Jumaat, 4 April 2008

JAGA KESIHATAN, JANA PENDAPATAN !


Pos hari ini adalah kesinambungan dari pos yang lalu. Di dalam pos yang lalu, saya telah menceritakan serba sedikit mengenai produk Minyak Kelapa Dara Bio Asli keluaran Desaku Maju Marketing.

Hari ini saya ingin menulis mengenai peluang pendapatan sampingan melalui produk Minyak Kelapa Dara Bio Asli ini pula. Terdapat dua kaedah bagaimana anda boleh menjana pendapatan melaluinya :

1. Pasaran Online.
2. Pasaran Offline.


PASARAN ONLINE.

Secara mudahnya, pasaran online yang dimaksudkan di sini ialah menyertai program affiliate yang telah pun disediakan oleh pihak Bio-Asli.com. Anda hanya perlu mendaftar menjadi ahli atau peserta program affiliate laman web tersebut dan mula mempromosikan link affiliate peribadi yang telah diberikan kepada anda. Berikut adalah contoh link affiliate Bio-Asli.com :
http://www.bio-asli.com/?id=DARMAKIFAYAH

Tidak seperti produk digital, program affiliate Bio-Asli tidaklah menawarkan komisen jualan yang tinggi. Ini kerana pihak syarikat terpaksa menanggung kos pengeluaran dan juga kos penghantaran kepada pelanggan. Namun sebagai memotivasikan usaha anda, pihak syarikat telah memberi peluang untuk mendapat komisen dari peserta affiliate di bawah anda (downline), sehingga ke level yang ke 20. Bermula dari komisen sebanyak 5% di level pertama, sehinggalah 1% di level yang ke 20.

Melalui kaedah komisen spill over 5 X 20 bintang, anda berpeluang mendapat downline secara percuma di mana downline tersebut disumbangkan oleh upline anda. Anda juga akan turut membantu downline anda sendiri apabila terdapat lebihan tajaan. Ini kerana, di dalam kaedah ini setiap level hanya mempunyai 5 peserta sahaja. Apabila upline yang aktif mendapat lebihan tajaan, dowline tersebut akan di susun secara limpahan oleh sistem komputer kepada downline-downline berikutnya yang lebih ‘senior’. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengagihan komisen ini dari laman web Bio-Asli.com.

Untuk menjadi ahli atau peserta affiliate, anda boleh mendaftar secara percuma sahaja. Namun, untuk melayakkan anda menerima komisen dan kemudahan-kemudahan yang diceritakan di atas tadi, pihak syarikat mensyaratkan anda membeli sekurang-kurangnya satu dari produk Bio Asli. Begitu juga untuk membolehkan anda mendapat komisen sehingga ke level 20. Terdapat tahap-tahap di mana anda perlu menambahkan pembelian peribadi anda.


PASARAN OFFLINE.

Ini ada satu lagi kaedah dan peluang untuk anda membuat duit. Selain mempromosikannya secara online, kenapa tidak turut menjual produk ini secara offline juga ? Setelah menggunakan produk ini dan merasai khasiat dan kebaikannya, kongsi-kongsikanlah ianya dengan orang-orang yang terdekat dengan anda. Oleh kerana ianya adalah merupakan produk fizikal, ianya boleh dijual berulang-ulang kali. Apatah lagi ianya adalah merupakan produk kesihatan. Apabila anda mula mempunyai pelanggan yang menjadi pengguna setia produk ini, anda akan mula membina pendapatan secara tetap dari mereka.

Anda mempunyai pilihan sama ada mahu memperkenalkan program affiliate Bio-Asli kepada pelanggan offline ini atau pun tidak. Jika sekiranya mereka hanya berminat untuk menjadi pengguna sahaja, anda akan mendapat keuntungan dalam bentuk untung runcit. Anda membeli dengan harga ahli melalui laman web Bio-Asli.com, dan menjual produk-produk tersebut pada harga pengguna. Tahukah anda berapakah untung runcit bagi setiap produk Bio Asli ini. Anda boleh mendapatkan maklumat ini sendiri di laman web Bio-Asli.com. Bagi saya, ianya agak lumayan juga. Bayangkan pula jika anda sudah mempunyai pelanggan tetap yang ramai ?

Anda juga tidak perlu menyimpan stok untuk pasaran offline. Anda hanya perlu membeli mengikut tempahan yang anda terima. Anda juga boleh mengalamatkan terus pesanan anda kepada alamat pelanggan anda jika pelanggan anda itu berada jauh dari lokasi anda sendiri. Jadi anda tidak perlu menghantarnya kembali secara peribadi atau melalui pos.

Mudah-mudahan penulisan saya pada hari ini telah membuka satu lagi peluang untuk anda membina pendapatan sampingan. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan…

Sebelum mengakhiri pembacaan anda, apa kata kita tonton satu satu lagi video testimonial pengguna yang mendapat manfaat dari Minyak Kelapa Dara Bio Asli ini :




__________________________________________________________
Jika anda merupakan seorang ‘newbie’, dan ingin mempelajari kaedah-kaedah promosi, sila daftarkan nama anda sebagai rakan online saya melalui borang langganan yang berada di side bar. InsyaAllah, saya akan menghantarkan panduan kaedah promosi secara bersiri melalui emel kepada anda.

Tiada ulasan: