Isnin, 16 Mac 2009

PANDUAN BAGAIMANA MEMBELI EBOOK YANG BERKUALITI

Ebook adalah merupakan salah satu kategori produk digital yang paling mendapat sambutan di masa kini. Ini kerana, ia mudah dan boleh di bawa ke mana-mana. Malahan, ebook juga boleh dijadikan produk fizikal dan sesuai dijadikan bacaan santai.

Di dalam satu kajian secara rambang ke atas 140 responden, terdapat 80% peratus responden yang masih tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ebook. Namun, saya amat pasti bahawa pembaca blog ini tidaklah sejahil itu. Ini kerana, telah begitu banyak produk yang berasaskan ‘ebook’ telah saya perkenalkan di blog ini untuk rujukan anda.

Dewasa ini telah begitu banyak ebook dihasilkan dan dijual di pasaran Malaysia. Ebook-ebook ini mencakupi pelbagai bidang pengetahuan. Tentunya, yang paling amat popular sekali ialah panduan bagaimana menghasilkan pendapatan lumayan.

Penerbitan ebook dengan pelbagai bentuk panduan bagi menyelesaikan masalah orang ramai, dan membantu khalayak dalam mencapaikan hasrat, dan mendapatkan apa yang mereka mahu, adalah merupakan satu usaha murni di samping mendapatkan sedikit imbalan bagi usaha kita itu.

Namun, di tengah kerancakan, keghairahan serta kemeriahan ‘pesta’ ebook ini, terdapatnya golongan yang tidak jujur dan mengambil kesempatan, seumpama ‘menangguk di air keruh’. Mereka ini mempergunakan mereka dari golongan yang jahil dan dahagakan ilmu, dalam mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan kerugian pehak lain.

Golongan seumpama ini senantiasa berada di mana-mana, dan di dalam mana-mana zaman sekali pun. Kita tidak mampu melumpuhkan usaha mereka ini kerana mereka sentiasa memikirkan bagaimana untuk menipu orang lain. Hanya ‘kecelikan’ kita sahaja yang dapat membantu mengelakkan diri dari terjebak dengan jerat mereka.

Antara permasalahan yang sering menjadi persoalan kepada bakal pembeli ebook adalah bagaimana untuk membeli :

- ebook yang benar-benar berkualiti
- ebook yang mampu memberikan manfaat
- ebook yang benar-benar memberi petua untuk berjaya
- ebook yang mampu menjadi pemangkin untuk kaya
- ebook yang anda rasakan ia tidak menipu anda

Sebagai contoh, anda mungkin memerlukan panduan bagaimana untuk menjana pendapatan dari program Google Adsense. Terdapat banyak pilihan untuk anda membelinya. Jika anda ada peruntukan yang besar, anda boleh boleh borong semuanya sekali. Namun, adalah tidak berbaloi, meski pun anda mampu, untuk membuat pelaburan kepada produk yang tidak berkualiti. Apa tah lagi jika anda mahukan sebuah panduan yang menyeluruh dengan bajet yang anda mampu.

Menyedari keperluan ini, saudara Ahmad Rizal, mengusahakan penyusunan panduan di dalam memilih dan membeli ebook-ebook yang bersesuaian dengan kehendak anda. Panduan yang beliau sediakan di dalam format ‘ebook’ juga ini berjudul ‘Panduan Beli Ebook. Saudara Ahmad Rizal, adalah merupakan seorang penulis ebook sambilan, dan juga blogger sambilan yang mengkhusus menulis review mengenai ebook dan produk digital. Maka, kutipan dari pengalaman beliau mengkaji dan menelaah pelbagai bentuk ebook, beliau sajikan semula secara tersusun untuk panduan kita semua.

Anda boleh mendapatkan ebook ini di sini : PanduanBeliEbook.com

Isnin, 9 Mac 2009

JOM BERJIMAT DENGAN PAKEJ LUMAYAN !

Di dalam persekitaran ekonomi yang gawat dan sangat tidak menentu ini, tentunya dua perkara yang sering kita fikirkan : 1. Bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan, 2. Bagaiman untuk mencari pendapatan tambahan.

Usaha berjimat-cermat adalah merupakan amalan baik, dan ianya bukanlah hanya tertentu untuk ketika gawat sahaja. Namun perkara itu tidaklah mudah untuk dipraktikkan jika sekiranya pendapatan kita selama ini pun sememang sudah sediakalanya ‘cukup-cukup makan’ sahaja. Maka, mahu tidak mahu, sesuatu harus dilakukan untuk meningkatkan pendapatan kita.

Untuk mencari pendapatan tambahan pula, memerlukan modal juga, apatah lagi jika sekiranya usaha itu berasaskan perniagaan. Kalau nak berniaga pisang goring misalnya, sedikit sebanyak memerlukan modal juga untuk menyediakan peralatan asasnya. Begitu juga hanlnya jika hendak memulakan perniagaan di internet.

Tidak dapat dinafikan, internet kini mula dipandang sebagai punca rezeki yang baru kepada ramai orang, tidak kiralah sama ada mahu melakukannya secara sepenuh masa atau sebagai aktiviti sampingan. Buktinya, hampir saban hari kita dapat melihat pelbagai kedai online, ministe jualan dan blog yang baru muncul. Ini merupakan satu perkembangan yang rasionalnya sihat.

Namun di tengah-tengah keghairahan itu, tidak semua orang mampu untuk memodalkan perniagaan ini. Jika hendak dibandingkan dengan perniagaan konvensional, modal untuk memulakan perniagaan internet adalah jauh lebih rendah. Namun kemampuan kewangan setiap orang itu tetap berbeza, walau kita mempunyai cita-cita yang sama.

Berkebetulan dengan perkembangan semasa yang gawat ini, satu pakej koleksi panduan untuk bakal IM diwujudkan. Pakej ini dinamakan sebagai “Pakej Lumayan : Koleksi Panduan IM di dalam satu pakej”. Pakej ini ditawarkan oleh PakejLumayan.com, yang dimiliki oleh saudara Saripudding Saling, atau lebih dikenali sebagai Kasimo.

Pakej Lumayan’ ini mengandungi 3 produk utama, iaitu :
1. Pakej Sistem Rahsia V.2
2. Ebook Teknik Niche
3. Pakej Perniagaan Digital.

Hampir kesemua produk tersebut pernah saya perkenalkan di blog ini sebelum ini. Namun ianya dijual secara berasingan pada ketika itu. Kini semuanya dihimpunkan di dalam satu pakej, pada harga yang sangat berbaloi = RM60 sahaja ! Di samping semua ini, anda akan turut menerima 7 lagi bonus eksklusif ! Anda boleh melihat senarai bonus tersebut di laman web PakejLumayan.com.

Saya tidak pasti, berapa lama tawaran ini akan berlangsung, dan harganya akan kekal begitu. Maka, sayugialah peluang ini anda ambil sementara masih ada kesempatan...

Khamis, 5 Mac 2009

MAJALAH IM #11

Majalah IM terbit lagi ! Kini dengan edisinya yang ke 11.

Topik utama Majalah IM kali ini ialah mengenai perniagaan ‘servis’ di internet. Topik yang agak menarik saya rasakan. Walau pun, perniagaan berasaskan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang baru, namun ianya jarang diperbincangkan setakat ini. Rasa-rasanya, belum ada lagi ebook-ebook berbahasa Melayu yang memberikan panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.

Makanya, perbincangan topik ini melalui Majalah IM #11 ini dirasakan amat bertepatan sekali. Diharapkan ianya dapat membuka jalan dan ilham kepada mereka yang sedang bergiat di dalam bidang perkhidmatan, untuk melebarkan pasaran mereka ke dunia internet pula. Mereka ini mungkin dari latar belakang pendidikan yang berbeza, dan mempunyai kesedaran celik internet yang tidak seragam.

Selain dari itu, sesuai dengan iklim ekonomi yang sangat parah ini, pastinya ramai dari kalangan mereka yang telah kehilangan pekerjaan itu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dijual di internet di dalam bentuk perkhidmatan. Maka jadikanlah panduan-panduan yang dibincangkan di dalam Majalah IM #11 ini sebagai pembuka langkah kepada anda.

Majalah IM #11 turut menebual seorang lagi IM tempatan. Sesuai dengan topik semasa, tokoh kali ini ialah seorang yang menjual servisnya di internet. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Kartunis Ubi. Jika anda peminat setia Majalah Ujang, anda sudah pasti mengenali beliau melalui siri Budak Hostel, dan Aku, Dia & Volkswagen. Kini kartunis Ubi adalah merupakan usahawan internet sepenuh masa. Bayangkanlah, bagaimana seorang yang berada di Malaysia ini menjual perkhidmatan design kartunnya ke seluruh dunia hanya melalui internet ! Tanpa perlu keluar ke mana-mana, hanya dari meja SOHO anda, anda berupaya menjana pendapatan yang lumayan. Dan, seperti yang dikatakan oleh Kartunis Ubi, tukaran wang asing akan menjadikan pendapatan anda lebih lumayan ! Ikutilah temubual penuh saudara Zhafran dengan kartunis Ubi ini bagi mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada anda di Majalah IM #11.

Ada banyak lagi artikel menarik yang berlegar di dalam bidang perniagaan servis ini. Antara judulnya ialah : Pengenalan Kepada Servis (Waida & Dikmal), Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Internet (Galadriel), Lakukan Pemasaran Untuk Servis Anda (Mohd Zhafran), Servis Satu Cabang IM Yang Lumayan! (Adly Mukhtar), Strategi Pemasaran Servis Di Internet (SmartZul), serta Ebook Sebagai Medium Mempromosikan Perkhidmatan Anda (Alang). Baca lebih lanjut semua ini di Majalah IM #11.

Bagaimana ? Tidakkah judul artikel-artikel di atas mampu merangsangkan kecenderungan anda untuk mula melakukan sesuatu, khususnya kepada anda yang mempunyai kemahiran tertentu. Pada hemat saya, kandungan Majalah IM kali ini sudah amat memadai sebagai asas untuk anda memulakan perniagaan servis anda. Perniagaan berasas servis juga tidak mewajibkan anda untuk memiliki laman web sendiri. Anda boleh menggunakan laman pengiklanan khusus untuk mereka yang berkhidmat secara ‘frelancer’ di internet. Butiran lanjut mengenainya boleh anda perolehi di Majalah IM #11. Ayuh ! Jangan bertangguh lagi... Download segera !

Selasa, 3 Mac 2009

3 EBOOK PERCUMA DARI RAJA KAMIL

Ebook percuma lagi ! Kali ini bukan hanya satu, tetapi tiga ebook sekali gus, di sumbangkan oleh penulis yang sama; saudara Raja Mohd Kamil Raja Rosli, atau lebih dikenali sebagai Raja Kamil. Untuk makluman, Raja Kamil juga adalah merupakan penulis ebook/lapuran “Rahsia USD50 Sehari”.

Ketiga-tiga ebook yang saya maksudkan itu adalah seperti berikut :

Ikan Kecil Untuk Ikan Besar


Duit Pantas Dari Lelong.com.my


3 Idea Buat Duit Di Blog

Dari segi kandungan, ebook ini agak ‘nipis’ sahaja. Maka tiada alasan untuk anda malas membacanya. Namun ianya masih mengandungi maklumat dan panduan yang sangat berguna. Amat sesuai untuk anda yang bergelar newbie macam saya. Mudah-mudahan ebook ini mampu mengorak langkah pertama anda untuk menceburkan diri dalam usahaniaga di internet.

Sila klik pada mana-mana imej ecover di atas untuk ke blog Raja Kamil bagi mendapatkan ke tiga-tiga ebook tersebut.

Isnin, 2 Mac 2009

SEMINAR F2R

Seperti yang telah saya tulis di dalam pos yang terdahulu, kegawatan ekonomi dunia yang turut melanda negara kita, telah mengakibatkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Maka ramailah yang mula mencari peluang-peluang baru selain dari makan gaji untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mencari peluang pendapatan dari internet juga sewajarnya menjadi salah satu dari bidang yang menjadi perkiraan anda. Saya pasti masih ramai yang kurang yakin dengan menjana pendapatan dari internet ini. Namun, jika anda memilih jalan yang betul, dan berguru dengan orang yang betul, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Menjana pendapatan melalui internet dengan pelbagai pilihan ‘niche’, sudah lama popular di luar negara. Kini negara kita Malaysia turut menjejak langkah. Telah lahir ramai tokoh-tokoh terbilang di dalam bidang-bidang kepakaran masing-masing.

Jika anda ingin turut menjejaki langkah mereka, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Seperti yang telah saya katakan tadi, berguru dengan orang yang betul dan telah teruji keupayaan mereka, adalah suatu kaedah yang akan lebih memudahkan perjalanan anda.

Satu seminar yang akan membimbing anda bagaimana untuk menjana pendapatan dari internet bakal diadakan pada bulan April ini nanti. Seminar ini dinamakan sebagai “Seminar F2R”. Apa yang dimaksudkan F2R ? F2R adalah ringkasan dari perkataan Formula Rahsia RinggitHit, satu formula yang direka khas oleh penulis ebook “Formula Rahsia RinggitHit”, saudara Azam RinggitHit. Secara ringkasnya, formula ini menggabungkan kaedah YSM dan Google Adsense, untuk mendapatan pendapatan yang berlipat kali ganda. Kini formula rekaan saudara Azam ini boleh dipelajari tidak sekadar melalui ebook sahaja, bahkan juga melalui kaedah berguru secara terus dengan penulisnya. Saya rasa kaedah berguru ini adalah kaedah yang lebih berkesan dan praktikal.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai seminar ini, langsung sahaja ke laman web penganjur : SeminarF2R.com. Sayugia dimaklumkan, bahawa pihak penganjur kini sedang memberikan potongan harga yang sangat istimewa (jimat sehingga RM300 !) kepada bakal peserta yang membuat tempahan awal. Oleh itu, segeralah menyambar peluang ini sementara ianya masih di dalam tempoh tawaran.

Sabtu, 28 Februari 2009

PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA PEKERJAAN

Dunia kini sedang menghadapi kemelesetan ekonomi. Akibat dari kegawatan itu, ramai insan yang hilang pekerjaan, khususnya di sektor pembuatan. Di Malaysia sahaja, puluhan ribu orang kini menganggur. Mereka yang berada di sektor awam, agak selamat. Kesan dari krisis ekonomi ini, mungkin akan mengubah pandangan kita kepada pekerjaan makan gaji ini. Kalau dahulu, bekerja di sektor swasta boleh dianggap mampu menawarkan pendapatan yang lumayan. Selain dari gaji yang mungkin jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kerja dengan kerajaan, pekerjaan di sektor swasta ada kalanya juga menawarkan bonus tahunan yang lumayan. Peluang untuk menambah pendapatan juga boleh dilakukan dengan melakukan kerja lembur.

Namun ada kalanya bekerja di sektor swasta ini tidak begitu memberikan jaminan masa depan yang sempurna. Selain dari karenah majikan yang tidak bertanggungjawab, masalah ekonomi semasa kadang kala membuatkan pihak syarikat terpaksa membuat keputusan yang di luar kawalan.

Kini harapan untuk mereka yang selesa dengan kerja ‘makan gaji’ nampaknya akan tertumpu kepada sektor awam pula. Pendapatan di sektor awam mungkinlah tidak semewah di sektor swasta. Namun dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ianya juga mampu memberikan keselesaan dan ketenangan kepada seseorang, asalkan kita sedia untuk tidak berbelanja melebihi kemampuan.

Namun, dengan pemberhentian kerja ribuan orang, bahkan mungkin akan terus meningkat sekiranya masalah ekonomi tidak dapat ditangani, maka saingan untuk mendapatkan pekerjaan di jabatan kerajaan sudah pastinya sangat sengit. Ini ditambah pula lepasan sekolah dan universiti yang bertambah saban tahun. Jawatan yang ditawarkan sudah pastinya menantikan seseorang calun yang berwibawa dan berkualiti sahaja. Selain dari mengisi borang permohonan pekerjaan, menghadapi temuduga juga adalah salah satu peringkat pemprosesan dan penyaringan yang perlu dilalui oleh setiap calun yang mendambakan pekerjaan di sektor awam. Ini satu proses biasa, dan di sektor swasta pun begitulah juga kaedahnya.

Ada sesetengah calun yang telah berkali-kali memohon pekerjaan, dan berkali-kali juga menghadapi proses temuduga, namun dia masih gagal juga. Hal ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika sekiranya kita melakukan sesuatu itu tanpa persediaan, tanpa pengetahuan, dan tanpa perubahan.

Ya ! Jangan ambil mudah atau memperlekehkan persediaan untuk menghadapi temuduga pekerjaan ini. Jika tidak, anda mungkin akan ‘diperlekehkan’ pula oleh panel penemuduga tersebut nanti.

Salah satu cara yang wajar untuk memperlengkapkan diri anda dengan pengetahuan bagaimana untuk menghadapi temuduga pekerjaan ialah dengan membaca ebook ini : Rahsia Lulus Temuduga SPA dibongkar!. Ebook ini telah disusun oleh saudara Jamaludin Bahari, seorang Pegawai Kerajaan yang berpengalaman. Melihat kepada judul ebook ini, penulis mengkhususkan penulisan beliau hanya mengenai kaedah menghadapi proses temuduga dengan jabatan kerajaan atau lebih tepat lagi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini menunjukkan beliau merupakan seseorang yang mahir dengan selok-belok dan kehendak-kehendak yang dimahukan di dalam temuduga SPA.


Mengiringi ebook ini, penulis turut menawarkan beberapa ebook tambahan sebagai sokongan untuk memantapkan lagi persiapan anda. Di antara ebook bonus yang dimaksudkan ialah, Lapuran Tahunan SPA 2007, Contoh-Contoh Soalan SPA, Interview Answered Book, dan Secrets To Succesful Job Hunting. Namun, apa yang lebih menarik saya rasa, ialah khidmat sokongan secara peribadi yang diberikan oleh penulis melalui medium YM. Melalui peluang ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada penulis mengenai persediaan menghadapi temuduga SPA. Cara ini tentunya akan menjadikan anda merasa lebih yakin untuk menghadapi situasi temuduga itu nanti.


Rabu, 18 Februari 2009

MAJALAH IM #10 : JANA PENDAPATAN MELALUI EBAY...

Masih ingat lagi dengan Majalah IM? Baru selang beberapa pos yang lalu, saya telah memperkenalkannya kepada anda di blog ini. Kini Majalah IM muncul lagi dengan edisi yang ke sepuluhnya pula.

Fokus Majalah IM kali ini ialah mengenai bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman lelongan terkenal, iaitu Ebay. Saya pernah menulis serba sedikit mengenai ebay di laman ini di dalam pos yang terdahulu. Namun jika anda mahukan maklumat yang lebih sarat, Majalah IM edisi kesepuluh ini sangat membantu anda.

Di antara topik yang dibicara di dalam Majalah IM isu ke sepuluh ini ialah, Sejarah Ebay, tip mudah bagaimana membeli di Ebay, serta tip bagaimana untuk memasuki pasaran di Ebay.

Namun begitu, saya rasa kandungan yang paling menarik di dalam Majalah IM edisi kali ini ialah temuramah khas dengan tokoh usahawan Ebay dari Malaysia iaitu saudara Noorizam Shah. Saudara Noorizam adalah merupakan ‘ebayer’ yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Education Specialist Trained’ yang telah dianugerahkan oleh pehak Ebay sendiri. Pengiktirafan ini membawa maksud saudara Noorizam Shah adalah merupakan tenaga pengajar yang bertauliah untuk memberikan bimbingan mengenai selok-belok berurusniaga di Ebay.

Melalui temubual krew Majalah IM bersama beliau saudara Noorizam telah menceritakan pengalaman beliau berurusan di Ebay sejak dari peringkat awal penglibatan beliau lagi. Tidak semua perkara yang dikongsikan beliau itu adalah perkara yang indah dan manis belaka. Beliau turut menceritakan segala cabaran, risiko kerugian dan sebagainya, selama berkecimpung di dalam Ebay. Segalanya itu telah mematangkan beliau dan menjadikan dirinya berada di tahap ini kini. Kita, selaku ‘newbie’ di dalam bidang ini, tidak perlulah melalui pahit getir yang sama seumpama beliau, kerana pengalaman beliau itu sepatutnya menjadi pengajaran yang berguna kepada kita. Adalah merupakah suatu kebodohan jika kita melakukan kesilapan sama yang pernah dilalui oleh orang lain di dalam keadaan kita menyedarinya.

Turut memantapkan kandungan Majalah IM kali ini ialah, panduan menyediakan Pelan Perancangan untuk Perniagaan Internet anda. Sekali pun, anda menganggap perniagaan internet anda hanyalah sekadar kerja sampingan, namun janganlah dikesampingkan pula proses perancangan perniagaan itu. Sikap ini akan menentukan sejauh mana keberhasilan yang bakal dinikmati. Ianya juga menunjukkan betapa keseriusan kita di dalam melakukan bisnes.

Ikutilah penjelasan selanjutnya untuk semua ini di Majalah IM. Download sekarang !