Rabu, 8 April 2009

MAJALAH IM #12 : SEPUTAR PEMASARAN AFFILIATE


Sudahkah anda memuatturun Majalah IM edisi terkini ? Kepada yang masih belum tahu, Majalah IM edisi ke 12 kini sudah pun diterbitkan, dan sedia untuk dimuatturun oleh anda sekarang. Seperti selalu, ianya adalah percuma sahaja.

Seimbas pandang, saya sebenarnya amat tertarik sekali dengan persembahan rekaletak Majalah IM pada kali ini. Bermula dari ‘kulit depan’, sehinggalah ke ‘hiasan dalaman’nya. Sehingga saya merasakan jikalah Majalah IM ini adalah sebuah majalah fizikal, ia amat sesuai untuk dijadikan koleksi, bukan sekadar sumber ilmu, bahkan juga boleh dijadikan sebagai penghias ruangan.

Majalah IM bulan ini mengangkat isu ‘Pemasaran Affiliate’ sebagai topik utamanya. Saya merasakan topik ini amat berpatutan untuk dibicarakan. Ini kerana bidang pemasaran affiliate boleh disertai oleh hampir semua orang. Ini disebabkan ianya tidak memerlukan bakat semulajadi, atau kemahiran yang tinggi untuk mencipta produk sendiri. Komisen jualannya juga boleh dianggap berbaloi, apa lagi jika kita mempromosikan produk-produk yang bersifat digital.

Ada banyak pilihan untuk kita melakukan pemasaran affiliate ini. Kita boleh memilih mana-mana kaedah pemasaran yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Hanya kreativiti dan keberanian sahaja yang mungkin membezakan prestasi dan kejayaan seseorang agen affiliate itu. Kreativiti yang dimaksudkan ialah seni bagaimana untuk memikat dan mempengaruhi pelanggan supaya membeli sesuatu produk itu. Sementara keberanian pula ialah kesanggupan kita untuk mengeluarkan modal sebagai pelaburan untuk melakukan promosi berbayar. Ini adalah pandangan peribadi saya sendiri, di mana saya sendiri sebenarnya belum lagi memiliki kekuatan dan kualiti tersebut.

Untuk meruntunkan lagi keghairahan anda agar segera mendownload majalah ini, berikut saya senaraikan beberapa judul artikel yang dikira menarik yang termuat di dalam Majalah IM kali ini :

1.) Sepintas Lalu Pemasaran Affiliate (Krew Majalah IM)
2.) 10 Tips Affiliate Marketing (Fatin Pauzi & Mohd. Muslim)
3.) Bagaimana Pemasaran Affiliate Muncul (Irwan Dahnil)
4.) Panduan Ringkas Langkah Demi Langkah Menjadi Super Affiliate (Zamri Nanyan)
5.) Teknik Mudah Affiliate Marketing (SmartZul)

Ada beberapa lagi artikel menarik yang turut termuat di dalam majalah ini. Anda boleh melihatnya sendiri. Di antara penyumbang lain untuk artikel kali ini ialah Galadriel, Amar Mahmood, Zamri Mohamad, Shueqry, dan juga saudara Amirol Zolkifli.

Majalah IM sekali lagi turut menonjolkan seorang tokoh usahawan internet tempatan. Walau pun sudah 12 edisi berlangsung, namun Majalah IM masih lagi belum tandus dalam mengetengahkan tokoh-tokoh tempatan yang sudah pun kukuh dan teguh di dalam bidang yang mereka ceburi. Sesuai dengan tema ‘Pemasaran Affiliate’, maka Majalah IM kali ini turut mengutarakan tokoh yang sekaitan dengannya. Beliau yang di maksudkan ialah saudara Yusri. Saudara Yusri telah melibatkan diri dengan pemasaran internet sejak tahun 1999 lagi. Apakah yang dibicarakan oleh beliau di dalam temuramah ini ? Pastinya kutipan dari pengalaman beliau yang sangat berharga itu. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mengikuti bualbicara ini. Temubual ini turut disediakan dalam versi MP3.

2 ulasan:

Fatin Pauzi berkata...

Salam, Ka'ab.
Tahniah kerana mendapat tempat ketiga bagi pertandingan review Majalah IM #12. :)
Sila berikan nama, alamat dan no telefon ke syringa28@yahoo.com bagi memudahkan kami untuk menghantarkan hadiah pertandingan ke rumah anda. Thanks. :)

Fatin Pauzi berkata...

Salam, Ka'ab.

Boleh tolong hantarkan detail sekali lagi? Ada masalah teknikal skit. hehe. Tolong antakan ke email yang same ye. Thanks and sorry a lot.