Selasa, 15 April 2008

EBOOK PERCUMA : RAHSIA 7 DALAM ADWORDS

Anda mungkin sudah terlalu biasa dan mesra dengan kalimah ‘Google Adsense’. Di blog ini sahaja saya telah memperkenalkan beberapa ebook panduan bagaimana untuk menyertai program Google Adsense secara lebih profesional.

Namun begitu, pernahkah anda mendengar perkataan “Google Adwords ? (Soalan ini hanyalah untuk newbie sahaja !)

Secara mudahnya, Google Adwords sering dikatakan seumpama ‘kembar’ kepada Google Adsense. Jika di Adsense adalah seperti lubuk tempat kita menjala wang, Adwords pula adalah tempat untuk kita melaburkan modal untuk potensi pasaran dan pendapatan yang lebih baik. Google Adwords adalah tempat di mana kita mengiklankan produk dan perkhidmatan kita khususnya yang menggunakan medium internet, manakala Google Adsense pula adalah merupakan saluran di mana iklan-iklan kita akan diletakkan.

Google Adwords tidak semestinya hanya untuk mereka yang mempunyai laman web sendiri, produk atau pun perkhidmatan sendiri semata-mata. Ianya juga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang giat menyertai program affiliate, perniagaan MLM secara online dan sebagainya. Malah, terdapat juga peserta program Adsense menggunakan Adwords untuk mempromosikan laman web atau pun blognya. Malah dengan cara ini mereka telah mampu meningkatkan lagi pendapatan dari program Adsense mereka.

Kini kesedaran untuk menggunakan Adwords sebagai salah satu kaedah pengiklanan berkesan di internet semakin kian bertambah. Kalau dahulu kita mungkin melihat iklan-iklan Adsense di dalam bahasa Inggeris sahaja, kini iklan berbahasa Melayu kian mudah dilihat di mana-mana, khususnya di laman web dari Malaysia.

Walau bagaimana pun, rujukan dan panduan untuk menggunakan kemudahan ini di dalam Bahasa Melayu masih agar sukar ditemui. Syukur sekali, kerana usaha ini telah dilakukan oleh seorang penggiat Adsense, saudara Mohd. Naim @ Naem dengan melahirkan ebook percuma yang berjudul : “Rahsia 7 Dalam Adwords”.

Walau pun secara jujur Naem memperakui bahawa dia bukanlah seorang pakar mengenai Adwords, namun tidak dapat dinafikan penulisan beliau ini amat menyumbang kearah peningkatan maklumat dan pengetahuan di kalangan newbie. Di antara perkara menarik di dalam ebook ini ialah rahsia bagaimana mendapat kredit percuma sebanyak USD$55.00.
Kepada anda yang berminat untuk membaca ebook ini, sila download secar percuma di PPCPERCUMA.COM.

Tiada ulasan: