mengenai Ebay dan sejarahnya. Konsep laman web Ebay adalah seumpama sebuah kompleks perniagaan, jika hendak diperbandingkan dengan perniagaan offline yang sedia ada. Jika anda menyewa lot-lot yang dinamakan Ebay Store, anggaplah anda seolah-olahnya sedang menyewa sebuah lot kedai di dalam sebuah kompleks perniagaan. Cuma bezanya sewaan tersebut tidaklah semahal menyewa sebuah kedai fizikal. Namun, walau dengan kadar sewa yang serendah itu, janganlah pula diperkecilkan kesan dan kemampuannya. Kalau tidak, masakan berbillion manusia berurusan di Ebay.

Di antara kelebihan menggunakan Ebay yang boleh saya nyatakan di sini ialah, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan yang banyak untuk membina laman web, berbanding jika anda ingin memiliki laman web sendiri. Anda boleh mempelajarinya secara mudah melalui proses pembacaan sahaja. Lainlah halnya jika anda ingin mengetahui soal teknik dan rahsia yang berkesan untuk menjual di Ebay, maka itu anda perlulah berguru dengan SIFU yang berpengalaman. Keduanya, suatu hal yang sangat penting saya kira, dengan Ebay, anda tidak perlu lagi memikirkan soal kerja-kerja promosi bagi menarik pengunjung ke laman web anda. Adalah menjadi suatu kemestian di dalam mana-mana perniagaan pun, jumlah pengunjung yang ramai adalah harapan untuk kemajuan sesuatu perniagaan. Dengan berniaga di Ebay, anda sebenarnya sedang berada di tengah-tengah jutaan pengunjung yang sedang mencari barang-barang yang mereka perlukan.

Namun, bagi para ‘newbie’, mendengar nama Ebay sahaja ini mungkin seperkara yang menggerunkan bagi sekalangan mereka. Mungkin anda mempunyai produk yang ingin dijual untuk pasaran Malaysia sahaja. Dan mungkin juga, ada sesetengahnya yang lebih selesa untuk berurusan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Maka kerana itu, pos saya hari ini adalah untuk memberikan alternatif kepada anda yang dari kelompok yang sedemikian.

Memperkenalkan...
My1Stop.com.my


Apa itu My1Stop.com ?

Konsep My1Stop.com adalah seakan Ebay. Cuma bezanya sedikit ialah laman web ini tidak mempunyai ruangan ‘lelongan’. Terdapat 3 pakej yang disediakan, iaitu Startup (percuma!), Enterprise (RM90.00 – setahun), Business (RM180.00 – setahun).

Untuk Pakej Percuma, anda hanya layak untuk memuatkan 10 produk sahaja. Sementara Pakej Enterprise 50 produk, dan Pakej Business pula adalah sehingga 200 produk.

Sebenarnya, harga bagi ketiga-tiga pakej di atas adalah harga tawaran promosi. Harga sebenar bagi setiap pakej adalah seperti berikut :

1. Pakej STARTUP - RM150.00
2. Pakej ENTERPRISE - RM200.00
3. Pakej BUSINESS - RM300.00

Oleh itu, seyogia sangatlah untuk anda merebut peluang ini, sebelum tawaran harga promosi ini kembali kepada harga asalnya.

Terdapat dua pilihan untuk anda menerima pembayaran dari bakal pembeli. Sama ada berurusan terus dengan pembeli, dengan kaedah pembayaran yang dipersetujui bersama, atau pun menggunakan sistem pembayaran yang disediakan oleh pehak pengurusan. Jika anda menggunakan sistem pembayaran yang disediakan oleh My1Stop.com, ianya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada bakal pelanggan anda. Ini kerana My1Stop.com menerima hampir kesemua perbankan internet di Malaysia. Dan yang paling menariknya, My1Stop.com turut menerima pembayaran melalui kad kredit. Ini bermakna, tiada halangan untuk bakal pelanggan anda bershopping di store anda walau pun di dalam keadaan mereka tiada wang tunai.

Ada banyak keistimewaannya jika anda menjadi ahli berbayar di My1Stop.com selain jumlah produk yang boleh anda paparkan. Anda boleh melihat sendiri ciri-ciri yang ditawarkan oleh mereka di sini. Namun jika anda masih ragu-ragu untuk melangkah laju, kenapa tidak mencuba dengan pakej percumanya dahulu ?

Ahad, 11 Januari 2009

INTERNET, WEB HOSTING & CUBIEX...


Apakah yang anda fahami apabila anda ditanyakan akan definisi untuk istilah Nama Domain dan Web Hosting ? Apakah anda mampu memberikan jawapannya mengikut kefahaman anda sendiri.

Jumlah pengguna internet di seluruh dunia bertambah setiap hari. Di Malaysia sahaja, menurut statistik yang dikeluarkan pada National IT Council (NITC) pada Disember 2005, pengguna internet di Malaysia adalah seramai 10,040,000 orang. Merupakan jumlah yang terbesar dan teratas, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain dari kelompok Asean. Dan jumlah itu sudah pasti bercambah berkali-kali ganda hingga ke saat ini.

Namun begitu, dengan jumlah yang begitu besar pengguna-pengguna yang celik IT ini, berapa ramaikah agaknya yang mengetahui secara asas mengenai internet, nama domain dan web hosting ini. Sebagai pengguna, saya rasa wajar juga untuk kita mengetahui serba sedikit bagaimana internet ini berfungsi. Maka tidaklah kita menjadi pengguna yang buta.

Untuk itu, sejajar dengan fungsi blog saya ini sebagai sumber maklumat asas untuk perniagaan dan pendapatan sampingan dari internet, saya ingin memperkenalkan beberapa istilah asas yang wajar untuk anda ketahui :

Internet
Perkataan internet adalah kependekan dari Inter-Network. Internet membawa maksud, jaringan atau perhubungan di antara satu komputer dengan komputer-komputer yang lain untuk tujuan perkongsian maklumat, dengan menggunakan satu kaedah atau protokol yang diberi nama Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP), atau pun Protokol Kawalan Tranmisi/Protokol Internet.

Nama Domain
Nama Domain ialah nama laman web yang anda daftarkan di internet. Di dalam kehidupan, khususnya di dunia moden ini, apa sahaja yang kita miliki secara sah, perlu kita daftarkan dengan pihak tertentu, yang berautoriti mengenainya, sebagai bukti ianya adalah miliki kita. Manusia yang baru dilahirkan, perlu didaftarkan kelahirannya. Kereta yang kita beli, perniagaan yang anda usahakan, semuanya memerlukan pendaftaran untuk membuktikan ianya adalah milik anda. Maka begitu jugalah dengan laman web anda di internet. Tidak kiralah sama ada laman web tersebut untuk tujuan perniagaan, persatuan, mahu pun blog peribadi. Nama domain anda juga akan menjadi ‘papan tanda’ dan alamat kepada laman web anda apabila diletakkan pada URLnya nanti.

Web Hosting
Merupakan tempat pada server internet di mana kesemua fail dan dokumen untuk website anda diletakkan, juga memberi maklumat jumlah bandwidth, jumlah ruangan pada server dan akaun-akaun database.

Sebagai memudahkah pemahaman, saya umpamakan hosting sebagai tapak kepada ‘premis’ anda di internet. Tidak kira apa pun tujuan sesebuah laman web itu dibangunkan, ianya memerlukan ‘tapak’ untuk membolehkan laman tersebut beroperasi. Jika laman web anda adalah laman web perniagaan, maka ianya bagaikan tapak kedai anda. Atau kiranya laman web tersebut menjalankan operasi perbankan, maka hosting tersebut boleh diandaikan sebagai premis bank di internet yang berurusan secara online. Maka bolehlah disimpulkan bahawa, web hosting itu diseumpamakan sebuah kompleks perniagaan yang menyediakan lot-lot kedai untuk disewakan.

Web hosting disedia dan dikendalikan oleh syarikat yang khusus di dalam menyewakan hosting. Saiz ruang yang hendak anda sewa adalah bergantung kepada kemahuan anda, berdasarkan saiz laman web anda. Ianya diukur dengan sukatan Megabyte (Mb) .

Web design
Web design ditakrifkan sebagai aktiviti atau kerja-kerja pembinaan dan merekabentuk sesebuah laman web. Ianya memerlukan perisian-perisian tertentu seperti Fontpage, Dream Weaver, CMS dan berbagai lagi perisian sokongan yang lain. Maka profesion membuat rekabentuk web itu pula dinamakan sebagai Web Designer.

Kesimpulannya, jika anda melayari internet, tidak dapat tidak anda akan mengunjungi sesebuah laman web. Dan laman web ini hanya boleh anda kunjungi jika ianya mempunyai nama domain yang terdaftar, dan apabila ianya berada di web hostingnya.

Apa pula Cubiex ?



Jika anda sudah memahami apa yang dikatakan Nama Domain dan Web Hosting sebagaimana yang telah dijelaskan di atas tadi, maka Cubiex.com pula adalah merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan sewaan hosting, dan pendaftaran untuk Nama Domain.

Perkhidmatan hosting di Cubiex.com disediakan oleh XPOD NETWORK, sebuah syarikat yang telah diasaskan sejak 2007. Dengan Cubiex, anda tidak perlu lagi merasa khuatir, kerana penempatan laman web anda di Cubiex akan diselenggarakan dengan baik dan dipantau sepanjang masa. Ini adalah janji dan jaminan pihak syarikat.

Di antara pakej yang ditawarkan oleh Cubiex ialah Shared Hosting, Reseller Hosting, Virtual Private Server (VPS) Hosting. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej ini serta ciri-ciri yang ditawarkan bagi setiap pakej terus dari laman web Cubiex.com. Sudah pasti ada satu yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Ini kerana, sebagaimana motto perkhidmatan syarikat ini; “Affordable Doman & Web Hosting”, Cubiex menawarkan harga pakej pada kadar yang mampu dimiliki.

Berita baik untuk anda ! Kini Cubiex sedang menawarkan satu tawaran menarik untuk anda. Dengan menyertakan Kod Kupon berikut : ARTCT09, anda layak untuk mendapatkan Nama Domain pada harga RM25.00 (setahun) dengan setiap pembelian pakej web hosting, beserta bonus 50% ekstra untuk bandwith dan database.

Rabu, 24 Disember 2008

BENGKEL RAHSIA BLOGGER POPULAR


Di dalam pos yang terdahulu, saya telah menwar-warkan mengenai kursus pembinaan laman web yang menggunakan kaedah Joomla!, yang dianjurkan oleh KursusLamanWeb.com.

Hari ini, khususnya kepada anda yang berminat untuk menceburi arena blogging, saya memaklumkan pula satu bengkel yang diberi nama ‘Bengkel Rahsia Blogger Popular’.

Bengkel sehari ini akan dianjurkan oleh Bloglac.com, yang diterajui oleh saudara Aree Hanifiah. Berikut adalah maklumat mengenai bengkel tersebut :


BENGKEL RAHSIA BLOGGER POPULAR

Tempat :
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak

Tarikh :
Ahad, 18 Januari, 2009 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Ahad, 15 Februari, 2009 (9.00 pagi – 5.00 petang)
(Sila pilih salah satu tarikh sahaja)

Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang untuksetiap sessi.


Diantara tawaran menarik yang disediakan oleh pehak penganjur ialah Domain dan Hosting percuma untuk blog yang bakal anda bina nanti. Lain-lain tawaran, anda boleh lihat sendiri di laman web penganjur.

Jika anda merasakan kaedah pembelajaran secara praktikal melalui bengkel atau seumpamanya, adalah lebih berkesan dari sekadar membaca ebook, maka inilah masanya untuk anda menghadirkan diri.

Selamat berbengkel !

Isnin, 22 Disember 2008

KURSUS MEMBINA LAMAN WEB BERASASKAN JOOMLA!


Berita baik untuk anda yang ingin menambah ilmu, khususnya kepada anda yang berhajat ingin membina laman web anda sendiri. Yesbos Resource bakal mengadakan satu kursus membina laman web yang menggunakan kaedah Joomla!, suatu Sistem Pengurusan Kandungan atau Content Management System (CMS). Sistem ini mengandungi pelbagai fungsi yang membolehkan anda membina blog, laman web video, galeri foto, laman web sosial dan sebagainya. Joomla! mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun saya bukanlah orangnya yang layak untuk menceritakan hal itu.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai kursus tersebut :

KURSUS LAMAN WEB BERASASKAN JOOMLA

Hari dan Tarikh Kursus :
Ahad (25 Januari 2009)
** Tarikh tertakhluk kepada pindaan.
Tempoh Masa :
1 hari ( 9 Pagi hingga 5 Petang )
Lokasi Kursus :
No 22-B, Jalan 3/69,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Belakang Petronas Fasa 3

Kepada anda yang berminat, sila langsung sahaja ke laman web penganjur di KursusLamanWeb.com.


Ahad, 19 Oktober 2008

BELAJAR BINA LAMAN WEB SECARA BENGKEL


Sebelum ini, saya telah beberapa kali memperkenalkan beberapa produk yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai pembinaan laman web. Kebanyakan produk tersebut adalah di dalam bentuk ebook, video tutorial, atau kombinasi di antara keduanya. Paling terkini, ialah ebook ‘Manual E-Dagang’.

Hari ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi ruang atau pilihan buat anda. Kepada anda yang merasakan tidak selesa, atau tidak mampu mendisiplinkan diri untuk belajar secara kendiri, ini mungkin satu pilihan yang baik untuk anda. Apa yang saya maksudkan ialah dengan menghadiri bengkel pembinaan laman web. Berguru secara terus dari mereka yang pakar mengenainya.

Anda akan diasuh bagaimana untuk membina sebuah laman web perniagaan secara peribadi, dimana segala kemusykilan boleh ditanya-jawab secara bersemuka dan langsung. Bengkel yang saya maksudkan ini dianjurkan oleh BengkelWebsite.com, dibawah bimbingan saudara Zaki Yusof.

Bengkel ini akan berlangsung selama dua hari. Jika dinisbahkan kepada jumlah yuran yang dikenakan, ianya boleh dikatakan pada kadar yang sangat murah dan amat berbaloi dengan nilai wang anda. Apa tah lagi jika hendak dibandingkan seandainya anda menempah laman web anda dengan jurubina laman web profesional. Dengan menyertai bengkel ini anda bukan sahaja mampu membina laman anda sendiri, bahkan juga mungkin anda adalah bakal menjadi seorang jurubina laman web profesional yang baru !

Disamping bimbingan dan latihan secara bengkel ini, anda juga turut akan dibekalkan dengan video tutorial sebagai alat bantu untuk anda mengulangkaji di rumah. Disamping itu juga, terdapat pelbagai lagi bonus tambahan, yang mampu menambahnilaikan lagi pelaburan anda.

Kepada anda yang berhajat, sila rujuk maklumat lanjut dan terkini mengenai bengkel yang bakal dilangsungkan di laman web berikut : BengkelWebsite.com

Rabu, 10 September 2008

MANUAL E-DAGANG

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk yang boleh membantu anda memulakan perniagaan internet anda. Sebelum ini saya telah memperkenalkan beberapa pilihan. Namun saya tidak mahu untuk taksub kepada sesuatu produk sahaja. Ini kerana setiap produk itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri, yang mungkin dapat memenuhi kehendak dan citarasa anda yang berbeza juga. Fungsi saya di sini hanyalah sekadar memperkenal dan mencadangkan sahaja. Sebagai sumber tempat anda merujuk mengenai produk-produk yang terdapat di pasaran internet. Andalah yang menentukan untuk membuat pilihan.

Produk yang saya maksudkan ini ialah ebook yang berjudul, ‘Manual E-Dagang, yang diselenggarakan oleh saudara Abdul Rashid Basar, dari ARB Dagang.com. Boleh dikatakan segala panduan yang ditulis di dalam ebook ini hampir memenuhi segala keperluan untuk membina sebuah laman web perniagaan, khususnya untuk sebuah laman web mini. Diantara panduan yang diberikan ialah; panduan pendaftaran domain dan hosting, panduan pemasangan sistem pembayaran, sistem penerimaan pesanan, sistem khidmat pelanggan, sistem autoresponder dan juga sistem affiliate. Semua sistem di atas adalah merupakan keperluan asas bagi sebuah laman web perniagaan. Kini anda tidak perlu mengupah orang lain lagi.

Tidak tahu untuk merekabentuk laman web ? Jangan gusar ! Kerana ARB Dagang turut menghadiahkan anda sebanyak 40 template website yang menarik. Anda tidak tidak perlu lagi merasa gundah kerana tidak mampu untuk merekabentuk laman web anda. Turut diajar, ialah bagaimana untuk mempromosikan laman web anda dengan menggunakan wadah enjin carian.

Ebook ini tidak menyediakan pakej panduan berbentuk video. Ianya mungkin menampakkan sedikit kekurangan pada produk ini. Namun sebenarnya, ebook ini amat sarat dengan gambar-gambar, yang boleh membantu mempermudahkan pemahaman anda. Dari 256 jumlah mukassurat ebook ini, 222 darinya penuh dengan gambar-gambar ‘screen shot’ panduan langkah demi langkah. Bayangkan! Anda tidak perlu untuk banyak membaca, atau terpaksa menonton video terlebih dahulu. Sebaliknya terus melakukannya secara praktikal dengan menjejaki langkah demi langkah panduan bergambar ini.

Nah ! Jika dilihat pada senarai panduan dan kemudahan di atas, ebook ini sudah amat memadai untuk anda mempelajari asas untuk memulakan perniagaan internet.

Ada satu masalah lagi! Produk! Ya, produk! Mungkin masalah utama untuk anda memulakan perniagaan internet ialah ketiadaan produk untuk dijual. Disinilah, satu-satunya kelebihan ebook ‘Manual E-Dagang’ ini jika hendak dibandingkan produk lain yang seumpama dengannya. Disamping membeli ebook ini, anda turut diberikan lesen Hak Jualan Semula, dimana anda berhak untuk menjual semula produk ini, dan keuntungannya adalah seratus peratus milik anda juga!


__________________________________________________________
Lain-lain produk panduan membina laman web perniagaan :

Pakej Lengkap Perniagaan Internet.
Sistem Kedai Online.
Panduan Web Advance Edition.

Khamis, 21 Ogos 2008

‘PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET’ KINI DALAM VERSI DVD


Setahun yang lalu, saya pernah menulis dan memperkenalkan produk ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’ kepada anda di blog ini. Kini, setelah setahun berlalu, penerbit produk ini, saudara Mohd Najib Kasimin telah mengemaskinikan pakej ini kembali dengan mengeluarkannya dalam bentuk dvd pula.

Di antara kelainan dan kelebihan pakej ini di dalam versi dvd ialah, anda boleh belajar setiap modul dari pakej ini di mana sahaja yang anda inginkan walau pun tanpa talian internet. Ada kalanya tutorial secara online mempunyai masalah tersendiri seperti kelajuan yang tidak mencukupi, dan ini akan mengganggu situasi dan keselesaan pembelajaran anda. Atas kesedaran itulah barangkali, saudara Mohd Najib menerbitkan kembali produk ini dalam bentuk dvd pula.

Kepada anda yang suka menyimpan bahan-bahan ilmiah sebagai koleksi, versi dvd ini mungkin dapat menambahkan lagi arkib pustaka anda selain dari memanfaatkan ilmunya.

Anda boleh mendapatkan dvd ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’ ini di Monakas.com.

Khamis, 15 Mei 2008

INGIN MEMBINA KEDAI ONLINE SENDIRI ?

Saya pernah memperkenalkan kepada anda ebook rujukan untuk membina laman web jualan sebelum ini. Panduan-panduan tersebut ialah ‘Pakej Web Jualan Evolusi’ dan juga ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’.
Kini telah lahir sebuah lagi ebook yang membicarakan khusus bagaimana untuk membina kedai online anda sendiri. Ebook ini dinamakan ‘Sistem Kedai Online dengan Zen Cart’. Ebook ini ditulis oleh saudara Sabri Hassan dari SaifulSham Consultants, seorang usahawan internet muda Malaysia yang sangat berjaya, serta telah banyak membantu melahirkan ramai usahawan internet Malaysia lainnya bersama rakan kongsi beliau Syazwan.

Apa itu Kedai Online ?

Kedai Online atau ‘Online Store’ ialah kedai yang menjual produk-produk fizikal dengan tema-tema tertentu seperti pakaian, buku, muzik, atau mencakupi kesemuanya sekali. Fungsi Kedai Online seakan sama sahaja dengan Kedai Offline sedia ada. Bezanya; anda memerlukan komputer dan talian internet untuk mengunjungi kedai online ini. Selain itu, anda mungkin tidak lagi perlu memikirkan soal kesesakan jalanraya dan kepayahan mencari tempat letak kereta.

Membeli belah secara online mungkin masih baru dan asing bagi rakyat Malaysia. Terdapat banyak keraguan di kalangan orang kita untuk berurusniaga secara online. Kekhuatiran kepada kemungkinan berlaku penipuan, atau mungkin juga kerana kejahilan dan ketidakyakinan kepada keupayaan internet sebagai media urusniaga. Namun keraguan tersebut semakin hari semakin terhakis mengikut perkembangan masa.

Amazon adalah merupakan satu nama besar dengan sejarahnya yang tersendiri yang menjalankan perniagaan menggunakan kaedah Kedai Online ini. Di samping itu, di Malaysia kita sendiri juga telah wujud kedai-kedai online secara tidak kita sedari. Book Cafe dan Adik Bijak adalah contoh ‘online store’ untuk buku-buku fizikal, sementara Chicwear pula mengkhusus untuk produk pakaian tidur wanita.

Untuk membina sebuah laman web kedai online secara upahan, kosnya adalah di antara RM800 sehinggalah ke puluhan ribu ringgit. Ianya bergantung kepada tahap keprofesionalan orang yang anda upah. Jika anda seorang peniaga besar dan berjiwa besar, soal wang mungkin bukanlah masalah besar. Namun kedai online juga boleh dimiliki oleh seorang individu, asalkan anda mempunyai sumber produk yang boleh dijual di internet.

Sebagai seorang individu, mengupah orang membina kedai online bukanlah langkah yang bijak. Apatah lagi jika anda langsung tidak tahu untuk mengendalikan laman jualan yang telah dibina itu. Sebagai contoh; bagaimana untuk menambah produk baru, atau mengeluarkan produk tidak diperlukan dari laman web anda?. Jika hal seumpama ini pun tidak mampu anda lakukan, maka tidak perlulah anda mengupah orang untuk membina laman kedai online anda. Ini kerana, seperti laman web jualan yang lain, kedai online perlu dikemaskinikan kandungannya dari masa ke semasa.

Ebook ‘Sistem Kedai Online ...’ telah memberikan alternatif kepada anda untuk membina laman kedai online sendiri dari mengupah orang. Kosnya juga akan merudum jauh lebih rendah dari menggunakan khidmat perunding.

Sistem Kedai Online ...’ tidak sekadar mengajar anda bagaimana untuk membina laman kedai online semata-mata, bahkan juga turut membimbing anda bagaimana untuk mengesani produk-produk yang berpotensi untuk dijual secara online, serta bagai mana untuk mendapatkan produk tersebut. Pendek kata, ebook ini akan membantu anda untuk menguruskan perniagaan kedai online itu secara keseluruhannya.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ebook ‘Sistem Kedai Online ...’ ini terus dari Saudagar.com. Seperkara yang sangat menarik perhatian saya ialah tempoh jaminannya yang sangat panjang yang pernah saya ketahui, iaitu 1095 hari atau 3 tahun ! Satu tempoh yang sangat selesa untuk anda mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan lewat ebook ini. Mungkin, di penghujung tempoh jaminan tersebut, anda telah pun menjadi seorang usahawan internet yang berjaya !

Sabtu, 8 September 2007

APA ITU SEO ?

Di dalam apa jua bentuk perniagaan, pengiklanan dan promosi adalah merupakan elemen yang penting didalam memastikan kemajuan perniagaan tersebut. Perniagaan di internet juga tidak dapat lari dari keperluan ini. Di samping kaedah pengiklanan yang konvensional seperti suratkhabar, TV, radio, flyers dan sebagainya, perniagaan internet juga mempunyai kaedah promosinya yang tersendiri. Pengiklanan dan promosi tersebut boleh dibuat secara berbayar, atau pun secara percuma sahaja.

Google Adsense dan Bidvertiser adalah merupakan contoh pengiklanan berbayar di internet. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pengiklanan melalui blog dan juga forum.

Satu lagi kaedah yang dikatakan sangat berkesan untuk menarik pelawat ke laman web anda ialah melalui kaedah SEO.

Apa itu SEO ?

SEO adalah merupakan akronim bagi “Search Engine Optimization”. Jika dialihkan ke Bahasa Malaysia, ianya membawa maksud Pengoptimuman Enjin Carian. Jika dirujuk kepada Kamus Dewan, optimum memberi makna ‘kedudukan yang teratas atau yang paling menguntungkan!’. Oleh itu Pengoktimuman Enjin Carian bolehlah ditafsirkan sebagai proses atau kaedah bagaimana untuk menjadikan laman web anda berada di dalam ranking yang teratas apabila seseorang pencari maklumat membuat carian dengan menggunakan kata kunci tertentu di enjin carian.

Terdapat 3 laman web carian yang utama dan ternama di internet. Laman web Enjin Carian tersebut ialah MSN, Yahoo! dan Google. Dapat menguasai ketiga-tiga Search Engine sahaja pun sudah amat memadai. Namun begitu, ketiga-tiga Search Engine ini mempunyai proses dan peraturan yang berbeza dan tersendiri di dalam menentukan optimasi sesebuah laman. Walau bagaimana pun, mereka tetap mempunyai matlamat yang sama, iaitu memberikan maklumat yang selengkapnya kepada pengguna internet tentang apa yang ingin mereka cari.

Bagaimana untuk memahami kehendak ketiga-tiga Search Engine ini di dalam memastikan laman web anda mendapat kedudukan yang terbaik di laman mereka ? Ebook “SEO 3 Gergasi : Panduan Lengkap Optimasi Laman Web” telah menyediakan solusinya. Ebook ini adalah hasil kajian dan tulisan saudara Meor Shukri dari JomWebTemplate.com.

Terdapat 9 langkah yang dicadangkan oleh beliau melalui ebook ini. Kesembilan langkah yang disusun ini pula adalah merupakan kaedah yang selesa dan mesra dengan ketiga-tiga search engine tersebut. Ini bermakna, dengan mengikuti panduan beliau, anda tidak perlu lagi melakukan optimasi secara berasingan.

Ahad, 2 September 2007

VIDEO TUTORIAL PERCUMA !!!

Kepada anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pelaburan dalam mencari ilmu mengenai Perniagaan Internet, kini terdapat peluang untuk anda mendalaminya secara PERCUMA !

Pelajaran percuma ini adalah di dalam bentuk Video Tutorial, yang telah diusahakan oleh saudara Zamri Nanyan dan Mohd. Sufian dari VideoPercuma.com.

Video Tutorial ini terbahagi kepada 11 bahagian, yang merangkumi panduan pendaftaran nama domain, pemilihan penyedia webhosting yang fleksibel, panduan memuatnaikkan fail ke server, bagaimana memasang forum, cara mudah memasang blog, dan berbagai lagi...

Agak sukar untuk mendapatkan sesuatu dengan percuma di dalam dunia hari ini di mana segalanya berteraskan wang. Namun jika ada pihak yang sanggup memberikan sesuatu kepada anda secara percuma, apakah wajar anda menolaknya ? Video Tutorial ini mungkin boleh dijadikan asas untuk anda menjinakkan diri dengan lebih serius di dalam dunia perniagaan internet ini.

Ayuh! Dapatkannya sekarang di VideoPercuma.com.

Sabtu, 18 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN BLOG.

Saya telah pun menulis mengenai ‘Apa Itu Blog ‘ di peringkat awal blog saya ini lagi. Tulisan saya kali ini adalah seumpama kesinambungan kepada tulisan tersebut, sesuai dengan perkembangan dan produk terkini yang telah saya temui.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda pilih bagi membolehkan blog anda menghasilkan pendapatan sampingan :

1. Iklan Produk Sendiri. Jika anda mempunyai laman web jualan yang sudah tentunya menjual produk anda sendiri seperti ebook, perisian, atau produk fizikal yang lainnya, anda boleh menggunakan blog anda sendiri sebagai wadah promosi selain dari menggunakan tools pemasaran yang lainnya. Promosi boleh dibuat didalam bentuk review produk, atau pun sebagai iklan banner di side bar blog anda.

2. Program Affiliate. Ianya tiada banyak beza dengan iklan produk sendiri yang saya nyatakan di atas, melainkan sudah tentunya produk yang diiklankan bukanlah produk anda sendiri. Sekiranya klik yang dilakukan oleh pengunjung blog anda, berjaya menghasilkan jualan , anda akan dibayar komisen oleh pengurus affiliate mengikut peratus yang telah dijanjikan.

3. Menjual Ruang Iklan. Anda juga boleh menyediakan petak-petak iklan untuk disewakan kepada pengunjung yang berminat dengan kadar tertentu pada tempoh tertentu. Walau bagaimana pun, sila pastikan terlebih dahulu blog anda menerima trafik yang tinggi sebelum berhajat untuk menjana pendapatan melalui kaedah ini. Ini kerana sudah tentunya bakal pelanggan anda mengambil kira faktor jumlah pengunjung sebelum menyewa ruang iklan anda.

4. Iklan Google Adsense. Ini adalah merupakan program pengiklanan yang sangat popular di kalangan blogger. Pembayaran dibuat secara Pay Per Click. Ini bermakna tidak perlu berlakunya jualan produk. Oleh kerana itu, jumlah komisen untuk setiap klik tentulah tidak terlalu besar. Akan tetapi, komisennya dibayar di dalam matawang USD. Oleh itu, agak lumayan juga jika hendak dinisbahkan dengan RM. Setiap klik mempunyai nilai yang tertentu di antara USD$0.03 hinggalah ke USD$50.00, bergantung keywordnya yang tertentu. Komisen akan dibayar dengan cek setelah jumlahnya mencapai USD$100.00. Saya bukanlah pakar di dalam bidang ini. Jika anda ingin mendapatkan ilmu mengenainya, anda boleh berguru dengan Sham Raja Adsense atau pun Ariff Mustaffa.

5. Iklan Bidvertiser . Program ini hampir menyamai pengiklanan Google Adsense, namun agak kurang popular sedikit. Walau bagaimana pun, yang menariknya anda akan dapat menikmati hasilnya lebih cepat kerana komisennya dibayar bila jumlahnya sudah mencapai USD$50.00 sahaja. Komisennya juga dibayar dengan cek. Jika hendak lebih cepat lagi, anda boleh membuat tuntutan pada jumlah USD$10.00, dan komisen anda akan dibayar dengan Paypal. Jika anda berminat untuk menyertai Bidvertiser, sila mendaftar di sini!

Ada banyak lagi pilihan untuk anda menyertai program pengiklanan seumpama di atas selain mempromosikan produk anda sendiri. Yahoo! juga khabarnya sudah mempunyai program pengiklanannya sendiri yang diberi nama Yahoo! Ads, namun masih belum dibuka untuk warga luar US. Maka terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana satukah yang terbaik untuk anda.

Sudahkah anda mempunyai blog sendiri ?

Jika anda perlukan panduan bagaimana untuk membina blog, ada beberapa sumber rujukan yang boleh anda dapati. Sumber pertama ialah ‘Pakej Kit Blogger’ yang disusun oleh saudara Zulfadli aka Zul Smartusaha. Pakej ini baru sahaja dikemaskinikan dan ditawarkan hanya untuk 175 orang sahaja. Oleh itu, segeralah mendapatkannya sebelum tawaran ditamatkan !

Sementara untuk kedua pula ialah ‘Video Interaktif : Blog dan Duit dari A ke Z’, kerja tangan dari saudara Ramzan aka Raja Blog. Istimewanya produk ini ialah seperti mana judulnya, ianya di sampaikan dalam bentuk animasi dan video interaktif. Mungkin ini adalah kaedah yang mampu mempermudahkan pemahaman anda.

Jumaat, 10 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN EBOOK.

Ebook adalah merupakan di antara produk yang sangat popular dijual di internet. Ianya dikategorikan sebagai Produk Digital, yang mana membawa maksud; produk yang tidak mempunyai bentuk, saiz dan berat. Dalam bahasa mudah, ianya adalah produk yang tidak dapat kita sentuh secara fizikalnya. Contoh lain bagi produk digital ini ialah seperti perisian komputer dan grafik laman web.

Saya pernah menulis mengenai definisi ebook ini di peringkat awal blog ini lagi. Produk digital seumpama ebook ini mempunyai beberapa kelebihan tersendiri jika hendak dibandingkan dengan buku fizikal. Dari segi kos penerbitan misalnya, ebook tidak memerlukan kos percetakan. Setiap kali kandungan ebook dikemaskinikan, pembeli akan mendapat edisi terkininya tanpa perlu membeli sekali lagi. Ebook juga tidak memerlukan kos penghantaran kerana ianya boleh dihantar melalui proses muat turun sahaja.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran di dalam sesuatu bidang, mengapa tidak anda kongsikannya dengan orang lain melalui ebook ? Disamping dapat membantu menyelesaikan masalah orang ramai, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan melaluinya !

Berikut adalah contoh-contoh ebook yang telah banyak membantu orang ramai :

Mas Kahwin Yang Hilang - Panduan untuk menguruskan kewangan anda.
Repair Komputer Sendiri - Panduan untuk membaiki komputer.
Panduan Belajar Bahasa Arab - Untuk anda yang ingin mempelajari Bahasa Arab.
Jana Wang Dengan Unit Trust – Panduan untuk melabur di dalam Saham Amanah.
Belajar Proses Installation - Panduan untuk memasang perisian komputer.

Setelah melihat beberapa contoh ebook di atas, diharapkan telah dapat membantu dan memberi idea kepada anda dalam menulis ebook anda sendiri. Apa yang paling penting, bagi memastikan produk anda laris, pengisian ebook anda mestilah mempunyai potensi dan permintaan yang tinggi. Dalam kata lain, kandungan ebook anda mestilah sesuatu yang sangat dicari-cari dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Jika anda berminat untuk menulis ebook, dan ingin tahu bagaimana sesebuah ebook dihasilkan, anda boleh merujuk kepada sebuah ebook yang khusus membicarakan hal ini. Ianya diberi judul, “Rahsia Penulis Ebook”, yang ditulis oleh saudara Shamsuriyadi, atau juga dikenali sebagai Sham Raja Adsense. Saudara Sham juga adalah merupakan penulis kepada ebook “Panduan Raja Adsense”.

Diantara tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam ebook ini ialah Kajian mengenai Keperluan dan Permintaan, Pemilihan Tajuk, Teknik Menulis, serta Perisian-perisian yang yang berkaitan.

Ebook ini tidak sekadar mendidik anda bagai mana untuk menerbitkan ebook, malahan juga turut membantu anda bagaimana untuk membina laman web jualan serta pelbagai kaedah pemasaran yang berkesan ! Ianya merupakan sumber rujukan yang sangat lengkap dan padat !

Kepada anda yang berminat untuk memilikinya, sila kunjungi : Penulisebook.com

Rabu, 18 Julai 2007

KOLEKSI PERISIAN USAHAWAN INTERNET

Saya telah pun memperkenalkan kepada anda mengenai Web Tools II Special Edition di dalam pos sebelum ini. Ianya adalah merupakan koleksi ribuan grafik yang direka khas untuk kegunaan laman web. Dengan memiliki koleksi ini, anda hanya tinggal memilih sahaja yang mana satu grafik kegemaran anda. Tidak lagi perlu memikirkan untuk mengupah orang lain atau merekaciptanya sendiri. Di samping koleksi grafik, turut disertakan juga pelbagai produk tambahan seperti ebook dan perisian yang berkaitan.

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi koleksi untuk anda ! Ianya diberi nama Mawardee’s Koleksi Perisian Usahawan Internet. Koleksi ini adalah kepunyaan dan ciptaan saudara Ahmad Mawardee, dari PerisianInternet.com. Kelainan pada koleksi kali ini berbanding Web Tools II yang telah saya perkenalkan, ialah sepertimana judulnya sendiri, ianya adalah lebih tertumpu kepada koleksi perisian-perisian.

Diantara perisian-perisian yang terdapat didalam koleksi ini ialah :

1. Instant Sales Letter & Minisite Creator – Perisian khas untuk membina laman web mini dan surat jualan dengan hanya 2 langkah mudah !

2. Tell-A-Friend Script Software – Perisian yang boleh membantu anda melakukan promosi sehingga 300%.

3. Golden Mailing List Pop-Up – Membantu anda membina mailing list dengan kaedah “Pop-Up”.

4. Google Adsense Cash in Content Software – Membantu anda meningkat kadar pelawat pada iklan sehingga 500 % !

5. Perisian Memo Ringkas Segera

6. Contact Form Generator.

7. Perisian Laman Muat Turun .

Apa yang tambah menariknya untuk koleksi ini ialah; panduannya disediakan di dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu anda tidak akan teraba-raba lagi untuk memahami aturan pemasangannya.

Jika anda sudah memiliki Web Tools II, Koleksi Perisian Usahawan Internet dari Mawardee ini seakan memperlengkapkan lagi keperluan anda…

Jumaat, 13 Julai 2007

WEB TOOLS II SPECIAL EDITION !

Anda telah pun saya perkenalkan dengan pakej pembelajaran pembinaan laman web jualan secara kendiri sebelum ini. Sama ada pembelajaran secara percuma mahu pun secara berbayar, sama ada pakej berbajet kecil, atau pada harga yang agak tinggi sedikit.
Sudahkah anda membuat pilihan ?

Untuk memastikan laman web anda kelihatan cantik dan menarik, maka laman web anda memerlukan hiasan dari grafik-grafik yang menarik juga !

Adakah anda seorang designer yang berbakat ?
Jika ya, tiada masalah untuk anda mereka grafik-grafik yang menarik untuk laman web anda sendiri. Namun begitu, jika sebaliknya, janganlah pula anda khuatir, kerana kini telah ada pakej untuk alatan membina laman web yang diberi nama Web Tools II Special Edition.

Pakej ini mengandungi 6 Koleksi Produk yang mengumpulkan lebih dari 2000 grafik pelbagai jenis. Tidak sekadar grafik, ianya turut disertakan dengan pelbagai perisian dan ebook yang berkaitan dengan pembinaan laman web.

Jadikan laman web anda lebih menarik untuk dikunjungi pelawat ! Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini.

Ahad, 8 Julai 2007

TEKNIK PEMASARAN VIDEO.

Salah satu ciri-ciri yang amat berkesan untuk memasarkan produk anda selain dari sales letter yang membunuh, mutakhir ini ialah pemasaran video. Sebelum ini, selain dari penggunaan sales letter yang berkesan, laman web jualan turut disertakan dengan penggunaan audio sebagai kata-kata aluan dari penjual produk.

Namun kini, dengan kecanggihan teknologi, pengunjung tidak sekadar mendengar suara dari penjual mengenai produk mereka, bahkan juga dapat melihat wajah penjual secara visual, bukan sekadar foto malah dalam bentuk video. Penjual juga boleh memberi penerangan bagaimana produk mereka berfungsi. Kaedah ini boleh membantu melariskan produk mereka, berbanding dengan ‘memaksa’ pengunjung membaca sales letter yang berjela-jela panjangnya !

Kini telah lahir ebook panduan bagaimana membangunkan video di laman web yang berjudul “Pemasaran Video”. Ebook ini sepenuhnya berbahasa Malaysia, dan disusun oleh saudara Muhammad Fadhli, dari Pemasaranvideo.com. Panduan ini tidak hanya sekadar ebook, tetapi juga turut disertakan video tutorial bagi memudahkan pemahaman anda.

Kepada anda yang berminat untuk mempelajari teknik ini, bolehlah mendapatkannya di Pemasaranvideo.com