Jumaat, 30 November 2007
EBOOK PERCUMA : PANDUAN MEMBELI BELAH SECARA ONLINE DI MALAYSIA.
Jika anda masih belum pernah melakukan aktiviti seumpama ini, apakah sebenarnya yang menghalang anda untuk melakukannya ? Sedangkan dengan kaedah ini, anda tidak perlu lagi berasak-asak beratur menunggu giliran, atau berlegar-legar mencari tempat letak kereta ? Kadang kala kita terpaksa mengambil cuti sehari untuk menguruskan semua urusan ini. Dan ada kalanya juga bekalan elektrik di rumah kita dipotong kerana kita tidak punya masa untuk pergi membayarnya. Sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih mudah, di dalam keselesaan di rumah… dan hanya sekadar di hujung jari anda sahaja!
Apakah yang menghalang anda untuk melakukan urusniaga secara online ini ? Kekurangan pengetahuan mengenainya ? Atau anda tidak yakin akan keselamatan wang anda dengan sistem ini ? Jika ketidakyakinan anda pada soal keselamatannya, maka ianya adalah berpunca daripada kekurangan pengetahuan mengenainya juga.
Sistem perbankan internet telah dirangka begitu rapi sekali dengan soal-soal keselamatannya. Namun ketidakselamatan masih boleh berlaku. Ianya berpunca dari kita sebagai pengguna kerana kecuaian sendiri atau kesilapan yang mungkin tidak kita sedari. Hal seumpama ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira sama ada perbankan secara offline, mahu pun secara online. Kita sering mengambil mudah pada soal-soal keselamatan, dan akhirnya kita menjadi mangsa kepada orang-orang yang mengambil kesempatan !
Kini telah muncul satu ebook yang memberi panduan bagaimana untuk berurusniaga secara online. Ianya dihasilkan bagi membantu mendidik rakyat Malysia khususnya bagaimana menggunakan medium pembayaran melalui internet secara lebih selamat. Ebook ini diberi judul : Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia. Ianya diedarkan secara PERCUMA !!!
Ebook ini ditulis oleh saudara Shamsuriyadi, salah seorang dari IM tersohor di Malaysia ini, dan merupakan penulis ebook berpengalaman. Dua buah ebook beliau yang terkenal ialah; Panduan Raja Adsense dan Rahsia Penulis Ebook.
Terdapat dua kaedah pembayaran yang dibicarakan, iaitu melalui perbankan internet, dan juga kad kredit. Sementara untuk perbankan internet pula, Sham hanya menulis mengenai Maybank2u dan CimbClicks sahaja. Walau bagaimana pun, hampir kesemua bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet menggunakan sistem yang hampir sama. Walau bagaimanapun, ebook ini hanya membicarakan soal-soal faktor keselamatan dan bagaimana melakukan pembelian produk secara online sahaja. Panduan bagaimana membuka akaun internet tidak dinyatakan.
Ebook ini di dalam bentuk fail pdf dan memerlukan perisian 'pdf reader' untuk membacanya. Jika anda belum mempunyai perisian tersebut, anda boleh mendownload secara percuma di sini: http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html
Jangan lupa untuk mendownload ebook ini kerana ianya adalah PERCUMA sahaja. Dan jangan lupa juga untuk membacanya, kerana perbankan internet bakal menjadi budaya dan gaya hidup baru masyarakat kita. Pastikan anda tidak ketinggalan.
Rabu, 28 November 2007
BUAT DUIT DENGAN AUCTIONADS!
Secara ringkasnya, Auction Ads ialah pengiklanan yang memaparkan barang-barang yang dilelong di Ebay. Pendapatan untuk anda dikira dengan dua kaedah :
1. Jika berlaku sebarang pembelian sama ada secara bidaan atau pun 'Buy It Now', di mana pembelian tersebut terjadi hasil dari klik yang dilakukan oleh pengunjung blog anda. Anda boleh merujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut cara pembayaran komisen untuk kaedah ini.
Sama seperti Widget Bucks yang telah saya perkenalkan sebelum ini, iklan Auction Ads juga boleh diletakkan bersekali dengan iklan Google Adsense di laman blog anda. Anda juga boleh meletakkan seberapa banyak iklan yang anda mahu, di laman web anda serta di seberapa banyak laman web yang anda ada hanya dengan menggunakan satu akaun sahaja.
Saya telah pun memperkenalkan beberapa program pengiklanan seumpama ini sebelum ini. Maka terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana bersesuaian, sama ada dari sudut potensi pendapatan yang lebih baik, kesesuaian dengan tema blog anda, mahu pun keselesaan anda dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur program.
Ahad, 25 November 2007
BUAT DUIT DENGAN WIDGET BUCKS !
Di antara program-program yang pernah saya perkenalkana sebelum ini ialah Google Adsense, dan juga Bidvertiser. Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi program berbentuk pengiklanan. Ianya dinamakan sebagai Widget Bucks.
Apa yang menariknya mengenai Widget Bucks ini ialah anda berpeluang meraih pendapatan dari beberapa sumber :
1. Bonus Pendaftaran (USD$25 – sekali sahaja). Sebaik sahaja pendaftaran anda diluluskan, bonus sebanyak USD$25.00 (sekitar RM85.00!) terus dimasukkan ke dalam akaun 'My Bucks' anda. Walau bagaimana pun, wang ini belum boleh dikeluarkan lagi kerana anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai baki minima USD$50.00, untuk menerima pembayaran.
2. Referral Program. Jika anda berjaya mendaftarkan ahli-ahli baru untuk program ini, anda akan mendapat ganjaran sebanyak 10% dari hasil pendapatan dari downline anda. Sebagai contoh, jika pendapatan terkumpul downline anda ialah sebanyak USD$100, maka pihak Widget Bucks, akan membayar sebanyak USD$10 sebagai komisen untuk anda.
3. Program per-per-click. Anda juga akan meraih pendapatan dari klik yang dilakukan oleh pengunjung blog ke atas iklan atau 'ad widget' yang anda letakkan di blog anda. Kaedah yang sama dengan program Google Adsense.
Pembayaran akan dibuat dengan dua kaedah; melalui cek, atau pun Paypal. Terserah kepada pilihan anda. Pembayaran akan dibuat oleh pihak Widget Bucks (jika pendapatan anda sudah mencukupi!) 45 hari selepas tarikh akhir setiap bulan.
Jika anda telah pun menyertai program pengiklanan yang lain di blog anda seperti Google Adsense, Bidvertiser, atau sebagainya, anda masih boleh menyertai program Widget Bucks ini. Ini kerana sistem pengiklanan Widget Bucks adalah serasi dengan lain-lain sistem pengiklanan. Sila rujuk pada ruangan FAQ dan Term & Condition laman web ini untuk maklumat lebih lanjut.
Kepada anda pemilik blog ! Jom buat duit pula dengan Widget Bucks ! Satu lagi peluang untuk anda !
Selasa, 20 November 2007
LIMA PEMBOHONGAN TERBESAR…
" Lima pembohongan yang dibongkar melalui laporan ini sudah mencukupi untuk menyelamatkan anda daripada kerugian banyak masa, wang dan juga peluang.
Jika anda mahu berada di atas landasan dan laluan yang betul di dalam perniagaan Internet, maka anda wajib membaca laporan ini." – Smarzul.
Oleh kerana ebook ini percuma, dan tidaklah setebal mana, tidak perlulah saya mengulas panjang mengenainya. Cuma sebagai motivasi tambahan, saya ingin ingin memperkenalkan 7 istilah, yang merupakan 7 tahap untuk seorang yang bergelar usahawan internet, sebagaimana yang tertulis di dalam ebook ini.
Tujuh istilah tersebut ialah ; The Mooches, The Wanna-Be, The Pretend To Be, The Newbie, The Marketer, The Master, dan The Entrepreneur. Anda boleh mendapatkan definisi bagi istilah-istilah tersebut melalui ebook ini, dan seterusnya mengenal pasti di tahap manakah anda kini…
Ahad, 11 November 2007
SISTEM RAHSIA AMIRUL FAISYAL
Di dalam setiap bidang perniagaan, ada cara gaya pengurusannya yang tersendiri. Maka apabila kita cenderung kepada sesuatu bidang itu, kita seharusnya mengkaji akan sistem yang bersesuaian untuk diaplikasikan dengan bidang tersebut.
Kini, seorang usahawan internet muda Malaysia, telah pun menyusun satu sistem yang amat sesuai dengan bakal-bakal usahawan internet. Usahawan yang saya maksudkan itu ialah saudara Amirul Faisyal, yang telah menyusun suatu sistem yang dinamakannya "Sistem Rahsia", kini dengan versi 2.0.
Sistem Rahsia olahan beliau ini terbahagi kepada 5 komponen :
1. Sistem Model. Sebelum memulakan perniagaan Internet, pastikan dahulu model perniagaan yang ingin anda ceburi. Ciri-ciri perniagaan pastinya berasaskan minat kita, kebolehan dan sumber yang kita ada. Terdapat 5 model perniagaan yang disenaraikan oleh Amirul melalui ebook ini. Turut disenaraikan ialah model program buat duit melalui internet yang tidak bersifat perniagaan. Namun begitu, program pelaburan atau skim cepat kaya sama sekali tidak dicadangkan di dalam Sistem Model ini.
2. Sistem Modal. Di dalam apa pun perniagaan, modal merupakan asas utama perancangan. Ianya boleh merupakan wang, harta, idea dan masa. Di dalam perniagaan konvensional, modal yang berupa wang boleh kita perolehi dari pinjaman, atau pun simpanan sendiri. Di dalam Sistem Modal ini, kita turut diajari bagaimana menjana modal perniagaan dari sumber-sumber di internet sendiri, yang mana ianya tidak memerlukan kita mengeluarkan wang. Terdapat 6 cara semuanya.
3. Sistem Pemasaran. Ini satu lagi perkara penting di dalam perniagaan. Tanpa Sistem pemasaran yang baik, perniagaan kita tidak akan ke mana-mana, dan tidak menghasilkan keuntungan sebaik yang diharapkan. Sistem Pemasaran untuk perniagaan internet bererti bagaimana membawa trafik ke laman web anda. Tidak semua kaedah menarik trafik itu berhasil, dan di sinilah pentingnya mempunyai Sistem Pemasaran yang berkesan ! Terdapat 17 cara percuma serta 7 cara berbayar yang dibentangkan oleh Amirul didalam sistem ini.
4. Sistem Fokus. Salah satu masalah yang sering mengganggu para newbie di dalam perniagaan internet ini, ialah mereka tidak tahu di mana mereka hendak memulakan langkah pertama mereka. Dengan lambakan maklumat yang mereka (atau kita) terima, bukannya menjadikan peluang untuk kita semakin terbuka luas, tetapi sebaliknya menjadikan kita semakin keliru. Sistem Fokus ini juga turut memandu kita bagaimana untuk mendisiplinkan diri dengan kerja, menguruskan masa, mengutamakan dahulu pekerjaan dan mengkesampingkan perkara-perkara yang tidak penting. Kebanyakan perkara-perkara yang melekakan kita ini kadangkalanya memang kita sedari, dan kita melakukannya setiap hari. Tapi sayangnya kita gagal menguruskannya secara baik dan bersistematik !
5. Sistem SEO. SEO adalah merupakan satu lagi kaedah pemasaran diinternet. Ianya adalah merupakan kaedah bagaimana laman web kita mudah ditemui oleh pencari-pencari maklumat di internet. Untuk tujuan tersebut, laman kita seharusnya berada di senarai 10 teratas, apabila carian dibuat dengan keyword yang tertentu. Terdapat pelbagai kaedah, dan juga alatan yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini. Ada alatan yang berbayar, dan ada juga yang percuma. Sesuai untuk memulakan perniagaan, Sistem SEO telah mengutarakan 20 alatan yang boleh diperolehi secara percuma untuk digunakan bagi membolehkan laman web anda mesra SEO.
Ayuh ! Lipat gandakan pendapatan internet anda sekarang !
Selasa, 6 November 2007
BUAT DUIT DENGAN KOMPUTER !
Jika anda seorang yang minat dan cenderung dengan kerja-kerja teknikal, maka bidang ini tentunya amat serasi dengan jiwa anda. Dari segi permintaan, rasanya tidaklah menjadi masalah. Ini kerana, di zaman IT ini, boleh dikatakan hampir di setiap rumah mempunyai komputer. Dan bidang IT ini merupakan perniagaan yang sentiasa berkembang. Jadi anda tidak perlu risau akan kemerosotan permintaan.
Sebenarnya saya sedang berbicara mengenai kerjaya membaiki komputer. Satu pekerjaan yang yang boleh anda lakukan secara sambilan di rumah, dan tidak memerlukan modal permulaan yang besar. Seperti yang telah saya katakan di awal tadi, anda boleh memulakannya dengan orang-orang yang anda kenali terlebih dahulu. Tawarkan khidmat percuma terlebih dahulu, tetapi hendaklah dengan keyakinan bahawa anda boleh melakukannya. Janganlah umpama tikus membaiki labu pula. Kelak akan hanya menjejaskan reputasi anda sahaja nanti. Jika langkah pertama ini berjaya, promosi dari mulut ke mulut akan membantu mengembangkan perniagaan anda.
Begitulah antara lain bagaimana usahawan –usahawan yang berjaya sebelum ini memulakan langkah mereka. Kita biasa melihat dan membaca banyak kisah-kisah ahli perniagaan yang berjaya, hanya bermula daripada hobi dan kerja sambilan semata-mata.
'Panduan Pakej Lengkap : Pasang Sendiri Komputer Anda & Belajar Proses Installation', mungkin permulaan yang baik untuk langkah anda. Pakej ebook ini telah disusun oleh saudara Mustahing Saide. Pakej ini mengandungi dua ebook yang membimbing dua perkara yang berbeza. Ebook pertama (Pasang Sendiri Komputer Anda), memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memasang perkakasan fizikal, sehinggalah menjadi sebuah komputer yang lengkap. Sementara ebook kediua pula (Belajar Proses Installation), membantu anda memasang sendiri perisian Windows XP, Office, Driver dan juga lain-lain perisian sokongan.
Ebook ini sebenarnya tidaklah hanya untuk anda yang ingin mencari pendapatan sampingan sahaja. Itu hanyalah sekadar idea. Ianya juga wajar dimiliki oleh anda yang cintakan pengetahuan dan sukakan cabaran! Dengan mendalami ilmu ini, anda tidak perlu lagi membayar untuk proses-proses instalasi untuk komputer anda sendiri.. Anda tidak perlu lagi membayar untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan PC anda. Semuanya boleh anda lakukan sendiri. Bayangkanlah berapa banyak penjimatan yang boleh anda lakukan dengannya ?
Memiliki komputer di abad ini adalah seperti anda memiliki peti sejuk, TV dan kereta. Ianya sudah menjadi satu keperluan. Sekali kita sudah memilikinya, sudah pasti kita 'terpaksa' memilikinya sampai bila-bila. Maka memiliki pengetahuan mengenainya bukanlah suatu pelaburan yang merugikan...
Jumaat, 2 November 2007
BUAT DUIT DENGAN SOYA !
Perniagaan yang saya maksudkan itu ialah menjual air soya dan juga Tau Fu Fah. Tidak ada pengetahuan ? Tidak mengapa. Kini telah muncul sebuah ebook yang boleh membimbing anda untuk memulakan perniagaan air soya atau pun Tau Fu Fah ini. Ebook ini diberi judul, "Rahsia Tau Fu Fah Terbongkar!", ditulis oleh saudara Muhammad Muaz melalui pengalaman ibunya sendiri yang telah berpengalaman selama lima tahun berniaga produk berasaskan soya ini.
Ebook ini tidak sekadar mengajar anda bagaimana menghasilkan produk soya yang sedap dan menarik dilihat, tetapi juga turut membimbing anda bagaimana seharusnya anda mengendalikan perniagaan ini. Ya, setiap perniagaan mempunyai kaedah yang tersendiri untuk diuruskan.
Jika anda seorang penggemar soya, ebook ini juga amat bermanfaat untuk anda. Kini anda tidak perlu lagi membelinya, tetapi sebaliknya anda boleh menghasilkan sendiri air soya atau pun tau fu fah yang anda gemari itu dengan panduan ebook ini. Dengan melakukannya sendiri, maka sudah pasti kebersihannya akan lebih anda yakini.
Anda tidak menggemari soya ?
Ya, ada sesetengah orang tidak menggemari soya mungkin kerana rasanya. Namun begitu fakta-fakta berikut mungkin boleh mengubah sikap anda; kacang soya adalah merupakan sumber makanan seimbang yang agak murah berbanding daging, susu dan telur. Ianya merupakan sumber protein yang tinggi tetapi rendah lemak, amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kolestrol dan berat badan, masalah jantung danjuga kencing manis.
Kacang soya mengandungi vitamin A, B, C, D dan lecithin. Ianya juga mengandungi bahan mineral seperti calsium, sodium, magnesium, iron dan juga phosphorous. Di antara kelebihan lain khasiat soya ialah mengurangkan risiko kanser payudara, kanser prostat dan juga mengurangkan simptom menopaus.
Mudah-mudahan dengan maklumat mengenai khasiat kacang soya ini bukan sahaja akan meningkatkan kecenderungan anda kepada produk berasaskan soya, bahkan juga akan dapat membantu meningkatkan jualan anda nanti jika anda benar-benar berminat untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan.