Sabtu, 28 Februari 2009

PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA PEKERJAAN

Dunia kini sedang menghadapi kemelesetan ekonomi. Akibat dari kegawatan itu, ramai insan yang hilang pekerjaan, khususnya di sektor pembuatan. Di Malaysia sahaja, puluhan ribu orang kini menganggur. Mereka yang berada di sektor awam, agak selamat. Kesan dari krisis ekonomi ini, mungkin akan mengubah pandangan kita kepada pekerjaan makan gaji ini. Kalau dahulu, bekerja di sektor swasta boleh dianggap mampu menawarkan pendapatan yang lumayan. Selain dari gaji yang mungkin jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kerja dengan kerajaan, pekerjaan di sektor swasta ada kalanya juga menawarkan bonus tahunan yang lumayan. Peluang untuk menambah pendapatan juga boleh dilakukan dengan melakukan kerja lembur.

Namun ada kalanya bekerja di sektor swasta ini tidak begitu memberikan jaminan masa depan yang sempurna. Selain dari karenah majikan yang tidak bertanggungjawab, masalah ekonomi semasa kadang kala membuatkan pihak syarikat terpaksa membuat keputusan yang di luar kawalan.

Kini harapan untuk mereka yang selesa dengan kerja ‘makan gaji’ nampaknya akan tertumpu kepada sektor awam pula. Pendapatan di sektor awam mungkinlah tidak semewah di sektor swasta. Namun dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ianya juga mampu memberikan keselesaan dan ketenangan kepada seseorang, asalkan kita sedia untuk tidak berbelanja melebihi kemampuan.

Namun, dengan pemberhentian kerja ribuan orang, bahkan mungkin akan terus meningkat sekiranya masalah ekonomi tidak dapat ditangani, maka saingan untuk mendapatkan pekerjaan di jabatan kerajaan sudah pastinya sangat sengit. Ini ditambah pula lepasan sekolah dan universiti yang bertambah saban tahun. Jawatan yang ditawarkan sudah pastinya menantikan seseorang calun yang berwibawa dan berkualiti sahaja. Selain dari mengisi borang permohonan pekerjaan, menghadapi temuduga juga adalah salah satu peringkat pemprosesan dan penyaringan yang perlu dilalui oleh setiap calun yang mendambakan pekerjaan di sektor awam. Ini satu proses biasa, dan di sektor swasta pun begitulah juga kaedahnya.

Ada sesetengah calun yang telah berkali-kali memohon pekerjaan, dan berkali-kali juga menghadapi proses temuduga, namun dia masih gagal juga. Hal ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika sekiranya kita melakukan sesuatu itu tanpa persediaan, tanpa pengetahuan, dan tanpa perubahan.

Ya ! Jangan ambil mudah atau memperlekehkan persediaan untuk menghadapi temuduga pekerjaan ini. Jika tidak, anda mungkin akan ‘diperlekehkan’ pula oleh panel penemuduga tersebut nanti.

Salah satu cara yang wajar untuk memperlengkapkan diri anda dengan pengetahuan bagaimana untuk menghadapi temuduga pekerjaan ialah dengan membaca ebook ini : Rahsia Lulus Temuduga SPA dibongkar!. Ebook ini telah disusun oleh saudara Jamaludin Bahari, seorang Pegawai Kerajaan yang berpengalaman. Melihat kepada judul ebook ini, penulis mengkhususkan penulisan beliau hanya mengenai kaedah menghadapi proses temuduga dengan jabatan kerajaan atau lebih tepat lagi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini menunjukkan beliau merupakan seseorang yang mahir dengan selok-belok dan kehendak-kehendak yang dimahukan di dalam temuduga SPA.


Mengiringi ebook ini, penulis turut menawarkan beberapa ebook tambahan sebagai sokongan untuk memantapkan lagi persiapan anda. Di antara ebook bonus yang dimaksudkan ialah, Lapuran Tahunan SPA 2007, Contoh-Contoh Soalan SPA, Interview Answered Book, dan Secrets To Succesful Job Hunting. Namun, apa yang lebih menarik saya rasa, ialah khidmat sokongan secara peribadi yang diberikan oleh penulis melalui medium YM. Melalui peluang ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada penulis mengenai persediaan menghadapi temuduga SPA. Cara ini tentunya akan menjadikan anda merasa lebih yakin untuk menghadapi situasi temuduga itu nanti.


Rabu, 18 Februari 2009

MAJALAH IM #10 : JANA PENDAPATAN MELALUI EBAY...

Masih ingat lagi dengan Majalah IM? Baru selang beberapa pos yang lalu, saya telah memperkenalkannya kepada anda di blog ini. Kini Majalah IM muncul lagi dengan edisi yang ke sepuluhnya pula.

Fokus Majalah IM kali ini ialah mengenai bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman lelongan terkenal, iaitu Ebay. Saya pernah menulis serba sedikit mengenai ebay di laman ini di dalam pos yang terdahulu. Namun jika anda mahukan maklumat yang lebih sarat, Majalah IM edisi kesepuluh ini sangat membantu anda.

Di antara topik yang dibicara di dalam Majalah IM isu ke sepuluh ini ialah, Sejarah Ebay, tip mudah bagaimana membeli di Ebay, serta tip bagaimana untuk memasuki pasaran di Ebay.

Namun begitu, saya rasa kandungan yang paling menarik di dalam Majalah IM edisi kali ini ialah temuramah khas dengan tokoh usahawan Ebay dari Malaysia iaitu saudara Noorizam Shah. Saudara Noorizam adalah merupakan ‘ebayer’ yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Education Specialist Trained’ yang telah dianugerahkan oleh pehak Ebay sendiri. Pengiktirafan ini membawa maksud saudara Noorizam Shah adalah merupakan tenaga pengajar yang bertauliah untuk memberikan bimbingan mengenai selok-belok berurusniaga di Ebay.

Melalui temubual krew Majalah IM bersama beliau saudara Noorizam telah menceritakan pengalaman beliau berurusan di Ebay sejak dari peringkat awal penglibatan beliau lagi. Tidak semua perkara yang dikongsikan beliau itu adalah perkara yang indah dan manis belaka. Beliau turut menceritakan segala cabaran, risiko kerugian dan sebagainya, selama berkecimpung di dalam Ebay. Segalanya itu telah mematangkan beliau dan menjadikan dirinya berada di tahap ini kini. Kita, selaku ‘newbie’ di dalam bidang ini, tidak perlulah melalui pahit getir yang sama seumpama beliau, kerana pengalaman beliau itu sepatutnya menjadi pengajaran yang berguna kepada kita. Adalah merupakah suatu kebodohan jika kita melakukan kesilapan sama yang pernah dilalui oleh orang lain di dalam keadaan kita menyedarinya.

Turut memantapkan kandungan Majalah IM kali ini ialah, panduan menyediakan Pelan Perancangan untuk Perniagaan Internet anda. Sekali pun, anda menganggap perniagaan internet anda hanyalah sekadar kerja sampingan, namun janganlah dikesampingkan pula proses perancangan perniagaan itu. Sikap ini akan menentukan sejauh mana keberhasilan yang bakal dinikmati. Ianya juga menunjukkan betapa keseriusan kita di dalam melakukan bisnes.

Ikutilah penjelasan selanjutnya untuk semua ini di Majalah IM. Download sekarang !

Khamis, 12 Februari 2009

PELANCARAN EKATALOG 2009

Pada tahun lalu, saya ada menerbitkan sebuah katalog berformatkan ‘pdf’ yang dinamakan Katalog Produk Online ’08. Katalog ini mengandungi pelbagai pilihan produk yang boleh dibeli secara langsung melalui talian internet, melalui laman-laman web yang menyediakan khidmat jualan bagi produk-produk yang disenaraikan.

Diantara tujuan saya menerbitkan katalog tersebut ialah, pertamanya, membantu penjual memasarkan produk mereka, kedua, membantu mempermudahkan kepada pengguna yang sedang mencari sesuatu yang mereka mahukan.

Atas kesedaran itu, maka pada tahun ini saya sekali lagi mengusahakan penerbitan katalog tersebut. Dan pada kali ini katalog ini saya namakan sebagai eKatalog ’09. Terdapat sedikit perbezaan pada persembahan ekatalog kali ini. Pada tahun ini, saya bercadang untuk menerbitkan katalog ini secara berkala, dan dengan tema yang berbeza. Sebagai permulaan, ekatalog siri pertama ini bertemakan Buat Duit Dengan Internet”. Mudah-mudahan, saya akan diberikan kesempatan dan ruang untuk menerbitkan volum yang seterusnya.

Pada perancangan awalnya eKatalog ’09 ini hendak lancarkan pada awal Januari yang lalu. Namun di atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan, maka ianya tertangguh. Namun, alhamdulillah, akhirnya pada hari ini eKatalog ’09 Vol. 1 ini dapat juga diterbitkan. Mudah-mudahan, ianya dapat membantu menyemarakkan lagi urusniaga secara online di Malaysia ini.

Kepada anda yang berhajat untuk membelek katalog ini, sila muatturunnya DI SINI. Ianya percuma sahaja !

Ahad, 1 Februari 2009

PAKEJ EBOOK PERCUMA : PANDUAN UNTUK MENJADI KAYA RAYA !

Anda sering dilanda kesempitan wang dan ingin membebaskan diri darinya ? Atau anda sedang berada di zon selesa tapi bercita-cita untuk menjadi lebih kaya ? Apa pun jawapan dan impian anda, anda memerlukan panduan untuk merealisasikannya.

Anda boleh membeli buku-buku panduan yang bertauliah, atau melantik penasihat kewangan yang profesional. Namun, sebelum melangkah untuk semua itu, kenapa tidak mencuba dengan sumber-sumber yang percuma dahulu ? Apa tah lagi jika sekarang ini anda berada di dalam situasi kewangan yang merunsingkan, sudah pasti mengeluarkan modal memantapkan pengetahuan anda tentang dunia kewangan , akan menjadi satu lagi beban yang baharu pula.

Tidak mengapa. Tidak semua perkara seharusnya bermula dan bergerak dengan wang. Modal yang paling besar dan berharga di dalam diri manusia ini adalah akal fikirannya. Tanpa akal fikiran yang waras, modal yang berupa wang dan kebendaan pun belum pasti akan dapat diurus secara bijaksana. Sementara akal yang sentiasa dikemaskini dan ditambahnilai dengan pelbagai cabang ilmu, sudah pasti akan dapat merencana dan menghasilkan sesuatu yang hebat.

Oleh itu marilah kita berusaha menambahnilai kepada kualiti minda kita. Sesuatu yang diperolehi secara percuma tidak semestinya tidak mempunyai nilai dari segi ilmiahnya. Laman web VisiJutawan.com kini menawarkan sesuatu yang sangat berharga untuk anda. Tetapi tawaran ini hanya untuk mereka yang cintakan ilmu sahaja. Tawaran yang saya maksudkan itu ialah “Pakej Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya !”.


Pakej ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Panduan Utama, dan juga Bonus. Panduan utama mengandungi koleksi artikel pelbagai tajuk, yang ditulis oleh berbilang penulis. Terdapat sejumlah 25 tulisan semuanya. Ianya menyangkuti pelbagai perbincangan dan topik, seperti motivasi, muhasabah, panduan, tips, komentar, biografi jutawan dan sebagainya. Semua berkisah di sekitar kewangan dan kejutawanan.


Sementara di bahagian Bonus pula, anda akan dihadiahkan dengan koleksi pelbagai ebook dan artikel, di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Terdapat 25 judul kesemuanya. Serba-serbinya menceritakan perihal kewangan dan perancangan kewangan. Terdapat juga beberapa judul yang membicarakan soal hukum di dalam sesuatu pelaburan dan urusniaga. Ya, di dalam keghairahan mencari kekayaan, persoalan hukum, halal dan haram, seharusnya tidak dikesampingkan.

Kesimpulan saya, sayugia benarlah anda ‘menyambar’ pakej ini segera, senyampang ianya masih diedarkan secara percuma. Saya tidak pasti apakah pemilik koleksi ini, saudara Razif Yusof, 25 tahun, akan selamanya memberinya percuma.

Dapatkan “Pakej Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya” ini segera di www.visijutawan.com . Oh ya! Terdapat satu lagi pendedahan berani di dalam pakej ini. Pendedahan mengenai seseorang yang bernama Nabil Hamidun. Siapakah beliau ini ? Dapatkan pakej ebook ini untuk mengetahui jawapannya...