Khamis, 23 April 2009

MENCARI KESERASIAN & KECEMERLANGAN DIRI MELALUI TARIKH LAHIR.

Pernahkah anda melalui situasi yang serba tidak kena dan serba tak menjadi ? Gagal di dalam perniagaan, kecewa di dalam percintaan, jodoh yang belum kesampaian, rumah tangga tidak aman, gagal di dalam membuat keputusan, dan gagal di dalam mengejar impian. Itu adalah beberapa contoh kekecewaan yang mungkin pernah dilalui oleh sebilangan dari kita di dalam melewati kehidupan ini. Adakalanya kita pasrahkan ini semua kepada takdir ilahi. Dan tidak kurang juga yang kembali memuhasabah diri, menganalisa segala tindak tanduk yang telah dilakukan.

Ada satu kaedah di dalam menganalisa keupayaan diri ini. Ianya melalui penganalisaan terhadap tarikh lahir kita sendiri. Ilmu ini bersifat metafizik dan maakulat. Sukar difahami secara logik atau untuk dikesan dengan pancaindera. Amat sukar untuk saya sendiri memahaminya apatah lagi untuk dikaitkan dengan kepercayaan agama. Walau bagaimana pun, menurut saudara Rozzaini, pengamal ilmu ini, beliau telah pun merujuk perkara ini kepada golongan ilmuan agama. Menurut beliau, ianya dibolehkan asalkan ianya tidak diyakini secara total. Pendek kata selain dairi mengaplikasikan kaedah ini di dalam merencana kehidupan, usaha dan tawakkal kepada Allah juga perlu ada.

Tujuan sebenar melakukan penganalisaan pada tarikh lahir ini adalah untuk membolehkan seseorang itu lebih memahami dan mengenali dirinya sendiri. Setelah mengenali kekurangan dan kemampuan diri, maka mudahlah untuk seseorang itu merancang masa depannya, kerjayanya, atau apa sahaja yang diimpikannya. Penganalisaan juga boleh dilakukan kepada tarikh lahir orang lain, seperti suami, isteri, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Dengan keprihatinan ini, adalah diharapkan perhubungan kita dengan insan lain juga akan lebih baik, intim dan serasi.

Dengan keinginan dan harapan mahu mengkongsikan pengetahuan ini dengan khalayak ramai, maka saudara Rozzaini telah menulis dua ebook yang berkaitan dengan ilmu menganalaisa tarikh lahir ini.

Ebook pertama berjudul ‘Misteri Tarikh Kelahiran Kini Terbongkar’. Ebook ini disediakan di dalam bentuk panduan asas sahaja. Turut disertakan bersama pakej ini ialah perisian mengira tarikh lahir.
Sementara ebook kedua pula berjudul, ‘Panduan Lengkap Rahsia Tarikh Kelahiran’. Seperti judulnya, kandungan ebook ini adalah lebih menyeluruh berbanding dengan ebook yang pertama tadi. Di samping perisian Mengira Tarikh Kelahiran, anda juga akan dibekalkan dengan beberapa lagi ebook sokongan bagi memperlengkapkan lagi keperluan anda.
Mudah-mudahan paparan ini dapat membantu mereka yang sedang mencari jalan penyelesaian.

Tiada ulasan: