Isnin, 23 November 2009

JUS KISMIS ASY-SYIFA'

Di dalam pos yang lalu, ada dinyatakan secara sepintas lalu mengenai Jus Kismis Asy-Syifa’. Jus Kismis Asy-Syifa’ adalah merupakan salah satu dari produk edaran Muslimah Shop Sdn Bhd (MSSB). Untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai khasiat dan manfaat produk ini, marilah sama-sama kita baca artikel yang ditulis oleh Dr. Hamzah bin Jaffar, tokoh yang mencetus Formula Jus Kismis Asy-Syifa’ ini. Beliau juga merupakan Konsultan MSSB.

Amalkan Jus Kismis Asy-Syifa’ Dengan Penuh Jujur, InsyaAllah Anda Akan Dapat Rasai Berkat & Manfaatnya.

Beberapa Persoalan

Sejak Jus Kismis A-Syifa’ berada di pasaran, beberapa persoalan telah dikemukakan kepada kami, Muslimah Shop (MS) mengenainya. Antaranya :

1. Bolehkah Jus Kismis As-Syifa’ merawat penyakit migrain saya?
2. Berapa lamakah anak saya akan berubah sikap dan perilakunya setelah mengamalkan Jus Kismis As-Syifa’?
3. Anak saya lemah dalam pelajaran, berapa botolkah perlu saya berikan kepadanya supaya ia berminat untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran?

Untuk menjawab persoalan ini, MS sebagai pengedar utama produk Jus Kismis As-Syifa’ telah mengambil langkah dengan dengan mengemukakan jawapan yang jelas, luhur dan jujur iaitu:

1. Jus Kismis As-Syifa’ bukanlah ubat tetapi ia hanyalah produk yang diharapkan ada berkat dan khasiatnya.
2. Jus Kismis As-Syifa’ juga adalah gabungan makanan yang disyorkan oleh Allah SWT, Tuhan Semesta Alam dan Rasulullah (SAW), Nabi akhir zaman atau secara mudahnya kita namakan ia sebagai ‘Makanan As-Sunnah’.

Justeru itu, kami hanya mampu memberi jawapan agar kita hendaklah berlaku jujur kepada diri kita sendiri dalam memakan Makanan As-Sunnah ini. Paling tidak, kita memakannya semata-mata hendak mendapat berkat dan juga khasiat, atas dasar makanan tersebut telah disyorkan oleh Rasulullah SAW dan telah pun tersebut di dalam Al-Quran.

Harus diingat bahawa sejarah penciptaan Jus Kismis Asy-Syifa’ adalah semata-mata untuk memudahkan kaum Muslimin untuk memakan Makanan As-Sunnah seperti yang disyorkan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh generasi silam. Asas pembuatannya bukan untuk mencari keuntungan dan dikormesilkan.

Dengan kebesaran dan kuasa Ilahi, mereka yang mengamalkan dengan penuh jujur ini telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan berbagai-bagai keistimewaan dan manfaat yang sukar dipercayai.

Testimoni terkini.

Antara manfaat yang telah mereka alami dan rasai, boleh dilihat menerusi beberapa testimony terkini yang sempat kami rakamkan dari pelanggan kami yang mengamalkan Jus Kismis Asy-Syifa’. Antaranya ialah dengan izin Allah, penyakit migraine seorang wanita telah hilang.

Manakala seorang guru yang sedang menyambung pelajarannya di peringkat ijazah tinggi tidak lagi merasa lemas, lemah dan putus asa dalam meneruskan pengajian dan penyelidikannya. Bahkan fikirannya merasa cerah, ingatannya makin kuat dan semangatnya semakin tinggi untuk menyiapkan tesisnya.

Bahkan anaknya yang bernama Mohd. Syafiq berumur 9 tahun, telah memperlihatkan aksi yang luar biasa apabila mampu membaca, menghafal bahkan menceritakan kembali cerita di dalam Bahasa Inggeris sehingga beliau terpilih dalam pertandingan acara bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Beliau adalah satu-satunya wakil pelajar Melayu dalam pertandingan tersebut. Sedangkan sebelum ini beliau terlalu lemah di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Perubahan luar biasa ini berlaku selepas 2 hari adik Mohd Syafiq mengamalkan Jus Kismis Asy-Syifa’.

Dalam kes yang lain pula telah berlaku kepada seorang anak pelangan Jus Kismis Asy-Syifa’ yang mana anaknya ini sering bercakap tidak benar. Selepas mengamalkan Jus Kismis Asy-Syifa’, anaknya telah bercakap benar apabila bertanya sesuatu barang yang berharga miliknya telah hilang. Satu keajaiban dan kejutan bagi ibunya.

Selain daripada itu, seorang anak kecil yang ‘gagap’ telah hilang gagapnya, selepas mengamalkan Jus Kismis Asy-Syifa’. Sebenarnya kes yang sama juga telah berlaku kepada seorang pelajar berumur 10 tahun pada tahun 2003 yang lalu.

Oleh itu, sewajarnyalah kita semua mengamalkan Jus Kismis Asy-Syifa dan pastikan ia menjadi amalan kita bersama keluarga. Amalkanlah dengan penuh jujur dan yakin. Mudah-mudahan kita akan mendapat berkat, hakikat dan manfaatnya daripada pengamalan Jus Kismis Asy-Syifa’ ini.

__________________________________________________________
Penyiaran rencana di atas adalah dengan ihsan Muslimah Shop Sdn Bhd, pengedar produk-produk berjenama MS.

Jus Kismis Asy-Syifa kini boleh anda beli secara online di Kedaisiberneka.

Khamis, 19 November 2009

MINYAK BIJI ANGGUR : Baik Untuk Masalah Kanser, Awet Muda & Kecantikan.

KANSER adalah penyakit yang amat ditakuti oleh manusia. Ianya dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’. Kanser Payu Dara dan Rahim adalah amat digeruni oleh kaum wanita dan Kanser Prostat pula ditakuti oleh kaum lelaki. Namun begitu, di sana terdapat bermacam-macam kanser lain seperti kanser usus, kanser otak, dan seumpamanya.

Manakala awet muda dan kecantikan pula adalah impian setiap manusia terutama bagi kaum wanita.

Untuk menghilangkan ketakutan dan memenuhi impian setiap manusia itu maka sewajarnyalah kita semua mengamalkan pemakanan Minyak Biji Anggur secara istiqamah pada setiap hari.

Ramai orang yang sukakan buah anggur hanya kerana rasanya yang sedap tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa biji anggur mempunyai minyaknya yang amat berkhasiat.

Mengikut kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan. Anda boleh bertanya mana-mana doktor perubatan moden tentang kebenaran ini. Mereka pasti dengan pantas akan mengiyakan kenyataan ini sekaligus akan mengesyorkan supaya anda mengamalkan Minyak Biji Anggur secara konsisten.

BUAHNYA SEDAP, BIJINYA BERKHASIAT !

Minyak Biji Anggur juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan .

Persoalannya Kenapa ?
Sebabnya dalam Minyak Biji Anggur terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain, OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan. OPC juga adalah 50 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali ganda lebih kuat dari Vitamin C. OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia.

Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak membantu mengatasi masalah kanser bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.

Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu. Sekaligus ia juga baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.

Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya itu, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya. Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.

Timbul persoalan, kenapa pula umat Islam masih tidak mahu mengamalkan Minyak Biji Anggur ini walaupun ianya ternyata hebat dan amat baik untuk kesihatan? Kami mendapati antara sebab utama ummat Islam tidak mengamalkannya ialah kerana sukarnya untuk meminum Minyak Biji Anggur yang berminyak itu. Untuk itu Muslimah Shop telah mengambil langkah menyediakan Minyak Biji Anggur ini di dalam bentuk gel lembut, semata-mata untuk memudahkan pengguna mengamalkannya. Cukup dengan mengambil 2 biji gel lembut Minyak Biji Anggur sebelum sarapan pagi dan 2 biji sebelum tidur malam, insyaAllah ia mampu memperlihatkan perbezaan dari sudut kesihatan anda. Anda boleh rasai keberkesanannya setelah mengamalkannya selama 60 hari ke atas.

Seperkara yang penting untuk diketahui oleh pengguna, Minyak Biji Anggur edaran Muslimah Shop adalah asli yang terhasil secara ‘perahan sejuk 100%’. Perbezaan kualitinya dapat dilihat pada item Decane Acid yang mempunyai kelebihan 3 kali ganda jika dibandingkan dengan Minyak Biji Anggur yang telah bercampur dengan bahan lain.

Justeru itu, adalah disyorkan kepada semua ummat Islam agar mengamalkan Minyak Biji Anggur ini setiap hari. Jadikanlah ia amalan seisi keluarga. Adalah lebih baik jika sekiranya kita mengamalkannya bersama Jus Kismis As-Syifa yang mengandungi 8 jenis makanan As-Sunnah iaitu Kismis, Kurma, Kurma Ajwah, Madu, Habbatus Sauda, Za’faran, Buah Tiin dan Minyak Zaitun.

Biarlah kita berbelanja lebih sedikit untuk menjaga kesihatan daripada kita berbelanja banyak untuk merawat penyakit yang menyakitkan dan belum tentu ianya akan bertemu dengan penyembuhan.
MAKLUMAN : Kapsul Gel Lembut Minyak Biji Anggur dan Jus Kismis Asy-Syifa kini boleh di perolehi secara online di Kedaisiberneka.
___________________________________________________________
Rencana di atas adalah tulisan Dr. Hamzah bin Jaaffar, Konsultan Muslimah Shop. Penyiaran artikel ini adalah dengan ihsan Muslimah Shop Sdn Bhd, pengedar produk berjenama MS.

Khamis, 12 November 2009

JINTAN HITAM PENCEGAH H1N1 ?


Pada kira-kira pertengahan tahun yang lalu, negara kita digemparkan dengan serangan wabak H1N1.

Apa itu H1N1 ?
Secara ringkasnya, virus H1N1 atau dikenal juga sebagai virus ‘selsema babi’ adalah berasal dari ‘selsema burung’ yang dikenali pula sebagai H5N1. Virus H5N1 ini telah menjangkiti babi, dan telah melakukan penyesuaian diri untuk mendiami tubuh haiwan babi, dan kemudiannya melakukan sekali lagi penyesuaian diri untuk mendiami badan manusia pula.

Wabak ini dikatakan telah dikesan di US, namun pehak US tidak melapurkannya kepada WHO, sehinggalah ianya merebak pula ke Negara Mexico. Walau pun ianya dikenali juga sebagai selsema babi, namun harus diketahui bahawa jangkitan ini tidak merebak dengan sebab memakan daging haiwan ini. Virus H1N1 sebenarnya merebak melalui udara, seperti menerusi percakapan, bersin, batuk dan sebagainya.

Pehak Kementerian Kesihatan telah menggariskan beberapa langkah kawalan dalam usaha mencegah virus ini dari menjangkiti kita, antaranya :

1. Elakkan dari melibatkan diri di kawasan yang padat dengan orang ramai, terutamanya bagi mereka yang berisiko untuk mudah dijangkiti.
2. Menjaga kebersihan diri. Segera basuh tangan terutamanya selepas bersin atau batuk.
3. Gunakan topeng muka atau ‘mask’, terutama bila berada di kawasan sesak dengan orangramai.
4. Segera membuat pemeriksaan doktor apabila terasa ada tanda-tanda dijangkiti virus.

Langkah-langkah di atas adalah merupakan beberapa langkah yang dicadangkan oleh pehak Kementerian Kesihatan untuk mengelakkan diri dari terjangkit dengan virus ini.

Pada 14hb. Ogos, 2009, sebuah akhbar tempatan telah melapurkan berita yang berjudul “Jintan Hitam Cegah H1N1” (sila lihat imej di bawah).


Berita tersebut menyatakan mengenai kajian yang disiarkan di dalam sebuah majalah perubatan di negara China, bahawa Jintan Hitam (Habbatus Sauda) boleh membantu mencegah jangkitan H1N1 dengan meminum air suam yang telah direndamkan bijian hitam tersebut.


HABBATUS SAUDA / JINTAN HITAM

Sebenarnya, berita mengenai Jintan Hitam di atas bukanlah cerita baru mengenainya. Khasiat Jintan Hitam ini telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu. Malah, rasul junjungan kita, Nabi Muhammad (SAW), pernah memperkatakan mengenai Jintan Hitam di dalam hadithnya yang sangat masyhur mengenai Habbatus Sauda :

“ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit, kecuali as-Saam (maut)” – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Kita semua tahu bahawa Rasulullah (SAW) tidak menggunakan lidahnya untuk memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Dan apa sahaja yang diperkatakan oleh baginda, akan dirujuk oleh generasi Islam kemudiannya sebagai sumber hukum dan sumber panduan di dalam kehidupan. Dan apabila Baginda secara khusus membicarakan mengenai Habbatus Sauda, maka tentunya Habbatus Sauda ini merupakan sesuatu yang sangat penting berbanding dengan tumbuh-tumbuhan lain yang yang tidak Baginda sentuh.

Jika dirujuk kembali kepada Hadith di atas, Baginda Rasulullah (SAW) menyebut bahawa Habbatus Sauda ini adalah penawar bagi segala penyakit. Ini bermakna, khasiat Jintan Hitam tidak sekadar mengkhusus kepada penyakit-penyakit tertentu sahaja, seumpama H1N1. Dengan mengamalkan Jintan Hitam ini sama ada sebagi makanan atau minuman, insyaAllah, akan dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan tubuh badan kita secara kesuluruhannya.

Terdapat pelbagai pilihan kepada anda, sama ada dari segi jenama, mahu pun dari sudut cara khasiat Jintan Hitam ini anda manfaatkan. Ada yang datang di dalam bentuk minyaknya yang tulen, ada pula di dalam bentuk minyaknya yang telah dikapsulkan, dan ada juga yang telah diformulasikan bersama dengan makanan-makanan berkhasiat yang lain. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan. Jika anda ingin melihat beberapa pilihan yang ada produk-produk yang berasaskan Habbatus Sauda ini, sila rujuk kepada pautan berikut : APA ITU HABBATUS SAUDA ?

Khamis, 5 November 2009

PAYPAL KINI KIAN MESRA DENGAN RAKYAT MALAYSIA...


Saya pernah menulis mengenai ‘Apa itu PayPal’ pada lebih setahun yang lalu. Namun, pada ketika itu, layanan PayPal kepada warga Malaysia tidaklah begitu baik. Bagaikan anak tiri. Walau pun PayPal membenarkan rakyat Malaysia membuka akaun dengan dengannya dan berurusniaga dengan menggunakan kemudahan tersebut untuk berurusniaga, namun PayPal tidak membenarkan pendapatan yang diperolehi melalui PayPal, dikeluarkan di bank-bank di Malaysia.

Hal ini menerbitkan rasa tidak selesa dan kesukaran di kalangan pelanggan-pelanggan PayPal warga Malaysia. Maka lahirlah beberapa ebook yang ditulis oleh IM berpengalaman, mengajar kita bagaimana untuk menguruskan wang Paypal secara bijaksana. Namun begitu, kaedah-kaedah yang disarankan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan. Maka timbullah pula alternatif lain, yang sebenarnya adalah diluar batas perundangan dan kebenaran PayPal sendiri, iaitu secara berjual beli. Aktiviti sebegini sebenarnya boleh mengundang risiko kepada pengguna PayPal jika dapat dikesan oleh mereka.

Kekangan PayPal kepada rakyat Malaysia (dan beberapa negara lain juga) mempunyai alasan yang tertentu. Khabarnya, rakyat Malaysia adalah di antara yang ramai melakukan penipuan di internert. Sejauh manakah kebenarannya dakwaan itu tidaklah saya ketahui, kerana saya sendiri sebenarnya masih mentah mengenai hal-hal seumpama ini.

Namun kini tidak begitu lagi. PayPal nampaknya sudah mula lunak dan mesra dengan rakyat Malaysia. Bermula dengan kemudahan mengeluarkan wang melalui kad kredit pada tahun lalu, kini maju setapak lagi di mana wang anda di PayPal sudah boleh dikeluarkan melalui pelbagai bank di Malaysia. Untuk lebih pasti mengenai hal ini, anda boleh merujuk di laman web PayPal sendiri. Kadar yuran yang dikenakan untuk proses pengeluaran juga boleh dikatakan agak berpatutan, iaitu hanya RM3.00 untuk jumlah di bawah RM400.00. Jika anda mengeluarkan wang lebih dari jumlah tersebut, anda tidak akan dikenakan sebarang caj.

PayPal juga telah membenarkan urusniaga di dalam matawang Ringgit Malaysia (MYR). Ini sesuatu yang sangat menarik. Walau pun ianya hanya dibenarkan untuk urusniaga di dalam wilayah Malaysia sahaja, ianya dirasakan sudah sangat memadai. Dengan kebolehan ini, rakyat Malaysia yang ingin berjual beli sesama sendiri, yang menggunakan kad kredit atau pun PayPal, tidak perlulah lagi terlebih dahulu terpaksa menukarkan nilai RM kepada matawang USD. Masalah juga akan timbul apa bila berlakunya turun-naik pada nilai USD itu sendiri. Berkemungkinan akan berlaku kerugian jika nilai USD naik, dan kita pula tidak mengemaskinikan harga produk pada kadar semasa.

Satu lagi perkembangan yang menarik ialah, anda kini sudah boleh mengikuti PayPal dengan dua bahasa pilihan, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia. Jika anda tidak mahir berbahasa Inggeris, mungkin sedikit sebanyak Bahasa Indonesia boleh membantu. Ini kerana Bahasa Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Malaysia. Namun anda masih perlu berhati-hati juga kerana terdapat istilah-istilah Bahasa Indonesia yang mungkin asing dengan kita. Antaranya adalah seperti rekening (akaun), saldo (baki), kartu (kad), aman (selamat) dan sebagainya.

Dengan perkembangan mutakhir ini, maka kedai online kami, Kedaisiberneka, turut mengambil kesempatan dan manfaat darinya. Kedaisiberneka kini turut menerima pembayaran melalui PayPal. Kepada anda yang aktif berinternet, dan sering membeli-belah secara online, kenapa tidak untuk turut menggunakan PayPal ? Ianya adalah satu lagi pilihan selain dari menggunakan khidmat perbankan secara online yang sedia ada. Jangan khuatir, kerana tiada apa-apa bayaran yang dikenakan jika hanya sekadar untuk membuka akaun di PayPal.

_______________________________________________________________

UPDATE !
Kepada anda yang ingin mempelajari dan mendapatkan maklumat terkini mengenai PayPal, sila klik pada banner di bawah


Isnin, 2 November 2009

BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI !


Salam sejahtera buat pengunjung ke blog ini.

Telah begitu lama benar blog ini terbiar dan menyepi. Kira-kira hampir dua bulan lamanya. Ianya bermula dengan kehadiran Ramadhan. Sememangnya di bulan yang penuh barakah itu, saya agak sukar membahagikan masa. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan, terlalu banyak impian yang ingin dicapai. Sesiapa pun tentunya tidak akan melepaskan peluang jika ditawarkan dengan pelbagai ganjaran yang hebat. Apa tah lagi jika tawaran yang dijanjikan itu datangnya dari Allah swt, Tuhan yang menciptakan semesta alam. Yang Maha benar perkataanNya. Dan segala janji-janjiNya adalah sesuatu yang pasti akan kita perolehi.

Selesai Ramadhan, sibuk pula dengan perayaan. Walau pun hari raya ‘idul fitri yang dianugerahkan Allah cuma satu hari sahaja, namun sebagai manusia, dan sebagai manusia Melayu khususnya, perayaan satu hari seakan tidak mencukupi. Puasa sebulan harus diqadha dengan raya sebulan juga. Saya, walau pun tidak ingin terikat dengan budaya dan fahaman sebegini, tidak dapat tidak, terpaksa akur dengan kehendak persekitaran. Ya, kita hidup di dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan kemahuan. Selagi ianya tidak keterlaluan, terpaksalah rentak mereka dilayan…

Selain itu, di sepanjang bulan Oktober yang lalu juga, telah melakukan sedikit pengemaskinian dan rombakan terhadap kedai online saya, Kedaisiberneka. Telah lama benar laman web tersebut berada di dalam keadaan begitu, rasanya perlu juga dilakukan sedikit pengubahsuaian, bersesuaian dengan perkembangan masa. Mudah-mudahan, wajah baru Kedaisiberneka ini akan lebih mesra pelanggan. Beberapa kemudahan pembayaran juga telah ditambah. Kepada anda yang ingin melihat wajah baru Kedaisiberneka, bolehlah mengunjunginya dengan mengklik pada banner di atas, atau pada mana link di dalam pos ini. Laman web ini sebenarnya masih lagi di dalam proses pengubahsuaian, belum siap sepenuhnya.

Sebagai ingin memeriahkan lagi Kedaisiberneka ini dengan pelbagai pilihan produk, saya ingin mengundang kepada anda yang mempunyai produk sendiri, untuk sama-sama mempromosikan produk anda di Kedaisiberneka. Jika anda berminat, sila hubungi saya di Borang Pertanyaan di laman web saya. Anda mungkin sudah pun mempunyai kedai jualan secara online sendiri. Namun, di samping kedai online anda sendiri itu, mengapa tidak, dan apa salahnya untuk turut mempromosikannya di tempat lain juga? Mudah-mudahan produk anda lebih mudah laris dan cepat masyhur.

Sekian, coretan saya buat kali ini. Sebagai pembuka bicara setelah sekian lama tidak menulis...