Memaparkan catatan dengan label PAYPAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAYPAL. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2009

PAYPAL WISHLIST : PELUANG BAIK UNTUK ANDA !

Saya baru sahaja menulis mengenai PayPal di dalam pos yang lalu. Kali ini saya ingin memperkenalkan satu peluang menabung di PayPal dengan cara mudah. Ya! Bolehlah dikatakan ianya agak mudah. Ini kerana anda tidak perlu menjual apa-apa barang. Sebaliknya anda hanya perlu memperkenalkan satu aplikasi kepada seramai mungkin rakan-rakan anda. Peluang ini sebenarnya ditawarkan oleh pehak PayPal sendiri.

Acara ini adalah anjuran bersama PayPal dan Facebook. Ianya dinamakan sebagai 'PayPal WishList'. Dengan menyertai program ini, anda layak untuk mendapat antara US$1.00 hingga ke US$100.00, atau lebih kurang RM330.00. Banyak tu! Kalau dah dapat separuh pun dah kira bagus 'kan?

Berikut adalah syarat-syarat mudah yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur untuk sesiapa yang ingin menyertai acara ini :

1. Anda perlu ada akaun Facebook. Jika belum ada, sila daftarkan diri di http://www.facebook.com/
2. Anda juga perlu ada akaun PayPal. Tujuannya ialah untuk membuat pembayaran kepada anda nanti. Jika belum ada, boleh daftar sekarang, atau pada bila-bila masa sahaja selepas ini.
3. Untuk menyertai acara Paypal WishList, anda mestilah merupakan pemegang akaun PayPal yang menggunakan alamat dan nombor telefon yang sah, dari negara India, Indonesia, MALAYSIA, Filipina, Thailand, Singapura atau Vietnam.

BAGAIMANA NAK SERTAI PAYPAL WISHLIST ?

Berikut ini saya sediakan serba sedikit panduan ringkas bergambar bagaimana untuk menyertai acara PayPal WishList :

1. Sila klik pada pautan berikut : http://apps.facebook.com/paypalwishlist/?ppref=1378633420&ref=mf . Sebaik sahaja anda mengklik pada pautan di atas, anda telah pun layak mendapat US$1.00. Sila lihat imej di bawah :



2. Langkah seterusnya, sila klik pada "I have read the notice".

3. Sebagai memenuhi syarat program ini, anda perlu menyenaraikan 'WishList' anda, iaitu senarai barangan yang anda ingin anda beli. Sila klik pada 'CREATE NEW WISHLIST' untuk memulakannya.



4. Ada beberapa kategori barangan. Anda boleh memilih mana-mana barangan yang anda suka berdasar kategori yang disediakan, seperti Beauty, Gadgets, Fashion, Music, Movies, Jewellery & Watches, dan berbagai lagi.





5. Klik pada item pilihan anda, dan gambar produk tersebut akan tersenarai pada kedudukannya.


6. Ulangi langkah yang sama seperti di atas sehingga senarai 'WishList' anda memenuhi kelima-lima petak yang disediakan.



7. Setelah itu klik pada 'SAVE & SHARE THIS WISHLIST'.

8. Sebenarnya, terdapat satu lagi langkah yang perlu anda lakukan selepas langkah 7 di atas, namun malang sekali saya terlepas pandang untuk merakamkan screenshot langkah tersebut. Harap maaf. Langkah yang saya maksudkan itu ialah meletakkan sedikit maklumat atau kata-kata di dalam ruangan "Whats on your mind mind ?" atau "Apa yang anda fikirkan ?". Tulis apa sahaja kat-kata yang anda fikirkan sesuai. Kemudian klik pada 'PUBLISH'. Dengan itu, aplikasi 'PayPal WishList' akan terpapar di ruangan ' WALL / DINDING' di Facebook anda.

9. Langkah seterusnya ialah anda perlu mempromosikan program ini kepada seramai mungkin rakan-rakan, sama ada di Facebook, mahu pun di luar Facebook. Cara pertama ialah dengan menggunakan fungsi "Invite Friends", di aplikasi PayPal WishList anda. Cara kedua pula ialah dengan mempromosikan pautan PayPal WishList anda di mana-mana ruang promosi yang bersesuaian, sepertimana saya menggunakan blog saya ini. Untuk mendapatkan link aplikasi Paypal WishList di dalam Profile (Wall) di akaun Facebook anda, sila lihat imej di bawah :



Selepas klik pada "Copy Shorcut", bolehlah dipastekan pautan promosi tersebut ke dalam mana-mana bahan promosi anda. Anda akan dibayar sebanyak US$1.00 untuk setiap referral yang mendaftar melalui link anda. Cepatlah bertindak, kerana tempoh acara ini akan berakhir sehingga hujung bulan ini sahaja.

Jika panduan di atas belum cukup membantu, anda bolehlah menonton video panduan di bawah, sebagai panduan tambahan. Video ini adalah ihsan dari saudara Zamri Nanyan, seorang IM tempatan yang masyhur, dan telah pun menghasilkan beberapa produk seperti 'The Four Weeks To Fredom', 'Rahsia Perniagaan Digital', 'Panduan Asas Paypal', dan juga 'Pakar Affiliate'.


(KLIK DI SINI UNTUK SERTAI PAYPAL WISHLIST)

Kepada yang masih baru dengan PayPal, mudah-mudahan acara ini akan menyumbangkan US$1.00 yang pertama untuk akaun PayPal anda. Sebagai pencetus, penggerak dan penyemarak semangat anda untuk menambahbiakkan lagi tabungan anda di PayPal. Selamat berjaya !

Sabtu, 19 Disember 2009

VIDEO TUTORIAL PANDUAN ASAS PAYPAL.


Salam sejahtera, dan salam Ma'al Hijrah !
Selang beberapa pos yang lalu, saya ada menulis mengenai PayPal, yang kini lebih mesra dengan warga Malaysia. Saya kira, dengan perkembangan yang menarik ini, tentunya ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang berminat untuk membuka akaun di PayPal.

Sebenarnya, untuk membuka akaun di PayPal tidaklah begitu membebankan. Malahan, ianya percuma sahaja. Anda tidak perlu menyediakan wang deposit, seperti keperluan kepada sesetengah akaun di bank tempatan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kerumitan untuk membuka akaun di PayPal ini. Contohnya, ketika hendak mengisi borang online untuk akaun di laman web tersebut. Masalahnya lebih kurang sama sahaja ketika mana kita mengisi borang-borang yang lainnya. Adakalanya kita kurang memahami kehendak dan keperluan borang tersebut. Apa tah lagi jika ianya adalah kali pertama kita menghadapinya.

Kini anda tidak perlu gusar lagi mengenai masalah tersebut. Saudara Zamri Nanyan, seorang 'otai' di dalam perniagaan internet di Malaysia, telah menyedari dan mengesan kehendak dan keperluan para 'newbie' masa kini. Lalu beliau telah menghasilkan satu panduan di dalam bentuk video tutorial yang beliau namakan 'Video Tutorial Panduan Asas PayPal'.

Video tutorial ini tidak sekadar memudahkan anda bagaimana untuk membuka akaun PayPal, bahkan juga turut membimbing anda bagaimana untuk menggunakan aplikasi-aplikasi PayPal yang lainnya. Pakej ini mengandungi 9 video tutorial semuanya, dan mengambil masahampir satu jam. Dengan menggunakan kaedah video tutorial, anda tidak perlu membaca, bahkan sebaliknya menjadikan pembelajaran anda lebih praktikal.

Khamis, 5 November 2009

PAYPAL KINI KIAN MESRA DENGAN RAKYAT MALAYSIA...


Saya pernah menulis mengenai ‘Apa itu PayPal’ pada lebih setahun yang lalu. Namun, pada ketika itu, layanan PayPal kepada warga Malaysia tidaklah begitu baik. Bagaikan anak tiri. Walau pun PayPal membenarkan rakyat Malaysia membuka akaun dengan dengannya dan berurusniaga dengan menggunakan kemudahan tersebut untuk berurusniaga, namun PayPal tidak membenarkan pendapatan yang diperolehi melalui PayPal, dikeluarkan di bank-bank di Malaysia.

Hal ini menerbitkan rasa tidak selesa dan kesukaran di kalangan pelanggan-pelanggan PayPal warga Malaysia. Maka lahirlah beberapa ebook yang ditulis oleh IM berpengalaman, mengajar kita bagaimana untuk menguruskan wang Paypal secara bijaksana. Namun begitu, kaedah-kaedah yang disarankan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan. Maka timbullah pula alternatif lain, yang sebenarnya adalah diluar batas perundangan dan kebenaran PayPal sendiri, iaitu secara berjual beli. Aktiviti sebegini sebenarnya boleh mengundang risiko kepada pengguna PayPal jika dapat dikesan oleh mereka.

Kekangan PayPal kepada rakyat Malaysia (dan beberapa negara lain juga) mempunyai alasan yang tertentu. Khabarnya, rakyat Malaysia adalah di antara yang ramai melakukan penipuan di internert. Sejauh manakah kebenarannya dakwaan itu tidaklah saya ketahui, kerana saya sendiri sebenarnya masih mentah mengenai hal-hal seumpama ini.

Namun kini tidak begitu lagi. PayPal nampaknya sudah mula lunak dan mesra dengan rakyat Malaysia. Bermula dengan kemudahan mengeluarkan wang melalui kad kredit pada tahun lalu, kini maju setapak lagi di mana wang anda di PayPal sudah boleh dikeluarkan melalui pelbagai bank di Malaysia. Untuk lebih pasti mengenai hal ini, anda boleh merujuk di laman web PayPal sendiri. Kadar yuran yang dikenakan untuk proses pengeluaran juga boleh dikatakan agak berpatutan, iaitu hanya RM3.00 untuk jumlah di bawah RM400.00. Jika anda mengeluarkan wang lebih dari jumlah tersebut, anda tidak akan dikenakan sebarang caj.

PayPal juga telah membenarkan urusniaga di dalam matawang Ringgit Malaysia (MYR). Ini sesuatu yang sangat menarik. Walau pun ianya hanya dibenarkan untuk urusniaga di dalam wilayah Malaysia sahaja, ianya dirasakan sudah sangat memadai. Dengan kebolehan ini, rakyat Malaysia yang ingin berjual beli sesama sendiri, yang menggunakan kad kredit atau pun PayPal, tidak perlulah lagi terlebih dahulu terpaksa menukarkan nilai RM kepada matawang USD. Masalah juga akan timbul apa bila berlakunya turun-naik pada nilai USD itu sendiri. Berkemungkinan akan berlaku kerugian jika nilai USD naik, dan kita pula tidak mengemaskinikan harga produk pada kadar semasa.

Satu lagi perkembangan yang menarik ialah, anda kini sudah boleh mengikuti PayPal dengan dua bahasa pilihan, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia. Jika anda tidak mahir berbahasa Inggeris, mungkin sedikit sebanyak Bahasa Indonesia boleh membantu. Ini kerana Bahasa Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Malaysia. Namun anda masih perlu berhati-hati juga kerana terdapat istilah-istilah Bahasa Indonesia yang mungkin asing dengan kita. Antaranya adalah seperti rekening (akaun), saldo (baki), kartu (kad), aman (selamat) dan sebagainya.

Dengan perkembangan mutakhir ini, maka kedai online kami, Kedaisiberneka, turut mengambil kesempatan dan manfaat darinya. Kedaisiberneka kini turut menerima pembayaran melalui PayPal. Kepada anda yang aktif berinternet, dan sering membeli-belah secara online, kenapa tidak untuk turut menggunakan PayPal ? Ianya adalah satu lagi pilihan selain dari menggunakan khidmat perbankan secara online yang sedia ada. Jangan khuatir, kerana tiada apa-apa bayaran yang dikenakan jika hanya sekadar untuk membuka akaun di PayPal.

_______________________________________________________________

UPDATE !
Kepada anda yang ingin mempelajari dan mendapatkan maklumat terkini mengenai PayPal, sila klik pada banner di bawah


Isnin, 26 Februari 2007

APA ITU PAYPAL ?

Di dalam tulisan yang lalu saya telah memperkenalkan satu peluang untuk menabung di internet. Peluang yang saya maksudkan ialah dengan mempromosikan secara percuma ebook/lapuran "The Rockefeller Files". Anda akan dibayar sebanyak RM 2.80 untuk setiap salinan lapuran tersebut yang didownload oleh prospek anda.

Jika anda masih belum mendownload lapuran percuma tersebut, boleh melakukannya melalui pautan berikut, dan jangan lupa untuk turut mempromosikannya : The Rockefeller Files

Walau bagaimana pun pihak pengurusan Affiliate tersebut telah menetapkan bahawa pembayaran komisen akan di masukkan ke dalam akaun Paypal anda. Jika anda seorang yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, tentunya anda merasakan hal ini akan menjadi satu halangan anda merebut peluang menarik ini.

APAKAH PAYPAL ?

PayPal adalah merupakan salah satu bentuk alat pemprosesan pembayaran secara online. Ianya dikatakan adalah merchant account yang terbesar di internet selain 2CheckOut, Worldpay, Stormpay dan sebagainya. Dalam kaedah tradisional kita menggunakan cek, wang pos, kad kredit dan seumpamanya sebagai alat pembayaran kita, maka PayPal, adalah merupakan alat pembayaran dan penerimaan bayaran secara online yang amat terkenal di internet. Jika anda seorang yang sedang merancang-rancang untuk melombong wang di internet, maka memiliki akaun PayPal bagaikan sudah menjadi satu kemestian.

Saya sendiri sebenarnya baru sahaja membuka akaun PayPal ini. Pada pemikiran saya sebelum ini saya tidak memerlukannya kerana saya tidak bercadang untuk berniaga sehingga ke peringkat global. Maklumlah, saya ni sebenarnya kurang mahir berbahasa Inggeris. Jadi untuk menjual produk sehingga ke luar negara, tentulah akan menghadapi masalah.

Walau bagai mana pun, setelah mengenali Program Affiliate seperti TheRockefellerFiles.com ini, barulah saya menyedari bahawa saya masih mempunyai peluang mencari pendapatan di internet walau pun saya tidak lancar berbahasa Inggeris. Sebelum ini saya juga telah diperkenalkan oleh teman-teman dengan pelbagai program seperti ini, namun saya membiarkan sahaja ianya berlalu kerana memikirkan saya tidak mempunyai kelayakan untuk turut serta.

Dalam kebanyakan program Affiliate, alatan untuk mempromosikan produk telah disediakan oleh pemilik perniagaan tersebut, sama ada didalam bentuk banner, teks iklan , emel dan sebagainya. Oleh itu anda hanya perlu memilih mana-mana tools yang bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Jika anda mempunyai kebolehan untuk menulis, itu adalah satu kelebihan!

BAGAIMANA MEMBUKA AKAUN PAYPAL?

Saya bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengajar anda bagaimana untuk membuka akaun PayPal ini. Walau bagaimana pun, ianya tidaklah sesukar mana. Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menerangkan secara lengkap, langkah demi langkah, bagai mana untuk membuka akaun PayPal ini. Penerangan turut disertakan dengan gambar 'screen shot' yang menjadikannya lebih mudah untuk difahami. Ebook ini berjudul 'Malaysia Pal', ditulis oleh saudara Hafiz Latib, diberi secara percuma kepada pengunjung laman web beliau : MalaysiaPal.com.
Diantara kandungan ebook ini ialah Bagai Membuka Dan Mengesahkan Akaun PayPal, dan Bagaimana Mengeluarkan Wang dari PayPal. Segala-galanya telah terungkap di dalam ebook ini. Anda hanya perlu mendapatkannya secara percuma melalui pautan berikut : MalaysiaPal.com.

___________________________________________________________

MUTAKHIR :

Sumber rujukan terkini untuk mempelajari PAYPAL :