Memaparkan catatan dengan label PANDUAN PENJIMATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANDUAN PENJIMATAN. Papar semua catatan

Rabu, 3 Disember 2008

KAD JEMPUTAN DIY ?

Penulisan saya hari ini masih lagi di dalam tema ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan. Namun hari ini saya ingin kembali ke proses pra perkahwinan semula. Di dalam proses merancang majlis perkahwinan anda. Ini kerana, saya baru sahaja menemui satu produk yang mungkin menarik minat anda.

Menggunakan kad jemputan sebagai medium pengundang tetamu ke majlis perkahwinan seperti sudah pun menjadi kebiasaan kepada kita. Sejak bila budaya ini bermula, tidaklah saya ketahui. Walau pun proses menjemput secara lisan sama ada secara bersemuka atau sekadar melalui telefon dirasakan lebih wajar, tidaklah pula ada pehak yang membantah akan penggunaan kad jemputan ini. Struktur masyarakat sudah berubah. Yang hendak dijemput tidak lagi sekadar saudara mara atau sekadar jiran yang tinggal sekampung. Saiz keluarga juga sudah membesar, dan berselerak di seluruh negara, bahkan mungkin juga sepelusuk alam. Maka itu, penggunaan kad jemputan dirasakan sangat relevan dengan suasana semasa.

Kad jemputan kahwin kini telah hadir dengan pelbagai rupa dan kadangkala melambangkan betapa prestijnya majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Namun tidak semua orang mampu menyediakan kad jemputan yang bergaya. Lagi pula tidak semua orang berfikiran dan bersikap ingin berlumba-lumba di dalam mengadakan majlis perkahwinan yang hebat dan gah di mata masyarakat. Bukan itu ukurannya kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Kepada anda yang mempunyai bajet yang kecil dan tidak mahu berhutang hanya untuk majlis perkahwinan, atau kepada anda yang inginkan kesederhanaan walaupun anda mampu berbelanja lebih, ini ada kaedah mudah dan pilihan yang dirasakan bijak untuk anda !

Pakej Easy Kad Kahwin mungkin solusi yang terbaik untuk ikhtiar anda ! Pakej ini mengandungi himpunan yang lengkap dengan rekabentuk yang eksklusif, kata-kata indah dan doa-doa yang berkaitan. Koleksi rekabentuk di dalam pakej ini disediakan dalam format PSD dan AI, dimana anda boleh merubah kembali design yang sedia ada kepada design yang anda suka mengikut citarasa anda sendiri. Ini bermakna, dengan kreativiti anda, anda boleh menjadikan design kad kahwin anda lain dari yang lain.

Selain daripada itu, pemilik produk ini, saudara Ridzuan Jamal, turut menyediakan panduan bagaimana boleh berjimat dengan menyediakan kad kahwin sehingga serendah 10 sen kosnya untuk sekeping kad kahwin.

Kepada anda yang ingin berjimat, mungkin ini pilihan yang terbaik buat anda. Berjimat bukanlah bermakna anda kedekut. Berjimat juga bukan bermaksud anda miskin. Tetapi berjimat menunjukkan anda seorang yang berhemat dan bersyukur !

Selasa, 29 Julai 2008

EBOOK PERCUMA : 20 CARA JIMAT MINYAK KERETA

Di dalam beberapa pos yang terdahulu, saya telah menulis mengenai beberapa produk untuk membantu menjimatkan perbelanjaan anda. Produk yang saya maksudkan itu ialah alat untuk menjimatkan tenaga elektrik serta produk yang boleh menjimatkan petrol atau diesel anda. Sememangnya untuk mendapatkan produk tersebut, memerlukan sedikit pelaburan. Jika memikirkan jangka pendek, tentulah ianya agak membebankan. Namun jika anda berpandangan jauh, ianya adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan. Namun, walau apa pun, pilihan adalah di tangan anda !

Usaha dan ikhtiar berjimat juga boleh di dalam pelbagai cara. Jika anda tidak mampu mengeluarkan belanja, masih ada pilihan lain untuk memulakan langkah berjimat. Ianya adalah bermula dari perkara yang paling asas, iaitu melalui sikap dan amalan harian kita sendiri. Untuk memperbaiki sikap, adakalanya kita memerlukan panduan dan bimbingan dari seseorang yang telah berpengalaman atau dari bahan bacaan yang telah dibuat kajian tentangnya.

Hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang boleh membantu anda melakukan langkah penjimatan ke atas minyak kereta anda. Ebook ini berjudul “20 Cara Jimat Minyak Kereta”, yang diusahakan pengumpulannya oleh saudara Fahmy (aka CODE7). Anda bertuah kerana penulis ebook ini telah menyumbangkan ebook ini secara percuma sahaja untuk manfaat bersama.

Kepada anda yang masih belum memiliki ebook ini bolehlah mendownloadnya melalui pautan berikut : http://www.ziddu.com/download/1749154/JIMAT-MINYAK-KERETA.zip.html

Pelajarilah, bagaimana perubahan kepada tabiat dan gaya anda menggunakan kenderaan anda, dapat membantu menjimatkan penggunakan bahanapi kereta anda, seterusnya akan menjimatkan juga perbelanjaan harian anda.

Sebar-sebarkanlah ebook ini kepada saudara dan rakan, yang jauh atau pun dekat, dengan memberikan link pautan download di atas kepada mereka. Atau, bawakan sahaja mereka ke pos ini. Mudah-mudahan usaha anda dapat memberi manfaat kepada semua.

Rabu, 2 Julai 2008

JOM BERJIMAT TENAGA ELEKTRIK PULA !

Di dalam pos yang lalu saya telah menulis mengenai penjimatan penggunaan minyak petrol di dalam usaha menjimatkan perbelanjaan harian kita. Ya, di dalam usaha berjimat, kita tidak sekadar memerlukan kepada perubahan sikap, tetapi ada kalanya juga memerlukan peralatan tertentu jika ikhtiar berjimat itu berkaitan dengan tenaga.

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk yang digunakan untuk berjimat. Ianya dinamakan “Power Saver”. Fungsi alat ini ialah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah anda. Di antara kelebihan dan keistimewaan alat ini ialah :

- menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dari 10% sehingga 30% bahkan mungkin lebih.
- Mudah dipasang. Tidak memerlukan kepakaran teknikal. Malah boleh dipindah-pindahkan, jika anda berpindah rumah.
- Tidak perlukan penyelenggaraan. Sesudah dipasang, biarkan sahaja ianya berfungsi dengan sendiri sehingga bila-bila.
- Membantu menstabilkan voltage tenaga elektrik. Ini membantu menyelamat dan memanjangkan hayat barangan elektrik anda.
- Produk buatan Malaysia, mendapat pengiktirafan dari SIRIM, dan telah mendapat pengiktirafan CE untuk pasaran Eropah.

Itu hanyalah beberapa keistimewaan yang dapat saya senaraikan di sini. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya di laman web AlatPenjimatan.com.

Jika diandaikan purata bil elektrik anda di sekitar RM200.00, adalah dijangkakan anda akan mendapat kembali pelaburan modal anda di dalam tempoh empat bulan sahaja. Selepas tempoh itu, anda sudah mula berjimat…

Mudah-mudahan maklumat ini membantu memberi pilihan untuk mengurangkan beban kehidupan anda.

Jumaat, 27 Jun 2008

IKHTIAR BERJIMAT DI KALA GAWAT.

Mutakhir ini, satu demi satu barangan keperluan harian kita naik harga. Bermula dengan tepung gandum, kemudian beras, dan kini minyak pula. Apabila harga tepung naik, maka segala barangan yang berasakan tepung naik. Begitu juga halnya dengan beras. Kini apa bila harga minyak naik, tidak dapat dinafikan harga barangan keperluan akan turut naik lagi. Ini kerana minyak adalah nadi kepada perusahaan. Untuk membawa bahan mentah ke kilang perusahaan, perlu kepada kenderaan. Begitu juga untuk menyampaikan barangan siap ke pangkuan pengguna. Tidak hairanlah setiap hari kita mendengar masyarakat mengeluh, termasuklah diri kita sendiri. Dan tidak kurang juga kita melihat orang ‘naik minyak’ dengan isu harga minyak naik ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pehak kerajaan untuk meredakan keadaan. Namun usaha dan ikhtiar itu tidaklah seharusnya di belah kerajaan sahaja. Kita sebagai individu seharusnya memikirkan sesuatu untuk menangani masalah ini. Di antara yang mungkin berada di fikiran kita ialah menambahkan pendapatan untuk mengimbangi kenaikan harga, atau pun mengurangkan kos perbelanjaan. Jika kedua-duanya dapat dilakukan serentak, tentulah lebih baik.

Berjimat cermat adalah satu amalan yang baik. Tidak semestinya harus dilakukan ketika keadaan yang gawat seperti sekarang ini sahaja. Namun jika di dalam kegawatan ini pun kita masih tidak rela untuk berjimat, keadaan yang lebih sukar sudah sedia menanti kita. Jika mereka yang sudah sedia berjimat cermat sebelum ini, tentulah keadaan yang sedang kita lalui sekarang ini dapat dihadapinya dengan tenang sahaja.

Di antara ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk berjimat itu, ialah dengan mengurangkan penggunaan minyak petrol itu sendiri. Ini bukanlah bermakna anda tidak perlu pergi kerja. AutoMax Nano Tech Fuel Enhancer adalah penyelesaiannya. Penggunaan AutoMax NFE dikatakan dapat membantu menjimatkan minyak sehingga ke 28%. Bahan ini juga mampu meningkatkan kuasa enjin sehingga ke 20%. Di samping itu, AutoMax NFE turut membantu menjadikan alam sekitar kita lebih bersih.

Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini, anda boleh mendapatkannya di laman web MaxFuelPower.com. Pelaburan untuk AutoMax NFE ini hanyalah RM39.80 sahaja. Sebotol yang bersaiz 120ml ini boleh digunakan ke atas 600 liter bahan api. Jaminan penjimatan adalah di antara 8% hingga ke 28 %. Ianya bergantung kepada keadaan enjin, keadaan jalanraya, keadaan lalulintas, cuaca serta juga tabiat pemanduan seseorang.

Jika dipuratakan peratus penjimatan tersebut sekitar 15% keatas 600 liter minyak yang digunakan, bererti jumlah penjimatannya ialah 90 Liter (600L X 15%) . Ini bererti anda telah berjaya berjimat kira-kira RM200.00 dari perbelanjaan anda.

600L x 15% = 90L
90L x RM2.70 = RM243.00
Pelaburan anda = RM39.80
RM243.00 – RM39.80 = RM203.20

Anda juga boleh membaca testimoni pengguna-pengguna yang telah menggunakan AutoMax NFE ini di MaxFuelPower.com.

Rabu, 26 Disember 2007

PELUANG MENJIMATKAN BIL TELEFON ANDA !

Ini ada berita yang agak menarik saya kira. Tetapi tidak di dalam topik menjana pendapatan sampingan. Ya, di dalam keghairahan kita mencari sumber pendapatan sampingan (mahu pun tetap!) dari ruang internet, maka kita kita juga sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membelanjakan pendapatan kita secara berhemah. Tidaklah nanti, sikap dan perlakuan kita di dalam mencari rezeki ini seperti mengisi air di dalam bekas yang bocor. Semakin dicari, semakin tidak mencukupi.

Telefon kini telah menjadi satu keperluan asasi di dalam kehidupan kita. Ianya bukan lagi satu gaya hidup mewah. Cuma cara bagaimana kemudahan ini kita manfaatkan, bergantunglah kepada kesedaran dan naluri kita sendiri. Jika ianya digunakan untuk tujuan yang berfaedah, maka tentulah hasilnya berfaedah juga. Jika digunakan untuk tujuan membuang masa dan wang, maka pembaziranlah kesannya. Bil telefon telah menjadi senarai perbelanjaan wajib bagi hampir setiap orang di dalam kehidupan di masa kini.

Walau apa pun tujuan dan peranan telefon di dalam kehidupan anda, jika bil telefon anda terlalu tinggi, kini ada produk baru yang boleh membantu meringankan bebanan anda. Produk ini bernama "Skyetel".Dengan Skyetel, anda boleh berbual di internet secara PERCUMA. Mungkin anda berkata, anda boleh gunakan Yahoo! Messenger atau Skype sahaja. Ya memang betul. Tetapi dengan Skyetel, anda boleh buat panggilan :

1.Dari komputer ke komputer
2.Komputer ke telefon
3.Telefon ke komputer
4. Telefon ke telefon.

Apa yang menarik mengenai Skyetel ni ?

1. Panggilan komputer ke komputer adalah PERCUMA.
2. Boleh buat panggilan dari komputer ke hand phone.
3. Kadar panggilan telefon ke komputer, telefon ke telefon hanya RM0.15 sen seminit ke seluruh dunia.
4. Anda akan dapat eNum secara PERCUMA.
5. Anda boleh mendapat keuntungan/komisyen dari promosi anda kepada kawan2 anda.
6. Jika anda menggunakan handphone 3G, anda boleh download dan install perisian eSkySoftphone pada handphone anda dan buat panggilan secara percuma.

Bagaimana mendaftar?

Anda perlukan 2 perkara iaitu Introducer eNumber dan Introducer Name. Untuk mendaftar sila ke http://www.skyetel.net/ dan klik pada "Click here to get your FREE eNumber" Gunakan maklumat di bawah untuk mendaftar.

Introducer eNumber : 8888001000077
IntroducerName: KHAIRIL ANIZAN ALANG BEE

Apa itu eNum?

eNum ialah nombor yang anda akan perolehi apabila mendaftar dengan Skyetel, ia diberi secara otomatik.

Kemudian sila rujuk panduan bagaimana menggunakan skyetel. Anda boleh download panduan bergambar di: http://www.sukeri.com/manual_eNum.ppt

Sehingga ke saat pos ini ditulis, produk ini masih di peringkat pra pelancaran lagi, dan setakat ini panggilan dari komputer ke komputer sahaja yang boleh digunakan. Perkhidmatan panggilan dari komputer ke handphone, dan dari handphone ke handphone akan menyusul kemudian.

_________________________________________________________
P.S : Segala maklumat di atas saya perolehi dari Introducer saya. Bukan dari pembacaan dan pemahaman saya sendiri dari website Skyetel tersebut. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut terus dari laman Skyetel jika penerangan di blog ini tidak memadai.