Jumaat, 8 Januari 2010

JOM BERINTERNET SAMBIL DENGAR RADIO… FUHYOO!!!

PUYUH! Eh-eh! Salah Tu! Sebut betul-betul... FUHYOO!







FuhyooFM PLAYER...

Melayari internet, atau melakukan apa-apa kerja di komputer sambil mendengar radio bukanlah merupakan satu perkara ganjil atau asing kepada sesetengah dari kita. Bahkan sebaliknya, aktiviti tersebut bolehlah dikatakan telah menjadi resam dan amalan kebanyakan orang. Cara tersebut mungkin dapat membantu sedikit sebanyak memberikan ketenangan, kelegaan, selain hiburan di dalam melakukan kerja-kerja yang mungkin membebankan akal fikiran.

Ada pelbagai pilihan siaran radio yang boleh anda ikuti, terpulang kepada selera, citarasa dan kecenderungan peribadi anda. Radio kini tidak hanya sekadar boleh didengari melalui alat siarannya yang konvensional, malah kini sudah boleh diikuti melalui talian internet dan komputer.

Kini telah muncul Radio Internet yang pertama di Malaysia, bernama FuhyooFM (Sebut betul-betul ya! Fuhyoo!!!) Yang satu-satunya hanya menggunakan wadah internet. Radio ini adalah merupakan produk milik penuh Fitrah Media Enterprise atau FMe. FMe telah diasaskan oleh dua orang yang berpengalaman luas di dalam dunia penyiaran radio dan pernah bertugas di BEST 104. Selain mengendalikan FuhyooFM, FMe juga bertanggungjawab menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penyiaran radio khusus untuk sekolah-sekolah di sekitar negeri Johor Darul Takzim, di bawah program Kelab Media dan Radio Sekolah.

Diantara slot rancangan menarik yang disediakan oleh FuhyooFM ini ialah Dunia IE. Program ini membicarakan persoalan di sekitar dunia keusahawan internet. Tambah menarik lagi ialah rancangan ini dikendalikan oleh beberapa IM tempatan yang sudah pun tersohor namanya. Diantaranya ialah SmartZul, Rohaizad dan juga Zamrin.

Kepada anda yang masih baru khususnya, yang sedang meninjau-ninjau peluang dan pengetahuan mengenai perniagaan internet, wajar sekali untuk mengikuti rancangan ini yang keudara pada setiap hari Khamis, jam 12.00 tengahari, sementara siaran ulangannya pula ialah pada hari rabu, pukul 2.00 petang.

Bagaimana untuk mengikuti siaran FuhyooFM?

Ada beberapa cara yang boleh anda pilih :
1. Pergi sahaja ke laman web FuhyooFM : http://www.fuhyoofm.com/
2. Layari laman web atau blog yang menyediakan player Fuhyoo.FM seperti di blog ini.
3. Download FuhyooFM Toolbar dan setkannya di komputer anda. Dengan ini anda boleh menikmati FuhyooFM pada bila-bila masa sahaja ketika anda sedang beronline di internet. Sila download FuhyooFM Toolbar dengan mengklik pada butang download di bawah :

Kepada para blogger, selain membantu mempromosikan FuhyooFM, anda juga boleh menambahkan aksesori blog anda dengan meletakkan player FuhyooFM. Mungkin ini akan membantu blog anda menjadi lebih menarik, dimana sambil membaca, pngunjung juga dapat berhibur dengan mendengar lagu-lagu pilihan serta celoteh para DJ dari FuhyooFM. Caranya mudah sahaja; copy kod dari halaman ini dan pastekan di sidebar di blog anda.

Dengan slogannya "Lebih Berilmu dan Berinformasi!", adalah diharapkan FuhyooFM akan terus berkembang maju, memberi pilihan dan persaingan yang sihat di kalangan radio-radio konvensional yang sedia ada.

Tiada ulasan: