Isnin, 25 Januari 2010

SAUDA CARE : SATU LAGI PRODUK BERASASKAN JINTAN HITAM.

Saya pernah menulis serba sedikit mengenai Jintan Hitam atau Habbatus Sauda di blog ini sebelum ini. Anda boleh merujuknya kembali di sini. Atau boleh juga mendapatkan maklumat tambahan di sini.

Ada banyak pilihan untuk anda mendapatkan produk kesihatan yang berasaskan minyak jintan hitam ini. Seperti yang pernah saya tulis, ada yang berupa 100% minyak jintan hitam tulin. Dan ada pula yang telah diformulasikan dengan bahan makanan herba, atau makanan sunnah yang lainnya. Rasa minyak habbatus sauda yang tulin tidaklah begitu enak. Ianya mampu merencatkan keinginan anda untuk menelannya. Maka itu, ada sesetengah pihak pengeluar yang menyediakan minyak habbatus sauda ini di dalam bentuk kapsul gel lembut. Namun, jika anda membeli minyak habbatus sauda ini di dalam bentuk botol, anda masih boleh menyeimbangkan rasanya yang tidak enak itu dengan mencampurkannya dengan madu, jus kismis atau seumpamanya. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam masakan atau minuman anda. Pendek kata, terpulanglah bagaimana cara pun untuk anda melakukannya, asalkan khasiat minyak jintan hitam ini dapat diserapkan se dalam tubuh anda.

Kini satu lagi produk kesihatan yang berasaskan Habbatus Sauda ini telah muncul di pasaran. Produk ini berjenama SaudaCare, dikeluarkan oleh syarikat Jopana Trading yang berpengkalan di Simpang Renggam, Johor Darul Takzim. SaudaCare ini disediakan di dalam botol semburan bersaiz 30ml.

Menurut syarikat Jopana Trading, minyak jintan hitam dara SaudaCare dihasilkan dari bijirin Habbatus Sauda yang bermutu tinggi, iaitu dari gred A, yang diimport dari negara Mesir. Minyak dari bijian ini diperolehi secara 'Organic Cold Press', satu kaedah perahan tanpa menggunakan haba dan tanpa campuran bahan-bahan lain.

Minyak dara SaudaCare boleh dimanfaatkan melalui tiga cara :

LUARAN - Iaitu melalui kaedah sapuan atau urutan pada tempat-tempat yang berkenaan. Kaedah ini boleh membantu merangsangkan peredaran darah, membasmi kuman serta merawat penyakit kulit.

DALAMAN - Boleh disemburkan terus ke dalam mulut, atau pun dicampurkan bersama bahan masakan atau minuman. Selain dari khasiat yang dinyatakan di atas, cara ini pula boleh membantu mengeluarkan kahak, mucus, hingus dari paru-paru, serta membantu mengeluarkan angin dari badan.

HIDUAN - Kaedah hiduan pula dapat membantu melegakan salur pernafasan yang tersumbat.

Ada banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dari minyak jintan hitam dara SaudaCare ini. Ianya selaras dengan sabda Rasulullah saw yang sangat masyhur mengenai habbatus sauda ini : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-Saam (maut)" - riwayat Bukhari.

Kepada anda yang berhajat untuk mendapatkan produk ini, boleh mendapatkannya terus dari laman web SaudaCare.com.