Isnin, 21 April 2008

CABARAN RM100 !


Kepada rakan-rakan blogger, ini ada satu peluang untuk anda mendapatkan RM100.00 secara mudah. Namun begitu kenalah bersaing dahulu. Afiqme sedang mengadakan peraduan menulis review untuk Blog Intelligi beliau.

Syaratnya tersangatlah mudah; anda perlu menulis sekurang-kurangnya 20 patah perkataan sahaja. Blog juga tidak terikat dengan blog khusus. Blog seumpama di Myspace juga layak untuk menyertai pertandingan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat- syarat pertandingan sila dapatkannya di sini. Jom kita sama-sama mencuba. Manalah tahu rezeki kita. Kalau tidak anda mungkin saya ! Hi! Hi! Hi!

Selain dari RM100.00 untuk tempat pertama, Afiqme juga menjanjikan hadiah misteri untuk tempat kedua dan ketiga. Peraduan ini akan berakhir pada 15hb Mei depan.

Blog Intelligi Di Mata Saya :

Sebenarnya saya sendiri baru sahaja mengenali blog Intelligi ini. Ini pun disebabkan oleh link ‘RM100 untuk dimenangi’ yang saya temui di sebuah blog yang lain. Maklum sahajalah, terlalu banyak blog yang lahir saban hari. Tentu sahaja kita tidak mampu untuk mengunjungi setiap blog yang wujud, walau pun untuk sekadar bloggers dari Malaysia. Walau bagaimana pun, setelah terlangsung mengunjungi, saya cuba meninjau dan menyelami isi kandungan blog ini.

Sepintas lalu, blog Intelligi adalah merupakan blog peribadi seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Afiqme, atau nama sebenar beliau Mohamad Afiq. Sesuai sebagai blog peribadi, kebanyakan penulisan beliau adalah pernyataan dan luahrasa dari dalam dirinya sendiri; dari sekecil-kecil hal peribadi, sehinggalah ke persoalan isu-isu semasa baik di peringkat Malaysia kita, sehinggalah ke persada antarabangsa.

Coretan beliau adalah meliputi bidang hiburan, politik, motivasi, dan tidak ketinggalan juga menyentuh di dalam persoalan keTuhanan.

Demikianlah, sekilas pandang penulisan saya mengenai blog Intelligi ini. Selain dari Intelligi, Afiqme juga turut memiliki sebuah lagi blog yang khusus mengenai bidang muzik, iaitu Afiqme.com .

1 ulasan:

Afiqme berkata...

terima kasih atas submission anda.. ;)