Rabu, 18 Februari 2009

MAJALAH IM #10 : JANA PENDAPATAN MELALUI EBAY...

Masih ingat lagi dengan Majalah IM? Baru selang beberapa pos yang lalu, saya telah memperkenalkannya kepada anda di blog ini. Kini Majalah IM muncul lagi dengan edisi yang ke sepuluhnya pula.

Fokus Majalah IM kali ini ialah mengenai bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman lelongan terkenal, iaitu Ebay. Saya pernah menulis serba sedikit mengenai ebay di laman ini di dalam pos yang terdahulu. Namun jika anda mahukan maklumat yang lebih sarat, Majalah IM edisi kesepuluh ini sangat membantu anda.

Di antara topik yang dibicara di dalam Majalah IM isu ke sepuluh ini ialah, Sejarah Ebay, tip mudah bagaimana membeli di Ebay, serta tip bagaimana untuk memasuki pasaran di Ebay.

Namun begitu, saya rasa kandungan yang paling menarik di dalam Majalah IM edisi kali ini ialah temuramah khas dengan tokoh usahawan Ebay dari Malaysia iaitu saudara Noorizam Shah. Saudara Noorizam adalah merupakan ‘ebayer’ yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Education Specialist Trained’ yang telah dianugerahkan oleh pehak Ebay sendiri. Pengiktirafan ini membawa maksud saudara Noorizam Shah adalah merupakan tenaga pengajar yang bertauliah untuk memberikan bimbingan mengenai selok-belok berurusniaga di Ebay.

Melalui temubual krew Majalah IM bersama beliau saudara Noorizam telah menceritakan pengalaman beliau berurusan di Ebay sejak dari peringkat awal penglibatan beliau lagi. Tidak semua perkara yang dikongsikan beliau itu adalah perkara yang indah dan manis belaka. Beliau turut menceritakan segala cabaran, risiko kerugian dan sebagainya, selama berkecimpung di dalam Ebay. Segalanya itu telah mematangkan beliau dan menjadikan dirinya berada di tahap ini kini. Kita, selaku ‘newbie’ di dalam bidang ini, tidak perlulah melalui pahit getir yang sama seumpama beliau, kerana pengalaman beliau itu sepatutnya menjadi pengajaran yang berguna kepada kita. Adalah merupakah suatu kebodohan jika kita melakukan kesilapan sama yang pernah dilalui oleh orang lain di dalam keadaan kita menyedarinya.

Turut memantapkan kandungan Majalah IM kali ini ialah, panduan menyediakan Pelan Perancangan untuk Perniagaan Internet anda. Sekali pun, anda menganggap perniagaan internet anda hanyalah sekadar kerja sampingan, namun janganlah dikesampingkan pula proses perancangan perniagaan itu. Sikap ini akan menentukan sejauh mana keberhasilan yang bakal dinikmati. Ianya juga menunjukkan betapa keseriusan kita di dalam melakukan bisnes.

Ikutilah penjelasan selanjutnya untuk semua ini di Majalah IM. Download sekarang !

Tiada ulasan: