Sabtu, 28 Februari 2009

PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA PEKERJAAN

Dunia kini sedang menghadapi kemelesetan ekonomi. Akibat dari kegawatan itu, ramai insan yang hilang pekerjaan, khususnya di sektor pembuatan. Di Malaysia sahaja, puluhan ribu orang kini menganggur. Mereka yang berada di sektor awam, agak selamat. Kesan dari krisis ekonomi ini, mungkin akan mengubah pandangan kita kepada pekerjaan makan gaji ini. Kalau dahulu, bekerja di sektor swasta boleh dianggap mampu menawarkan pendapatan yang lumayan. Selain dari gaji yang mungkin jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kerja dengan kerajaan, pekerjaan di sektor swasta ada kalanya juga menawarkan bonus tahunan yang lumayan. Peluang untuk menambah pendapatan juga boleh dilakukan dengan melakukan kerja lembur.

Namun ada kalanya bekerja di sektor swasta ini tidak begitu memberikan jaminan masa depan yang sempurna. Selain dari karenah majikan yang tidak bertanggungjawab, masalah ekonomi semasa kadang kala membuatkan pihak syarikat terpaksa membuat keputusan yang di luar kawalan.

Kini harapan untuk mereka yang selesa dengan kerja ‘makan gaji’ nampaknya akan tertumpu kepada sektor awam pula. Pendapatan di sektor awam mungkinlah tidak semewah di sektor swasta. Namun dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ianya juga mampu memberikan keselesaan dan ketenangan kepada seseorang, asalkan kita sedia untuk tidak berbelanja melebihi kemampuan.

Namun, dengan pemberhentian kerja ribuan orang, bahkan mungkin akan terus meningkat sekiranya masalah ekonomi tidak dapat ditangani, maka saingan untuk mendapatkan pekerjaan di jabatan kerajaan sudah pastinya sangat sengit. Ini ditambah pula lepasan sekolah dan universiti yang bertambah saban tahun. Jawatan yang ditawarkan sudah pastinya menantikan seseorang calun yang berwibawa dan berkualiti sahaja. Selain dari mengisi borang permohonan pekerjaan, menghadapi temuduga juga adalah salah satu peringkat pemprosesan dan penyaringan yang perlu dilalui oleh setiap calun yang mendambakan pekerjaan di sektor awam. Ini satu proses biasa, dan di sektor swasta pun begitulah juga kaedahnya.

Ada sesetengah calun yang telah berkali-kali memohon pekerjaan, dan berkali-kali juga menghadapi proses temuduga, namun dia masih gagal juga. Hal ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika sekiranya kita melakukan sesuatu itu tanpa persediaan, tanpa pengetahuan, dan tanpa perubahan.

Ya ! Jangan ambil mudah atau memperlekehkan persediaan untuk menghadapi temuduga pekerjaan ini. Jika tidak, anda mungkin akan ‘diperlekehkan’ pula oleh panel penemuduga tersebut nanti.

Salah satu cara yang wajar untuk memperlengkapkan diri anda dengan pengetahuan bagaimana untuk menghadapi temuduga pekerjaan ialah dengan membaca ebook ini : Rahsia Lulus Temuduga SPA dibongkar!. Ebook ini telah disusun oleh saudara Jamaludin Bahari, seorang Pegawai Kerajaan yang berpengalaman. Melihat kepada judul ebook ini, penulis mengkhususkan penulisan beliau hanya mengenai kaedah menghadapi proses temuduga dengan jabatan kerajaan atau lebih tepat lagi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini menunjukkan beliau merupakan seseorang yang mahir dengan selok-belok dan kehendak-kehendak yang dimahukan di dalam temuduga SPA.


Mengiringi ebook ini, penulis turut menawarkan beberapa ebook tambahan sebagai sokongan untuk memantapkan lagi persiapan anda. Di antara ebook bonus yang dimaksudkan ialah, Lapuran Tahunan SPA 2007, Contoh-Contoh Soalan SPA, Interview Answered Book, dan Secrets To Succesful Job Hunting. Namun, apa yang lebih menarik saya rasa, ialah khidmat sokongan secara peribadi yang diberikan oleh penulis melalui medium YM. Melalui peluang ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada penulis mengenai persediaan menghadapi temuduga SPA. Cara ini tentunya akan menjadikan anda merasa lebih yakin untuk menghadapi situasi temuduga itu nanti.


Tiada ulasan: