Topik utama Majalah IM kali ini ialah mengenai perniagaan ‘servis’ di internet. Topik yang agak menarik saya rasakan. Walau pun, perniagaan berasaskan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang baru, namun ianya jarang diperbincangkan setakat ini. Rasa-rasanya, belum ada lagi ebook-ebook berbahasa Melayu yang memberikan panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.
Makanya, perbincangan topik ini melalui Majalah IM #11 ini dirasakan amat bertepatan sekali. Diharapkan ianya dapat membuka jalan dan ilham kepada mereka yang sedang bergiat di dalam bidang perkhidmatan, untuk melebarkan pasaran mereka ke dunia internet pula. Mereka ini mungkin dari latar belakang pendidikan yang berbeza, dan mempunyai kesedaran celik internet yang tidak seragam.
Selain dari itu, sesuai dengan iklim ekonomi yang sangat parah ini, pastinya ramai dari kalangan mereka yang telah kehilangan pekerjaan itu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dijual di internet di dalam bentuk perkhidmatan. Maka jadikanlah panduan-panduan yang dibincangkan di dalam Majalah IM #11 ini sebagai pembuka langkah kepada anda.
Ada banyak lagi artikel menarik yang berlegar di dalam bidang perniagaan servis ini. Antara judulnya ialah : Pengenalan Kepada Servis (Waida & Dikmal), Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Internet (Galadriel), Lakukan Pemasaran Untuk Servis Anda (Mohd Zhafran), Servis Satu Cabang IM Yang Lumayan! (Adly Mukhtar), Strategi Pemasaran Servis Di Internet (SmartZul), serta Ebook Sebagai Medium Mempromosikan Perkhidmatan Anda (Alang). Baca lebih lanjut semua ini di Majalah IM #11.
Bagaimana ? Tidakkah judul artikel-artikel di atas mampu merangsangkan kecenderungan anda untuk mula melakukan sesuatu, khususnya kepada anda yang mempunyai kemahiran tertentu. Pada hemat saya, kandungan Majalah IM kali ini sudah amat memadai sebagai asas untuk anda memulakan perniagaan servis anda. Perniagaan berasas servis juga tidak mewajibkan anda untuk memiliki laman web sendiri. Anda boleh menggunakan laman pengiklanan khusus untuk mereka yang berkhidmat secara ‘frelancer’ di internet. Butiran lanjut mengenainya boleh anda perolehi di Majalah IM #11. Ayuh ! Jangan bertangguh lagi... Download segera !








