Memaparkan catatan dengan label REVIEW BLOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW BLOG. Papar semua catatan

Khamis, 24 Julai 2008

BLOG PERNIAGAAN INTERNET & EBOOK PERCUMA RAHSIA SQUEEZE PAGE

Di dalam pos kali ini, saya akan membicarakan dua perkara sekaligus. Ini kerana di antara dua perkara tersebut saling mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Dua perkara tersebut adalah sebagaimana judul pos saya pada hari ini iaitu :

1. Blog PerniagaanInternet.com

Blog ini diempunyai oleh saudara AmmarZahar, seorang usahawan internet muda. Siapakah AmmarZahar ? Tidak perlulah saya memperkenalkannya di sini. Anda boleh berkenalan dengan beliau di blognya: PerniagaanInternet.com. Sesuai dengan judulnya, blog ini seratus peratus membicarakan soal perniagaan internet dan sekitarnya. Kepada anda yang berstatus newbie (seperti saya !), yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet blog PerniagaanInternet.com adalah merupakan satu lagi pilihan yang baik untuk anda membuat rujukan. Oh ya! AmmarZahar turut menawarkan produk percuma kepada anda ! Anda Cuma perlu mendaftarkan diri di borang langganan untuk mendapatkan akses percuma bagi produk percuma tersebut.

Apa ditunggu lagi ? Ayuh ! Jom ke blog PerniagaanInternet.com !


2. Ebook percuma : RAHSIA SQUEEZE PAGE.

Pada 4hb Julai yang lalu, saudara AmmarZahar juga telah melancarkan ebook percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Squeeze Page’.

Apa itu Squeeze Page ?

Saya tidak akan menerangkan mengenainya di sini. Saya sendiri sebenarnya baru sahaja memahami apa itu Squeeze Page ini di dalam ertikata sebenarnya setelah membaca ebook ini. Walau pun ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi kita, malah kita sering menemuinya di mana-mana di internet, namun pentafsiran secara yang lebih ilmiah itulah yang dapat kita perolehi di dalam ebook ini.

Ebook Rahsia Squeeze Page membicarakan sepenuhnya mengenai Squeeze Page dan kepentingannya di dalam perniagaan internet. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu rujukan yang lengkap di dalam bahasa Melayu setakat yang pernah saya temui.

Turut ditunjukajar kepada kita lewat ebook ini, ialah bagaimana untuk membina laman ‘squeeze’ ini. Yang menariknya, anda turut diberi pilihan sama ada mahu menggunakan perisian berbayar, atau pun perisian percuma. Kedua-dua pilihan ini, diberikan panduan secara lengkap dan teratur.

Saya tidak pasti apakah ebook ini akan selamanya diedarkan secara percuma atau pun tidak. Oleh itu sayugianya saya mencadangkan agar anda mendownload segera ebook ini sebelum saudara AmmarZahar mengubah fikiran untuk menarik balik tawaran percuma beliau. Anda boleh memuatturun ebook ini di PerniagaanInternet.com.

Khabarnya AmmarZahar juga bakal menerbitkan sebuah lagi ebook menjelang Ogos depan. Ikutilah perkembangannya di blog beliau.

Jumaat, 27 Jun 2008

IKHTIAR BERJIMAT DI KALA GAWAT.

Mutakhir ini, satu demi satu barangan keperluan harian kita naik harga. Bermula dengan tepung gandum, kemudian beras, dan kini minyak pula. Apabila harga tepung naik, maka segala barangan yang berasakan tepung naik. Begitu juga halnya dengan beras. Kini apa bila harga minyak naik, tidak dapat dinafikan harga barangan keperluan akan turut naik lagi. Ini kerana minyak adalah nadi kepada perusahaan. Untuk membawa bahan mentah ke kilang perusahaan, perlu kepada kenderaan. Begitu juga untuk menyampaikan barangan siap ke pangkuan pengguna. Tidak hairanlah setiap hari kita mendengar masyarakat mengeluh, termasuklah diri kita sendiri. Dan tidak kurang juga kita melihat orang ‘naik minyak’ dengan isu harga minyak naik ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pehak kerajaan untuk meredakan keadaan. Namun usaha dan ikhtiar itu tidaklah seharusnya di belah kerajaan sahaja. Kita sebagai individu seharusnya memikirkan sesuatu untuk menangani masalah ini. Di antara yang mungkin berada di fikiran kita ialah menambahkan pendapatan untuk mengimbangi kenaikan harga, atau pun mengurangkan kos perbelanjaan. Jika kedua-duanya dapat dilakukan serentak, tentulah lebih baik.

Berjimat cermat adalah satu amalan yang baik. Tidak semestinya harus dilakukan ketika keadaan yang gawat seperti sekarang ini sahaja. Namun jika di dalam kegawatan ini pun kita masih tidak rela untuk berjimat, keadaan yang lebih sukar sudah sedia menanti kita. Jika mereka yang sudah sedia berjimat cermat sebelum ini, tentulah keadaan yang sedang kita lalui sekarang ini dapat dihadapinya dengan tenang sahaja.

Di antara ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk berjimat itu, ialah dengan mengurangkan penggunaan minyak petrol itu sendiri. Ini bukanlah bermakna anda tidak perlu pergi kerja. AutoMax Nano Tech Fuel Enhancer adalah penyelesaiannya. Penggunaan AutoMax NFE dikatakan dapat membantu menjimatkan minyak sehingga ke 28%. Bahan ini juga mampu meningkatkan kuasa enjin sehingga ke 20%. Di samping itu, AutoMax NFE turut membantu menjadikan alam sekitar kita lebih bersih.

Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini, anda boleh mendapatkannya di laman web MaxFuelPower.com. Pelaburan untuk AutoMax NFE ini hanyalah RM39.80 sahaja. Sebotol yang bersaiz 120ml ini boleh digunakan ke atas 600 liter bahan api. Jaminan penjimatan adalah di antara 8% hingga ke 28 %. Ianya bergantung kepada keadaan enjin, keadaan jalanraya, keadaan lalulintas, cuaca serta juga tabiat pemanduan seseorang.

Jika dipuratakan peratus penjimatan tersebut sekitar 15% keatas 600 liter minyak yang digunakan, bererti jumlah penjimatannya ialah 90 Liter (600L X 15%) . Ini bererti anda telah berjaya berjimat kira-kira RM200.00 dari perbelanjaan anda.

600L x 15% = 90L
90L x RM2.70 = RM243.00
Pelaburan anda = RM39.80
RM243.00 – RM39.80 = RM203.20

Anda juga boleh membaca testimoni pengguna-pengguna yang telah menggunakan AutoMax NFE ini di MaxFuelPower.com.

Jumaat, 25 April 2008

BLOG KABEL DUIT


Hari ini saya ingin berkongsi dan memperkenalkan kepada anda satu blog yang baru sahaja saya temui. Blog yang saya maksudkan ialah KabelDuit.com, yang dipunyai oleh saudara Khairul Anwar

Ketika buat pertama kalinya berkunjung ke Blog KabelDuit.com ini, saya mendapati banyak sekali panduan dan sumber maklumat mengenai peluang-peluang pendapatan sampingan dari internet khususnya, serta pelbagai lagi tips lainnya. Di antara kategori penulisan Anwar di blog ini ialah mengenai tips menjana kewangan, review blog dan laman web, review ebook percuma dan berbayar, dan juga promosi produk.

Walau bagaimana pun, sesuai dengan tema blog ini; ‘Bukan Sekadar Menjana Kewangan’, saudara Anwar turut juga menulis mengenai perkembangan peribadi, berita dan isu semasa, serta komentar peribadi beliau mengenainya.

Seperkara yang menarik hati saya mengenai blog ini ialah, ianya sarat dengan pelbagai imej. Hampir setiap pos mempunyai imej yang berkaitan. Kehadiran pelbagai gambar hiasan ini sedikit sebanyak mampu menarik perhatian pembaca dan membantu menceriakan lagi pemandangan.

Terus terang saya katakan, banyak perkara baru telah saya temui di blog ini. Beberapa ebook percuma (yang belum pernah saya temui sebelum ini) telah pun saya muatturun melalui blog ini. Kepada pembaca sekelian, khususnya mereka yang masih baru di dalam menjana pendapatan dari internet (seperti saya juga!), blog KabelDuit adalah sumber rujukan sangat yang baik untuk anda.

Isnin, 21 April 2008

CABARAN RM100 !


Kepada rakan-rakan blogger, ini ada satu peluang untuk anda mendapatkan RM100.00 secara mudah. Namun begitu kenalah bersaing dahulu. Afiqme sedang mengadakan peraduan menulis review untuk Blog Intelligi beliau.

Syaratnya tersangatlah mudah; anda perlu menulis sekurang-kurangnya 20 patah perkataan sahaja. Blog juga tidak terikat dengan blog khusus. Blog seumpama di Myspace juga layak untuk menyertai pertandingan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat- syarat pertandingan sila dapatkannya di sini. Jom kita sama-sama mencuba. Manalah tahu rezeki kita. Kalau tidak anda mungkin saya ! Hi! Hi! Hi!

Selain dari RM100.00 untuk tempat pertama, Afiqme juga menjanjikan hadiah misteri untuk tempat kedua dan ketiga. Peraduan ini akan berakhir pada 15hb Mei depan.

Blog Intelligi Di Mata Saya :

Sebenarnya saya sendiri baru sahaja mengenali blog Intelligi ini. Ini pun disebabkan oleh link ‘RM100 untuk dimenangi’ yang saya temui di sebuah blog yang lain. Maklum sahajalah, terlalu banyak blog yang lahir saban hari. Tentu sahaja kita tidak mampu untuk mengunjungi setiap blog yang wujud, walau pun untuk sekadar bloggers dari Malaysia. Walau bagaimana pun, setelah terlangsung mengunjungi, saya cuba meninjau dan menyelami isi kandungan blog ini.

Sepintas lalu, blog Intelligi adalah merupakan blog peribadi seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Afiqme, atau nama sebenar beliau Mohamad Afiq. Sesuai sebagai blog peribadi, kebanyakan penulisan beliau adalah pernyataan dan luahrasa dari dalam dirinya sendiri; dari sekecil-kecil hal peribadi, sehinggalah ke persoalan isu-isu semasa baik di peringkat Malaysia kita, sehinggalah ke persada antarabangsa.

Coretan beliau adalah meliputi bidang hiburan, politik, motivasi, dan tidak ketinggalan juga menyentuh di dalam persoalan keTuhanan.

Demikianlah, sekilas pandang penulisan saya mengenai blog Intelligi ini. Selain dari Intelligi, Afiqme juga turut memiliki sebuah lagi blog yang khusus mengenai bidang muzik, iaitu Afiqme.com .