Selasa, 1 April 2008

JOM BERNIAGA MINYAK KELAPA...

Mungkin anda tertanya-tanya apa rasionalnya tajuk pos saya hari ini. Apatah lagi jika hendak dikaitkan dengan perniagaan internet ? Sebenarnya, minyak kelapa yang saya maksudkan di sini bukanlah sembarangan minyak kelapa. Bukannya minyak kelapa yang sering anda gunakan untuk menggoreng ikan, cempedak atau seumpamanya.

Sebenarnya saya sedang memperkatakan mengenai Minyak Kelapa Dara. Nama minyak kelapa dara bukanlah sesuatu yang baru di dalam masyarakat kita. Soal sama ada pernah menggunakannya atau pun tidak, adalah satu perkara yang lain. Minyak kelapa dara juga bukan sekadar dikenali di dalam masyarakat kita sahaja. Khasiatnya telah diketahui dan disedari oleh seisi jagat.

Di antara khasiat dan manfaat yang telah dikesan dari minyak kelapa dara ialah; meningkatkan dan memperbaiki sistem pertahanan badan, meningkatkan kadar metabolisma badan, meningkatkan fungsi kalenjar tairoid, anti oksida semulajadi, menurunkan berat badan, melembab dan melembutkan kulit, mengurangkan kedutan dan tanda penuaan, dan... banyak lagi ! Anda boleh merujuk semuanya ini beserta dengan testimoninya sekali di laman web Bio-Asli.com.

Terdapat pelbagai jenama dan syarikat yang mengeluarkan produk Minyak Kelapa Dara ini di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, terdapat beberapa jenama yang masyhur. Salah satunya yang ingin saya perkenalkan di sini ialah Bio-Asli, yang dikeluarkan oleh Desaku Maju Marketing, sebuah syarikat milik Bumiputera.

Di samping produk Minyak Kelapa Dara yang asli, Bio-Asli juga turut mempunyai pelbagai lagi pilihan produk lain yang berasaskan minyak kelapa dara, iaitu; Kapsul Minyak Kelapa Dara, Minyak Kelapa Dara Bermadu, Tonik Rambut Kelapa Dara, Kopi Kelapa Dara, Sabun dan Losyen Badan dari Minyak Kelapa Dara.

Untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan anda mengenai Minyak Kelapa Dara ini, jom kita tonton sebentar apa kata pakar mengenainya :




Sekian dahulu, sebagai muqaddimahnya, penulisan saya mengenai peluang perniagaan dengan produk minyak kelapa dara ini. Saya akan melanjutkan lagi topik ini di dalam pos yang akan datang. Namun jika anda sudah tidak sabar untuk melihat peluang pendapatan sampingan melalui produk ini, anda boleh terus ke laman web Bio-Asli untuk maklumat lebih lanjut.

1 ulasan:

barb michelen berkata...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is