Rabu, 14 Januari 2009

MAJALAH IM : SUMBER INSPIRASI PERNIAGAAN INTERNET MALAYSIA.

Apakah anda mengetahui atau menyedari, bahawa terdapatnya sebuah majalah yang khusus membicarakan mengenai dunia perniagaan internet di Malaysia ini ? Dan, yang lebih menariknya, majalah tersebut diedarkan secara PERCUMA sahaja ? Jika anda masih belum tahu, maafkan saya kerana terlepas pandang untuk memperkenalkannya di blog ini sebelum ini. Majalah yang saya maksudkan itu ialah Majalah IM. Namun begitu, untuk pengetahuan anda majalah ini bukanlah di dalam versi cetak, sebaliknya ianya adalah bentuk ezine (majalah elektronik), dengan menggunakan format pdf. Anda mungkin sudah biasa dengan istilah ebook. Maka ezine seakan seumpama itulah. Cuma bezanya, persembahan dan rekaletaknya adalah seperti majalah fizikal yang biasa anda lihat di pasaran.

Memang sejak dari terbitan sulungnya lagi, saya bercadang untuk membantu mewar-warkan akan kelahiran majalah ini kepada pengunjung blog ini; sebagai sumbangan kecil saya kepada kemajuan dan perkembangan dunia perniagaan internet di Malaysia. Namun, oleh kerana terlalu banyak sangat produk yang lahir pada setiap bulan, sementara kesempatan untuk saya menyorotnya amat terhad, maka tanpa sedar cadangan itu tenggelam dan berlalu begitu sahaja.

Rupa-rupanya, tanpa disedari Majalah IM kini sudah masuk ke edisi yang ke sembilan. Diam tak diam, terlalu pantas masa itu berlalu.

Penerbitan Majalah IM ini diterajui oleh Team Flarebiz, iaitu saudara Labanon dan Zafran, serta dibantu oleh beberapa rakan yang lain. Sementara penyumbang tetap artikel-artikel di dalam setiap edisi majalah ini, bukanlah calang-calang individu. Mereka ini boleh dianggap sebagai peneroka dan pelopor kepada perniagaan dan pemasaran internet di Malaysia. Antaranya ialah, saudara SmartZul, Zamri Nanyan, Team Saifulsham, Alang, Osman Affan, Sham Raja Adsense, Irwan Dahnil, dan ramai lagi.

Oleh itu, JANGAN anda perlekehkan kualiti majalah ini walau pun ianya diberikan secara percuma sahaja. Sebaliknya, anda seharusnya berterimakasih kepada pihak penerbitannya kerana menyediakan sumber maklumat yang sangat bermanfaat untuk rujukan anda.

Sedikit ulasan saya mengenai Majalah IM edisi 9 (Januari, 2009) :

Isu utama Majalah IM edisi Januari ’09 ini ialah mengenai perniagaan hartanah online. Agak aneh bunyinya bukan ? Bila berbicara mengenai hartanah, apa yang sering kita bayangkan ialah mengenai aset-aset fizikal yang mungkin berupa tanah, rumah, bangunan perniagaan dan seumpamanya. Perniagaan hartanah online yang dibicarakan di edisi ini juga bukannya bermaksud menjual hartanah fizikal dengan menggunakan perantaraan internet. Tetapi sebaliknya, perniagaan ‘hartanah’ yang dimaksudkan itu ialah jual-beli laman web.

Ini mungkin perkara yang baru anda dengar. Bahkan saya juga! Dan lihatlah bagaimana Majalah IM mendedahkan perkara ini kepada anda. Sebelum ini, anda mungkin sudah biasa mendengar bagaimana usahawan-usahawan kita membina perniagaan internet dengan menjual produk-produk fizikal dan digital, menjual perkhidmatan, meraih pendapatan melalui Google Adsense, program affiliate, Ebay, Forex, dan sebagainya.

Selain pendedahan, penulis turut juga memberikan tip-tip bagaimana untuk memula dan menguruskan perniagaan jual beli website ini. Dan yang paling menariknya, Majalah IM kali ini turut menemuramah seorang tokoh usahawan hartanah online yang sudah boleh dianggap berjaya di dalam bidangnya. Siapakah individu itu ? Download Majalah IM ini sekarang untuk mendapatkan jawapannya. Dan mari kita sama-sama menyusuri rentetan kehidupannya sehingga berjaya ke tahap ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara..

Awak mendapat tempat ke2 dalam Pertandingan Review majalh IM..
Saya sebagai wakil daripada Majalah IM ingin mengucapkan tahniah. Hadiah tempat ke2 adalah seperti berikut :

Hadiah tempat kedua:

* Iklan Half Page Percuma di dalam Majalah IM Februari yang bernilai RM47.
* Topup Bernilai RM20.

Jadi di sini saya memerlukan details iklan saudara serta no telefon saudara untuk hadiah topup. Sila email saya ataupun terus SMS saya di 0132222529 dengan kadar segera.

Terima kasih
wassalam