Ahad, 29 April 2007

APA ITU CLICKBANK ?

CLICKBANK adalah merupakan sebuah laman web yang menguruskan Program Affiliate secara berpusat. Ianya seumpama sebuah bursa yang menjadi tempat pertemuan tiga pihak; Penjual, pembeli dan juga agen penjual. Walau bagai mana pun, produk-produk yang terjual di Clickbank hanyalah merupakan produk-produk digital sahaja, seperti ebook dan perisian.

Ahli-ahli usahawan internet yang berpengalaman, menganggap Clickbank bagaikan lombong emas di internet. Mengkesampingkan potensi Clickbank sebagai sumber pendapatan adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.

Namun begitu, sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat Malaysia, ialah negara kita ini adalah merupakan salah satu daripada negara yang tidak disenaraikan di laman web tersebut. Tidak disenaraikan bermaksud kita tidak layak untuk menyertai program affiliate mereka. Antara alasan kenapa negara kita telah disenaraihitamkan
dari laman web mereka ialah terdapatnya banyak penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh pengguna internet dari Negara ini.

Namun begitu masih ada jalan keluar untuk permasalahan ini. Sebuah ebook yang berjudul : CHAPTER-M : A Malaysian's Guide To Profit From ClickBank & PayPal, telah meleraikan kekusutan ini. Ebook ini ditulis oleh seorang Usahawan Internet Malaysia yang terkenal, Gobala Krishnan.

Ebook ini juga turut memberikan tips-tips bagai mana untuk mengeluarkan duit dari akaun PayPal anda. Di dalam review sebelum ini saya telah memperkenalkan ebook MalaysiaPal, yang memberikan alternatif untuk pengguna PayPal di Malaysia. Kini Chapter M turut memberikan alternatifnya yang tersendiri dalam mengatasi masalah tersebut.

Kepada anda yang berhajat untuk memiliki ebook ini sila KLIK pada pautan berikut : CHAPTER-M. Ebook ini bernilai RM37.00, dan ditulis di dalam dua versi : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sabtu, 14 April 2007

VERSI TERKINI EBOOK MALAYSIAPAL

Di dalam tulisan sebelum (26/2/2007) ini saya pernah memperkenalkan kepada anda apa itu Paypal dan MalaysiaPal. Ya ! Menurut mereka yang sudah berpengalaman luas di dalam perniagaan internet, keperluan untuk memiliki akaun Paypal sangatlah tidak dapat dielakkan. Ini kerana kewujudan medium pemprosesan pembayaran seumpama Paypal membolehkan anda memperluaskan perniagaan ke seantero dunia. Kepada anda yang belum bersedia untuk melibatkan diri di dalam perniagaan internet, anda pula berpeluang untuk menyertai program penjanaan pendapatan yang lain seperti program Affiliate, AGLOCO, Search n Earn Program dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, satu masalah yang di hadapi oleh rakyat Malaysia ialah wang yang terkumpul di dalam akaun Paypal tidak dapat dikeluarkan melalui bank-bank di Malaysia. Sehinggakan ada sesetengah pengguna Paypal membelanjakan kembali pendapatan mereka di Paypal untuk pembelian secara online. Tapi sayangnya, apalah sangat yang boleh anda beli di internet, dan apakah barang yang anda beli itu benar-benar anda perlukan atau sekadar hanya kerana hendak menghabiskan duit yang ada ?

Kehadiran ebook "MalaysiaPal : Alternatif Paypal di Malaysia", benar-benar telah membantu membuka jalan kepada rakyat Malaysia khususnya pengguna internet, menunaikan wang mereka di Paypal ke dalam Ringgit Malaysia. Ebook tersebut kini berada di dalam versi 2.0. Versi sebelum ini (V1.20) diedarkan secara percuma. Walau bagaimana pun untuk versi kali ini ianya dijual pada harga RM 10.00 sahaja. Harga yang anda pasti mampu ! Pada versi terbaru ini, tiga kaedah telah diperkenalkan bagaimana anda boleh menunaikan USD di Paypal kepada RM, berbanding versi sebelum ini hanya dengan satu cara sahaja. Anda hanya perlu memilih mana-mana kaedah yang dirasakan sesuai dengan kehendak anda. Apa dan bagaimanakah kaedah-kaedah tersebut ? Dapatkan segera ebook ini kerana segalanya ditunjukkan secara mudah, langkah demi langkah.

Seperkara yang menarik mengenai ebook ini, pembeli diberikan hak untuk menjual semula ebook tersebut pada harga yang sama. Ini bermakna jika anda berjaya menjual hanya satu salinan, anda sudah mendapatkan kembali modal anda semula. Bagaimana pula jika anda berjaya menjual 20 salinan ? Anda sendiri bayangkan… Pembeli juga akan dibekalkan dengan segala kemudahan untuk menjual ebook ini seperti surat jualan dan sebagainya.

Jika anda bercita-cita hendak menjadi usahawan internet pada suatu hari nanti, kenapa tidak memulakannya pada hari ini dengan 'produk' ini dan dengan modal yang serendah ini ? Dengan Cuma RM10.00, anda tidak akan kerugian apa-apa kerana anda mendapat tiga pilihan : 1). Pengetahuan, 2). Peluang pendapatan, dan 3).Kedua-duanya sekali.

Untuk membeli ebook ini terdapat dua kemudahan : Melalui Paypal, dengan harga USD$3.00 sila klik : MALAYSIAPAL.COM, atau melalui E-gold (USD$3.00) & Maybank2u (RM10.00), sila klik : BUKUSIBER2U. Anda akan dibekalkan dengan dua versi sekaligus ! Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Khamis, 12 April 2007

PROMOTER SAMBILAN EYECATCHER

Tulisan kali ini adalah merupakan tulisan yang terakhir saya dalan siri pendapatan sampingan melalui pengiklanan. Jika dikira dari "Google Adsense", maka sudah tiga peluang yang saya perkenalkan kepada anda. Walau bagai mana pun, peluang yang ingin saya perkenalkan pada kali ini bukanlah pengiklanan yang berasaskan internet. Namun begitu, anda boleh gunakan internet sebagai medium promosi dan merekrut ahli / downline. Contoh yang boleh anda lihat ialah laman web saya sendiri : Eyecatcher2u.

Apa itu Eyecatcher ?

Konsep pengiklanan Eyecatcher ialah pengiklanan di cermin kereta. Sama ada di depan atau belakang. Konsep pengiklanan seumpama ini telah diperkenalkan oleh Syarikat Accential Holdings, sebuah syarikat pengiklanan yang beribupejabat di Puchong, Selangor. Ianya telah dilancarkan pada 27hb. Ogos, 2006. Jika di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, konsep pengiklanan di badan kenderaan telah pun menjadi kebiasaan. Di badan-badan bas dan teksi umpamanya. Namun begitu konsep pengiklanan Eyecatcher ini membawa sedikit kelainan di mana sticker iklannya ditampal di cermin kereta dan stickernya pula bersifat lutsinar. Selain fungsi sebenarnya sebagai objek iklan, sticker ini juga boleh dijadikan sebagai penapis cahaya.

Keahlian untuk program ini hanya dibuka untuk pemilik-pemilik kenderaan persendirian sahaja. Sehingga kini, seramai 93,849 orang telah mendaftarkan diri. Walau bagai mana pun , jumlah tersebut sebenarnya masih terlalu kecil kerana sasaran sebenar syarikat yang seramai 2 juta peserta.

Bagaimana anda dibayar ?

Apabila kenderaan anda terpilih untuk ditampal sticker iklan, anda akan dibayar sebanyak RM 10.00 untuk tempoh sebulan. Jika kontrak dengan pelanggan syarikat adalah selama 3 bulan (sebagai contoh), maka anda akan mendapat sebanyak RM30.00. Jumlah tersebut tentunya tidak begitu besar bukan ? Akan tetapi, jika anda mempunyai ramai downline, maka setiap downline yang terpilih anda juga akan mendapat sebanyak RM10.00 juga bagi setiap downline. Tapi kenapa ada perkataan 'terpilih'? Ini kerana tidak semua peserta yang mendaftar akan layak untuk menjadi promoter di dalam satu-satu masa. Sebagai contoh jika anda mempunyai downline berdaftar seramai seratus orang, tetapi hanya 40 orang sahaja yang layak untuk menjadi promoter untuk sesuatu kempen, maka anda layak untuk mendapat komisen sebanyak RM400.00 sebulan.

Pemilihan kelayakan untuk penampalan sticker adalah bergantung kepada kehendak pelanggan syarikat. Ianya mungkin melibatkan laluan kereta anda, negeri anda, usia anda atau seumpamanya. Setiap pelanggan mempunyai golongan sasaran mereka yang tersendiri untuk produk mereka. Jika sekiranya pelanggan tersebut hanyalah sebuah syarikat kecil, dan hanya mahu mempromosikan produk mereka di kawasan tertentu sahaja , maka peserta dari kawasan itulah yang akan terpilih. Sebaliknya jika pelanggan syarikat tersebut adalah merupakan syarikat multinasional, maka berkemungkinan besar semua ahli akan berperluang untuk turut serta.

Anda berhak untuk mendapat komisen sehingga ke level 4. Nilai komisen pada setiap level adalah sama iaitu RM10.00 bagi setiap downline. Walau pun anda tidak layak untuk menjadi promoter pada satu-satu masa, namun anda tetap layak untuk menikmati komisen dari downline anda...

Maklumat lanjut dan peraturan untuk menyertai program ini boleh anda perolehi dari laman web promosi saya : Eyecatcher2u. Walau bagaimana pun, untuk sementara waktu ini, sejak 15hb Mac yang lalu, pendaftaran ahli-ahli baru telah dihentikan untuk sementara waktu. Khabarnya, pehak syarikat sedang mengemaskinikan data-data keahlian yang sedia ada, serta persediaan untuk pengedaran sticker. Siapakah yang akan terpilih, masih belum diketahui lagi. Namun begitu, jika anda berminat untuk menyertai program ini, bolehlah anda mengisi borang pendaftaran sementara (borang manual) di laman web saya itu. Saya akan menyimpan maklumat anda dan mendaftarkannya sebaik sahaja pendaftaran dibuka semula.

Selasa, 3 April 2007

APA ITU AGLOCO ?


Sudah lama benar saya tidak menulis di blog ini. Ini kerana saya sedang melakukan promosi untuk program Search n Earn. Harap-harap program ini benar-benar memberikan hasil seperti mana yang telah dijanjikan. Sekiranya anda adalah pembaca setia blog ini, saya mohon maaf kerana sudah agak lama tidak menulis...

Anda masih lagi didalam siri penulisan saya mengenai pendapatan sampingan yang berasaskan bidang pengiklanan. Apa yang menariknya program yang ingin saya perkenalkan kepada anda pada kali ini juga adalah PERCUMA untuk disertai. Ianya dinamakan AGLOCO. Apakah yang dimaksudkan dengan AGLOCO itu ? Ianya adalah akronim bagi rangkaian perkataan ; A Global Community. Jikan ditafsirkan, ianya membawa makna “Masyarakat Sejagat”. Dari namanya sahaja sudah membayangkan bahawa penyertaannya adalah terbuka kepada seluruh pengguna internet sedunia!

Sebagai mana program Search N Earn dari SlashMySearch.com yang telah saya perkenalkan sebelum ini, program AGLOCO sangat mudah. Anda hanya perlu 'set up'kan viewbar AGLOCO di skrin komputer anda, dan selepas itu anda hanya perlu melayari internet seperti biasa sebagaimana yang telah anda lakukan sebelum ini. Namun begitu, jika sekiranya anda inginkan jumlah pendapatan yang lebih baik, maka anda hendaklah melakukan sedikit kerja iaitu dengan menghebahkan program ini kepada masyarakat internet yang lainnya dan mengajak mereka menjadi downline anda pula. Ini kerana jumlah ahli yang ramai akan menjadikan program ini lebih kukuh, dan dapat 'mengikat' para pengiklan untuk terus setia bersama AGLOCO.

Oleh kerana terdapat perbezaan dalam operasi kedua-dua program ini maka saya berpendapat kedua-dua program ini boleh disertai secara serentak. SlashMySearch.com menggunakan homepagenya sebagai syarat utama penyertaan, sementara AGLOCO pula hanya sekadar pemaparan viewbarnya di skrin komputer anda.Viewbar inilah yang akan berfungsi menyiarkan iklan-iklan yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan pemilik komputer tersebut.

Khabarnya program seumpama AGLOCO ini sudah pernah dijalankan pada sekitar tahun 1999. Pada ketika itu program tersebut dinamakan AllAdvantage. Program ini dikatakan sangat berjaya sehingga mampu membuat pembayaran sebanyak USD$100juta (sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Paid_to_surf ) Walau bagai manapun, program tersebut akhirnya terpaksa berkubur kerana kekurangan pengalaman. Ini kerana, pada tahun tersebut, penggunaan internet sebagai sumber penjanaan wang baru sahaja hendak bermula.
Kini program seumpama AllAdvantage itu muncul kembali dengan wadah dan kaedah yang sama, tetapi dengan nama yang baru; AGLOCO. Program ini dibangunkan kembali oleh bekas pengasas AllAdvantage, beserta beberapa tokoh muka baru.

Jika anda sudah memahami bagaimana Search n Earn Program (SlashMySearch.com) bergerak, tentu tidak sukar untuk memahami bagaimana AGLOCO berfungsi. Tiada banyak perbezaan di antara keduanya. Semakin ramai downline anda, makan semakin besarlah pula potensi pendapatan anda. Anda juga boleh menggunakan@mengajak downline anda di Search n Earn Program untuk turut menyertai program ini. Ini kerana tiada persaingan atau pertindihan di antara kedua program ini
.
Berikut adalah maklumat ringkas bagaimana program AGLOCO ini bergerak:

1. Anda hanya perlu melayari internet sekurang-kurangnya 5 jam untuk setiap bulan
bagi melayakkan anda menerima bayaran.

2. Anda sangat dianjurkan supaya mencari downline seramai mungkin supaya
menyertai program ini bagi mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Anda
berhak mendapat komisen sehingga ke level 5.

3. Belum ditetapkan lagi kadar bayaran yang bakal diterima oleh ahli untuk setiap jam
(minima 5jam!) yang yang dilayari.

4. (Maklumat akan ditambah dari masa ke masa...)

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini melalui blog, forum dan FAQs yang telah disediakan oleh pihak penganjur program. Sila klik pada pautan berikut untuk mendaftar : http://www.agloco.com/r/BBCM8423

Untuk anda yang inginkan rujukan mengenai AllAdvantage, sila gunakan pautan berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/Paid_to_surf


Komen peribadi saya: Jika sejarah AllAdvatage menjadi sandaran, maka ternyata program ini sememangnya membayar komisen yang telah dijanjikan kepada ahli-ahlinya. Upline saya adalah merupakan salah seorang yang turut menerima bayaran pada ketika itu. Program ini juga tidak meminta apa-apa bayaran untuk penyertaan. Maka, apa salahnya untuk mencuba ?

Saya akan mengemaskinikan maklumat dan perkembangan terkini program ini dari masa ke masa melalui blog ini. Kepada anda yang telah mendaftar melalui link ID saya di atas, sila hubungi saya melalui emel (kedaisiberneka@yahoo.com.my) bagi membolehkan kita bekerjasama dan saling bantu membantu untuk mengembangkan organisasi kita. Saya juga akan memberikan link-link tambahan yang berkaitan untuk menambahkan lagi maklumat anda. Jangan lupa untuk menyatakan nombor ID anda sekali!

Bersama berkongsi peluang !