Ahad, 25 Januari 2009

MENJUAL PRODUK DI INTERNET TANPA LAMAN WEB SENDIRI.

Di dalam pos yang lalu, saya telah menulis serba sedikit mengenai Ebay dan sejarahnya. Konsep laman web Ebay adalah seumpama sebuah kompleks perniagaan, jika hendak diperbandingkan dengan perniagaan offline yang sedia ada. Jika anda menyewa lot-lot yang dinamakan Ebay Store, anggaplah anda seolah-olahnya sedang menyewa sebuah lot kedai di dalam sebuah kompleks perniagaan. Cuma bezanya sewaan tersebut tidaklah semahal menyewa sebuah kedai fizikal. Namun, walau dengan kadar sewa yang serendah itu, janganlah pula diperkecilkan kesan dan kemampuannya. Kalau tidak, masakan berbillion manusia berurusan di Ebay.

Di antara kelebihan menggunakan Ebay yang boleh saya nyatakan di sini ialah, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan yang banyak untuk membina laman web, berbanding jika anda ingin memiliki laman web sendiri. Anda boleh mempelajarinya secara mudah melalui proses pembacaan sahaja. Lainlah halnya jika anda ingin mengetahui soal teknik dan rahsia yang berkesan untuk menjual di Ebay, maka itu anda perlulah berguru dengan SIFU yang berpengalaman. Keduanya, suatu hal yang sangat penting saya kira, dengan Ebay, anda tidak perlu lagi memikirkan soal kerja-kerja promosi bagi menarik pengunjung ke laman web anda. Adalah menjadi suatu kemestian di dalam mana-mana perniagaan pun, jumlah pengunjung yang ramai adalah harapan untuk kemajuan sesuatu perniagaan. Dengan berniaga di Ebay, anda sebenarnya sedang berada di tengah-tengah jutaan pengunjung yang sedang mencari barang-barang yang mereka perlukan.

Namun, bagi para ‘newbie’, mendengar nama Ebay sahaja ini mungkin seperkara yang menggerunkan bagi sekalangan mereka. Mungkin anda mempunyai produk yang ingin dijual untuk pasaran Malaysia sahaja. Dan mungkin juga, ada sesetengahnya yang lebih selesa untuk berurusan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Maka kerana itu, pos saya hari ini adalah untuk memberikan alternatif kepada anda yang dari kelompok yang sedemikian.

Memperkenalkan...
My1Stop.com.my


Apa itu My1Stop.com ?

Konsep My1Stop.com adalah seakan Ebay. Cuma bezanya sedikit ialah laman web ini tidak mempunyai ruangan ‘lelongan’. Terdapat 3 pakej yang disediakan, iaitu Startup (percuma!), Enterprise (RM90.00 – setahun), Business (RM180.00 – setahun).

Untuk Pakej Percuma, anda hanya layak untuk memuatkan 10 produk sahaja. Sementara Pakej Enterprise 50 produk, dan Pakej Business pula adalah sehingga 200 produk.

Sebenarnya, harga bagi ketiga-tiga pakej di atas adalah harga tawaran promosi. Harga sebenar bagi setiap pakej adalah seperti berikut :

1. Pakej STARTUP - RM150.00
2. Pakej ENTERPRISE - RM200.00
3. Pakej BUSINESS - RM300.00

Oleh itu, seyogia sangatlah untuk anda merebut peluang ini, sebelum tawaran harga promosi ini kembali kepada harga asalnya.

Terdapat dua pilihan untuk anda menerima pembayaran dari bakal pembeli. Sama ada berurusan terus dengan pembeli, dengan kaedah pembayaran yang dipersetujui bersama, atau pun menggunakan sistem pembayaran yang disediakan oleh pehak pengurusan. Jika anda menggunakan sistem pembayaran yang disediakan oleh My1Stop.com, ianya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada bakal pelanggan anda. Ini kerana My1Stop.com menerima hampir kesemua perbankan internet di Malaysia. Dan yang paling menariknya, My1Stop.com turut menerima pembayaran melalui kad kredit. Ini bermakna, tiada halangan untuk bakal pelanggan anda bershopping di store anda walau pun di dalam keadaan mereka tiada wang tunai.

Ada banyak keistimewaannya jika anda menjadi ahli berbayar di My1Stop.com selain jumlah produk yang boleh anda paparkan. Anda boleh melihat sendiri ciri-ciri yang ditawarkan oleh mereka di sini. Namun jika anda masih ragu-ragu untuk melangkah laju, kenapa tidak mencuba dengan pakej percumanya dahulu ?

Tiada ulasan: