Khamis, 5 Mac 2009

MAJALAH IM #11

Majalah IM terbit lagi ! Kini dengan edisinya yang ke 11.

Topik utama Majalah IM kali ini ialah mengenai perniagaan ‘servis’ di internet. Topik yang agak menarik saya rasakan. Walau pun, perniagaan berasaskan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang baru, namun ianya jarang diperbincangkan setakat ini. Rasa-rasanya, belum ada lagi ebook-ebook berbahasa Melayu yang memberikan panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.

Makanya, perbincangan topik ini melalui Majalah IM #11 ini dirasakan amat bertepatan sekali. Diharapkan ianya dapat membuka jalan dan ilham kepada mereka yang sedang bergiat di dalam bidang perkhidmatan, untuk melebarkan pasaran mereka ke dunia internet pula. Mereka ini mungkin dari latar belakang pendidikan yang berbeza, dan mempunyai kesedaran celik internet yang tidak seragam.

Selain dari itu, sesuai dengan iklim ekonomi yang sangat parah ini, pastinya ramai dari kalangan mereka yang telah kehilangan pekerjaan itu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dijual di internet di dalam bentuk perkhidmatan. Maka jadikanlah panduan-panduan yang dibincangkan di dalam Majalah IM #11 ini sebagai pembuka langkah kepada anda.

Majalah IM #11 turut menebual seorang lagi IM tempatan. Sesuai dengan topik semasa, tokoh kali ini ialah seorang yang menjual servisnya di internet. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Kartunis Ubi. Jika anda peminat setia Majalah Ujang, anda sudah pasti mengenali beliau melalui siri Budak Hostel, dan Aku, Dia & Volkswagen. Kini kartunis Ubi adalah merupakan usahawan internet sepenuh masa. Bayangkanlah, bagaimana seorang yang berada di Malaysia ini menjual perkhidmatan design kartunnya ke seluruh dunia hanya melalui internet ! Tanpa perlu keluar ke mana-mana, hanya dari meja SOHO anda, anda berupaya menjana pendapatan yang lumayan. Dan, seperti yang dikatakan oleh Kartunis Ubi, tukaran wang asing akan menjadikan pendapatan anda lebih lumayan ! Ikutilah temubual penuh saudara Zhafran dengan kartunis Ubi ini bagi mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada anda di Majalah IM #11.

Ada banyak lagi artikel menarik yang berlegar di dalam bidang perniagaan servis ini. Antara judulnya ialah : Pengenalan Kepada Servis (Waida & Dikmal), Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Internet (Galadriel), Lakukan Pemasaran Untuk Servis Anda (Mohd Zhafran), Servis Satu Cabang IM Yang Lumayan! (Adly Mukhtar), Strategi Pemasaran Servis Di Internet (SmartZul), serta Ebook Sebagai Medium Mempromosikan Perkhidmatan Anda (Alang). Baca lebih lanjut semua ini di Majalah IM #11.

Bagaimana ? Tidakkah judul artikel-artikel di atas mampu merangsangkan kecenderungan anda untuk mula melakukan sesuatu, khususnya kepada anda yang mempunyai kemahiran tertentu. Pada hemat saya, kandungan Majalah IM kali ini sudah amat memadai sebagai asas untuk anda memulakan perniagaan servis anda. Perniagaan berasas servis juga tidak mewajibkan anda untuk memiliki laman web sendiri. Anda boleh menggunakan laman pengiklanan khusus untuk mereka yang berkhidmat secara ‘frelancer’ di internet. Butiran lanjut mengenainya boleh anda perolehi di Majalah IM #11. Ayuh ! Jangan bertangguh lagi... Download segera !

1 ulasan:

thusha berkata...

why not try this out More Help official source dig this discover this click resources