Memaparkan catatan dengan label EBOOK PERCUMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EBOOK PERCUMA. Papar semua catatan

Isnin, 8 Mac 2010

PROGRAM PPL DARI ERUWAN GERRY AFFILIATES


Anda mungkin sudah pun mengenali siapa itu Eruwan Gerry Norsen. Sekurang-kurangnya, jika anda adalah pembaca blog ini ini yang konsisten, anda mungkin sudah pun mengenali beliau. Saya tidak akan bercerita panjang lagi mengeai beliau di pos kali ini. Anda boleh merujuk kembali tulisan sya mengenai beliau di sini.

Di samping menulis buku dan ebook, saudara Eruwan turut menawarkan peluang pendapatan sampingan kepada semua orang yang berminat. Peluang ini dibuka melalui program affliate bagi produk-produk beliau. Beliau mempunyai laman web affiliate induk bagi memasarkan produk-produknya. Laman web tersebut dinamakan sebagai Eruwan Gerry Affiliates. Terdapat sebanyak 9 produk semuanya yang dipasarkan melalui laman web affiliate ini. Produk-produk tersebut ialah : Video Panduan Lelong, Video Panduan Ebay, Import Dari China, Pembungkusan Hebat, Pengurusan Inventori Hebat, Rekod Simpanan Hebat, Automatic eBay Powerseller, Workshop Rahsia Raja Lelong, dan Internet Millionaire System.

Terkini, saudara Eruwan baru sahaja memperkenalkan program affiliate PPLnya. Saya pasti, anda sudah pun maklum akan apakah yang dimaksudkan dengan PPL atau Pay Per Lead ini. Saya rasa saya telah pernah menyentuh mengenainya sebelum ini.

Program PPL Eruwan GerryAffiliates diadakan bertujuan untuk mempromosikan laman web Eruwan Gerry Affiliates itu sendiri, di samping mengajak seramai mungkin mereka yang berminat untuk menyertai program affiliates EGA ini. Sebagai imbuhan, saudara Eruwan telah menawarkan sebanyak RM1.00 bagi setiap individu yang telah menyertai EGA ini melalui link affiliate anda. Paling menariknya, program PPL anjuran EGA ini tidak mempunyai tempoh masa. Dalam erti kata yang lain, sehinga bila-bila pun, selagi ada individu yang mendaftarkan diri sebagai peserta EGA, selagi itulah anda akan dibayar komisennya. Ini bermakna segala usaha promosi yang anda lakukan tidak akan menjadi sia-sia kerana ianya tidak mempunyai tarikh luput.

Komisen bernilai RM1.00 adalah merupakan antara tawaran yang agak tinggi di sekitar Malaysia kita ini. Sebelum ini ada beberapa lagi IM tempatan yang pernah menawarkan komisen sebanyak itu. Namun, bezanya dengan PPL EGA ini ialah tawaran mereka itu hanya di dalam tempoh tertentu sahaja. Sebulan misalnya. Selepas tempoh tersebut, link affiliate yang anda sebarkan ke serata pelusuk alam internet tidak akan membawa pulanga apa-apa lagi, sedangkan pemunya atau penganjur PPL tersebut masih mendapat manfaatnya. Begitu juga halnya dengan minimum payout untuk pembayaran komisennya yang agak tinggi, sehingga sukr untuk dicapai di dalam tempoh yang terhad. Hal ini seolah-olahnya menjadikan program PPL hanya layak dan dimonopoli oleh kelompok otai-otai IM yang mempunyai senarai emel yang besar sahaja. Semenjatara penyertaan golongan 'newbie' hanyalah sekadar berperanan sebagai penyumbang percuma subscriber kepada taukeh PPL. Saya rasa suasana seumpama ini perlu dikaji semula. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan gaya penganjuran program PPL ala barat yang seakan-akan mengeksploitasi orang ramai. Ianya juga dirasakan seperti tidak serasi dengan kehendak Islam, di mana orang yang telah melakukan kerja untuk kita, sewajarnya diberi imbuhan yang sewajarnya.

Untuk program affiliate EGA ini, para peserta juga tidak akan dibiarkan bersendirian didalam melakukan kerja-kerja promosi, khususnya kepada anda yang masih bergelar 'newbie'. Anda kan dibekalkan dengan panduan yang berupa artikel bersiri melalui emel, serta melalui ebook-ebook yang akan diberi secara percuma. Kesemua panduan ini bernilai RM398.00!

Dengan menyertai program PPL EGA ini, anda mempunyai dua peluang; samada untuk mempromosikan produk-produk bermutu milik Eruwan Gerry dengan imbuhan komisen yang lumayan, atau pun mempromosikan produk-produk percuma beliau yang tidak kurang hebatnya, dan mendapat komisen yang lebih mudah untuk diperolehi.

Segala keputusan adalah di tangan anda !

Khamis, 23 Julai 2009

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI JUTAWAN...

Adakah anda mempunyai impian untuk menjadi jutawan ?

Tak usahlah berselindung atau cuba untuk membohongi diri sendiri. Siapalah yang tidak mahu menjadi seorang jutawan… Lagi pun , apa salahnya untuk menjadi seorang yang kaya wang. Bahkan pula, mungkin dengan bergelar jutawan, anda mampu membuat lebih banyak perkara-perkara kebajikan. Asalkan jalan dan cara anda memperolehi kekayaan itu tidak pula melampaui batasan.

Untuk menjadi jutawan, anda memang tiada pilihan. Anda perlu melibatkan diri dengan dunia perniagaan. Pernahkah anda mendengar kisah seorang jutawan dari pekerjaan makan gaji ? Tentu tidak pernah bukan ? Jika ada pun pilihan lain untuk menjadi jutawan, mungkin dengan menyertai program ‘Who Wants to Be a Millionare’, atau rancangan TV realiti, ‘One In A Million’. Namun peluang seumpama itu bukan terbuka untuk semua orang.

Sejauh manakah langkah yang telah anda lalui di dalam dunia perniagaan ini. Sudah separuh jalan ? Atau belum memulakan apa-apa lagi ? Tidak kisahlah di mana pun status anda. Orang yang telah melangkah pun belum pasti akan berjaya jika langkah mulanya sumbang belaka. Jika anda belum memulakan apa-apa, eloklah anda mengatur langkah itu dengan lebih baik dan cermat, agar anda tidak terpelecok di belakang harinya.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada anda sebuah ebook panduan bagaimana mencari rezeki, khususnya di dalam bidang perniagaan, dan seterusnya melangkah menjadi jutawan !

Ebook ini berjudul ‘AMALAN JUTAWAN’, ditulis oleh saudara Mohd Hairil Nizam (MhNizam), dari PeminatJutawan.com. Ebook ini sebenarnya nipis sahaja. Amat sesuai untuk anda yang baru hendak berjinak dengan dunia perniagaan. Paling menarik, ebook ini tidak sekadar mengajar bagaimana mengatur kaedah dan strategi perniagaan semata-mata. Ianya turut membimbing anda di dalam menjaga hubungan dengan Yang Maha Pemberi Rezeki, serta hubungan sesama manusia.

Tidak perlu saya menulis banyak mengenai isi kandungan ebook ini, kerana ianya adalah PERCUMA sahaja. Jadi anda boleh membacanya sendiri tanpa mengeluarkan barang sesen pun untuk mendapatkannya.

Download segera di sini : AmalanJutawan.com

Malah, anda berpeluang untuk membuat duit pula melalui ebook ini. Promosikan ebook ini kepada sesiapa sahaja, dan anda akan dibayar sebanyak RM1.20 untuk setiap salinan. Tetapi AWAS ! Jangan berlengah-lengah lagi kerana tawaran ini akan hanya sah sehingga 31hb. Julai ini sahaja.

Apa tunggu lagi, download cepat : AmalanJutawan.com

Dan nantikan makluman dari penulis ebook ini, apa yang anda perlua buat jika anda berminat untuk menjana wang percuma darinya.

Khamis, 5 Mac 2009

MAJALAH IM #11

Majalah IM terbit lagi ! Kini dengan edisinya yang ke 11.

Topik utama Majalah IM kali ini ialah mengenai perniagaan ‘servis’ di internet. Topik yang agak menarik saya rasakan. Walau pun, perniagaan berasaskan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang baru, namun ianya jarang diperbincangkan setakat ini. Rasa-rasanya, belum ada lagi ebook-ebook berbahasa Melayu yang memberikan panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.

Makanya, perbincangan topik ini melalui Majalah IM #11 ini dirasakan amat bertepatan sekali. Diharapkan ianya dapat membuka jalan dan ilham kepada mereka yang sedang bergiat di dalam bidang perkhidmatan, untuk melebarkan pasaran mereka ke dunia internet pula. Mereka ini mungkin dari latar belakang pendidikan yang berbeza, dan mempunyai kesedaran celik internet yang tidak seragam.

Selain dari itu, sesuai dengan iklim ekonomi yang sangat parah ini, pastinya ramai dari kalangan mereka yang telah kehilangan pekerjaan itu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dijual di internet di dalam bentuk perkhidmatan. Maka jadikanlah panduan-panduan yang dibincangkan di dalam Majalah IM #11 ini sebagai pembuka langkah kepada anda.

Majalah IM #11 turut menebual seorang lagi IM tempatan. Sesuai dengan topik semasa, tokoh kali ini ialah seorang yang menjual servisnya di internet. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Kartunis Ubi. Jika anda peminat setia Majalah Ujang, anda sudah pasti mengenali beliau melalui siri Budak Hostel, dan Aku, Dia & Volkswagen. Kini kartunis Ubi adalah merupakan usahawan internet sepenuh masa. Bayangkanlah, bagaimana seorang yang berada di Malaysia ini menjual perkhidmatan design kartunnya ke seluruh dunia hanya melalui internet ! Tanpa perlu keluar ke mana-mana, hanya dari meja SOHO anda, anda berupaya menjana pendapatan yang lumayan. Dan, seperti yang dikatakan oleh Kartunis Ubi, tukaran wang asing akan menjadikan pendapatan anda lebih lumayan ! Ikutilah temubual penuh saudara Zhafran dengan kartunis Ubi ini bagi mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada anda di Majalah IM #11.

Ada banyak lagi artikel menarik yang berlegar di dalam bidang perniagaan servis ini. Antara judulnya ialah : Pengenalan Kepada Servis (Waida & Dikmal), Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Internet (Galadriel), Lakukan Pemasaran Untuk Servis Anda (Mohd Zhafran), Servis Satu Cabang IM Yang Lumayan! (Adly Mukhtar), Strategi Pemasaran Servis Di Internet (SmartZul), serta Ebook Sebagai Medium Mempromosikan Perkhidmatan Anda (Alang). Baca lebih lanjut semua ini di Majalah IM #11.

Bagaimana ? Tidakkah judul artikel-artikel di atas mampu merangsangkan kecenderungan anda untuk mula melakukan sesuatu, khususnya kepada anda yang mempunyai kemahiran tertentu. Pada hemat saya, kandungan Majalah IM kali ini sudah amat memadai sebagai asas untuk anda memulakan perniagaan servis anda. Perniagaan berasas servis juga tidak mewajibkan anda untuk memiliki laman web sendiri. Anda boleh menggunakan laman pengiklanan khusus untuk mereka yang berkhidmat secara ‘frelancer’ di internet. Butiran lanjut mengenainya boleh anda perolehi di Majalah IM #11. Ayuh ! Jangan bertangguh lagi... Download segera !

Selasa, 3 Mac 2009

3 EBOOK PERCUMA DARI RAJA KAMIL

Ebook percuma lagi ! Kali ini bukan hanya satu, tetapi tiga ebook sekali gus, di sumbangkan oleh penulis yang sama; saudara Raja Mohd Kamil Raja Rosli, atau lebih dikenali sebagai Raja Kamil. Untuk makluman, Raja Kamil juga adalah merupakan penulis ebook/lapuran “Rahsia USD50 Sehari”.

Ketiga-tiga ebook yang saya maksudkan itu adalah seperti berikut :

Ikan Kecil Untuk Ikan Besar


Duit Pantas Dari Lelong.com.my


3 Idea Buat Duit Di Blog

Dari segi kandungan, ebook ini agak ‘nipis’ sahaja. Maka tiada alasan untuk anda malas membacanya. Namun ianya masih mengandungi maklumat dan panduan yang sangat berguna. Amat sesuai untuk anda yang bergelar newbie macam saya. Mudah-mudahan ebook ini mampu mengorak langkah pertama anda untuk menceburkan diri dalam usahaniaga di internet.

Sila klik pada mana-mana imej ecover di atas untuk ke blog Raja Kamil bagi mendapatkan ke tiga-tiga ebook tersebut.

Rabu, 18 Februari 2009

MAJALAH IM #10 : JANA PENDAPATAN MELALUI EBAY...

Masih ingat lagi dengan Majalah IM? Baru selang beberapa pos yang lalu, saya telah memperkenalkannya kepada anda di blog ini. Kini Majalah IM muncul lagi dengan edisi yang ke sepuluhnya pula.

Fokus Majalah IM kali ini ialah mengenai bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman lelongan terkenal, iaitu Ebay. Saya pernah menulis serba sedikit mengenai ebay di laman ini di dalam pos yang terdahulu. Namun jika anda mahukan maklumat yang lebih sarat, Majalah IM edisi kesepuluh ini sangat membantu anda.

Di antara topik yang dibicara di dalam Majalah IM isu ke sepuluh ini ialah, Sejarah Ebay, tip mudah bagaimana membeli di Ebay, serta tip bagaimana untuk memasuki pasaran di Ebay.

Namun begitu, saya rasa kandungan yang paling menarik di dalam Majalah IM edisi kali ini ialah temuramah khas dengan tokoh usahawan Ebay dari Malaysia iaitu saudara Noorizam Shah. Saudara Noorizam adalah merupakan ‘ebayer’ yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Education Specialist Trained’ yang telah dianugerahkan oleh pehak Ebay sendiri. Pengiktirafan ini membawa maksud saudara Noorizam Shah adalah merupakan tenaga pengajar yang bertauliah untuk memberikan bimbingan mengenai selok-belok berurusniaga di Ebay.

Melalui temubual krew Majalah IM bersama beliau saudara Noorizam telah menceritakan pengalaman beliau berurusan di Ebay sejak dari peringkat awal penglibatan beliau lagi. Tidak semua perkara yang dikongsikan beliau itu adalah perkara yang indah dan manis belaka. Beliau turut menceritakan segala cabaran, risiko kerugian dan sebagainya, selama berkecimpung di dalam Ebay. Segalanya itu telah mematangkan beliau dan menjadikan dirinya berada di tahap ini kini. Kita, selaku ‘newbie’ di dalam bidang ini, tidak perlulah melalui pahit getir yang sama seumpama beliau, kerana pengalaman beliau itu sepatutnya menjadi pengajaran yang berguna kepada kita. Adalah merupakah suatu kebodohan jika kita melakukan kesilapan sama yang pernah dilalui oleh orang lain di dalam keadaan kita menyedarinya.

Turut memantapkan kandungan Majalah IM kali ini ialah, panduan menyediakan Pelan Perancangan untuk Perniagaan Internet anda. Sekali pun, anda menganggap perniagaan internet anda hanyalah sekadar kerja sampingan, namun janganlah dikesampingkan pula proses perancangan perniagaan itu. Sikap ini akan menentukan sejauh mana keberhasilan yang bakal dinikmati. Ianya juga menunjukkan betapa keseriusan kita di dalam melakukan bisnes.

Ikutilah penjelasan selanjutnya untuk semua ini di Majalah IM. Download sekarang !

Ahad, 1 Februari 2009

PAKEJ EBOOK PERCUMA : PANDUAN UNTUK MENJADI KAYA RAYA !

Anda sering dilanda kesempitan wang dan ingin membebaskan diri darinya ? Atau anda sedang berada di zon selesa tapi bercita-cita untuk menjadi lebih kaya ? Apa pun jawapan dan impian anda, anda memerlukan panduan untuk merealisasikannya.

Anda boleh membeli buku-buku panduan yang bertauliah, atau melantik penasihat kewangan yang profesional. Namun, sebelum melangkah untuk semua itu, kenapa tidak mencuba dengan sumber-sumber yang percuma dahulu ? Apa tah lagi jika sekarang ini anda berada di dalam situasi kewangan yang merunsingkan, sudah pasti mengeluarkan modal memantapkan pengetahuan anda tentang dunia kewangan , akan menjadi satu lagi beban yang baharu pula.

Tidak mengapa. Tidak semua perkara seharusnya bermula dan bergerak dengan wang. Modal yang paling besar dan berharga di dalam diri manusia ini adalah akal fikirannya. Tanpa akal fikiran yang waras, modal yang berupa wang dan kebendaan pun belum pasti akan dapat diurus secara bijaksana. Sementara akal yang sentiasa dikemaskini dan ditambahnilai dengan pelbagai cabang ilmu, sudah pasti akan dapat merencana dan menghasilkan sesuatu yang hebat.

Oleh itu marilah kita berusaha menambahnilai kepada kualiti minda kita. Sesuatu yang diperolehi secara percuma tidak semestinya tidak mempunyai nilai dari segi ilmiahnya. Laman web VisiJutawan.com kini menawarkan sesuatu yang sangat berharga untuk anda. Tetapi tawaran ini hanya untuk mereka yang cintakan ilmu sahaja. Tawaran yang saya maksudkan itu ialah “Pakej Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya !”.


Pakej ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Panduan Utama, dan juga Bonus. Panduan utama mengandungi koleksi artikel pelbagai tajuk, yang ditulis oleh berbilang penulis. Terdapat sejumlah 25 tulisan semuanya. Ianya menyangkuti pelbagai perbincangan dan topik, seperti motivasi, muhasabah, panduan, tips, komentar, biografi jutawan dan sebagainya. Semua berkisah di sekitar kewangan dan kejutawanan.


Sementara di bahagian Bonus pula, anda akan dihadiahkan dengan koleksi pelbagai ebook dan artikel, di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Terdapat 25 judul kesemuanya. Serba-serbinya menceritakan perihal kewangan dan perancangan kewangan. Terdapat juga beberapa judul yang membicarakan soal hukum di dalam sesuatu pelaburan dan urusniaga. Ya, di dalam keghairahan mencari kekayaan, persoalan hukum, halal dan haram, seharusnya tidak dikesampingkan.

Kesimpulan saya, sayugia benarlah anda ‘menyambar’ pakej ini segera, senyampang ianya masih diedarkan secara percuma. Saya tidak pasti apakah pemilik koleksi ini, saudara Razif Yusof, 25 tahun, akan selamanya memberinya percuma.

Dapatkan “Pakej Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya” ini segera di www.visijutawan.com . Oh ya! Terdapat satu lagi pendedahan berani di dalam pakej ini. Pendedahan mengenai seseorang yang bernama Nabil Hamidun. Siapakah beliau ini ? Dapatkan pakej ebook ini untuk mengetahui jawapannya...




Jumaat, 19 September 2008

LAPURAN PERCUMA & PELUANG BUAT DUIT RAYA !

Justin Michie telah menghasilkan satu laporan bertajuk "Traffic Tips Report". Ianya memberitahu anda 247 cara bagaimana anda boleh meningkatkan traffic ke website anda. Bukan mudah untuk mendapatkan panduan sebanyak itu!

Lapuran ini sebenarnya bernilai USD17.00 (RM57.80). Namun untuk sementara waktu ini, Justin akan memberikannya secara percuma kepada anda. Sudahlah begitu, Justin juga menawarkan tawaran yang agak lumayan jika anda membantu beliau menyebarkan lapuran ini.

Anda akan dibayar US$1.00 atau RM3.40 bagi setiap report jika anda membantu Justin menyebarkan report percuma ni. Banyak tu ! Bagaimana jika 10 orang memuatturun ebook ini melalui link affiliate anda ? Bagaimana kalau lebih banyak dari itu ? Akan beraya sakanlah anda nanti !

Program seumpama ini dinamakan Pay Per Lead (PPL). Anda tidak perlu menjual, tetapi cukup sekadar mengedarnya secara percuma sahaja. Tentu tidak sukar untuk menghadiahkan secara percuma, berbanding kena bayar kan ? Program seperti ini telah banyak kali saya perkenalkan kepada anda sebelum ini di blog ini. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang aneh, atau tidak masuk akal.

Apa yang ditunggu lagi ? Program dan tawaran seperti ini biasanya adalah sementara sahaja. Selepas suatu tempoh yang telah ditetapkan, penganjur akan menghentikan tawaran, dan mula membuat pembayaran. Harga bagi ebook ini juga akan kembali kepada harga asal (USD$7.00). Jika anda tidak percaya, sila kunjungi laman web ini : TrafficTipsReport.com

Ayuh ! Mulakan sekarang sebelum terlambat. Daftar dan download segera di : LemonadeHere.com

__________________________________________________________

Anda perlukan akaun paypal untuk menerima bayaran dari Justin. Jika belum ada, sila buka akaun paypal secara percuma di http://simurl.com/DaftarPaypal

Isnin, 1 September 2008

SALAM RAMADHAN 1429 !

Alhamdulillah ! Akhirnya sampai juga usia kita ke Ramadhan kali ini. Ramadhan di tahun lalu sudah tidak mungkin lagi akan datang kembali. Apa yang telah kita usahakan dan kita kumpulkan pada Ramadhan yang lepas, itulah hasilnya yang akan kita bawa ke akhirat nanti. Jika kita merasakan pencapaian di tahun lalu tidak begitu baik dan tidak memberansangkan, maka janganlah disia-siakan Ramadhan yang mendatang ini sementara kesempatan masih diberi oleh Allah s.w.t.

Semalam, kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kemerdekaan dari penjajahan pemerintahan negara telah pun 51 tahun berlalu. Namun janganlah disempitkan makna merdeka itu pada penjajahan fizikal semata-mata. Tidak ada maknanya kita merdeka dari sudut pemerintahan, sedangkan jiwa dan minda kita masih terbelenggu dengan budaya dan watak mereka.

Makanya, saya merasakan Ramadhan ini adalah merupakan bulan yang amat sesuai untuk mendidik dan membebaskan diri dari kekangan nafsu dan tingkah laku yang tidak beradab itu.

Tulisan ini sebenarnya lebih untuk mengingati diri sendiri. Namun, mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan ini, saya ingin menghadiahkan ebook percuma kepada anda. Ebook ini berjudul ‘Risalah Ramadhan, yang disusun oleh Imam Sutrisno. Saya hanyalah sekadar memanjangkan usaha dan amal jariah yang telah beliau lakukan. Kepada anda yang berminat untuk membaca ebook ini, sila muatturun di sini.

Selamat beribadah !

Ahad, 17 Ogos 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA USAHAWAN INTERNET

Jika anda masih merasa ragu-ragu atau tidak percaya bahawa internet boleh dijadikan medan penghasilan pendapatan, ebook ini mungkin mampu meningkatkan keyakinan anda. Dan jika anda sememangnya sudah yakin dengan keupayaan internet menjadi magnet rezeki kepada anda, rasanya ebook ini juga boleh meningkatkan lagi motivasi kepada anda untuk lebih giat berusaha.

Ebook yang saya maksudkan ini ialah Rahsia Usahawan Internet, satu lagi buah tangan dari AmmarZahar. Ebook ini diedarkan secara percuma sahaja. Oleh itu tiada alasan untuk anda tidak memilikinya. Sebelum ini AmmarZahar turut telah mengedarkan ebook percuma berjudul “Rahsia Squeeze Page”.

Ebook Rahsia Usahawan Internet adalah merupakan himpunan catatan interview saudara Ammar dengan beberapa orang usahawan internet tempatan, yang sudah boleh dianggap terbilang di dalam bidangnya. Mereka yang dimaksudkan itu ialah; Yusry, SmartZul, Amirol, Shuth, Erawan, dan Abooain. Jika anda merasakan masih belum begitu mesra dengan nama-nama ini, wajar benarlah anda membacanya. Selami dan telusurilah pengalaman mereka ini bagaimana langkah pertama mereka bermula, sehinggalah ke tahap terkini, mereka mula dikenali.

Ah ! Tidak perlulah saya menulis panjang mengenainya. Download sahaja secara percuma di PerniagaanInternet.com.

Mudah-mudahan, segala pengalaman, jerih perih dan suka duka yang dikongsikan oleh tokoh-tokoh ini, akan memberikan anda semangat dan sumber inspirasi untuk memulakan langkah pertama anda...

Selasa, 29 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : 20 CARA JIMAT MINYAK KERETA

Di dalam beberapa pos yang terdahulu, saya telah menulis mengenai beberapa produk untuk membantu menjimatkan perbelanjaan anda. Produk yang saya maksudkan itu ialah alat untuk menjimatkan tenaga elektrik serta produk yang boleh menjimatkan petrol atau diesel anda. Sememangnya untuk mendapatkan produk tersebut, memerlukan sedikit pelaburan. Jika memikirkan jangka pendek, tentulah ianya agak membebankan. Namun jika anda berpandangan jauh, ianya adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan. Namun, walau apa pun, pilihan adalah di tangan anda !

Usaha dan ikhtiar berjimat juga boleh di dalam pelbagai cara. Jika anda tidak mampu mengeluarkan belanja, masih ada pilihan lain untuk memulakan langkah berjimat. Ianya adalah bermula dari perkara yang paling asas, iaitu melalui sikap dan amalan harian kita sendiri. Untuk memperbaiki sikap, adakalanya kita memerlukan panduan dan bimbingan dari seseorang yang telah berpengalaman atau dari bahan bacaan yang telah dibuat kajian tentangnya.

Hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang boleh membantu anda melakukan langkah penjimatan ke atas minyak kereta anda. Ebook ini berjudul “20 Cara Jimat Minyak Kereta”, yang diusahakan pengumpulannya oleh saudara Fahmy (aka CODE7). Anda bertuah kerana penulis ebook ini telah menyumbangkan ebook ini secara percuma sahaja untuk manfaat bersama.

Kepada anda yang masih belum memiliki ebook ini bolehlah mendownloadnya melalui pautan berikut : http://www.ziddu.com/download/1749154/JIMAT-MINYAK-KERETA.zip.html

Pelajarilah, bagaimana perubahan kepada tabiat dan gaya anda menggunakan kenderaan anda, dapat membantu menjimatkan penggunakan bahanapi kereta anda, seterusnya akan menjimatkan juga perbelanjaan harian anda.

Sebar-sebarkanlah ebook ini kepada saudara dan rakan, yang jauh atau pun dekat, dengan memberikan link pautan download di atas kepada mereka. Atau, bawakan sahaja mereka ke pos ini. Mudah-mudahan usaha anda dapat memberi manfaat kepada semua.

Khamis, 24 Julai 2008

BLOG PERNIAGAAN INTERNET & EBOOK PERCUMA RAHSIA SQUEEZE PAGE

Di dalam pos kali ini, saya akan membicarakan dua perkara sekaligus. Ini kerana di antara dua perkara tersebut saling mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Dua perkara tersebut adalah sebagaimana judul pos saya pada hari ini iaitu :

1. Blog PerniagaanInternet.com

Blog ini diempunyai oleh saudara AmmarZahar, seorang usahawan internet muda. Siapakah AmmarZahar ? Tidak perlulah saya memperkenalkannya di sini. Anda boleh berkenalan dengan beliau di blognya: PerniagaanInternet.com. Sesuai dengan judulnya, blog ini seratus peratus membicarakan soal perniagaan internet dan sekitarnya. Kepada anda yang berstatus newbie (seperti saya !), yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet blog PerniagaanInternet.com adalah merupakan satu lagi pilihan yang baik untuk anda membuat rujukan. Oh ya! AmmarZahar turut menawarkan produk percuma kepada anda ! Anda Cuma perlu mendaftarkan diri di borang langganan untuk mendapatkan akses percuma bagi produk percuma tersebut.

Apa ditunggu lagi ? Ayuh ! Jom ke blog PerniagaanInternet.com !


2. Ebook percuma : RAHSIA SQUEEZE PAGE.

Pada 4hb Julai yang lalu, saudara AmmarZahar juga telah melancarkan ebook percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Squeeze Page’.

Apa itu Squeeze Page ?

Saya tidak akan menerangkan mengenainya di sini. Saya sendiri sebenarnya baru sahaja memahami apa itu Squeeze Page ini di dalam ertikata sebenarnya setelah membaca ebook ini. Walau pun ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi kita, malah kita sering menemuinya di mana-mana di internet, namun pentafsiran secara yang lebih ilmiah itulah yang dapat kita perolehi di dalam ebook ini.

Ebook Rahsia Squeeze Page membicarakan sepenuhnya mengenai Squeeze Page dan kepentingannya di dalam perniagaan internet. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu rujukan yang lengkap di dalam bahasa Melayu setakat yang pernah saya temui.

Turut ditunjukajar kepada kita lewat ebook ini, ialah bagaimana untuk membina laman ‘squeeze’ ini. Yang menariknya, anda turut diberi pilihan sama ada mahu menggunakan perisian berbayar, atau pun perisian percuma. Kedua-dua pilihan ini, diberikan panduan secara lengkap dan teratur.

Saya tidak pasti apakah ebook ini akan selamanya diedarkan secara percuma atau pun tidak. Oleh itu sayugianya saya mencadangkan agar anda mendownload segera ebook ini sebelum saudara AmmarZahar mengubah fikiran untuk menarik balik tawaran percuma beliau. Anda boleh memuatturun ebook ini di PerniagaanInternet.com.

Khabarnya AmmarZahar juga bakal menerbitkan sebuah lagi ebook menjelang Ogos depan. Ikutilah perkembangannya di blog beliau.

Khamis, 17 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA MENJADI PRO AFFILIATE !

Berita baik dan menarik sekali lagi !

Nampaknya mutakhir ini begitu giat sekali IM-IM tempatan kita menulis dan mengedarkan ebook panduan secara percuma. Ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat saya kira. Ianya dapat membantu membantu merancakkan lagi dunia perniagaan internet Malaysia, terutamanya di dalam mendidik bakal-bakal usahawan internet yang berminat. Ebook- ebook yang dihasilkan ini juga tidaklah kurang hebatnya. Ianya dihasilkan dengan kualiti yang baik walau pun untuk edaran percuma sahaja.

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi ebook percuma yang baru sahaja dilancarkan di dalam beberapa hari yang lalu. Ianya berjudul ‘Rahsia Menjadi Pro Affiliate’, yang disusun secara bersama oleh saudara Din Beramboi dan Kento. Kepada anda yang berminat untuk memuatturun ebook percuma ini, bolehlah mendapatkannya di rahsia-pro-affiliate.com.

Rahsia-pro-affiliate.com turut menawarkan peluang pendapatan sampingan untuk anda ! Sertai program affiliate mereka dan anda akan dibayar sebanyak RM0.25 bagi setiap ebook yang dimuatturun melalui link affiliate anda. Cepat daftar kerana program ini akan berakhir pada 13hb. Ogos nanti.

Rabu, 16 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA TRAFIK VIDEO MARKETING

Berita baik dan menarik untuk anda !

Saudara Hairi (aka The Reds) telah menghasilkan sebuah ebook panduan yang diberi judul ‘Rahsia Trafik Video Marketing’. Apa yang saya katakan baik dan menariknya ialah ianya diberikan secara percuma sahaja. Anda boleh mendownload ebook percuma tersebut di aspirasicyber.com.

Bahkan tambah lebih menarik lagi, anda berpeluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui program Pay Per Lead beliau. Cepat ! Daftar segera untuk program affiliate beliau sebelum ianya tamat pada bulan November nanti. Selain dari komisen sebanyak RM0.20 bagi setiap salinan ebook yang dimuatturun, pehak penganjur turut menawarkan ganjaran wang tunai untuk tiga tempat teratas.

Saya tidak akan mengulas panjang mengenai ebook ini kerana ianya adalah percuma, dan anda boleh mendapatkannya dan menilainya sendiri tanpa mengeluarkan sesen pun. Namun secara peribadi, saya merasakan ebook yang ‘setebal’ 53 mukasurat ini amat bermanfaat sekali. Kaedah pemasaran melalui video ini sememangnya perkara baru bagi diri saya. Bahkan jika menurut ebook ini sendiri pun, ianya masih belum begitu meluas lagi penggunaannya di Malaysia. Maka kerana itu pengetahuan mengenainya tidak harus dikesampingkan. Ianya akan membantu menambahkan lagi kaedah promosi dan pemasaran anda !

Selasa, 15 April 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA 7 DALAM ADWORDS

Anda mungkin sudah terlalu biasa dan mesra dengan kalimah ‘Google Adsense’. Di blog ini sahaja saya telah memperkenalkan beberapa ebook panduan bagaimana untuk menyertai program Google Adsense secara lebih profesional.

Namun begitu, pernahkah anda mendengar perkataan “Google Adwords ? (Soalan ini hanyalah untuk newbie sahaja !)

Secara mudahnya, Google Adwords sering dikatakan seumpama ‘kembar’ kepada Google Adsense. Jika di Adsense adalah seperti lubuk tempat kita menjala wang, Adwords pula adalah tempat untuk kita melaburkan modal untuk potensi pasaran dan pendapatan yang lebih baik. Google Adwords adalah tempat di mana kita mengiklankan produk dan perkhidmatan kita khususnya yang menggunakan medium internet, manakala Google Adsense pula adalah merupakan saluran di mana iklan-iklan kita akan diletakkan.

Google Adwords tidak semestinya hanya untuk mereka yang mempunyai laman web sendiri, produk atau pun perkhidmatan sendiri semata-mata. Ianya juga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang giat menyertai program affiliate, perniagaan MLM secara online dan sebagainya. Malah, terdapat juga peserta program Adsense menggunakan Adwords untuk mempromosikan laman web atau pun blognya. Malah dengan cara ini mereka telah mampu meningkatkan lagi pendapatan dari program Adsense mereka.

Kini kesedaran untuk menggunakan Adwords sebagai salah satu kaedah pengiklanan berkesan di internet semakin kian bertambah. Kalau dahulu kita mungkin melihat iklan-iklan Adsense di dalam bahasa Inggeris sahaja, kini iklan berbahasa Melayu kian mudah dilihat di mana-mana, khususnya di laman web dari Malaysia.

Walau bagaimana pun, rujukan dan panduan untuk menggunakan kemudahan ini di dalam Bahasa Melayu masih agar sukar ditemui. Syukur sekali, kerana usaha ini telah dilakukan oleh seorang penggiat Adsense, saudara Mohd. Naim @ Naem dengan melahirkan ebook percuma yang berjudul : “Rahsia 7 Dalam Adwords”.

Walau pun secara jujur Naem memperakui bahawa dia bukanlah seorang pakar mengenai Adwords, namun tidak dapat dinafikan penulisan beliau ini amat menyumbang kearah peningkatan maklumat dan pengetahuan di kalangan newbie. Di antara perkara menarik di dalam ebook ini ialah rahsia bagaimana mendapat kredit percuma sebanyak USD$55.00.
Kepada anda yang berminat untuk membaca ebook ini, sila download secar percuma di PPCPERCUMA.COM.

Selasa, 18 Mac 2008

EBOOK PERCUMA : 'PANDUAN VIRALURL'

Telah hampir dua minggu saya tidak menulis di blog ini. Bermula dengan demam pilihanraya, diikuti pula dengan apa yang diistilahkan sebagai ‘Tsunami Politik’, serba sedikit telah mengalpakan saya. Perkembangan yang diluar jangkaan ini, telah mengejutkan seisi Malaysia. Maka dari hari ke hari kebelakangan ini, pemerhatian saya lebih terasyik kepada berita-berita politik yang sebelum ini sudah agak kurang saya ikuti. Isu kemelut Menteri Besar di beberapa negeri misalnya, adalah di antara beberapa tajuk berita yang menjadi tungguan saya.

Kepada pengunjung blog ini yang setia, saya memohon maaf jika sekiranya setiap kali kunjungan anda, tiada pos terbaru seperti mana yang anda harapkan.

Hari ini saya ingin melancarkan ebook percuma saya yang pertama. Ianya berjudul, “Panduan ViralUrl”. Pada pos sebelum ini, saya pernah memperkenalkan kepada anda mengenai ViralUrl.com, satu cara bagaimana anda boleh membina list anda sendiri secara percuma. Selain dari membina list, anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate yang disediakan. Selain dari itu, anda juga boleh melakukan url cloaking untuk url yang ingin anda sembunyikan.

Ada beberapa lagi kemudahan tambahan yang disediakan. Semuanya ada saya tulis melalui ebook ini. Oleh itu jangan ketinggalan untuk mendownload ebook ini, apatah lagi kerana ianya percuma.

Ebook ini sebenarnya lebih ditujukan kepada anda yang masih bergelar newbie. Namun jika ada ‘otai-otai’ yang sudi membaca, teguran dan saranan anda mengenai kandungan ebook ini amatlah saya alu-alukan.

Sila download ebook anda di sini : PANDUAN VIRALURL.

Jumaat, 4 Januari 2008

EBOOK PERCUMA : JAGA KESIHATAN !

Jika anda seorang peka dengan kesihatan diri anda, ini ada hadiah istimewa untuk anda ! Bukan dari saya, tapi dari penulisnya sendiri iaitu saudara Mohd Rozmie atau dikenali juga sebagai Jimie Ray, dari JagaKesihatan.com

Download segera ebook percuma ini ; JAGA KESIHATAN: Tips, nasihat & panduan kesihatan.

Oleh kerana ebook ini adalah percuma sahaja, maka saya tidak akan mengulas lanjut mengenainya. Anda boleh terus download, dan baca sendiri.

Seperti kata penulisnya, Jimie Ray : "Kesihatan umpama sahabat, kehilangannya dirasai apabila ianya telah pergi…"

Oleh itu jangan sia-siakan ebook ini !

Download segera => http://www.ziddu.com/download/1758261/JAGAKESIHATAN.zip.html

Selasa, 1 Januari 2008

'KATALOG PRODUK ONLINE 'O8' DILANCARKAN HARI INI !

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pengunjung blog ini. Saya secara peribadi sebenarnya tidaklah ghairah sangat hendak menyambut tahun baru masehi ini. Apa tah lagi jika hendak diisi dengan unsur-unsur hiburan dan pestaan.

Namun begitu, jika kita hendak menjadi tarikh awal tahun ini sebagai sebagai suatu wahana untuk memulakan tekad baru, azam baru, atau semangat baru, rasanya tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika kita ingin menjadikan tanggal 1 Januari ini, sebagai tarikh untuk memuhasabah akan pencapaian kita untuk setahun yang lalu, saya rasa ianya masih wajar.

Memperbaharukan azam sememangnya perlu dilakukan dari masa ke masa. Namun begitu, memperbaharukan tekad, tidaklah semestinya pada awal tahun sahaja. Jika kita benar-benar mahukan tarikh-tarikh yang bermakna untuk memulakan sesuatu langkah, ada banyak tarikh-tarikh yang bermakna di dalam setahun itu yang boleh kita ambil sempenakan. Tarikh lahir kita sendiri misalnya. Di dalam Takwim Islam sendiri ada banyak tarikh-tarikh yang penting yang boleh kita jadikan hari untuk kita memulakan sesuatu yang bermakna di dalam hidup kita.

Apakah pemilihan tarikh ini penting ?
Secara ilmiahnya… entahlah ! Saya sendiri tidak pasti, kerana saya bukanlah pakar dibidang ini. Namun secara nalurinya, bolehlah dianggap penting juga. Yalah ! Untuk melakukan sesuatu yang bermakna, dengan pengharapan mendapat kesan dan kesudahan yang terbaik, maka memulakannya di hari yang bermakna juga adalah rasional. Cukuplah sekadar itu komentar saya mengenai tahun baru ini.

Sebagai 'alang-alangan' dari saya di awal tahun baru ini, saya ingin menghadiahkan sebuah ebook yang saya namakan 'Katalog Produk Online '08'. Katalog ini saya usahakan bagi membantu menyatukan dua pehak; iaitu pembeli dan penjual. Kini sudah terdapat banyak dan pelbagai produk yang dijual secara online di Malaysia ini sahaja. Namun kita mungkin tidak menyedarinya. Kalau ada pun, kita mungkin hanya mengenali satu atau dua produk sahaja, berdasarkan kecenderungan dan minat kita sendiri.

Adalah diharapkan dengan kelahiran Katalog Online ini, ianya tidak sekadar membantu IM memasarkan produk mereka, tetapi juga membantu para pengguna mendapatkan keperluan mereka secara lebih pilihan dalam kaedah urusniaganya.

Saya tidak berani mengatakan kandungan katalog ini lengkap pada ketika ianya dilancarkan hari ini. Mungkin ada produk-produk yang saya terlepas pandang untuk saya muatkan di sini. Namun tidak dinafikan juga ada produk yang sengaja saya tidak senaraikan di katalog ini, di atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, jika terbitan kali ini mendapat sambutan yang baik, edisi seterusnya akan menyusul...

Kepada anda yang berminat untuk 'membelek' katalog ini, anda boleh mendownloadnya
di sini !

Jumaat, 7 Disember 2007

EBOOK PERCUMA : PANDUAN MENDAFTAR AKAUN ADSENSE.

Kepada anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan program Google Adsense, tapi masih ragu-ragu untuk mengeluarkan modal untuk membeli ebook panduan berbayar, ini ada ebook percuma untuk anda ! Ebook ini diberi judul : Panduan Mudah & Berkesan Mendaftar Akaun Adsense, disusun oleh saudara Ariff Mustaffa.

Di antara panduan yang diberikan lewat ebook ini ialah :

* Cara mendaftar blog,
* Cara mengisi blog anda dengan artikel,
* Cara mendaftar akaun Adsense anda,
* Apa yang perlu anda lakukan sekiranya permohonan anda tidak
berjaya, dan
* Bagaimana caranya untuk mahir dengan Adsense.

Sebagai sebuah ebook percuma, tentu sahaja ebook ini bukan merupakan rujukan yang lengkap. Namun, adalah diharapkan ebook ini akan menjadi pencetus minat dan semangat, serta langkah pertama anda untuk melibatkan diri dengan Google Adsense.

Kepada anda yang berminat, sila muat turun di sini !

Selasa, 4 Disember 2007

NETWORK MARKETING BAKAL BERKUBUR ?

DOWNLOAD SEGERA LAPURAN PERCUMA INI !

Saya tidak akan menulis panjang kali ini. Hanya ingin memaklumkan mengenai lapuran percuma terbaru untuk anda. Lapuran ini berjudul "The Death Of Network Marketing", yang ditulis oleh Dr. Ellie Drake dan Mike Filsaime.

Yang menariknya, anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan mengedarkan lapuran ini kepada orang ramai. Setiap salinan yang didownload melalui ID anda, anda akan dibayar sebanyak USD$0.25 (= +- RM0.85). Anda juga akan mendapat imbuhan yang sama dari tingkat kedua, iaitu dari rakan di bawah anda. Oleh itu jangan berlengah lagi untuk mendownload lapuran ini.

Jika anda salah seorang dari penggiat perniagaan berasaskan Network Markerting, tajuk lapuran ini pastinya menggemparkan anda! Benarkah perniagaan Network Marketing sedang terancam ? Dan siapakah pula Dr. Ellie Drake ini ? Baca lapuran ini untuk menemui jawapannya : http://simurl.com/thedeathofnetworkmarketing

__________________________________________________________
P.S : Komisen akan dibayar menggunakan Paypal. Jika anda masih belum mempunyai akaun Paypal, klik di sini untuk membuka akaun secara percuma.

Jumaat, 30 November 2007

EBOOK PERCUMA : PANDUAN MEMBELI BELAH SECARA ONLINE DI MALAYSIA.

Pernahkah anda melakukan urusniaga secara online ? Membayar bil, menghantar wang, atau pun membeli barang yang anda inginkan, hanya melalui komputer dan talian internet anda ?

Jika anda masih belum pernah melakukan aktiviti seumpama ini, apakah sebenarnya yang menghalang anda untuk melakukannya ? Sedangkan dengan kaedah ini, anda tidak perlu lagi berasak-asak beratur menunggu giliran, atau berlegar-legar mencari tempat letak kereta ? Kadang kala kita terpaksa mengambil cuti sehari untuk menguruskan semua urusan ini. Dan ada kalanya juga bekalan elektrik di rumah kita dipotong kerana kita tidak punya masa untuk pergi membayarnya. Sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih mudah, di dalam keselesaan di rumah… dan hanya sekadar di hujung jari anda sahaja!

Apakah yang menghalang anda untuk melakukan urusniaga secara online ini ? Kekurangan pengetahuan mengenainya ? Atau anda tidak yakin akan keselamatan wang anda dengan sistem ini ? Jika ketidakyakinan anda pada soal keselamatannya, maka ianya adalah berpunca daripada kekurangan pengetahuan mengenainya juga.

Sistem perbankan internet telah dirangka begitu rapi sekali dengan soal-soal keselamatannya. Namun ketidakselamatan masih boleh berlaku. Ianya berpunca dari kita sebagai pengguna kerana kecuaian sendiri atau kesilapan yang mungkin tidak kita sedari. Hal seumpama ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira sama ada perbankan secara offline, mahu pun secara online. Kita sering mengambil mudah pada soal-soal keselamatan, dan akhirnya kita menjadi mangsa kepada orang-orang yang mengambil kesempatan !

Kini telah muncul satu ebook yang memberi panduan bagaimana untuk berurusniaga secara online. Ianya dihasilkan bagi membantu mendidik rakyat Malysia khususnya bagaimana menggunakan medium pembayaran melalui internet secara lebih selamat. Ebook ini diberi judul : Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia. Ianya diedarkan secara PERCUMA !!!

Ebook ini ditulis oleh saudara Shamsuriyadi, salah seorang dari IM tersohor di Malaysia ini, dan merupakan penulis ebook berpengalaman. Dua buah ebook beliau yang terkenal ialah; Panduan Raja Adsense dan Rahsia Penulis Ebook.

Terdapat dua kaedah pembayaran yang dibicarakan, iaitu melalui perbankan internet, dan juga kad kredit. Sementara untuk perbankan internet pula, Sham hanya menulis mengenai Maybank2u dan CimbClicks sahaja. Walau bagaimana pun, hampir kesemua bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet menggunakan sistem yang hampir sama. Walau bagaimanapun, ebook ini hanya membicarakan soal-soal faktor keselamatan dan bagaimana melakukan pembelian produk secara online sahaja. Panduan bagaimana membuka akaun internet tidak dinyatakan.

Ebook ini di dalam bentuk fail pdf dan memerlukan perisian 'pdf reader' untuk membacanya. Jika anda belum mempunyai perisian tersebut, anda boleh mendownload secara percuma di sini: http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Jangan lupa untuk mendownload ebook ini kerana ianya adalah PERCUMA sahaja. Dan jangan lupa juga untuk membacanya, kerana perbankan internet bakal menjadi budaya dan gaya hidup baru masyarakat kita. Pastikan anda tidak ketinggalan.